Anda di halaman 1dari 30

TOPIK 9 :

MERENTAS KURIKULUM DAN


PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH
Fokus Perbincangan:

1.Menghuraikan konsep merentas kuriklum.

2.Menghuraikan dan mencirikan aspek-aspek


merentas kurikulum dalam KBSR.

3.Menghuraikan dan mencirikan definisi dan konsep


pengajaran dalam KBSR.

4. Menghuraikan dan mencirikan elemen-elemen


dalam pengajaran KBSR.
Kesan kurikulum lama:
•banyak memberi tumpuan kepada bidang ilmu pengetahuan

•kurang memberi tumpuan pada perkembangan personaliti pelajar.

•lebih berorientasikan peperiksaan

•bukannya pembentukan potensi diri kanak-kanak bagi membantu


pertumbuhan dan pembangunan negara.

•Oleh itu, KBSR dan KBSM diperkenalkan pada tahun 1980 untuk
memberi yang lebih mantap
Maka:

•Dasar pendidikan negara disemak semula

•supaya pendidikan dapat melahirkan masyarakat yang seimbang dan


sepadu pembentukan peribadinya.

•dari aspek ilmu, iman, dan amal.

•melahirkan warganegara yang berpekerti dan berakhlak mulia dengan


rasa cintakan tanah air.

•Keseimbangan dan kesepaduan berfokus pada aspek rohani, jasmani dan


mental.

•Usaha ini berterusan selaras dengan keperluan dan cita-cita negara

•Ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju memenuhi hasrat


Wawasan 2020.
Hal ini selaras dengan apa yang dinyatakan dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke


arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
Dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.  Usaha ini
adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
Kenapa Kurikulum lama di semak:

a)Kurang menekankan nilai-nilai dan kemahiran kanak-kanak ke


arah pekerti dan susila yang baik. Ini kerana tumpuan hanya pada
ilmu akal semata-mata dan tidak pada ilmu wahyu. Ini menjadikan
murid-murid tidak bersemangat patriotik dan bermoral.

b)Kandungan memberatkan ilmu pengetahuan dan peperiksaan.


Fokus berlebihan pada persediaan menuju ke-peringkat pengajian
tinggi. Ini menyebabkan kurikulum lama tersebut kurang memberi
tumpuan pada perkembangan sahsiah murid-murid.

c) Amalan pemupukan dan pembentukan nilai diri dan


semangat kebangsaan kurang diberi tumpuan. Pendidikan tidak
ke arah untuk melahirkan rakyat yang beridentitikan kebangsaan
dengan mengamalkan nilai jati diri yang mantap dan unggul.
Kenapa Kurikulum lama di semak:

d)Kurkulum Baru Sekolah Rendah juga kurang memberi


tumpuan pada bidang kemahiran atau praktikal. Sesi pengajaran
lebih menumpukan kepada hafalan dan bukan membiasakan diri
dengan kemahiran, pemikiran kreatif dan kritis, dan pengalaman
etika serta etiket kerja yang lebih produktif dan progresif iaitu
mempunyai ciri-ciri pemikiran inovatif.

 
e)Pendidikan bagi tujuan perpaduan dan semangat kekitaan
dengan mengurangkan polarisasi antara kaum dengan
menumpukan pada integrasi dan amalan keadilan demokrasi
berorientasikan negara Malaysia dengan berpaksikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Negara dan Rukun
Negara.
Melahirkan bangsa Melahirkan insan yang beriman,
Malaysia yang taat setia berilmu, berakhlak mulia,
dan bersatu padu berketrampilan dan sejahtera

MATLAMAT
KEMENTERIAN
PELAJARAN

Menyediakan sumber tenaga Memberikan peluang-peluang


manusia untuk keperluan dan pendidikan kepada semua
kemajuan negara warganegara Malaysia
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM DALAM KBSR

• Perubahan dibuat - Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar


menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

• Perubahan dilakukan untuk mencerminkan

Matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Matlamat Wawasan 2020,

Globalisasi

Pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).


