Anda di halaman 1dari 4

1.3.

Sumber-sumber Maklumat a. Katalog i. ii. iii. iv. v. vi. Katalog ialah rekod kemaskini mengenai koleksi sesebuah pusat sumber dan juga merupakan wakil buku dan bukan buku dalam pusat sumber. Katalog digunakan bertujuan untuk memudahkan pembaca mencari bahan/maklumat. Terdapat beberapa jenis katalog seperti berbentuk kad, buku, visible indeks, mikrofis dan data buku dalam komputer komputer (OPAC). Terdapat tiga jenis kad katalog iaitu kad pengarang, kad judul dan kad perkara. Kad-kad tersebut disimpan atau disusun dalam laci-laci kabinet katalog yang biasanya diletakkan pada sudut atau ruang yang mudah dilihat. Tiap-tiap laci dilabelkan dengan huruf dan perkataan yang menunjukkan susunan kad-kad dan jenis indeks untuk memudahkan para pengguna membuat rujukan.

b. Kamus Buku yang mengandungi kata-kata yang disusun menurut abjad dengaan keterangan tentang perkataan dinyatakaan dalaam bahasa yang sama ataaau dalam bahasa yang lain. Bahan yang menerangkan tentang perkataan-perkataan, sebutan, ejaan, asas perkataan, penggunaan perkataan tersebut dalam ayat, imbuhan, makna seerti, terjemahan dan jenis perkataan. Contoh-contoh Kamus Kamus Dwibahasa, Kamus Dewan, Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Kamus Arab dan sebagainya.

c. Ensiklopedia Bahan yang mengandungi pelbagai maklumat dalam semua bidang ilmu pengetahuan. Menjelaskan prinsip-prinsip umum yang asas serta penerangan ringkas mengenai definasi, gambaran, penjelasan, sejarah, kedudukan semasa, statistik dan bibliografi. Bertujuan untuk menjadi bahan rujukan: mengandungi artikel-artikeel penyelidikan, bibliografi bidang-bidang tertentu, data-data ringkas seperti nama orang, tarikh lahir, tempat-tempat geografi dan peristiwa-peristiwa. Bibliografi di akhir setiap artikel adalah bertujuan untuk pembaca membuat rujukan lanjut.

Contoh-contoh Ensiklopedia Encylopedia Britannica, The World Book Encyclopedia dan The Encylopedia of Psychology. d. Kamus Biografi Merupakan sketsa riwayat hidup yang disusun mengikut abjad menggunakan nama keluarga (surname). Maklumat yang diberi adlah keterangan ringkas mengenai tokoh-tokoh terkenal seperti kehidupannya, minat, pendidikan, latarbelakang, kedudukan dan alamat yang dinyatakan secara gabungan. Jenis-jenis kamus Biografi: Universal (tidak terbatas kepada negara atau profesion) Kebangsaan (meliputi negara tertentu bagi semua profesion) Profesional (terhad kepada tokoh-tokoh di dalam bidang tertentu sama ada universal atau kebangsaan) e. Almanak/Buku Tahunan Almanak ialah satu komponen data-data dan statistik penting mengenai negara, tokoh-tokoh, peristiwa dan sebagainya. Diterbitkan tiap-tiap tahun atau dua tahun sekali. Almanak lebih umum dan Buku Tahunan lebih khusus (mengendalikan perkara-perkara tertentu sahaja). Tujuan Buku Tahunan ialah untuk merekodkan aktiviti tahunan nagi negara atau bidang-bidang tertentu:untuk menunjukkan aliran (trend) perkembangan tamadun sebagai kunci kepada maklumat tambahan kerana memberikan punca maklumat. Terdapat Buku Tahunan Khusus yang mencatitkan nama tokoh-tokoh utama dlam sesuatu bidang dengan alamat dan sejarah hidup ringkas. Contoh-contoh almanak/ Buku Tahunan Readers Digest Almanac and Yearbook, World Almanac and Book of Facts, Malaysia Yearbook. f. Direktori

