Anda di halaman 1dari 20

Definisi Tamadun Bab 1: CIRI-CIRI TAMADUN AWAL MANUSIA Pembentukan Bandar Setelah manusia mengetahui cara bercucuk tanam

dan menternak, mereka mula membentuk penempatan menetap. Perkampungan-perkampungan ini lamakelamaan akan membentuk bandar-bandar kerajaan atau negara kota. Proses perubahan ini juga dikenali sebagai urbanisasi. Negara kota ini akan menjadi tumpuan kegiatan ekonomi manusia, pusat perdagangan bagi petempatanpetempatan yang ada di sekitarnya. Contoh negara kota yang terdapat pada zaman ini ialah negara kota Ur, Urech dan Kish di Lembah Tigris-Eupharates di Sumeria dan Mohenjo DAro dan Harappa di Lembah Indus di India. Pembentukan Kerajaan Perkembangan bandar ini seterusnya mewujudkan satu sistem kerajaan atau pentadbiran yang teratur. Ketua-ketua masyarakat bertanggungjawab mentadbir bandar-bandar ini. Sebab itulah munculnya golongan pemerintah dan golongan diperintah pada zaman ini. Undang-undang telah digubal untuk menjamin keselamatan nyawa dan harta benda. Sebagai contoh, Kod Hammurabi yang diamalkan di Tamadun Sumeria telah merangkumi 280 undang-undang atau hukuman yang meliputi semua aspek kehidupan. Wujudnya Organisasi Sosial Perkembangan bandar atau negara kota melahirkan satu masyarakat yang mempunyai organisasi sosial yang tersusun. Setiap individu menjadi anggota dalam satu lapisan masyarakat yang tersusun dan memainkan peranan tertentu mengikut kedudukannya dalam lapisan masyarakat. Raja mempunyai kedudukan yang paling tinggi diikuti oleh golongan pendeta dan bangsawan. Golongan pemerintah ini diikuti oleh golongan yang diperintah seperti rakyat bebas, petani dan artisan. Golongan yang mempunyai kedudukan yang paling rendah ialah hamba abdi.

Perkembangan Teknologi Perkembangan sains dan teknologi telah tercapai dalam bidang pertanian, perdagangan dan pengangkutan. Dalam bidang pertanian, terusan dibina untuk mengairi sawah. Roda dicipta untuk memudahkan sistem pengangkutan, digunakan sebagai pedati, kincir air dan peroda untuk membuat tembikar. Penemuanpenemuan baru ini telah berlaku dalam beberapa bidang sains seperti astronomi, matematik dan perubatan. Wujudnya penciptaan layar kapal, kalendar, alat menyukat dan penimbang pada zaman ini juga. Sebagai contoh, rakyat Mesir membina piramid dan orang Mesopotamia membina Ziggurat.

Pengkhususan Kerja Kemajuan dalam teknik-teknik baru berlaku serentak dengan kepelbagaian dan pertambahan kegiatan ekonomi dalam masyarakat susun lapis yang diurbanisasikan sehingga wujud masyarakat yang mengkhusus dalam satu-satu pekerjaan. Pengkhususan telah melahirkan orang yang pakar dalam bidang-bidang seperti pertukangan kayu, barang-barang kemas, kain dan sebagainya. Hal ini disebabkan permintaan yang tinggi. Secara tidak langsung, pengkhususan telah meningkatkan kecekapan seseorang. Wujudnya Kepercayaan Agama dan kepercayaan menjadi unsur penting dalam masyarakat bertamadun. Penduduk awal ini percaya kepada semangat roh yang ada pada alam semula jadi seperti pokok, binatang, sungai yang dikatakan mempunyai semangat yang tersendiri yang dikenali sebagai kepercayaan animisme. Selain itu, mereka juga mengamalkan pemujaan nenek moyang. Amalan ini dapat dilihat di Tamadun Hwang-Ho. Kepercayaan mereka berkait rapat dengan kepercayaan Politeisme atau kepercayaan kepada banyak tuhan. Dengan itu, mereka telah menyembah dewadewi dan patung atau tuhan tertentu serta pemujaan alam semesta dan kehidupan selepas mati. Wujudnya Bahasa dan Tulisan Perkembangan ekonomi dan perdagangan berkait rapat dengan perkembangan dalam sistem tulisan dan bahasa. Sistem tulisan ini diperlukan untuk mencatatkan semua urusan yang berkaitan dengan agama dan perdagangan supaya dapat diperturunkan kepada generasi yang lain. Kemajuan dalam sistem tulisan dan bahasa memudahkan dan menggalakkan lagi perniagaan dan interaksi antara masyarakat negara kota yang berlainan. Tulisan yang terawal merupakan tulisan lukisan (piktograf), terutama di Tamadun Sumeria dan Mesir.

Prinsip tamadun islam MEMELIHARA AGAMA MEMELIHARA NYAWA MEMELIHARA AKAL MEMELIHARA MARUAH & KETURUNAN MEMELIHARA HARTA

IBNU SINA TOKOH PERUBATAN ISLAM. Latar Belakang Ibnu Sina IBNU SINA yang lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai nama lengkap Abu Ali al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi. Menurut Ibnu Abi Ushaybiah ia lahir pada tahun 375 H, di desa Afshanah dekat kota Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan. Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman kanak-kanak adalah Al-Quran dan sastera yang didapati olehnya secara tidak formal. Ia mula belajar pada usia 5 tahun. Sementara itu sewaktu berumur 10 tahun , beliau telah berjaya menghafal Al-Quran. Pada masa umurnya meningkat 18 tahun Ibnu Sina telah menjadi "Doktor Di Raja". Disamping itu, Ibnu Sina jiga telah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada waktu itu. Ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf dan sebagainya sudah dikuasainya ketika baru berusia 10 tahun. Pada masa kecilnya, ia dibimbing dan dididik oleh Abu Abdullah Natili, seorang sahabat karib ayahnya, dan ayahnya sendiri. Antara bidang ilmu yang berjaya dikuasainya termasuklah dalam bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik, syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi. Teori-Teori Anatomi Dan Fisiologi Teori-teori anatomi dan fisiologi dalam buku-buku beliau adalah menggambarkan analogi manusia terhadap negara dan mikrokosmos (dunia kecil) terhadap alam semester sebagai makrokosmos (dunia besar).Misalnya digambarkan bahawa syurga kayangan adalah bulat dan bumi adalah persegi dan dengan demikian kepala itu bulat dan kaki itu empat persegi. Terdapat empat musim dan 12 bulan dalam setahun, dengan itu manusia memiliki empat tangkai dan lengan (anggota badan) mempunyai 12 tulang sendi. Hati (heart) adalah pangeran-nya tubuh manusia, sementera paru-paru adalah menteri-nya. Leher merupakan jendela-nya sang badan, manakala kandung empedu sebagai markas pusat-nya. Limpa dan perut sebagai bumbung sedangkan usus merupakan sistem komunikasi dan sistem pembuangan. Sementara itu "Canon of Medicine" memuatkan pernyataan yang tegas bahawa "darah mengalir secara terus-menerus dalam suatu lingkaran dan tak pernah berhenti" . Namun ini belum dapat dianggap sebagai suatu penemuan tentang srikulasi darah, kerana bangsa cina tidak membezakan antara urat-urat darah halus (Veins) dengan pembuluh nadi (arferies). Analogi tersebut hanyalah analogi yang digambarkan antara gerakan darah dan siklus alam semesta, pergantian musim dan gerakan-gerakan tubuh tanpa peragaan secara empirik pada keadaan yang sebenarnya.

