Koordinat GPS Sekolah

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 4

Penentuan Koordinat GPS Sekolah Berdasarkan Sesawang Wikimapia

Berikut adalah cara mudah untuk menentukan koordinat GPS sekolah untuk di buat pembetulan
dalam data Profil Sekolah EMIS Online.

Contoh: Untuk mencari koordinat yang tepat SMK Seri Ampang, Ipoh

Ikut langkah berikut:

1. Sila ke sesawang Wkimapia berikut


http://wikimapia.org/#lat=4.85&lon=100.7333&z=10&l=0&m=b (Anda dinasihat copy dan
paste url ini dalam Internet Explorer/Mozilla). Paparan skin Gambarajah 1 di bawah
menunjukkan peta satelit negeri Perak.

Gambarajah 1

2. Cari Bandar atau kawasan berdekatan sekolah. Dalam kes ini sila ZOOM IN Bandar IPOH
sehingga anda kenalpasti lokasi sekolah anda berdasarkan gambar satelit.

3. Dalam kotak Search (penjuru atas kanan) , cuba cari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri
Ampang ( Perlu diingatkan, ejaan nama sekolah mungkin penuh atau singkatan) seperti
gambarajah di bawah. Jika carian wujud, senarai nama sekolah akan dipaparkan dan double
click hasil carian seperti Gambarajah 2 di bawah.

1
Gambarajah 2

Klik Hasil carian dan peta sekolah yang dicari dipaparkan seperti Gambarajah 3 di bawah.

Gambarajah 3

Sila ZOOM IN sehingga ke tahap maksima untuk dapatkan koordinat yang tepat. Anda dinasihatkan
ambil koordinat sekolah di hadapan pintu masuk. Caranya seret (drag) peta sehingga tanda ‘+’
berada betul-betul di hadapan pintu masuk sekolah seperti Gambarajah 4 di bawah. Sila isi
maklumat koordinat dalam borang di bawah dan poskan ke Penyelia ICT , PPD masing-masing untuk
direkodkan.

2
Gambarajah 4

Sekiranya carian dalam kotak Search tidak berhasil, cari secara manual. Caranya, sila cari lokasi
sekolah anda dalam peta satelit dan ambil koordinat. Jangan lupa ZOOM In ke tahap maksima.

Sekian, selamat mencuba

Abd Rashid Bin Hj Shafie


Penolong Pengarah Pengurusan Maklumat
Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi
JPN Perak

3
BORANG MAKLUMBALAS KOORDINAT GPS SEKOLAH

BERDASARKAN PETA WIKIMAPIA UNTUK EMIS ONLINE

Kod Sekolah : ABA7016

Nama Sekolah : SK LUAT

Tarikh GPS dicatatkan dari Wkimapia: ...................................................

Koordinat N Koordinat E

Disediakan oleh Guru Data:

................................................................

( Nama dan Tandatangan )

Disahkan oleh Pengetua / Guru Besar:

...............................................................

( Tanda Tangan dan Cop Rasmi )

Borang ini hndaklah diisi berpandukan sesawang Wikimapia dan dikembalikan kepada Penyelia ICT PPD masing-masing
untuk diambil tindakan selanjutnya.

Anda mungkin juga menyukai