Anda di halaman 1dari 17

SULIT 02/1 Bahasa Melayu Kertas 1 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SALAK TINGGI TAMAH DAHLIA, 43900

SEPANG, SELANGOR DE.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2003 BAHASA MELAYU KERTAS 1 Satu jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. 2. 3. Kertas soalan ini mengandungi 60 soalan. Jawab semua soalan Tiap-tiap soalan diikuti oleh semua empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Fikir dengan teliti ketika memilih jawapan. Jika anda hendak menukar sesuatu jawapan, padamkan sehingga bersih tanda yang tidak dikehendaki itu dan hitamkan pilihan yang baru. Kertas soalan ini mengandungi 17 halaman bercetak.

4.

Soalan 1 hingga 6 Petikan 1 Pemahaman Petikan Umum Baca petikan rencana di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikutnya. Masalah kemasukan pendatang asing ke Malaysia berlarutan lebih 20 tahun, iaitu sejak 1970an lagi. Malangnya, hingga kini, masalah itu berterusan, seolaholah terlalu kompleks dan amat sukar untuk ditangani. Persoalannya, sampai bilakah masalah ini akan berakhir kerana tempoh 20 tahun bukanlah masa yang pendek untuk diambil tindakan. Langkah yang konkrit sepatutnya sudah lama diambil bagi menyelesaikannya agar tidak terus mengancam penduduk negara ini yang dikatakan mempunyai hubungan langsung dengan pelbagai gejala sosial. Kemasukan pendatang asing mengundang pelbagai masalah sosial yang sedikit sebanyak memporakperandakan kehormatan komuniti negara ini. Lebih membimbangkan apabila gelagat rakyat asing yang mencabar kesabaran rakyat negara ini dengan menimbulkan beberapa insiden yang mencabar kedaulatan negara kebelakangan ini. Paling ketara ialah rusuhan dan sikap samseng beberapa kumpulan rakyat Indonesia tidak kira suku atau keturunan mereka sehingga menyebabkan Kuala Lumpur bertindak tegas menggantung pengambilan pekerja baru, terutama dari Indonesia, ke negara ini. Hal ini termasuk rusuhan pekerja kilang tekstil di Nilai, Negeri Sembilan dan pergaduhan di Kampung Limau Manis, Dengkil, Selangor. Kehadiran rakyat asing, terutama Indonesia, turut mengundang pelbagai padah dari segi jenayah dan kegiatan militan, di samping kegiatan maksiat yang membawa pelbagai penyakit. Dalam hal ini, sudah tiba masanya kerajaan Malaysia bertindak tegas dan menilai semula isu rakyat asing itu untuk menjaga periuk nasi dan kebajikan rakyatnya sendiri agar nasib kita tidak menjadi kera adi hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Terbaharu, langkah kerajaan mengetatkan syarat pengambilan pekerja asing bagi semua sektor pekerjaan dalam usaha mengurangkan penggantungan kepada tenaga buruh asing amatlah wajar dan tepat masanya. Manakala usaha menghantar pulang pendatang asing secara berperingkat-peringkat yang dijalankan sekarang harus diteruskan. 1 Apakah maksud pendatang asing dalam petikan di atas? A Rakyat Indonesia yang datang ke Malaysia. B Orang yang tidak ada saudara mara di Malaysia. C Orang luar yang memasuki negara lain. D Orang luar yang masuk ke negara lain dengan tidak mendapat kebenaran.

2. Mengapakah kerajaan Malaysia perlu bertegas dalam menangani masalah pendatang asing ini? A Pendatang asing ini telah merebut peluang pekerjaan penduduk tempatan. B Kerana masalah pendatang asing ini dapat menimbulkan insiden yang boleh mencabar kedaulatan negara dan memporakperandakan keharmonian komuniti negara ini. C Menambah kepadatan penduduk sehingga menimbulkan masalah petempatan. D Membantutkan perkembangan ekonomi negara. 3. Antara berikut merupakan langkah-langkah kerajaan membanteras kemasukan pendatang asing kecuali A Mengetatkan syarat pengambilan pekerja asing. B Mengurangkan penggantungan kepada tenaga buruh asing. C Menggantung pengambilan pekerja-pekerja baru. D Mengharamkan kemasukan pendatang asing. 4 Maksud peribahasa kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan dalam petikan di atas ialah A Mengutamakan binatang daripada manusia B Memberi anak kita makan sebelum orang lain. C Mengutamakan keperluan orang lain daripada keperluan sendiri. D Jangan suka menjaga hal orang. 5 Pada pendapat anda, mengapakan negara kita menjadi tumpuan pendatang asing? A Negara kita aman dan peluang pekerjaan terbuka luas. B Negara kita aman dan pemimpinnya cekap. C Negara kita aman dan kaya dengan pelbagai budaya. D Negara kita aman dan penduduknya berbudi bahasa. 6 Berdasarkan petikan di atas, manakah pernyataan yang tidak benar? A Pendatang asing boleh menimbulkan masalah sosial. B Pihak berkuasa bertindak tegas terhadap kemasukan pendatang asing. C Masalah pendatang asing masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya. D Pendatang asing menjadi penyumbang utama pertumbuhan ekonomi negara.

