Anda di halaman 1dari 1

Terima kasih Puan Pengerusi Majlis, Kita mulakan bacaan doa ini dengan Alfatihah.

Alfatihah


Segala puji bagi Allah, Tuhan Pemerintah alam, Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi dan Rasul, Keluarga-keluarganya, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut kesemuanya

Ya Allah, Kami memohon kepadamu kebajikan di dunia dan akhirat, Kami berlindung kepadaMu ya Allah daripada segala kejahatan dan keburukan di dunia dan di akhirat sama ada yang kami sedar atau tidak sedar. Ya Allah ya Tuhan kami, Kami memohon kepadamu memasuki syurga dan mengecapi nikmatnya dan perkara-perkara yang boleh hampirkan kami kepadanya dari segi perkataan, perbuatan, niat dan iktiqad. Ya Allah ya Tuhan kami, pada pagi yang mulia ini kami mengadakan perhimpunan sempena majlis Hari Guru SMKTBM. Berikanlah kekuatan kepada kami untuk menyempurnakan tugas sebagai pendidik. Jadikanlah kami guru yang sentiasa bertanggungjawab untuk memajukan anak didi kami dan seterusnya melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang. Pelajar-pelajar yang akan mewarisi kami untuk kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Ya Allah Jadikanlah perhimpunan kami pada pagi ini perhimpunan yang Engkau redhai, bermula dengan keindahan, di tengah-tengahnya penuh dengan kemeriahan dan berakhir dengan keberkatan. Ya Allah Ya Tuhan kami, Bukakanlah pintu hati kami sebagaimana bijak pandai terdahulu, Kurniakan kepada kami fahaman nabi-nabi. Jauhkanlah kami daripada ilmu yang tidak memberikan manfaat, daripada hati yang tidak khusyuk, daripada nafsu yang tidak pernah merasa puas dan daripada doa yang tidak dimakbulkan. Berikanlah kekuatan kepada kami untuk menjalani kehidupan yang penuh cabaran ini dengan hati yang tenang dan bersemangat.

, , .

Anda mungkin juga menyukai