Anda di halaman 1dari 4

1.

0 Pendahuluan
Sekolah merupakan sebuah tempat penyebaran ilmu pengetahuan yang
terpenting di dunia ini. Pembinaan modal insan yang berkualiti bermula disekolah
iaitu bermula awal umur 6 tahun hingga 18 tahun. Pendidikan yang diberikan kepada
setiap individu merupakan esat yang berharga kepada pembentukan keperibadian
yang mulia. Selain itu dalam mengumpulkan aset yang terpenting ini seseorang
individu itu akan dibekalkan dengan nilai, moral dan etika dalam melahirkan insan
yang sempurna dalam aspek sahsiah dan keperibadian. Nilai yang dipupuk daripada
kecil merupakan satu perkara yang penting bagi mewujudkan sebuah masyarakat
yang bertamadun dan mempunyai pemikiran dan perasaan yang selaras dengan
sifat manusia yang baik. Oleh itu nilai,moral dan etika merupakan perkara yang
penting dalam kehidupan yang hampir dengan manusia dan juga alam sekeliling kita
yang berkait rapat dengan pengajian sosial.

1.1 Definisi Nilai
Matlamat dan tindakan tertentu yang dilaksanakan oleh seeorang ditentukan
oleh nilai. ni kerana nilai merupakan satu prinsip atau garis panduan yang
menyediakan anggota masyarakat untuk menjalani kehidupan.Menurut Clyde
Kluckhohn, nilai adalah suatu standard yang agak berkekalan dari segi masa, atau
dalam pengertian yang luas, suatu standard yang mengaturkan satu sistem
perlakuan. Beliau juga menaktifkan nilai sebagai satu `preference', iaitu sesuatu
yang lebih disukai, baik mengenai hubungan sosial, mahupun mengenai matlamat-
matalamat serta ikhtiar untuk mencapainya.
Secara amnya, nilai merupakan sesuatu yang sangat dikehendaki melibatkan
unsur penglibatan dan pemilihan. ni kerana kebanyakan tingkahlaku yang dipilih
melibatkan nilai, indiivdu yang berkenaan atau nilai kelompoknya. Justeru itu
pemilihan nilai-nilai adalah penting bagi prsoes pembangunan. Penghasilan nilai-
nilai ini akan mengakibatkan pihak lain mencacap kita sebagai masyarakat
membangun yang tidak bermoral. Penerapan nilai-nilai murni ini haruslah bersifat
menyeluruh dan melibatkan setiap orang kerana tingkahlaku atau nilai indiivdu
mencerminkan nilai keseluruhan rakyat Malaysia.
ni kerana menurut Bambang Daroeso (1986) nilai adalah nilai itu suatu realiti
abstrak dan ada dalam kehidupan manusia. Nilai yang bersifat abstrak tidak dapat
diindra. Hal yang dapat diamati hanyalah objek yang bernilai itu. Misalnya, orang
yang memiliki kejujuran. Kejujuran adalah nilai,tetapi kita tidak bisa mengindra
kejujuran itu. Yang dapat kita indra adalah kejujuran itu. Selain itu nilai memiliki sifat
normatif, artinya nilai mengandung harapan, cita-cita, dan suatu keharusan sehingga
nilai nemiliki sifat ideal (das sollen). Nilai diwujudkan dalam bentuk norma sebagai
landasan manusia dalam bertindak. Misalnya, nilai keadilan. Semua orang berharap
dan mendapatkan dan berperilaku yang mencerminkan nilai keadilan.
















Pengenalan Terdapat pelbagai pendapat yang bertentangan dalam menerangkan
konsep moral. Pemahaman konsep asas moral akan mempengaruhi kandungan dan
kaedah mengajar Pendidikan Moral seseorang guru. Seseorang guru moral perlu
dilengkapi dengan pengetahuan tentang teori etika sebagai asas memahami
peranan nilai sebagai piawai yang asas dalam mempengaruhi dan mencorakkan
penaakulan dan perlakuan murid- murid. Pengetahuan dan kefahaman teori
perkembangan moral dari segi psikologi juga akan memperkukuhkan kefahaman
dan pendekatan guru dalam penyampaian nilai- nilai moral kepada murid-murid.
Dalam memperkatakan konsep asas moral, kita pastinya mengaitkannya dengan
konsep nilai, etika dan akhlak. Amat penting bagi kita memahami konsep-konsep
yang saling berkaitan ini untuk mencari pengertian moral dalam kehidupan sesebuah
masyarakat.
1.0 Definisi Konsep Dalam memperkatakan konsep asas moral, kita patut meneliti
konsep-konsep berikut: moral, etika dan akhlak. Tidak dapat dinafikan adalah
penting kita memahami konsep- konsep ini yang saling berkaitan untuk mencari
pengertian terhadap aspek moral dalam kehidupan sesebuah masyarakat.
1.1 Konsep Moral Perkataan 'moral' berasal daripada perkataan'mores' - bahasa
Yunani yang membawa erti: tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dan
peraturan masyarakat. Oleh itu, moral merupakan nilai-nilai murni seperti baik hati,
merendah diri, belas kasihan dan berkait dengan beberapa peraturan seperti
tatahukum, tatasusila, tatatertib, nilai tradisi, kepercayaan, undang-undang, norma
dan adat dalam mana-mana masyarakat yang dimaksudkan. Rumusannya 'moral'
ada isi atau kandungannya. Moral terdiri daripada peraturan komuniti dan sifat
peribadi mulia. Peraturan komuniti penting diikuti demi kesejahteraan masyarakat
sekeliling. Sifat peribadi mulia pula amat menguntungkan pemiliknya dan
memberikan faedah positif kepada orang yang dia berinteraksi dan sekali gus
individu yang berperibadi mulia itu mudah mengamalkan peraturan masyarakat yang
baik. Oleh itu insan moral ialah insan yang seimbang dari segi keperibadian mulia,
mematuhi peraturan moral kerana tanpa prinsip moral, individu itu mungkin akan
menghadapi ketidaktentuan dalam menghadapi dilema moral.

1.2 Konsep Etika Etika berasal daripada perkataan Yunaniethos yang bermaksud
adat atau cara hidup. Konsep ini merupakan sains atau kajian tentang falsafah
moral, perlakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral dan
ciri-ciri kehidupan yang baik. Konsep ini biasa dihasilkan untuk menjadi garis
panduan kepada sesuatu kumpulan untuk menjamin kebaikan kumpulan asas
persatuan mereka seperti etika keguruan, etika guaman dan sebagainya .

Anda mungkin juga menyukai