Pengaruh Ibnu Sina (Avicenna) Pengaruh Ibnu Sina sebagai seorang failasuf dan doktor perubatan dalam kebudayaan Eropah adalah luas. Buku karangannya al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat, diagnosis dan pembedahan. Perintis Pengenalan Penyakit Saraf Al- Qanun Fit-Tibb telah membincangkan serta mengenegahkan mengenai penyakit saraf. Buku tersebut juga telah mengajar mengenai cara-cara pembedahan dimana telah menekankan keperluan pembersihan luka. Malahan di dalam buku-buku tersebut juga dinyatakan keterangan keterangan dengan lebih jelas di samping hiasan gambar-gambar dan sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang luas. Ibnu Sina- Sebagai Seorang Doktor. Ibnu Sina pernah di beri gelaran sebagai "Medicorum Principal" atau "Raja Diraja Doktor" oleh kaum Latin Skolastik. Antara gelaran lain yang pernah diberikan kepadanya adalah sebagai "Raja Ubat". Malahan dalam dunia Islam, ia dianggap sebagai "Zenith", puncak tertinggi dalam ilmu kedoktoran . Ibnu Sina menjadi "Doktor Di Raja" iaitu doktor kepada Sultan Nuh 11 bin Mansur di Bukhara pada tahun 378 H/ 997 M iaitu ketika beliau berusia 18 tahun. Pada waktu itu penyakit sultan dalam keadaan parah dan tidak ada doktor lain yang berjaya mengubati baginda. Akan tetapi berkat pertolongan Ibnu Sina baginda kembali pulih. Penemuan-Penemuan Baru Ibnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan saham terhadap dunia ilmu pengetahuan melalui penemuan-penemuan barunya. Antara sumbangan beliau adalah di dalam bidang geografi, geologi, kimia dan kosmologi. Bidang Geografi Ibnu Sina merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana sungai-sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah. Malahan ia mampu mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu di mana gagal dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari Heredotus, Aristoteles sehinggalah Protolemaious. Menurut Ibnu Sina " gunung-ganang yang memang letaknya tinggi iaitu lingkungan mahupun lapisannya dari kulit bumi, maka apabila ia diterajang lalu berganti rupa dikarenkan oleh sungai-sungai yang meruntuhkan pinggiran-pinggirannya. Akibat proses seperti ini, maka terjadilah apa yang disebut sebagai lembah-lembah."

Bidang Geologi, Kimia Dan Kosmologi Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi , kimia serta kosmologi memang tidak dapat di sangsikan lagi. Menurut A.M.A shushtery, karangan Ibnu Sina mengenaiilmu pertambangan (mineral) menjadi sumber geologi di Eropah. Dalam bidang kimia , ia juga meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanafaat . Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain. Setiap logam terdiri dari berbagai jenis. Penerangan tersebut telah memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu Hayyan , Bapa Kimia Muslim. Sebahagian daripada karyanya yang dapat dicatat disini adalah daripada : 1.Bidang logika "Isaguji", "The Isagoge", ilmu logika Isagoge. 2.Fi Aqsam al-Ulum al-Aqliyah (On the Divisions of the Rational Sciences) tentang pembahagian ilmu-ilmu rasional. 3.Bidang metafizika , "Ilahiyyat" (Ilmu ketuhanan) 4.Bidang psikologi , "Kitab an-Nayat" (Book of Deliverence) buku tentang kebahagiaan jiwa. 5. Fiad-Din yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin menjadi "Liber de Mineralibus" yakni tentang pemilikan (mimeral). 6.Bidang sastera arab "Risalah fi Asab Huduts al-Huruf" ,risalah tentang sebabsebab terjadinya huruf. 7.Bidang syair dan prosa "Al-Qasidah al- Aniyyah" syair-syair tentang jiwa manusia. 8.Cerita-cerita roman fiktif , "Risalah ath-Thayr" cerita seekor burung. 9.Bidang politik "Risalah as-Siyasah" (Book on Politics) Buku tentang politik. Sumbangan Ibnu Sina Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatics "psychosomatic medicine". Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja ketidak - seimbangan humor yang berkenaan . Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipratikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor tabii dari Amerika (1981) melapurkan bahawa para hakim di