Soalan 7 hingga 12 Pemahaman prosa moden. Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikutnya. ORANG TUA: YATIM: ORANG TUA: YATIM: ORANG TUA: YATIM: ORANG TUA: YATIM: ORANG TUA: YATIM: ORANG TUA: YATIM: ORANG TUA: YATIM: ORANG TUA: YATIM: Aku sungguh gelisah. Bagaimana cara berdoa? Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan sekarang. Dan aku juga .Ah! Berdoa selepas sembahyang sudah cukup. Membaca AlQuran? Sembahyang? Baca Al-Quran? Sebenarnya sudah lama.Aku pun dah tak tahu. Ya Allah! Sampai begitu sekali? Sekarang apa harus aku buat, Yatim? Tolonglah aku Yatim. Bapak harus memulakannya dari sekarang. Apa dia Yatim, sekarang? Katakanlah bagaimana? Sembahyang dan berdoa. Tapi, bagaimana? Mahukah kau tunjukkan? Aku sudah lupa. Baiklah, kalau begitu kita ke surau sekarang. Ke surau? Tapi aku malu pada orang ramai. Aku tidak pernah ke situ. Bapak tidak boleh malu sesama makhluk, sesama manusia. Tapi kita harus malu dan takut pada Allah, pak. Ya.tapi pakaianku ini bagaimana? Aku tidak sama macam kau, Yatim. Tunggulah dulu.. Pakaian tidak jadi soal, pak. Tapi tunggulah dulu. Biar orang ramai pulang dari surau. Duduklah dulu orang muda. Bolehkan, ya Yatim? (Serba salah). Baiklah. Tapi jangan lama-lama. (Dia duduk di samping orang tua) Kerana kepentingan bapak, saya tunggulah. (Dipetik daripada, Antologi Anak Bumi Tercinta) 7 Orang Tua itu berasa malu hendak pergi ke surau selepas diajak oleh Yatim kerana A Dia tidak mampu untuk melangkahkah kakinya ke surau B Surau itu terlalu jauhd ari rumahnya C Orang ramai selalu memandang serong terhadapnya apabila pergi ke surau. D Dia tidak pernah mengunjungi surau 8 Maksud pakaian tidak jadi soal pak ialah. A Jangan bertanya tentang jenama pakaian. B Faktor pakaian tidak penting asalkan sesuai untuk bersembahang. C Soalan yang berkaitan dengan pakaian tidak penting. D Fesyen pakaian tidak boleh dipersoalkan.

9 Dialog dalam petikan menunjukkan orang tua itu seorang yang. A Rajin beribadat B Telah lama bertaubat C Telah lupa daratan D Jahil dalam hal-hal agama 10 Apakah pengajaran yang dapat diambil daripada petikan cerita di atas? A Jangan memandang rendah akan orang yang cacat penglihatan B Kita hendaklah insaf akan kesalahan dan kembali ke pangkal jalan C Kita mestilah menuntut ilmu daripada mereka yang warak sahaja D Janganlah malu untuk ke surau apabila telah bertaubat. 11 Latar masyarakat dalam drama di atas ialah A Masyarakat Melayu yang beragama Islam B Masyarakat Melayu kelas atasan C Masyarakat Melayu luar bandar yang kaya D Masyarakat Melayu yang belum maju 12 Nilai yang berikut terdapat dalam drama ini, kecuali. A Nasihat-menasihati B Hormat-menghormati C Mengenang budi D Menginsafi diri Soalan 13 hingga 18 Petikan 3 Pemahaman Prosa Tradisional Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti dan jawab soalansoalan berikutnya. Maka geringlah Tuan Puteri Nur Lela hendak bersalin. Maka baginda pun sangatlah keluh kesah seraya bertitah menyuruh panggil bidan yang ketujuh. Maka biduanda pun pergilah ke rumah bidan itu dan memberitahu kepada sekalian orang-orang besar sekeliannya. Maka sekaliannya isteri orang-orang besar dan orang-orang kaya pun masuklah berhimpun ke dalam istana baginda penuh sesak langsung ke selang penanggah, masing-masing dengan kerjanya, ada yang mengangkat air hangat, ada yang mengambil air dan kayu, ada yang membakar rabun, ada yang menyemburkan kunyit terus serata-rata tempat Tuan Puteri gering itu, dan beberapa pula tabib dan bomoh, dukun yang besar-besar pun ada bersemayam hampir dengan adinda baginda. Hatta, Tuan Puteri pun makin sangat geringnya, seketika lagi sampailah tengah hari:

