Anda di halaman 1dari 7

PERATURAN ASAS DALAM PERMAINANBOLA TAMPAR

1. Semasa bermain satu pihak terdiri daripada 6 orang pemain dan tidak boleh kurang. 2. Permainan ini dikawal 2 orang referi - referi pertama - referi kedua. 3. Hanya ketua pasukan yang bermain dibenarkan berhubung dengan referi semasa perlawanan.

4. Pergerakan servis mesti dilakukan dalam masa 5 saat dari bunyi wisel referi. 5. Memijak garis servis semasa membuat servis adalah salah. 6. Pemain boleh kontek bola dengan menggunakan mana-mana bahagian badannya.

7. Pemain dibenarkan bermain menggunakan sebelah tangan dan juga menanduk bola. 8. Pemain barisan belakang tidak dibenarkan merejam bola semasa berada dalam kawasan serangan. 9. Pasukan boleh meminta 2 kali rehat dan 6 pertukaran dalam setiap set.

10. Permainan setiap set tamat apabila satu pihak berjaya memperoleh mata ke-15. Jika skor sampai 14-sama, permainan set itu akan tamat jika satu pihak itu mendapat kelebihan dua mata daripada lawannya, (16-14) atau satu pihak itu mendapat mata ke 17,(17-15).

SUMBER: Teng Boon Tong (1993) : PanduaN Pengajaran KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN, longman, Selangor Darul Ehsan.

Anda mungkin juga menyukai