Anda di halaman 1dari 12

0 Pengenalan

Dalam psikologi dan pendidikan, pembelajaran umumnya ditakrifkan sebagai suatu


proses yang menyatukan kognitif, emosional, persekitaran pengaruh dan pengalaman
untuk mendapatkan, meningkatkan atau membuat perubahan dalam pengetahuan,
kemahiran, nilai dan pandangan dunia seseorang individu (Illeris, 2000; Ormorod,
1995). Belajar sebagai suatu proses berfokus kepada apa yang terjadi ketika
pembelajaran berlangsung. Penjelasan tentang apa yang terjadi merupakan teori-teori
belajar. Sebuah teori belajar adalah usaha untuk menggambarkan bagaimana manusia
belajar, sehingga membantu kita memahami proses dasarnya kompleks belajar. Teori
pembelajaran mempunyai dua nilai utama menurut Hill (2002). Salah satunya adalah
dalam menyediakan kita dengan kosa kata dan rangka kerja konseptual untuk
menafsirkan contoh pembelajaran yang kita amati. Yang lain adalah dalam
mencadangkan kaedah bagi mencari penyelesaian untuk masalah-masalah praktikal.
Teori-teori tidak memberikan kita penyelesaian, tetapi mereka mengarahkan perhatian
kita kepada mencipta pembolehubah yang sangat penting dalam mencari penyelesaian.

Ada tiga kategori utama atau rangka falsafah teori-teori pembelajaran iaitu
behaviorisme, kognitivisme dan konstruktivisme. Behaviorisme hanya tertumpu kepada
aspek peniruan, pemikiran dan perasaan dalam pembelajaran. Teori kognitif melihat
melampaui perilaku untuk menjelaskan pembelajaran berasaskan otak manakala
pandangan konstruktivisme belajar sebagai sebuah proses di mana pelajar aktif
membina atau membina idea-idea baru atau konsep.

Robert M Gagne, Jerome Seymour Bruner, Albert Bandura dan Lev Vygotsky
merupakan tokoh-tokoh penting yang telah mencetuskan pelbagai teori pembelajaran
dan memberi sumbangan yang besar dalam dunia pendidikan. Mereka juga
mengutarakan pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan
teori masing-masing.

2.0 Hubungkait teori-teori pembelajaran dengan kepentingan penggunaan sumber-


sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
i. Gagne: Bahan bercetak.

Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instruction (1975)


memperkenalkan sebuah teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat
dalam sesuatu proses pembelajaran.

Mengikut teori, semua rangsangan dari persekitaran luar akan diterima oleh sistem
saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan,
kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak
tindak balas melalui sistem saraf.

Gagne memilih bahan bercetak sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang
paling sesuai berdasarkan kepada teori beliau. Bahan bercetak merupakan sumber
pelajaran yang paling mudah didapati dan disediakan. Penggunaan bahan cetak
sebagai bahan pengajaran tidak terhad asalkan ia menepati objektif. Bahan-bahan
bercetak yang terdapat di sekolah boleh diklafikasikan kepada dua jenis iaitu bahan
bergambar dan bahan tidak bergambar.

Contoh bahan bergambar ialah surat khabar, poster, majalah dan gambar. Bahan-
bahan bergambar membantu murid meluaskan pengetahuan dan pemahaman. Hal ini
sesuai dengan teori beliau di mana rangsangan luaran seperti gambar mampu
membina set-set di dalam stor ingatan seseorang individu sama ada berbentuk ingatan
jangka masa panjang mahupun ingatan jangka masa pendek.

Contoh bahan tidak bergambar ialah seperti graf, peta dan tanda isyarat jalan raya.
Teori Gagne juga dikenali sebagai teori pemprosesan maklumat. Berdasarkan kepada
penggunaan bahan-bahan tidak bergambar, murid-murid akan didedahkan dengan
cabaran kerana mereka dikehendaki mentafsir maklumat yang diterima seperti
membuat graf atau melukis dan member peluang kepada murid untuk meluaskan
penggunaan bahasa seperti membuat ramalan dan membuat huraian lanjut tentang
sesuatu laporan.

ii. Bruner: Penggunaan Peta Minda dan Bahan Eksperimen


Bruner lebih menegaskan pembelajaran secara penemuan iaitu mengolah apa yang
diketahui murid itu kepada satu corak dalam keadaan baru (lebih kepada prinsip
konstruktivisme).