Afghanistan, China, India dan Parsi sanggat berkebolehan dalam denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang pelbagai .Ini merangkumi : a. Kuat atau denyutan yang lemah. b. Masa antara denyutan. c. Kandungannya lembap di paras kulit dekat denyutan itu dan lain-lain lagi. Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang hakim mungkin mengetahui dengan tepat penyakit yang dihinggapi di dalam tubuh si pesakit. Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan. Apabila pesakit mempunyai sakit jiwa disebabkan oleh pemisahan daripada kekasihnya , beliau boleh mendapati nama dan alamat kekasihnya itu melalui cara berikut: Caranya adalah untuk menyebut banyak nama dan mengulanginya dan semasa itu jarinya diletakkan atas denyutan (pulse) apabila denyutan itu terjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti , seseorang itu hendaklah mengulang proses tersebut. Dengan cara yang sedemikan , nama jalan , rumah dan keluarga disebutkan. Selepas itu , kata Ibnu Sina "Jika anda tidak dapat mengubat penyakitnya maka temukanlah si pesakit dengan kekasihnya , menurut peraturan syariah maka buatlah".(Terjemahan). Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (plumonary tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh menjangkit (contagious) dan dia menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang timbul darinya. Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi. Beliau telah menghasilkan 250 buah karya dan masih kekal hingga ke hari ini dan termasuklah 116 buah karyanya dalam bidang "Ilmu Perubatan. Banyak karyanya ditulis dalam bahasa Arab dan juga beberapa dalam bahasa Parsi. "Qanun Fitt Tibb" adalah karyanya yang termasyur , paling selalu dicetak di Eropah pada zaman "Renaissance". Karya Qanun itu telah mempunyai pengaruh yang asas dalam ilmu perubatan di Eropah pada zaman Renaissance dan telah menjadi buku rujukan yang utama di universiti-universiti Eropah hingga ke abad 17 M. Penutup Ibnu Sina meniggal dunia di Hamdan ,dalam usia 58 tahun pada bulan Ramadhan 428 H/1037 M .Ia dimakamkan di sana. Dalam rangka memperingati 1000 tanun hari kelahirannya (Fair Millenium) di Tehran pada tahun 1955 M ia telah dinobatkan sebagai "Father of Doctor" untuk selamanya-selamanya , dan di sana (Tehran) telah dibangunkan sebuah monemun sejarah untuk itu. Makam beliau di Hamdan telah di kelilingi oleh makam-makam doktor islam yang lain. Hal ini menyebabkan ahli-ahli ilmu yang terkemudian merasa megah kalau dimakamkan di tanah perkuburan di mana "zeninth" itu dimakamkan.

Antara percanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina dan al-Farabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan dan kesengsaraan di syurga atau neraka. Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu al-Farabi.

Ssumbangan Ttamadun Iislam


KEAGUNGAN sesebuah empayar atau bangsa banyak bergantung pada pencapaiannya dalam pelbagai bidang. Pencapaian ini, akhirnya menjadi sumbangan tamadun manusia kepada peradaban dunia yang kekal mempengaruhi perjalanan masyarakat dunia sejak dulu hingga kini. Lihat bagaimana besarnya sumbangan tamadun dunia seperti Mesir, Mesopotamia (Babylon), Yunani, Rom, Parsi, China, India, Jepun, Eropah dan paling penting, tamadun Islam dengan keunggulannya berbanding tamadun lain yang pernah dibina dan dicatat dalam sejarah dunia. Bagi Malaysia, dalam usaha menyusun perancangan untuk melayakkan kita mencapai taraf masyarakat hadhari, 10 prinsip digariskan sebagai panduan mencapai matlamat itu. Antara prinsip paling asas adalah keimanan dan ketakwaan kepada Ilahi; kemerdekaan jiwa daripada sebarang bentuk belenggu; penguasaan ilmu pengetahuan; keseimbangan pembangunan ekonomi, keutuhan akhlak serta budaya dan keampuhan sistem pertahanan. Prinsip ini juga yang mendasari tamadun Islam dan menjadikan ia berbeza dengan tamadun lain di dunia. Tiga ciri utama tamadun Islam adalah akidah suci dan kukuh kepada Allah; syariah yang dijadikan panduan serta peraturan hidup dan akhlak mulia. Ciri itu yang membuatkan pembinaan tamadun gemilang oleh umat Islam lebih bererti berbanding bangsa lain di dunia. Tamadun Islam yang berasaskan prinsip suci, contohnya yang diwakili oleh Kerajaan Bani Ummayyah (Damsyik: 41-133 Hijrah/ 661 -750 Masihi. dan Andalus: 139-423 Hijrah./756-1031 Masihi) dan Bani Abbasiyyah (Baghdad: 132-656 Hijrah/750-1258 Masihi) memperlihatkan keunggulan yang tidak terbanding. Ilmu pengetahuan pada zaman pemerintahan Kerajaan Bani Ummayyah yang berpusat di Damsyik berkembang dengan pesat dan meliputi bidang bahasa, sastera, sains, perubatan serta ilmu agama seperti hadis, fiqh, tafsir dan tauhid. Antara kota yang menjadi tumpuan perkembangan ilmu adalah Kufah dan Basrah di Iraq (ilmu bahasa serta sastera).

Kerajaan Bani Ummayyah yang berpusat di Andalus pula berkembang lebih pesat, selain berjaya membina tamadun lebih besar dalam pelbagai aspek agama dan bukan agama. Cordova menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah pada abad keempat Hijrah/10 Masihi. Bangsa Eropah memperoleh manfaat daripada perkembangan ini. Mereka berpeluang mempelajari banyak ilmu Islam yang berkembang di seluruh Andalus. Ia bukan saja di Cordova, malah bandar lain seperti Seville, Toledo dan Granada. Bagi Kerajaan Abbasiyyah pula, kegemilangannya juga setanding Bani Ummayyah di Andalus. Kota Baghdad seperti Cordova juga memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan dan tamadun Islam, terutama pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan puteranya, al-Ma'mun. Kegemilangan zaman pemerintahan kedua-dua pemerintah berwibawa ini mendorong sejarawan menamakannya Zaman Keemasan Kerajaan Abbasiyyah. Hal ini kerana, pada zaman itu, kegiatan ilmiah berkembang dengan amat pesat melalui penulisan buku, penterjemahan, hubungan diplomatik dan perdagangan dengan negara maju luar, termasuk di Eropah, India dan China secara meluas. Hasil kegiatan ilmiah ini melahirkan ramai tokoh ulama, ahli bahasa, sastera dan tokoh dalam bidang ilmu yang lain, termasuk bidang astronomi, astrologi, matematik, perubatan seni muzik dan falsafah. Kesan dan pengaruh kegiatan ilmiah ini terhadap dunia luar amat besar. Berbicara mengenai Baghdad yang diasaskan oleh al-Mansur pada 762 Masihi atau nama asalnya Madinah al-Salam, tentunya tidak lupa untuk mengaitkannya sebagai salah satu ikon utama tamadun Islam. Kedudukan penting Baghdad membanggakan, namun yang tragisnya, kota itu kerap menjadi tumpuan misi kehancuran oleh manusia yang tidak bertamadun. Serangan dan kemusnahan ke atas Baghdad bagaikan pita rakaman yang diulang berkali-kali. Apa yang menyedihkan, keruntuhan Baghdad turut meruntuhkan bersama-samanya asas keyakinan umat Islam bahawa mereka masih boleh membina tamadun berpandukan kegigihan dan usaha keras generasi sebelumnya. Kota agung kebanggaan Islam ini mengalami kehancuran buat pertama kalinya ketika pemerintahan al-Mu tasim (1258 Masihi) apabila Hulagu Khan, iaitu cucu Genghiz Khan yang memimpin 200,000 tentera kejam Mongol menyerang Baghdad. Khalifah, pembesar Baghdad serta umat Islam dibunuh dan mayat mereka dicampakkan ke dalam Sungai Tigris. Bangunan yang menjadi mercu tanda kegemilangan Islam dirobohkan. Demikian juga Baitul Hikmah, universiti dan madrasah yang menjadi nadi penggerak perkembangan tamadun dunia pada zaman itu turut dimusnahkan. Sungai Tigris juga menjadi saksi terpadamnya khazanah ilmu Islam yang dihumban ke dalamnya, lalu menukar airnya menjadi lautan tinta yang pekat. Kehancuran dan keruntuhan kota Baghdad sering diratapi oleh umat Islam sama ada pujangga mahupun orang biasa. Ibn Juzayy (1321-1356/8 Masihi), sasterawan muda Andalus yang dititah Sultan Abu Inan supaya bekerjasama dengan Ibn Battutah dalam penghasilan karya Rihlah Ibn Battutah, turut memetik syair ilham Abu Tamam Habib ibn Aus.