Suatu senarai mengenai orang atau organisasi yang disusun secara sistematik, mengikut susunan abjad atau nombor pengkelasan: mengandungi alamat: afiliasi (afiliations) untuk individu. Ia juga mengandungi alamat, fungsi, staf dan lain-lain data mengenai organisasi. Contoh-contoh Direktori The Foundation Directory, American Universities and Collages, Direktori Telefon, Directory of Special Libraries and Information Centres. g. Gazetir Sejenis kamus mengenai tempat-tempat. Memberikan maklumat-maklumat tentang sejarah, statistik, kebudayaan dan lain-lain yang berkenaan mengenai tempat-tempat. Ia juga memberikan sebutan nama-nama. Edisi

baru memberikan maklumat semasa dan edisi lama memberikan maklumat sejarah mengenai tempat-tempat itu. Biasanya terdapat di dalam atlas dan ada juga dibuat berasingan. Merupakan indeks tidak langsung untuk mengesan maklumat mengenai tempat-tempat.

Contoh Gazetir Columbia-Lippincott Gazzetter of the World. h. Bibliografi Nama yang diberikan untuk suatu senarai buku-buku, manuskrip dan lain-lain penerbitan, diterang dan disusun secara sistematik. Bibliografi terdiri daripada beberapa jenis. Bibliografi Umum tidak terhad kepada seseorang pengarang, perkara, negara atau jangka masa. Bibliografi Pengarang adalah senarai karyakarya yang dihasilkan oleh seseorang pengarang. Bibliografi perkara pula terhad kepada suatu perkara sahaja. Bibliografi Kebangsaan atau Wilayah pula mengandungi bahan berkaitan dengan sesebuah negara atau wilayah. Dan Bibliografi Perdagangan tertumpu kepada perniagaan buku dan membekalkan maklumat untuk membeli dan menjual buku. i. Indeks Tidak memberikan maklumat tetapi menunjukkan di manakah maklumat itu boleh didapati. Contoh Indeks buku menunjukkan muka surat yang mengandungi maklumat yang dicari. Indeks untuk bahan berkala i. ii. iii. iv. v. vi. Indeks am: meliputi banyak jenis bahan berkala (umum atau khusus) Indeks perkara: mengandungi bahan bukan sahaja dari bahan berkala tetapi juga buku, risalah, laporan dan lain-lain dokumen. Indeks surat khabar Indeks Serials Indeks bahan dalam koleksi sajak, drama, fiksyen, lagu-lagu dan lain-lain. Indeks online: CD ROM

j.

Buku Laporan Tahunan Buku Laporan tahunan merupakan rujukan yang berguna dan mudah tentang negara dan industri. Memuatkan maklumat-maklumat pentadbiran, pengurusan, peristiwa, aktiviti-aktiviti yang sebagainya tentang sesebuah negara, pertubuhan dan industri yang dijalankan sepanjang tahun itu. Segala maklumat mutakhir dibuatkan secara jelas dan tepat untuk memudahkan pembaca memanfaatkannya. Buku ini

biasanya diterbitkan oleh dewan perniagaan, jabatan kerajaan atau syarikat perniagaan. Maklumat yang terkandung di dalam Buku Laporan Tahunan termasuklah: Information Malaysia Year Book dan Buku Rasmi tahunan Malaysia Buku Tahuanan Perangkaan Malaysia k. Buku Panduan/Direktori Buku Panduan atau Direktori lebih terkenal sebagai buku alamat. Buku ini memuatkan maklumat tentang orang ramai, tmpat, organisasai individu, keahliannya, data organisasi, alamat dan nombor telefonnya sekali. Maklumat disusun secara sistematik berdasarkan urutan abjad atau kelas. l. Peta/Atlas Peta ialah gambaran alam yang sebenar tetapi telah dikecilkan dalam bentuk yang mudah dikaji melaui penggunaan grafik. Atlas pula ialah kumpulan peta yang telah dijilid dalam bentuk buku. Peta merupakan sumber maklumat terperinci yang mengguinakan simbol-simbol dan gambaran grafik untuk menerangkan sesuatu idea, kedudukan bandar, sungai, jenis tumbuh-tumbuhan, taburan penduduk dan sebaginya. Ada berbagai-bagai jenis peta yang boleh didapati dari perbagai sumber. Peta boleh didapati dalam ensklopedia, laporan, buku panduan dan sebaginya.

Anda mungkin juga menyukai