Dalam mempelajari manusia, Bruner menganggap manusia sebagai pemproses,


pemikir dan pencipta informasi. Beliau juga menyatakan bahawa pembelajaran itu
meliputi tiga proses kognitif, iaitu memperoleh informasi baru, transformasi
pengetahuan, dan menguji relevansi dan ketepatan pengetahuan.

Penggunaan peta minda dan bahan eksperimen dikenalpasti sebagai sumber utama
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada teori beliau. Melalui sumber-sumber
tersebut, murid akan memperoleh keberkesanan dalam proses pembelajaran kerana
aktviti seperti eksperimen melibatkan penglibatan langsung murid-murid dan akan
mendedahkan mereka kepada pengalaman-pengalaman yang baru. Murid-murid
belajar melalui pengalaman. Dengan itu guru perlu menyediakan peluang untuk murid-
murid meneroka, memegang, mencium dan merasa. Pengalaman seperti ini
mewujudkan proses pembelajaran yang bermakna.

Bruner amat menekankan pembelajaran konsep atau kategori. Oleh yang demikian,
penggunaan peta minda diterapkan di dalam teori beliau. Pengetahuan perlu disusun
dan diperingkatkan agar pembentukan konsep bermula daripada peringkat yang mudah
kepada peringkat yang rumit.

iii. Bandura: Relia dan Model

Mengikut teori peniruan dan permodelan yang diperkenalkan oleh Bandura,


pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku
manusia.Melalui pemerhatian terhadap proses dan hasil perubahan tingkah laku orang
lain, individu secara tidak langsung, mempelajari pula perubahan tingkah laku tersebut.
Penggunaan relia dan model sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran menepati
teori yang dikemukakan oleh Bandura. Hal ini kerana, Bandura menyatakan bahawa
proses pembelajaran meliputi pemerhatian, pemikiran, peringatan, peniruan dengan
tingkah laku atau gerak balas yang sesuai dan diakhiri dengan peneguhan positif.

Model seperti bahan tiga dimensi yang baik seperti kraftangan, replika bangunan boleh
ditunjukkan kepada murid-murid sebagai contoh dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bagi meningkatkan pengetahuan murid-murid melalui pemerhatian dan
pemikiran.

Guru dan murid juga merupakan model semulajadi di dalam sesebuah kelas.
Implikasinya, penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik supaya menjadi role
model yang boleh dicontohi oelh murid. Guru juga boleh menjadikan rakan sebaya yang
cemerlang menjadi role model untuk membuat demonstrasi di dalam bilik darjah.

iv. Vygotsky: Rakan Sebaya dan Penggunaan Bahan Sumber / Alat

Vygotsky menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda murid.
Kebanyakan daripada kemahiran kognitif murid terhasil daripada interaksi sosial
dengan rakan sebaya. Perkembangan mental murid terhad disebabkan oleh sistem
biologi yang belum berkembang dan matang. Walaupun begitu persekitaran dan sistem
lingkungan budaya murid membantu mereka mengadaptasi perkembangan kognitif.
Setiap budaya menerapkan cara hidup dan cara berfikir kepada murid-murid.

Vygotsky turut menekankan penggunaan bahan sumber dan alat. Bahan boleh
membantu guru menjelaskan apa yang hendak diajar, membantu murid memahami apa
yang diajar. Bahan pengajaran penting sebagai media komunikasi, rangsangan,
penjelas makna, penggerak pelbagai deira, sumber pengalaman, unsur yang
mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran serta pendorong pengajaran
terancang.

3.0 Kepentingan dan tujuan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam Pengajian
Sosial.
4. Prosedur pengghasilan dan penggunaan bahan berasaskan Teknologi
Pendidikan yang sesuai dalam P&P Pengajian Sosial

Teknologi pendidikan dapat diklasifikasikan sebagai bahan atau media bukan unjuran.
Menurut Razali Nor (1991) dalam bukunya, beliau menyatakan bahawa media bukan
unjuran atau media berasaskan teknologi pendidikan mempunyai persamaan iaitu tidak
bergantung kepada alat tayangan atau unjuran semasa penggunaannya dalam proses
P&P dijalankan. Media ini merupakan medium utama yang sering menjadi pilihan oleh
guru sewaktu menjalankan proses P&P. Hal ini disebabkan oleh proses
pengendaliannya yang mudah, murah dan menjimatkan masa di samping
membolehkan penglibatan murid atau (hands – on) semasa sesi P&P dijalankan.

