Anda di halaman 1dari 14

1

PERTUMBUHAN KEMATANGAN

PEMBELAJARAN

MOTOR

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-3, pertumbuhan bermaksud perihal tumbuh: hidup dan menjadi bertambah besar dan sempurna. Pertumbuhan juga boleh diertikan sebagai perubahan yang boleh dinilai atau diukur dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain dan dari satu jangka masa ke satu jangka masa yang lain. (Rohaty, 1992)

Baka Keadaan kesihatan ibu mengandung Keadaan pertumbuhan bayi di dalam kandungan Kualiti makanan dan keperluan badan yang dipenuhi Keseimbangan di antara pergerakan cergas dan istirehat dan di anatara tidur dan rehat Kecacatan fizikal, jika ada Kadar kesihatan dan kemudahan kesihatan yang dipenuhi oleh individu Keadaan hidup satu budaya atau kebudayaan masyarakat
4

Bersifat kuantitatif dalam saiz badan secara menyeluruh atau saiz yang dicapai oleh anggota badan tertentu. Perubahan ini melibatkan 3 proses selular
i) Penambahan

bilangan sel (hiperplasia)

ii) Penambahan saiz sel (hipertropi)

iii) Penambahan bahan-bahan interselular (accretion)


5

Penambahan atau peningkatan ini adalah akibat fungsi pembahagian sel (mitosis) yang melibatkan pereplikaan DNA dan migrasi kromosom yang direplika kepada sel-sel berfungsi yang seiras. Proses pertumbuhan ini berbeza mengikut umur dan tisu-tisu badan yang terlibat, contohnya bilangan neuron (sel otak) dibentuk semasa pertengahan kehamilan manakala bilangan gentian (fiber) otot terbentuk sejurus kelahiran.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-3, muka surat 868, kematangan membawa erti kesempurnaan fikiran (pengalaman dll) Lazimnya dijelaskan sebagai satu proses menjadi matang atau satu langkah ke arah mencapai keadaan matang. Maturation = proses matang Maturity = kematangan Mature = matang

Proses matang ini berlaku dalam semua tisu, organ, memberi kesan ke atas enzim, komposisi kimia dan fungsi. Berbeza mengikut sistem biologi seseorang. Kematangan seksual adalah keadaan keupayaan organ-organ pembiakan berfungsi sepenuhnya (akhil baligh). Proses kematangan tulang pula merupakan keadaan rangka seseorang yang terbentuk sepenuhnya.

Proses matang adalah merujuk kepada tempo (kadar kematangan berlaku) dan waktu ( bila berlakunya kematangan khusus) perkembangan ke arah keadaan yang matang secara biologikal. Proses matang berfokus pada kadar pencapaian saiz dewasa dan kematangan.

Bidang kajian pergerakan manusia yang fokus kepada perubahan keupayaan kawalan dan prestasi motor yang berlaku hasil proses fizikal seperti praktis dan latihan. Menurut Malina, et al. (2004), pembelajaran motor adalah kemajuan dalam prestasi hasil latihan yang lama. Pembelajaran ini berkaitan dengan tindak balas tisu dan sistem yang khusus terhadap latihan.
10

Gabbard (2008), merujuk pembelajaran motor sebagai suatu perubahan prestasi kemahiran motor yang agak kekal akibat daripada praktis atau pengalaman

11

Pembelajaran motor juga boleh didefinisikan berasaskan 4 sifat utama. Schmidt & Lee (2005)

Pembelajaran adalah suatu proses mencapai keupayaan untuk membentuk tindakan yang berkemahiran. PERTAMA Pembelajaran melibatkan satu set peristiwa atau perubahan latihan yang akan membolehkan seseorang itu menjadi lebih mahir.

Pembelajaran berlaku akibat latihan atau pengalaman langsung. KEDUA

KETIGA

Pembelajaran tidak boleh diperhatikan secara langsung kerana proses ke arah perubahan dalam tingkah laku bersifat dalaman.

Keempat, pembelajaran dianggap sebagai menghasilkan perubahan yang kekal di dalam keupayaan kemahiran tingkah laku seseorang. KEEMPAT
12

Hasil sintesis empat sifat utama di atas, pembelajaran motor dapat didefinisikan sebagai satu set proses yang berkait dengan latihan atau pengalaman yang membawa kepada perubahan keupayaan pergerakan yang kekal.

13

En. Abu Bakar b. Abdulloh, para pensyarah dan rakan-rakan yang telah sudi membimbing dan membantu saya. Terima kasih, sekian.

Disediakan oleh: NURUL FAZLIN BINTI RAMLI PISMP PJ (SEMESTER 2)


14

Anda mungkin juga menyukai