Tengah buntar bayang-bayang, Elang mengelit di udara, Turun temurun hujan panas, Sabung menyabung kilat, Panah-memanah halilintar Pelangi meminum di angkasa, Mendayu-dayu guruh lalu. Setelah didengar dan dilihat oleh bidan yang ketujuh dan sekalian tabib, bomoh dan dukun itu, maka sekaliannya menangis menggelengkan kepalanya, serta tiadalah sedap perasaan hati masing-masing. Maka baginda pun dengan sekelian orang-orang besar demikianlah juga, tiadalah tentu kelakuannya seperti orang gila. Arakian, di dalam hal yang demikian itu, Tuan Puteri Nor Lela pun makin sangatlah geringnya, lalu bersabda kepada kekanda baginda, sabdanya, ayuhai kakanda, tinggalah kekanda, peliharalah anakanda kita, seperti Tuan Puteri Lindungan Bulan itu sudah cukup umurnya. (Dipetik daripada Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa)

13. Bagaimanakah perasaan sultan apabila Tuan Puteri Nur Lela hendak bersalin? A Seram B Gembira C Bimbang D sakit 14. Siapakah yang ditugasi untuk menyambut kelahrian bayi tersebut? A Bomoh B Bidan C Tabib D dukun 15. Latar masa yang menggambarkan waktu gering tuan puteri ialah.. A Pagi dan tengah hari B Pagi C Petang D malam 16. Yang manakah bukan merupakan bahasa istana? A Gering B Bersemayam C Bertitah D dukun

17. Apakah tema cerita Putera Besar Lahir ke Dunia? A Penderitaan seorang ibu untuk melahirkan seorang anak yang luar biasa B Kehebatan seorang anak yang dilahirkan bersama sebilah parang C Kesedihan seorang suami apabila menyaksikan isterinya meninggal dunia D Penderitaan seorang ibu yang kehilangan anak yang dilahirkan 18 Yang berikut merupakan perwatakan baginda sultan, kecuali.. A Penyayang B Bertanggungjawab C Belas kasihan D penyabar Soalan 19 hingga 24 Petikan 4 Pemahaman Puisi Baca puisi tradisional di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikutnya. Siakap senohong gelama ikan duri, Bercakap bohong, lama-lama mencuri. Mengaku dulang paku serpih, Mengata orang dia yang lebih. Banyak udang banyak garam, Banyak orang banyak ragam. Mentimun bongkok di balik tiang, Ayam berkokok alamat nak siang. Gendang gendut tali kecapi, Kenyang perut suka hati. Sudah gaharu cendana pula, Sudah tahu bertanya pula. Dahulu parang sekarang besi, Dahulu sayang sekarang benci. Tokok takal muka pintu, Orang nakal memang begitu.

Keli masuk rang keluar, Matahari masuk bulan keluar. Duduk dinding enggang tap, Senduduk di dinding, panggang di atap. Secupak padi, setahil berangan, Tersepak kaki, terkehel tangan. Kapal belayar dalam semak, Perut lapar semua lemak. (Dipetik daripada Antologi Sehijau Warna Daun) 19 Maksud baris banyak orang banyak ragam ialah A Tingkah laku manusia adalah berbagai-bagai B Terdapat banyak manusia di dunia ini C Tingkah laku manusia sama semuanya D Sikap manusia yang berubah-ubah 20 Maksud pantun dua kerat yang manakah yang menunjukkan keadaan perubahan waktu siang hingga ke malam? A Senduk di dinding, panggang di atap B Ayam berkokok alamat nak siang C Matahari masuk bulan keluar D Sudah tahu bertanya pula 21 Tema pantun dua kerat ialah. A Tentang sikap manusia yang berubah-ubah B Tentang hubungan manusia dengan alam C Tentang ragam kehidupan manusia D Tentang masalah manusia 22 Rima akhir pantun ialah A aa B abab C aaaa D abcd 23 Kata keluar ialah gaya bahasa A Metafora B Epifora C Laversi D anafora