Malah menurut Razali Nor (1991) lagi, beliau telah menyatakan teknologi pendidikan
atau media bukan unjuran ini dapat dikategorikan kepada empat bahagian, iaitu bahan
2D, bahan 3D, papan pengajaran dan papan pamer. Bahan 2D (dua dimensi)
merupakan bahan visual yang dilukis atau dicetak di atas sekeping permukaan yang
rata. Lazimnya bahan ini menggunakan medium seperti kertas sebagai permukaannya.
Antara contoh bahan 2D yang sering dapat dilihat dalam bilik darjah ialah gambar foto,
grafik dan juga bahan bercetak.

Bahan 3D (tiga dimensi) pula merupakan medium yang mempunyai bentuk dan
menyerupai sifat-sifat yang ada pada sesuatu bahan yang asal. Sepertimana bahan 2D,
bahan 3D juga terdiri daripada pelbagai cabang atau kelompok bahan, antaranya ialah,
relia, model, diorama, boneka, topeng, akuarium dan sebagainya.

Papan pengajaran pula mengikut tafsiran Razali Nor (1991), beliau menyatakan satu
medium yang digunakan secara langsung oleh guru dalam menyampaikan
pengajarannya kepada murid. Dewasa ini terdapat pelbagai jenis papan yang boleh
dijadikan medium dalam menyampaikan maklumat, antaranya ialah papan kapur,
papan putih, papan magnet, papan flannel, papan gulung, papan selit dan papan plastik
(plastigraph).

Akhir sekali bahan atau alat yang tersenarai dalam kelompok teknologi pendidikan dan
media bukan unjuran ialah papan pamer. Papan pamer merupakan satu medium yang
sering digunakan dalam menyalurkan notis, poter dan sebagainya. Papan pamer yang
acapkali dilihat di dalam kelas ialah papan kenyataan atau papan bulletin.

Contoh penghasilan BBM dalam teknologi pendidikan yang ingin saya pilih dalam
menjayakan proses P&P untuk tajuk ‘Keluarga Saya’ dalam sukatan Kajian Tempatan
Tahun 4 ialah kad imbasan. Sewaktu peringkat awal penghasilan kad imbasan ini,
perkara utama yang perlu diberikan perhatian ialah anggaran kos, kebolehgunaan,
pemilihan saiz dan warna, bahan mentah, tatarias dan kemasan serta penyelenggaraan
dan penyimpanan bahan.

Bagi membuat kad imbasan ini, saya telah membuat anggaran kos dengan mengambil
kira sumber bahan mentah yang digunakan serta kebolehgunaan dan tahap mobiliti
BBM tersebut. Bahan mentah yang saya gunakan ialah kad manila yang telah dicetak
gambar-gambar ahli keluarga seperti ayah, ibu, abang, kakak, adik lelaki dan adik
perempuan di atas permukaannya. Selain itu, saya juga turut menyediakan kad-kad
imbasan yang mengandungi perkataan-perkataan nama panggilan ahli keluarga seperti
ayah, ibu, abang, kakak, adik lelaki dan adik perempuan.

Sebelum saya membuat pemilihan gambar dan perkataan yang akan dicetak, saya
harus menimbangkan faktor-faktor lain seperti pemilihan saiz dan warna. Pemilihan saiz
dan warna haruslah bersesuaian dan seimbang agar tidak menganggu tumpuan murid
sewaktu mengikuti proses P&P. Lazimnya pemilihan saiz ditentukan oleh tajuk utama
atau kata kunci yang diberikan saiz yang lebih besar manakala isi atau bahan yang
kurang penting diberikan saiz yang sedikit kecil berbanding kata kunci atau tajuk utama.
Contohnya, bagi kad imbasan ini, saya memilih saiz yang besar bagi kad imbasan
‘keluarga saya’, manakala bagi kad-kad perkataan yang lain saya memilih saiz yang
sedikit kecil. Dari aspek warna pula, saya memilih warna gelap seperti hitam, biru dan
hijau sebagai warna latar bagi kad perkataan saya. Manakala bagi tulisan pula saya
memilih warna yang terang seperti merah, kuning, jingga, putih dan sebagainya agar ia
kontra dengan warna latarnya. Pemilihan padanan warna yang sesuai juga
mempengaruhi minat murid bagi menumpukan perhatian sekaligus mengambil
bahagian dalam aktiviti kelas.