Beliau seolah-olah dapat melihat sendiri tragedi yang menimpa Baghdad: Demi Allah, sesungguhnya tinggal di Baghdad seorang yang mengumumkan kematiannya. Tangisilah, tangisilah akan keruntuhan zamannya. Pada suatu masa dulu, ia tetap gemilang walaupun peperangan menyala, lalu api dipadamkan, sedikit di segenap pelosoknya. Manusia mengharapkan detik gemilangnya akan kembali tiba, tetapi kini, segala harapan yang disimpan menjadi suram laksana wanita tua yang meninggalkan zaman mudanya dan hilang kecantikan yang menghiasi dirinya. Dari satu aspek, kehancuran kota Baghdad dan kemusnahan ribuan monumen yang melambangkan kegemilangan tamadun Islam zaman silam haruslah pula ditanggapi dengan penuh keinsafan, bijaksana dan jiwa terbuka. Ada limpahan rahmat yang tidak terlihat oleh pandangan mata di sebalik keruntuhan dan kehancuran kota warisan Islam serta monumen yang melambangkan tamadun yang bermula sejak kurun ketujuh ini. Keruntuhan Baghdad buat kesekian kalinya oleh Amerika Syarikat pada 12 April 2003 membawa rahmat Ilahi yang mungkin tidak terjangkau dek pemikiran manusia terbatas.Kehancuran monumen berharga dan kemusnahan muzium serta perpustakaan (termasuk perpustakaan al-Quran di Kementerian Wakaf Agama di sekitar kota Baghdad yang menyimpan khazanah tidak ternilai harganya turut menghancurkan jiwa umat Islam seluruh dunia. Kita harus menerimanya dengan penuh reda dan insaf. Inilah cabarannya untuk kita umat Islam, khususnya di Malaysia untuk kembali bangkit membina semangat dan kekuatan agar berupaya membina tamadun gemilang, jika pun tidak setanding Baghdad. Gagasan idea dicetuskan dan yang tinggal hanya kesungguhan untuk membuktikan bahawa kita berkeupayaan menjadikan cita-cita murni ini bukan sekadar mimpi atau khayalan, tetapi benar-benar suatu kenyataan. Lebih penting, buktikan juga bahawa tamadun yang dibina itu tidak sesekali akan terikat dengan tuntutan alam, sejarah mahupun resam dunia iaitu yang berada di puncak pasti akan kembali ke tanah semula.Dengan kata lain, kita mesti berusaha menghindari perkara negatif, hasil perbuatan sendiri bagi memastikan pencapaian tamadun kita sentiasa berada pada tahap cemerlang dan gemilang

Tamadun China Moden Zaman Moden - Pertengahan abad 19, China menghadapi ancaman kuasa Barat - Bermula Zaman Dinasti Ming- mempunyai armada laut yang besar dan melakukan pelayaran ke laut lepas - D. Ming juga lembaran baru China kerana wujudnya hubungan perdagangan dengan kuasa-kuasa Barat - Portugis yang pertama datang ke China-Canton pada 1514 & 1517 Dinasti Ming & Dinasti Manchu - Kemudian kedatangan mubaligh Kristian - Diikuti kuasa Sepanyol pada 1575 - Cubaan Belanda gagal pada 1604 & 1607 kerana hasutan Portugis - Dinasti Manchu meneruskan dasar2 perdagangan dengan Barat - Hubungan menjadi tegang kerana dasar2 ketat / sekatan yang dikenakan kepada Barat hingga tercetusnya PERANG CANDU 1 Perang Candu - Merupakan perang terbuka antara Inggeris dengan China - Punca: masalah hubungan diplomatik yang tegang - Isu perdagangan bebas dan penentangan terhadap dasar perdagangan yang ketat termasuk candu - Kesan perang: China kalah kepada barat. Barat mengambil kesempatan membuka negara China kepada perdagangan luar. Ini juga menggambarkan kemerosotan ketenteraan Manchu, sekali gus menaikkan semangat orang China hendak menggulingkan Dinasti Manchu Kesan Perang candu - Nilai-nilai barat mengambil tempat menggantikan banyak unsur2 tradisi China termasuk budaya kuno China - Munculnya golongan intelektual China yang menggunakan pelbagai pendekatan falsafah barat. Misalnya munculnya fahaman demokrasi dan komunisme