24 Apakah pengajaran yang cuba disampaikan dalam rangkap keenam pantun? A Janganlah suka bertanya pada sesiapa saja B Janganlah suka bertanya sehingga mengganggu orang lain C Janganlah membuang masa dengan bertanya D Janganlah berpura-pura jika sudah tahu akan sesuatu perkara Soalan 25 hingga 32 Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih perkataan yang paling sesuai. 25 Rancangan televisyen itu diminati ramai kerana sering menyiarkan beritaberita ______________ secara langsung. A B C D Tercanggih Tepat Mutakhir terbaik

26 Masalah petempatan di kawasan bandar berpunca daripada ________penduduk yang terlalu tinggi di kawasan itu. A B C D Tambahan Pertambahan Penambahan menambah

27 Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak merupakan tokoh _____ yang ulung. A B C D Negarawan Cendekiawan Sejarawan sukarelawan

28 Jika _______ mempunyai apa-apa masalah, silalah hubungi talian radio kami, kata juruhebah itu. A B C D Awak Anda Kamu Mereka

29 Air matanya _______apabila mengetahui bahawa adiknya telah ditimpa kecelakaan jalan raya. A Bersemburan B Bertaburan C Berserakan D bercucuran 30 Pemain hoki yang cedera itu telah _______ oleh anggota Persatuan Bulan Sabit Merah. A ditandu B dipikul C dijunjung D dipegang 31 Hasnah membantu ibunya membeli _______di pasar untuk seminggu. A Sayur-sayur B Sayuran C Sayur-mayur D Sayur-sayuran 32 Halaman rumahnya telah _______ dengan menanam pelbagai jenis bunga. A Diperindah B Diperindahkan C Diindah D indahkan Soalan 33 hingga 40 Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A, B atau C. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan. 33. Sebuah jejambat akan dibina di hadapan sekolah itu untuk memudahkan A B para pelajar melintas jalan. Tiada kesalahan. C

10

34. Mutu barangan keluaran tempatan bukan sahaja baik, tetapi telah diperakui A B C setanding dengan mutu barang keluaran luar negara. Tiada kesalahan. D

35. Nadhirah terpaksa menjalankan pembedahan setelah doktor mengesahkan A B bahawa penyakit yang dihidapinya bertambah kronik. Tiada kesalahan. C D

36. Gadis yang diculik itu ditemukan oleh polis dengan keluarganya. A B C Tiada kesalahan. D

37. Perjanjian kerjasama ekonomi antara kedua-dua buah negara yang A B berjiran itu telah dimeteri kelmarin. Tiada kesalahan. C D

38. Surat perkeliling itu telah diedarkan ke semua sekolah di seluruh negeri. A B C Tiada kesalahan. D

39. Pihak Kementerian Pendidikan bercadang untuk memperbanyakkan A B pembinaan makmal komputer di sekolah-sekolah luar bandar. Tiada C D kesalahan.

40. Selain daripada kurangnya didikan agama, pengaruh rakan sebaya juga A B merupakan punca terjadinya keruntuhan akhlak di kalangan remaja. C Tiada kesalahan. D

11

Soalan 41 hingga 46 Sebahagian daripada ayat-ayat berikut telah digariskan. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B, atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D.

41 Hutang-hutang lapuk telah saya lunaskan pada minggu lalu. A saya telah lunaskan B telah dilunaskan oleh saya C saya telah melunaskan D telah saya lunaskan 42 Bilik itu pelajar-pelajar bersihkan dengan bergotong-royong. A Dibersihkan oleh pelajar-pelajar B Pelajar-pelajar dibersihkan C Pelajar-pelajar membersihkan D Pelajar-pelajar bersihkan 43 Pagi-pagi lagi Pak Hamid akan pergi ladang untuk menoreh getah. A akan pergi ke ladang B sudah pergi di ladang C sudah pergi ke ladang D akan pergi ladang 44. Adalah diberitahu peperiksaan percubaan akan bermula pada minggu hadapan. A Dengan ini diberitahu bahawa peperiksaan percubaan. B Adalah diberitahu bahawa peperiksaan percubaan C Dengan ini adalah diberitahu bahawa peperiksaan percubaan D Adalah diberitahu peperiksaan percubaan 44. Adalah diberitahu peperiksaan percubaan akan bermula pada minggu hadapan. A Dengan ini diberitahu bahawa peperiksaan percubaan B Adalah diberitahu bahawa peperiksaan percubaan C Dengan ini adalah diberitahu bahawa peperiksaan percubaan D Adalah diberitahu peperiksaan percubaan

