Anda di halaman 1dari 13

Ketupat

Pernahkah anda
makan ketupat??
Baca petikan di bawah dengan teliti.

Ketupat adalah antara makanan
istimewa bagi masyarakat Melayu. Oleh
itu, ketupat dihidangkan pada situasi
tertentu sahaja. Biasanya, makanan ini
menjadi salah satu hidangan utama
ketika sambutan hari raya.

Untuk membuat kelonsong ketupat,
daun kelapa yang muda diperlukan bagi
memudahkan proses anyaman. Mula-mula
daun kelapa ini perlu dipisahkan daripada
lidinya. Selepas itu, daun ini dianyam
untuk dibuat kelongsong. Terdapat
beberapa jenis ketupat iaitu, ketupat
jantung, ketupat bawang , ketupat
kerbau dan ketupat palas.


Kemudian, kelongsong ketupat diisi
dengan beras yang telah dibasuh dan
dituskan. Beras diisikan kira-kira
separuh kelongsong dan direbus. Ketupat
ini perlu direbus selama lebih kurang
empat jam. Semasa direbus, airnya akan
menjadi semakin kurang. Oleh itu, air
hendaklah ditambah dari semasa ke
semasa.

Ketupat yang telah masak dikeluarkan
dari periuk dan dituskan. Langkah ini
penting bagi mengelakkan ketupat
daripada mudah menjadi basi. Ketupat
perlu dipotong sebelum dihidangkan.
Ketupat amat enak jika dimakan dengan
rendang, kuah kacang atau serunding.

Ketupat Palas

Ketupat Jantung

Ketupat Bawang

Ketupat Kerbau
Ketupat Kucing

Ketupat yang telah masak berwarna kekuningan

Anda mungkin juga menyukai