PERKEMBANGAN ILMU SAINS DAN TEKNOLOGI TAMADUN CHINA Ciri tamadun Cina yang paling menonjol ialah kepantasan kemajuan teknologinya . Ini turut diakui oleh beberapa orang pengarang terkenal dari Barat. Antara kemajuan-kemajuan yang dicapai ialah: 1. Perpustakaan yang besar telah wujud semenjak zaman berzaman. 2. Alat cetak yang boleh bergerak telah direka dalam abad kesebelas, justeru itu lahirlah buku-buku dalam jumlah yang besar. 3. Perdagangan dan perindustrian yang digiatkan oleh pembinaan terusan dan desakan penduduk juga mencapai tahap yang tinggi. Kompas bermagnet juga dalah satu lagi ciptaan orang-orang Cina yang digunakan hingga kini. 4. Bandar raya China lebih besar daripada kebanyakan bandar-bandar Eropah pada zaman Pertengahan, sementara laluan perdagangannya pula luas. Pembinaan semula Tembok Besar China dan terusan-terusan mengikut nasihat pihak birokrasi

yang dikemukakan kepada Maharaja. Ia dianggap penting demi faedah negara. 5. Wang kertas mempercepatkan aliran perniagaan dan pertumbuhan pasaran pada peringkat permulaan. 6. Wujud industri besi yang sangat besar di China Utara, menghasilkan kira-kira 125 000 tan setahun kebanyakannya untuk kegunaan kerajaan dan tentera. 7. Bangsa China juga barangkali menjadi bangsa yang pertama mencipta serbuk letupan dan meriam yang telah digunakan untuk menggulingkan pemerintahpemerintah Mongol oleh Dinasti Ming pada penghujung abad keempat belas. Dalam tahun 1720, rekod menunjukkan bahawa Dinasti Ming memiliki sebanyak 1350 buah kapal perang, termasuk 400 buah kubu terapung yang besar dan 250 buah kapal yang dibina khas untuk pelayaran jarak jauh. Kekuatan ini termasuk kapal-kapal persendirian yang banyak dan yang mengadakan perdagangan dengan Korea, Jepun, Asia Tenggara bahkan Afrika Timur pada masa itu. Ini memberi hasil kepada kerajaan China yang telah mengenakan cukai terhadap perniagaan laut tersebut. PENGARUH TAMADUN CHINA Kepercayaan - Lahirnya pelbagai kepercayaan yang dikaitkan dengan konsep alam dan kemanusiaan, termasuk penyembahan unsur alam: angin, bumi sungai . nenek moyang dan dewa dewi. Tian ialah langit/ ketinggian( heaven) di mana raja yang dikaitkan dengan wakil Tuhan di muka bumi mendapat mandat memerintah. Tian: merupakan teori metafizik china yang berkait dengan konsep yin dan yang ( keseimbangan alam). - Zaman Dinasti Han: permulaan membina tokong, berkembangnya agama Buddha dan ramai mubaligh Buddha muncul. - Di antara tokoh agama Buddha yang terkenal Fa Shien, Hsuan Tsang dan I-Tsing yg sempat melakukan pelayaran agama ke Asia Tenggara. - Kitab epik Ramayana dan Mahabrata diterjemahkan dengan nama Tripitaka. - Banyak istilah keagamaan Buddha dan kepercayaan tradisi yang terus dianuti dan dipegang oleh orang China di serata dunia - Antaranya konsep Ti / Di keamanan di bumi yang dikaitkan dengan yin dan yang, konsep Dao/ Tao- jalan atau lorong yang baik bagi tabiat berkait rapat dengan hukum moral yang tertib atau sopan

Falsafah - Aliran falsafah besar yg terkemuka ialah Confucianism, Legalisme dan Taoime yg hampir kesemuanya berkait rapat dengan kepercayaan kepada peraturan hidup yg baik - Ramai sarjana intelektual China lahir pada zaman keagungan aliran falsafah berkenaan. Confucianisme: - Ajaran diperoleh dari 2 buah buku- Klasik Confusius dan Lu Yu @ Analekta . Buku-buku itu ditulis oleh Confucius bila dia menyedari kebejatan moral pegawai kerajaan dan rakyat China yg membimbangkan dan yakin negara akan baik dan aman jika semua mengikut dan mematuhi peraturan. - Menekankan konsep Li merujuk kpd susunan tingkah laku yg baik. Demikian konsep jen menekankan perasaan kemanusiaan yg diyakini mampu mendidik

rakyat berakhlak mulia dengan sifat amanah,berbudi bahasa, rajin, murah hati dan bersifat baik sekali gus mewujudkan kerajaan yg stabil dan aman. Sementara raja disifatkan sebagai utusan dari tian / ketinggian

Pendidikan - Aliran Confucianisme amat menekankan pendidikan . Golongan Intelektual amat dihormati dijadikan role model masyarakat. - Ajaran ini menjadi panduan pembinaan sekolah asas di hamlet dan desa dan diperingkat negara - Pendidikan bertujuan : agar murid-murid lulus peperiksaan yg memang wajib namun statik sifatnya - Terdapat TIGA tahap dlm mendapatkan ijazah kesarjanaan yakni Hsiu tsai ( budding talent)chu jen ( promoted scholar) dan Chin Shih( ready for office) - Hanya tahap Chin shih akan terpilih menjawat jwtn dalam kerajaan. Ramai guru sekolah biasa yg berkelulusan takat Hsiu tsai namun mereka tetap belumba memajukan diri ke tahap yg lebih tinggi. Tak ramai yg lulus namun kedudukan mereka amat dihormati.

Sistem Nilai dan Etika - Dlm budaya China wanita dipandang rendah dlm masyarakat, selalu dinafikan hakhaknya dan menurut perintah sahaja - Menekankan golongan kebapaan / patriocal: mewarisi harta dan kekayaan tradisi kepada anak lelaki. - Wanita hanya berlatih menjadi isteri yg baik, tahu memasak, menjahit , mengasuh anak, tertumpu kpd keluarga namun tidak menerima pelajaran di sekolah spt lelaki - Perkahwinan seorg wanita ditentukan oleh keluarganya. Wanita yg berkahwin akan meninggalkan rumahnya dan masuk ke rumah suami dan jika gagal melahirkan anak lelaki kedudukannya belum terjamin - Masyarakat tradisi China mengamalkan perkahwinan lebih dari satu menjamin status dan kekayaan lelaki. Wanita tidak berhak membantah. - Wanita tidak jauh berstatus sebagai seorang hamba dlm keluarga dan masyarakat. - Sungguhpun berstatus rendah, wanita dikatakan agen pengekalan kepercayaan tradisional masyarakat China. Misalnya dlm ritual Buddha wanita lebih aktif . - Wanita yg juga ibu memain peranan penting mendidik dan mengasuh anak dengan bahasa, adat kepercayaan dan budaya serta adat resam yg baik-baik