12

45 Tiap-tiap orang peserta dikehendaki bersedia sebelum acara dimulakan A Tiap-tiap peserta B Setiap peserta-peserta C Setiap orang peserta-peserta D Tiap-tiap peserta-peserta 46 Para pendidik sering berbincang tentang masalah disiplin pelajar. A Berbincang masalah B Berbicara tentang masalah C Berbual tentang masalah D Berbincang tentang masalah Soalan 47 hingga 50 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 47 Penunggang motosikal yang cuai dikenalpasti sebagai antara punca berlakunya kemalangan maut. A Penunggang motosikal yang tidak mengikut peraturan dikenalpasti sebagai sebab utama berlakunya kemalangan maut. B Punca yang dikenal pasti ialah penunggang motosikal yang cuai dengan melakukan kemalangan maut. C Antara faktor yang dikenal pasti yang menjadi punca berlakunya kemalangan maut yang melibatkan motosikal ialah penunggangnya cuai. D Kemalangan maut yang berlaku merupakan antara punca penunggang motosikal didapati cuai. 48 Langkah kerajaan memperluas pendidikan teknologi maklumat di sekolah-sekolah luar bandar ialah agar pelajar-pelajar di kawasan tersebut berpeluang untuk menikmati era pendidikan moden. A Untuk menikmati era pendidikan moden, para pelajar luar bandar harus berusaha untuk memperdalam ilmu tentang pendidikan teknologi maklumat yang disediakan oleh kerajaan. B Era pendidikan moden hanya akan dapat dinikmati oleh para pelajar luar bandar jika pendidikan teknologi maklumat diperluas oleh pihak kerajaan. C Pelajar-pelajar luar bandar mendesak kerajaan supaya memperluas teknologi maklumat di lubar bandar agar mereka berpeluang menikmati era pendidikan moden. D Pelajar-pelajar luar bandar akan berpeluang menikmati era pendidikan moden apabila pendidikan teknologi maklumat diperluas di sekolahsekolah mereka oleh kerajaan.

13

49 Pembangunan rangkaian lebuh raya di seluruh negara membuktikan bahawa Malaysia telah semakin maju ke arah mewujudkan keselesaan kepada rakyat. A Tindakan kerajaan membina sistem lebuh raya di seluruh negara menunjukkan satu kemajuan lagi dalam usaha memberikan keselesaan kepada rakyat. B Rakyat menyambut baik usaha kerajaan untuk memberi keselesaan kepada mereka melalui pembinaan lebuh raya di seluruh negara. C Kemakmuran negara bertambah baik apabila kerajaan Malaysia membina sistem lebuh raya sebagai bukti keselesaan rakyat. D Hasrat rakyat untuk memperoleh keselesaan telah tercapai apabila kerajaan membina jalinan lebuh raya di seluruh negara. 50 Beberapa spesies haiwan liar yang mendiami hutan belantara negara ini kini semakin pupus akibat pembangunan. A Akibat penghuni hutan belantara mengejar pembangunan, pelbaga jenis hidupan liar kian pupus. B Beberapa jenis binatang dan hutan belantara negara ini mengalami kepupusan akibat pembangunan. C Beberapa jenis binatang liar di negara ini semakin luput akibat pembangunan. D Akibat pembangunan menyebabkan beberapa jenis binatang liar yang menjadi penghuni hutan belantara negara ini kian pupus. Soalan 51 hingga 52 Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan di bawah ini. 51 Peribahasa-peribahasa berikut mempunyai maksud yang hampir sama, kecuali A Bapa borek anak rintik. B Seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul. C Bagaimana acuan begitulah kuihnya. D Di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

14

52 Semenjak menjawat jawatan tinggi di bandar, Johari sudah jarang balik ke kampung untuk melihat ibunya yang sudah berkorban harta benda untuk kejayaannya. Kisah di atas diibaratkan A B C D Seperti memikul biawak hidup Habis madu sepah dibuang. Seperti kacang lupakan kulit. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.