Antara perubahan besar dalam KBSR ialah;

i) penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran


ii) penguasaan dan aplikasi kemahiran asas dalam aktiviti harian
iii) menyusun semula kemahiran belajar daripada yang paling atas
kepada yang paling kompleks mengikut topik
iv) mengulang kaji sukatan bagi setiap mata pelajaran
v) mengintegrasikan penyelesaian masalah dan arithmetik
perniagaan ke dalam topik berkaitan seperti wang, ukuran panjang dan
berat
vi) mata pelajaran Alam dan Manusia dibahagikan kepada dua
matapelajaran iaitu Sains dan Kajian Tempatan
vii) pengunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik,
Sains dan semua matapelajaran teknikal bagi Tahun 1 sekolah rendah,
Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah mulai Januari 2003 serta pengunaan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik dan Sains.
Penekanan dalam melaksanakan KBSR

i.Kemahiran asas;

ii.Kemahiran berfikir

iii.Nilai Merentas Kurikulum;

iv.Bahasa merentas kurikulum;

v.Patriotisme merentas kurikulum;

vi.Strategi P&P yang berpusatkan murid;

vii.Penilaian berterusan;

•Pemulihan dan pengayaan;

i.Prinsip mudah ubah;

ii.Sains dan teknologi merentas kurikulum 


Dalam tajuk ini penekanan adalah diberikan kepada elemen-
elemen berikut;

i) Nilai merentasi kurikulum

ii) Bahasa merentasi kurikulum

iii) Patriotisme merentasi kurikulum

iv) Sains dan teknologi merentasi kurikulum


Nilai merentasi kurikulum

Menurut Ishak (2005),

Tingkah laku individu boleh menggambarkan sikap


mereka begitu juga dengan perasaaan, pemikiran,
pandangan hidup dan penghayatan nilainya.

Pegangan nilai seeorang individu adalah diperolehi


melalui tanggapan dan pengamatan daripada apa yang
mereka lihat dan pelajari.
Apakah yang dimaksudkan dengan nilai?

Nilai merupakan standard dan prinsip dalam mempertimbangkan harga


sesuatu benda.

(Koo, 1990) menyatakan nilai merupakan kriteria bagi kita


mempertimbangkan sesuatu benda (manusia, objek, idea, tingkah laku dan
situasi) sebagai:
 baik, berfaedah,diingini,
 buruk, tidak berfaedah, dibenci atau
 di antara kedua pola ini, iaitu sederhana

Menilai sesuatu dengan perkataan, baik, buruk, cantik dan lain-lain adalah
suatu penilaian yang dibuat oleh akal manusia mengikut piawaian mereka.
Individu menggunakan sesuatu nilai dalam pelbagai konteks dan cara.
Kategori perbandingan jenis-jenis nilai;

a)Nilai instrumental (ekstrinsik) berbanding nilai instrinsik.

b)Nilai subjektif berbanding nilai objektif.

c)Nilai relatif berbandingnilai mutlak (absolute)


Nilai instrumental (ekstrinsik) berbanding nilai instrinsik

NILAI INSTRUMENNTAL (EKSTRINSIK) NILAI INSTRINSIK

- Kualiti yang diterima atau ditolak sebagai - Kualiti yang diterima atau ditolak semata-
alat mencapai sesuatu matlamat. mata kerana ia baik atau buruk tanpa
mengambil kira kesannya. Tidak
- Bergantung pada nilai lain untuk mencapai
bergantung pada nilai lain untuk mencapai
sesuatu matlamat. Nilai peringkat kedua,
sesuatu matlamat.
misalnya berani, rajin dan hormat-
menghormati. - Nilai tersebut sendiri sebagai matlamat
Contoh: akhir. Nilai peringkat pertama, misalnya
Dia berpura-pura rajin di depan ibunya baik hati, kasih sayang, keadilan.
untuk mengambil hati ibunya. Contoh:
Hakim menjatuhkan hukuman 20 tahun
- Nilai di atas (mengambil hati) bergantung
penjara kepada perogol setimpal dengan
kepada nilai lain (rajin) untuk mencapai
jenayah yang dilakukan.
matlamatnya.
- Nilai-nilai di atas pula tidak bergantung
Nilai-nilai ini digunakan untuk menunjukkan
dengan nilai lain untuk mencapai matlamat.
hubungan antara nilai
Nilai subjektif berbanding nilai objektif.

NILAI SUBJEKTIF NILAI OBJEKTIF

- Kualiti yang diterima atau ditolak - Kualiti yang bernilai atau sebaliknya
oleh seseorang yang memberikan yang bebas daripada pilihan
pandangan peribadi.