Kesenian - Kraft tangan tradisional: ukiran seramik dan jed sjk 5000 tahun lalu - Seni kaligrafi: garis dan bentuk wujud 400 tahun lalu. Menekankan keharmonian, keseimbangan dan momentum semasa menulis - Seni lukis menggunakan berus dan dakwat menekankan aspek ketebalan dan ton garisan - Seni bina dan ukiran kayu menekankan struktur, ukiran, bentuk bumbung, dan warna

- Seni opera: cerita dilakonkan melalui seni nyanyian dan tarian sejak 1200 tahun lalu - Seni pertahanan diri Kung Fu: menekankan kecergasan fizikal dan ketangkasan bermain senjata Topik 3 : Interaksi Pelbagai Tamadun Interaksi Antara Pelbagai Tamadun (Melayu, Cina, India,Jepun,Eropah). PENGENALAN - Proses interaksi bermula dengan proses pembudayaan yang mengintegrasikan masyarakat berbilang ras atau etnik. - Melalui proses interaksi antara budaya, maka terbentuk interaksi peringkat tamadun - Perdagangan memainkan peranan yang penting dalam proses interaksi antara tamadun.

Interaksi Tamadun India dan China - Rekod sejarah China, berlaku melalui hubungan perdagangan seawal kurun ke-2 S.M. - Jalan Sutera yang menjadi laluan para pedagang - saluran interaksi - Selain daripada barang dagangan, agama Buddha merupakan komoditi terpenting yang dibawa ke China - Pada kurun ke-2, telah berlaku pertembungan di antara tamadun Cina dan tamadun India di rantau Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan.

Kesan: 1.Penyebaran Agama Buddha - Dibawa masuk ke China kurun pertama masihi - Maharaja hantar wakil ke India utk fahami & mendalami ajaran - Disesuaikan dgn tradisi budaya masyarakat Cina; doktrin Daoisme & Konfusianisme - Sami dr China menetap di India & pelajari kitab Buddha (bahasa Sanskrit & Pali) - Berjaya menyusun doktrin Buddha dalam satu koleksi (Tripitaka) 2. Sains dan Teknologi - Dari China - pembuatan kertas, tembikar, bahan letupan, percetakan & kompas - Perubatan Cina mendapat tempat dan diberi penghormatan yang tinggi di India - Dari India - teknologi India menghasilkan gula daripada tebu, 60 koleksi ilmu astronomi India telah diterjemah ke bahasa Cina ahli astronomi India pernah berkhidmat di China sistem kalendar lunar Cina yang baru - Karya perubatan India pula banyak diterjemah ke dalam bahasa Cina 3.Bahasa, Kesusasteraan dan Kesenian - Ilmu fonetik Cina guna pengetahuan dan teknik ilmu fonetik Sanskrit - dipelajari melalui ajaran Buddhisme - Kitab Buddha juga telah membekalkan bahan untuk panduan dan rujukan kepada kesusasteraan Cina- perbendaharaan kata, tema, gaya dan genre.

- Seni muzik India alat muzik Cina yg berasal dari India :- pipa dan konghou INTERAKSI TAMADUN MELAYU TAMADUN INDIA - Bermula seawal abad ke-3 SM - Bhn bertulis dari India - ada menyebut ttg Malayadvipa (Semenanjung Melayu) - Tujuan utama kedatangan para pedagang dari India ke Tanah Melayu - bagi dapatkan emas - Suvarnabhumi (tanah emas) gelaran diberi kpd Tanah Melayu Kesan: 1.Penyebaran Agama - Agama Hindu dan Buddha telah diterima dan menjadi pegangan penduduk tempatan yang sebelumnya berpegang kepada kepercayaan animisme. - Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang pula merupakan tinggalan pengaruh ajaran Hindu kerajaan Chola ketika menguasai Kedah. 2.Sistem Pemerintahan - konsep Dewaraja (dlm bhs Sanskrit yang bermakna God King) - konsep ketuhanan agama Hindu yg membesarkan keagungan dewa-dewi & dikaitkan dgn kedudukan serta status Raja sbg jelmaan Tuhan - Upacara pertabalan - bg mengekalkan status tinggi Raja - Panca Persada yg spt Gunung Mahameru, memperlihatkan pengaruh kosmologi Hindu-Buddha. 3.Struktur Masyarakat - Akibat pengaruh dari sistem kasta (susun lapis dalam masyarakat) terdapat pemisahan jelas golongan atasan/ bangsawan yang dianggap lebih mulia dgn golongan rakyat biasa. - Pengaruh ini telah membawa kepada munculnya masyarakat feudal dalam kehidupan masyarakat Melayu 4.Adat resam dan Budaya - Kedatangan agama Hindu pengaruhi kehidupan seharian dan adat resam masyarakat Melayu:- amalan jampi & mentera - Amalan adat di kalangan masyarakat Melayu seperti melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan berinai, mencecah garam dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi, - Masyarakat India Chittyan memperlihatkan persamaan dgn kebudayaan Melayu 5. Bahasa - Pengaruh bahasa Sanskit - Penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M), Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M), Batu Bersurat Kota Kapur (686 M) dan Batu Bersurat Karang Berahi (692 M) buktikan pengaruh bhs Saskrit dlm bhs Melayu kuno yg digunakan ketika itu - Batu Bersurat Terengganu, selain drp perkataan Arab, turut ditemui 29 perkataan dari bahasa Sanskrit

