NOR ADILAH BINTI NORAZLIMI SITI ZAKIAH HANIM BINTI RABAEI RUBINDRAN NAIR A/L CHANDRAN NAIR
Prof Dr Ahmad Shalaby - peradaban Islam tulen menjadikan Islam sebagai sumber - peradaban yang dibangunkan oleh kaum muslimin dlm pelbagai bidang seperti matematik, perubatan dan astrologi Syed Qutb - pencapaian dalam seluruh dimensi kehidupan - berteraskan syariat Allah - bercirikan nila-nilai moral Islam - mengikut acuan Allah
Said Hawa - Tamadun terbahagi kepada dua iaitu Islam dan jahiliah - Tamadun Islam ialah kemajuan yang ditegakkan di atas kebudayaan Islam - Tamadun jahiliah tamadun kebendaan tanpa aspek kerohanian dan moral Kesimpulan - seluruh pencapaian dalam kehidupan manusia - pencapaian yang dibangunkan selaras dengan kehendak syariah
Akhlak - mekanisme penggerak menjadi umat bertamadun Ilmu - penghayatan budaya ilmu - masyarakat berilmu asas pembinaan tamadun
BERSIFAT KEAGAMAAN
Kerana untuk melaksanakan perintah Allah S.W.T bersesuaian dengan tujuan Allah mencipta manusia di dunia ini iaitu untuk beribadat kepadaNya. Ketamadunan serta kemuliaan seseorang individu tidak di ukur berdasarkan pencapaian material, tetapi berasaskan bagaimana mereka memanifestasikan Islam itu sendiri sebagai suatu sistem hidup yang menyeluruh dalam pembinaan tamadunnya.
SEPANJANG ZAMAN
Bersifat sepanjang zaman.tidak terbatas kepada tempoh tertentu Selama mana ada umat Islam yang berusaha membangunkan dunia ini di atas landasan syariat Islam dan asas-asas yang diredai Allah S.W.T, maka selama itulah tamadun Islam tertegak.
Kerajaan Fatimiyah - Berpusat di Tunisia dan Mesir - Menggantikan kerajaan Abbasiyah Kerajaan Islam Andalus - Perkembangan Islam ke Eropah - Perkembangan dan kegiatan ilmu di Andalusia Kerajaan Othmaniyah - Bermula zaman kejatuhan kerajaan/ empayar Islam - Penjajahan Barat ke atas dunia Islam
Faktor-faktor Kecemerlangan Keyakinan umat terhadap ajaran islam Pemerintah yang bertaqwa dan bijaksana Sumber ekonomi yang luas dan banyak Politik yang stabil Kegiatan keilmuan yang meluas Keadilan yang menyeluruh Ketenteraan yang kuat Kedudukan yang strategik Prasarana yang sempurna Keterbukaan kepada tamadun lain
Faktor-faktor Kemerosotan Pemerintah yang lemah Banyak berlaku penyelewengan dan gejala keruntuhan akhlak Kekurangan sumber ekonomi Kegiatan keilmuan yang tidak berkembang Ancaman musuh luar Bencana alam
Orang Eropah mendapat pengetahuan dalam bidang ekonomi seperti kegiatan perdagangan, perindustrian, teknologi pertanian serta sistem perairan. Teknik tanaman seperti sekoi, padi, tembikai, aprikot dan limau telah dipelajari daripada orang Islam. Tokoh-tokoh Islam yang dicontohi ialah Ibn Baytar dan al-Ghafiqi.
Tokoh-tokoh Islam yang terkenal dalam bidang perubatan ialah al-Razi dan al-Asrar. Al-Razi telah menghasilkan buku berjudul al-Hawi. Buku ini telah dijadikan rujukan di Eropah dalam bidang kimia. Begitu juga buku Ibn Sina berjudul al-Qanun menjadi bahan rujukan di Eropah.
Dalam bidang matematik pula, ramai penuntut Eropah yang datang belajar ke Andalus pada zaman pemerintahan Islam. Kebanyakan mereka telah menjadi pakar dalam bidang tersebut, antaranya Adelard dan Morley dari Britain. Adelard telah berguru dengan orang Islam dan beliau telah menterjemahkan karya alKhawarizmi yang menulis tentang teori geometri dalam matematik dan statistik.
Ahli astronomi Eropah bernama Romond telah menulis karya astronominya berdasarkan karya Ibn al-Zarqiyali (Azarchel). Ibn al-Zarqiyali mahir dalam menentukan gerhana matahari dan telah mencipta sebuah kompas untuk menentukan jarak antara bulan dan bumi dan di antara bintang-bintang dan matahari.
Dalam bidang seni muzik pula, pada abad ke-12, didapati karya-karya penting yang dihasilkan oleh orang Islam tentang muzik telah diterjemahkan ke bahasa Latin. Terjemahan ini dilakukan di Toledo. Ahli muzik Eropah, Franco of Cobogne (1190M) telah mengikut jejak al-Kindi dalam bidang seni muzik. Setelah itu muncul pula John of Garland dengan karyanya berjudul Ochetus yang mengkaji tentang nada suara yang diambil daripada kaedah nada suara muzik Arab.
Dalam bidang bahasa, sastera dan seni ukir, banyak karya bahasa dan sastera dalam bahasa Arab telah diterjemahkan ke bahasa-bahasa Eropah. Istilah-istilah Arab seperti sukkar (sugar), kimia (alchemy), arsyek (cheque) dan banyak lagi telah dipinjam oleh bahasa Eropah. Tidak kurang pentingnya tentang ilmu pelayaran Islam. Ramai tokoh ahli pelayaran Islam yang menjadi terkenal antaranya ialah al-Mas udi, Ibn Jubayr dan Ibn Battutah.
Dalam bidang ketenteraan pula, taktik peperangan yang digunakan oleh tentera Islam sejak zaman Nabi Muhammad (saw) banyak mempengaruhi taktik dan strategi peperangan pada zaman moden.
Aplikasi nilai-nilai Islam dalam bidang sosial Aplikasi nilai-nilai Islam dalam bidang ekonomi