- Diterima atau ditolak mengikut - Diterima atau ditolak berdasarkan


pandangan seseorang individu satu set kriteria yang dipersetujui
oleh semua atau kebanyakan orang.
Nilai relatif berbandingnilai mutlak (absolute)

NILAI RELATIF NILAI MUTLAK ATAU


NILAI ABSOLUTE
- Nilai yang diterima atau ditolak - Nilai yang kebaikan tidak terikat
oleh peraturan sesuatu kepada sesuatu kebiasaan
masyarakat untuk mencapai sesebuah masyarakat.
sesuatu matlamat masyarakat.
- Diterima umum dan telah diuji
- Nilai relatif ialah arbitrari (tidak atau terbukti sebagai baik atau
tertentu), tidak sempurna dan buruk.
berbeza-beza antara masyarakat
- Kekal sepanjang masa dan di
yang berlainan.
semua tempat serta hampir
- Boleh berubah mengikut masa
semua situasi norma masyarakat
Konsep Nilai Merentasi Kurikulum
Semua Sukatan Pelajaran yang diajar diselitkan nilai murni
secara menyeluruh dalam semua mata pelajaran KBSR.

Pendekatan ini dikenali sebagai nilai merentas kurikulum.

Nilai-nilai murni merupakan unsur yang amat penting dan


diserapkan kedalam setiap mata pelajaran.

Nilai-nilai ini berteraskan kerohanian, kemanusiaan dan


kewarganegaraan.

Matlamat penerapan nilai-nilai murni melalui pendidikan adalah


untuk melahirkan insan dan juga warganegara yang baik serta
memiliki akhlak mulia.
Antara objektifyang hendak dicapai menerusinya ialah:

a)Menanam kesedaran, kefahaman, keyakinan diri dan juga


kesyukuran.

b) Menanam semangat cinta akan nilai suci

c)Menghormati kebaikan dan membenci keburukan

d) Membentuk sikap positif yang berguna kepada agama,


bangsa dan juga sewaktu menjalankan tugas dan
tanggungjawab.

sambungan
Antara objektifyang hendak dicapai menerusinya ialah:

e) Menghapuskan sikap negatif dalam kehidupan

f) Menjalankan tugas dengan dedikasi

g) Melatih diri dengan displin

h) Meningkatkan hasil atau produktiviti

i) Berusaha dan mencapai kecemerlangan

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990)


Bincangkan berdasarkan satu contoh yang spesifik
mengikut mata pelajaran terpilih.

Bagaimanakah anda melaksanakan aktiviti P&P yang


melibatkan penyelitan unsur nilai merenras kurikulum.
Contoh: Ukuran / Wang

Simulasi / Main Peranan


TAJUK : AKTIVITI PERNIAGAAN

Guru matematik boleh menyelitkan nilai murni seperti


kejujuran, keadilan, hormat pelanggan, semasa menyampaikan
topik ukuran berat dan panjang.

Guru boleh mengaitkan cerita tentang peniaga yang berjaya


dalam perniagaan disebabkan pelanggannya percaya terhadap
kejujurannya menimbang dan mengukur barangan yang dijual.
Unsur Nilai Merentas Kurikulum

Semua mata pelajaran terdapat nilai instrinsik yang


diselitkan.

Nilai ini adalah sinonim dengan nilai universal yang


digunakan secara rutin dalam kehidupan seharian kita.

Nilai instrinsik ini boleh mengukuhkan nilai-nilai murni


yang hendak diterapkan dalam diri murid-murid melalui
KBSR.

Ini juga adalah selaras dengan komponen dalam


Falsafah Pendidikan Kebangsaan

RUJUK RAJAH
Mengetahui nilai baik dan buruk

Menyedari kesan daripada perbuatan


baik dan buruk

Rakyat Malaysia
Yakin kepada nilai murni
yang berakhlak
mulia

Mengamalkan perlakuan baik dan


menghindari perlakuan buruk

Menghayati nilai kerohanian,


kemanusiaan dan kewarganegaraan
Secara ringkasnya penerapan nilai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
adalah seperti;

1.Nilai adalah ukuran atau piawai yangditetapkan oleh seseorang untuk


mengukur sesuatu.

2. Moral adalah suatu nilai tetapi bukan semuanilai bersifat moral.

3Terdapat banyak jenis nilai dalam kehidupan yang mempunyai ciri dan
fungsi tertentu.

4.Baik, benar dan patut merupakan ciri-ciri yangdiperlukan bagi insan


bermoral

5.Dalam masyarakat majmuk, konsep baik,benar dan patut diamalkan


dengan mengambil kira kepelbagaian latar belakang individu seperti agama
dan adat

6. Peraturan dan pegangan prinsip moral seseorang akan menentukan


bagaimana ia menghayati konsep baik, benar dan patut.

Anda mungkin juga menyukai