Pengaruh Dari Bahasa Sanskrit(Perbandingan Bahasa Melayu Lama dan Baru) Bhakti = bakti Bhumi = bumi Dosa = dosa Drohaka = derhaka Maharddhika = merdeka Prakara = perkara Rupa = rupa Samicra = mesra Tathapi = tetapi Vela = bila 6.Kesusasteraan - Kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana & Mahabharata Hikayat Seri Rama dpt inspirasi drp E.Ramayana - Epik Mahabharata diberi wajah tempatan - Hikayat Pendawa Lima, H.Pandawa, H.Panda Delima & H.Sang Boma - Karya sastera Melayu tradisional pentingkan aspek kesenian, keromantisan, keagungan raja-raja & menyelitkan unsur epik & mitos - Turut diadaptasikan dlm wayang kulit INTERAKSI TAMADUN MELAYU TAMADUN CINA - Rekod rasmi China bertarikh 638 M mencatatkan Kedah pernah jalin hubungan diplomatik dgn China & para pedagang Kedah berdagang ke China - Kedah - pusat perhentian utama bg sami Buddha dr China yg belayar melalui Selat Melaka utk ke India sekitar tahun 250 M - Zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka, hubungan diplomatik dgn China penting agar Melaka selamat dr ancaman musuh - Laksamana Cheng Ho bawa perutusan pengiktirafan Parameswara sbg pemerintah kjn Melaka oleh Maharaja China - Maharaja China hantar puterinya, Hang Li Po utk dikahwinkan dgn Sultan Mansur Syah. - Kelompok yg berasal drp keturunan para pengiring Puteri Hang Li Po lebih dikenali sebagai Baba dan Nyonya @ Peranakan - Awal abad ke-19 - setelah kedatangan kuasa British & penubuhan Negeri-negeri Selat, berlaku pertambahan bilangan orang Cina - golongan peniaga yang berjaya dan dikenali sbg Cina Selat @Straits Chinese Kesan: 1. Penyebaran Agama - Islam di Tanah Melayu di peringkat awalnya dikatakan dtg dari Tanah Besar China ekoran hbg perdagangan - Islam yg dtg melalui para pedagang dr Canton dan Hainan pada kurun ke-9 dibuktikan dgn penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di Brunei (1048), di Laren, Jawa (1082).

2. Warisan Cina Peranakan - Dikenali sebagai Baba dan Nyonya. - Kebudayaan mereka turut mempunyai unsur pengaruh kebudayaan Melayu. - Bahasa Melayu Baba byk mengandungi perkatan Hokkien - Cara masakan dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu dan menjadi kebiasaan bagi mereka makan guna tangan - Pakaian kebaya dan kain sarong 3. Kebudayaan - Pertukaran barangan sbg hadiah melalui misi diplomatik perkenalkan pelbagai tekstil (kain) dari negara China seperti kain sutera dan kain kapas, barangan porselin, tembikar dan logam, serta makanan seperti kicap, taugeh dan tauhu. - Adat memberi ang pau yang bermaksud sampul merah 4. Perubatan dan Teknologi - Rawatan akupuntur dan herba bertujuan menseimbangkan yin dan yang - Perubatan herba Cina yang jumlahnya melebihi 1,000 jenis mengubat penyakit seperti asma, anemia dan kanser. - Teh Cina ataupun green tea - Teknologi - perlombongan, pertanian dan pertukangan - Teknologi baru seperti penghasilan barangan termasuklah gula, kertas, kain, bahan letupan, lilin

TAMADUN EROPAH-TAMADUN LAIN Perkataan Eropah berasal daripada Europe berhubung kait dengan lagenda. - Europa anak perempuan Raja Tyre dari pantai Phoenicia (hari ini dikenali sbg Lubnan) jatuh hati dengan Raja Zeus (yg menjelma sbg lembu jantan), dilarikan ke Crete Konotasi dgn melarikan puteri dari Phoenicia ke Crete memindahkan pencapaian tamadun-tamadun lama Asia dari timur ke koloni di Laut Aegean (Davies, 1996) Tamadun Eropah Empat zaman yang nyata tamadun Eropah: 1)Zaman Silam/Klasik (Yunani, Graeco-Rom; 3000 s.m) 2)Zaman Kebudayaan Aegean (Greek) 3)Zaman Penguasaan Yunani Iskandar Zulkarnain 4)Zaman Graeco-Rom/Helenistik -Zaman Pertengahan : Awal (476 m) -Kejatuhan Empayar Rom & kemunculan Krjn orang Gasar Charlemagne. - Sist. Feudalisme, perkembangan agama Kristian pesat Zaman Pertengahan : Kemuncak & Akhir (1050 m) Kegemilangan politik, ekonomi & sosial. - Zaman Awal Moden (1500 m) Gerakan Renaisans & Reformasi diikuti Revolusi Sains. - Zaman Moden (1800 m hingga hari ini). - Zaman penyerlahan revolusi Perancis 1789.

- Revolusi Perindustrian England 1780an.

INTERAKSI CHINA DAN JEPUN Berlaku secara aman. Asimilasi Tamadun China dalam Tamadun Jepun telah diperkukuhkan identiti oleh Tamadun Jepun. Dari segi agama dan tulisan - agama Buddha diperkembangkan dalam Tamadun Jepun. (Agama Shinto) - Tulisan Cina menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun. (Hiragama Kalakana) Perkembangan intelektual dan kesusasteraan. - Upacara seperti upacara minum teh dan seni taman. - Struktur pembinaan bandar. - Ajaran falsafah Konfusianisme seperti penekanan kepada institusi keluarga. - Konsep mandat dari Syurga telah memperkukuhkan kedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai berasal daripada keturunan Dewi Amaterasu. - Sistem pemerintahan berpusat

Nilai-nilai Universal Antara Tamadun 1. KETERBUKAAN -Prinsip bertolak ansur diamalkan dalam menggarap idea dari tamadun lain. Sbg contoh tamadun Yunani berkongsi peradaban mereka dengan tamadun India,China,Iran. -Contoh keterbukaan Islam menerima idea luar tetapi menapisnya terlebih dahulu.Kubah masjid berasal dari seni bina Graeco-Roman 2. KESEJAGATAN -Mengimbangi tamadun dengan sifat semulajadi manusia dan mengiktiraf keistimewaan manusia. Cth:pengaruh falsafah Yunani terhadap Islam namun perbahasan tentang falsafah dan kekuatan akal tidak dapat menandingi peranan wahyu dalam Islam. -Keperluan manusia untuk hidup aman damai perlu diiktiraf oleh seluruh tamadun manusia.