Soalan 53 hingga 56 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataaan berhuruf condong yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai. 53 I Pak Melan berasa kagum akan keupayaan bomoh yang berjaya menghidupkan kaki cucunya yang lumpuh itu. II Pihak Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar sedang berusaha menghidupkan kedai koperasi desa di seluruh negara. III Setiap pagi ayah akan menghidupkan enjin kereta selama beberapa minit sebelum ke pejabat. IV Pelukis muda itu begitu pandai memilih warna sehingga menghidupkan lukisannya A B C D 54 I II dan III sahaja I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja I, II, III dan IV

Kerajaan Malaysia tetap dengan pendiriannya akan menghantar pendatang asing tanpa izin pulang ke engara asal mereka. II Pendirian jambatan kedua di Pulau Pinang akan dibiayai bersama oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri. III Ketika mengikir perlulah kita tentukan pendirian yang betul alat yang hendak dikikir itu. IV Wahid telah menamatkan zaman bujangnya apabila pendirian rumah tangga dengan gadis pilihan keluarganya. A B C D I dan III sahaja II dan IV sahaja I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja.

15

55 I

Pada hemat saya, perhimpunan haram yang diadakan oleh golongan tertentu tidak memberikan apa-apa kebaikan, sebalinya merugikan negara. II Pemuda itu amat disenangi masyarakat di kampungya kerana dia seorang yang cukup baik, tinggi hematnya dan bersopan tutur katanya. III Dalam keadaan kegawatan ekonomi ini, pengguna perlulah berbelanja dengan hemat. IV Sikap pemandu lori balak yang dikatakan kurang hemat menjadi punca berlakunya perlanggaran. A B C D I dan II sahaja I, II dan IV sahaja II, III dan IV sahaja I, II, III dan IV

56 I II

Pak Kawid merentangkan jaringnya di hilir sungai itu. Penglipur lara itu pandai merentangkan cerita sehingga ramai pendengar yang tertarik pada ceritanya. III Pihak sekolah membawa pelajar tahun enam ke pusat peranginan untuk merentangkan jiwa setelah tamat peperiksaan. IV Budak yang nakal itu telah merentangkan kaki ketika rakannya lalu di hadapannya. A B C D I dan IV sahaja I, II dan IV sahaja II dan III sahaja II, III dan IV sahaja

Soalan 57 hingga 60 Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai. 57 I II III Kejujuran lelaki itu tidak perlu diragui oleh kita lagi. Pisang emas yang masak empuk itu elok dibuat kuih. Pak Karim sedang memangkas pokok-pokok bunga di sekitar halaman rumahnya. IV Perpaduan antara kaum amat ditekankan kerajaan dalam usaha membangunkan ekonomi dan sosial rakyat di negara ini. A B C D I dan II sahaja II dan III sahaja I, II dan III sahaja III dan IV sahaja

16

58 I

Semalam-malaman adik tidak lelap tidur setelah menonton cerita seram itu di kaca televisyen. II Orang ramai begitu terpegun melihat persembahan nyanyian seorang penyanyi cilik yang berbakat besar itu. III Suara para pelajar sekolah yang menyanyikan lagu sekolah itu begitu bersemangat sekali. IV Hujan lebat yang berterusan telah menyebabkan aras air sungai di kampung saya menjadi semakin dalam. A B C D I, II dan III sahaja I, III dan IV sahaja II, III dan IV sahaja I, II, III dan IV

59 I II III

Para majikan tidak boleh memperlembukan pekerja-pekerja mereka. Mak Jariah sangat sayang akan anaknya yang cacat pendengaran itu. Pembangunan yang tidak terancang akan menjejaskan keseimbangan alam sekitar. IV Malaysia akan menempatkan beberapa pasukan tenteranya di Bosnia sebagai anggota pengaman. A B C D I, II dan III sahaja I, III dan IV sahaja II, III dan IV sahaja I, II, III dan IV.

60 I II

Keempat pelajar itu telah ditangkap kerana merokok di dalam tandas. Azran sedang menggunakan komputer sementera kakaknya pula sedang menjahit baju. III Abang telah menghadiahi tunangnya sejambak bunga mawar. IV Kejadian banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di ibu kota telah menghancurkan banyak harta benda awam. A I dan IV sahaja B II dan III sahaja C I, III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan dan disemak oleh: Ketua Panitia Bahasa Melayu (Puan Nik Ainul Amin bt Che Hamat)

Disahkan oleh: Penolong Kanan Kurikulum (Tn Hj. Sallehuddin b Abdul Rasid)

17

Anda mungkin juga menyukai