PERSAMAAN & PERBEZAAN ANTARA TAMADUN - Perbezaan ketara adalah dalam aspek teologi. - Persoalan etika kurang mencetuskan kontroversi antaranya: 1. Alam sekitar-hidup harmoni dengan alam. 2. Keluarga-asas pembentukan masyarakat 3. Komuniti-menentukan personaliti dan identiti manusia. 4. Kerajaan-moral/akhlak sangat penting,para sarjana spt Moh-Tze,Kautilya,Mawardi membincangkannya dlm buku masing-masing 5. Ekonomi-moral semesta

6. Pendidikan-pembinaan sifat-sifat manusia 7. Kesihatan-pandangan dan pendekatan holistik PRINSIP-PRINSIP ASAS KELAHIRAN TAMADUN MANUSIA SOSIOEKONOMI: kehidupan manusia yang menetap seperti yang disentuh di dalam bahagian etimologi tamadun iaitu yang merujuk kepada pengertian hadarah menjadi prinsip paling asas yang membolehkan manusia menjalani kehidupan seharian yang lebih sistematik. INTERAKSI MANUSIA DAN ALAM: interaksi seorang manusia dengan alam sehingga mencetuskan nilai-nilai spiritual terhadap alam dan pengalaman kepada diri sendiri tidak akan sempurna tanpa penglibatan manusia lain. DAYA KREATIVITI MANUSIA: prinsip seterusnya yang melahirkan tamadun ialah kreativiti manusia dalam memenuhi tuntutan kehidupan. Pengalaman manusia berinteraksi dengan alam mengajarnya menjadi kreatif. PERSAINGAN MANUSIA: kehendak manusia tidak pernah terbatas. Peningkatan usia, perubahan psikologi dan perubahan cara hidup adalah antara faktor yang mempengaruhi kehendak manusia yang tidak terbatas itu. PEMINJAMAN KEPAKARAN: oleh kerana manusia memiliki batasan keupayaan diri, maka manusia sentiasa memerlukan pertukaran bantuan dan kerjasama. Bantuan kadangkala berbentuk peminjaman kepakaran tertentu yang tidak dimiliki oleh sesuatu kumpulan masyarakat, tetapi dimiliki oleh kumpulan masyarakat yang lain. PEMBINAAN, PERKEMBAGAN DAN KEMEROSOTAN TAMADUN MODEL-MODEL TAMADUN Model pertama ialah model tiga tahap perkembangan kerajaan atau organisasi sosial yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun: a) tahap awal atau kelahiran yang dicirikan oleh perasaan kekitaan atau abasiyah bagi memenuhi keperluan asas, dan kemudiannya diperkukuhkan oleh peranan agama. b) Tahap kehidupan menetap atau bertamadun yang dicirikanoleh kelahiran sistem pemerintahan yang membawa kepada pertumbuhan bandar dan memberi kesan kepada statifikasi sosial. c) Tahap lemah atau kejatuhan yang dicirikan oleh konflik politik dan krisis ekonomi sehingga membawa kesan kepada stratifikasi sosial dengan peningkatan kemewahan dan kelunturan semangat kekitaan Toynbee juga membuat penambahan apabila secara khusus memperincikan lagi tahap kedua model ini dengan membahagikan kepada 3 sub-fasa iaitu: a) keretakan b) perpecahan c) kejatuhan

_ Model ketiga ialah model yang diketengahkan oleh Malik Bennabi (1965-1973). Menurut Wan Hashim, Malik juga dapat dianggap terpengaruh dengan teori kitaran Ibn Khaldun _ Model keempat ialah model Ali Shariati (1933-1977). Menurut Ali Shariati ada 2 perkara penting dalam perkembangan tamadun dan kedua-dua perkara tersebut berada dalam diri manusia. KANDUNGAN TAMADUN _ Pada tahap paling minimum, kandungan tamadun sekurang-kurangnya terdiri daripada 6 ciri asas iaitu: a) mempunyai kehidupan dibandar b) mempunyai pemerintahan dan kerajaan c) mempunyai bahasa dan tulisan d) mempunyai sistem perundangan e) mempunyai agama dan sistem kepercayaan f) mempunyai pengkhususan dalam pekerjaan AGAMA DAN TAMADUN _ Dalam pengertian yang lazim difahami, agama ialah kepercayaan kepada tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan PerintahNya. _ Dalam hubungan agama dan tamadun, jatuh bangunnya sesebuah tamadun atau kerajaan adalah selari dengan jatuh bangunnya agama. _ Agama juga mempunyai hubungan fungsi dengan unsur-unsur tamadun yang lain seperti moral, etika, ekonomi, undang-undnag estetika dan sains. KETENTERAAN DAN TAMADUN _ Penggunaan ketenteraan atau milita pada peringkat yang lebih besar semakin ketara apabila berlakunya persaingan dan perebutan kuasa pada peringkat intratamadun dan antara tamadun. _ Daripada suudt kesan hubungan kuasa ketenteraan dan perkembangan tamadun, ketenteraan lebih banyak meninggalkan kesan negatif daripada kesan positif. _ Jesteru, pada prinsipnya, sebagai tamadun yang mengutamakan nilai-nilai kesejahteraan, tamadun Islam tidak menggunakan ketenteraan sebagai kuasa utama dalam memperluaskan wilayahnya. iNTERAKSI ANTARA TAMADUN BERSIFAT TERBUKA _ Sifat ini perlu bagi memastikan tamadun itu tidak akan bergerak secara bersendirian tetapi mempunyai maklumay dan idea daripada tamadun lain bagi membolehkan idea itu digarap bagi kepentingan tamadunnya dan dalam masa yang sama dapat dipersembahkan kepada tamadun lain. _ Faktor ini juga merupakan prasyarat kepada tersebarnya tamadun pada peringkat pertama _ Prinsip ini juga penting bagi menjauhkan sesuatu tamadun itu daripada kejutan ketika

mendapati pada masa yang sama tamadun lain lebih menonjol daripadanya. MENGUTAMAKAN KEPENTINGAN SEJAGAT DAN SELARAS DENGAN SIFAT SEMULAJADI MANUSIA _ Kesajagatan atau universaliti adalah ciri yang tidak kurang pentingnya dalam proses interaksi antara tamadun _ Sebagai contoh, perkembangan pesat tamadun Yunani dalam bidang falsafah dan keilmuan bertaut dengan tamadun Islam dan melebarkan perbincangan yang bersandarkan falsafah pemikiran. _ Keinginan manusia yang universal untuk hidup dalam suasana penuh aman dan harmoni, menyebabkan secara tidak langsung lahir lain tamadun yang mendukung cita-cita yang sama merasa terpanggil untuk tampil memberi bantuan dan sokongan kepada sesama mereka. FAKTOR-FAKTOR PENDORONG INTERAKSI ANTARA TAMADUN KEPIMPINAN Contoh kepimpinan yang tersohor sepanjang zaman ialah kepimpinan nabi Muhammad SAW keatas umat Islam seluruh dunia. KEAGAMAAN menyumbang kepasa berlakunya interaksi antara tamadun ILMU proses ini memberi kesan kepada pembangunan dan perkembangan suatu tamadun PERDAGANGAN antara faktor terawal yang mendorong berlakunya interaksiantara tamadun.

Anda mungkin juga menyukai