Manakala dalam aspek tatarias pula, saya memilih jenis tulisan yang mudah dibaca
oleh murid. Pemilihan tulisan ini haruslah jelas dan tidak berangkai agar dapat dijadikan
contoh yang sesuai kepada murid mengenai penulisan abjad yang betul. Sebaiknya
guru haruslah mengelakkan daripada meletakkan pelbagai hiasan pada kad imbasan
agar murid dapat memahami makna yang terdapat pada kad imbasan tersebut.

Setelah faktor-faktor tersebut diambil kira, maka proses penghasilan kad-kad imbasan
akan dimulakan. Lazimnya, guru boleh memilih untuk melukis, menekap atau
melekatkan gambar atau perkataan yang dipilih pada kad imbasan. Bagi tujuan ini, saya
memilih untuk melekatkan gambar dan perkataan yang telah dicetak pada kertas nipis
lalu dilekatkan pada kad manila. Setelah itu, kad manila tersebut akan digunting
mengikut ukuran yang telah dibuat.
Kad-kad manila ini kemudiannya akan dilaminate bagi tujuan memudahkan
penyimpanan. Selain itu, kaedah ini juga mampu menjadi pelindung sekiranya kad
imbasan terkena percikan air ekoran keadaannya yang bersifat kalis air.

Bagi mengaplikasikan BBM ini, saya akan menggunakannya bersama papan flannel
yang bertindak sebagai papan yang membolehkan kad-kad imbasan dipamerkan
kepada murid-murid sewaktu proses P&P dijalankan. Kad-kad imbasan ini akan
dilekatkan dengan menggunakan paku tekan atau ‘thumbtakc’ ekoran keadaan
permukaan papan flannel yang diperbuat daripada kain flannel yang bersifat berbulu
dan sedikit kasar.

Pada peringkat awal pengajaran, saya akan menyusun kad-kad imbasan mengikut
rajah carta keluarga atau ‘family tree’, kemudian saya akan memanggil beberapa orang
murid tampil ke hadapan untuk membina carta keluarganya sendiri dan bercerita
mengenai ahli keluarga mereka. Sebaik sahaja murid selesai membina carta keluarga
mereka sendiri, saya akan meminta mereka menyalin kembali carta tersebut ke dalam
buku rampaian mereka dan membuat satu karangan ringkas mengenai peranan ahli
keluarga yang akan diterangkan dalam langkah berikutnya

5.0 Prosedur penghasilan dan penggunaan bahan teknologi maklumat dan komunikasi
yang sesuai dan tatacara penyelenggaraannya dalam pengajaran dan pembelajaran
Pengajian Sosial.

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara terancang boleh


mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah serta memberi
peluang kepada setiap murid untuk menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang
lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk
mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.

Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran,


penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan
teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk
pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas.
Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi
ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem
satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.
Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat. Pertama teknologi
maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan
menggunakan teknologi. Contoh,dengan menggunakan komputer ia boleh merekod
bunyi,imej dan sebagai pengesan gerakkan. Kedua, adalah untuk memanipulasikan
maklumat dan proses semula imej. Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia
menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi
mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

Penghasilan bahan teknologi maklumat: Persembahan Elektronik Multimedia

Terdapat beberapa perisian yang boleh digunakan untuk menghasilkan Persembahan


Elektronik Multimedia, sesuai digunakan dalam kelas. Antara perisian yang biasa
digunakan ialah Microsoft Office Powerpoint.

Sebelum membina persembahan elektronik multimedia Powerpoint, guru perlu


memastikan elemen grafik yang digunakan menepati keperluan murid-murid. Grafik
ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf,
angka,perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep
dan idea dari pengirim (guru) kepada sasarannya (murid) dalam proses menyampaikan
maklumat. Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan (visual).

Selain aspek grafik, reka letak visual juga mempengaruhi kualiti persembahan
elektronik multimedia Powerpoint yang dihasilkan. Terdapat beberapa perkara yang
perlu dikenalpasti oleh guru semasa menghasilkan sebuah persembahan elektronik
multimedia Powerpoint iaitu:

a. Simplisiti

b. Dominan

c. Pola

d. Seimbang
e. Warna

f. Huruf

a. Simplisiti

Visual yang ditayangkan hendaklah dihadkan kepada satu idea. Idea yang banyak
dalam satu visual akan mengelirukan dan seterusnya akan mengalih tumpuan murid
keluar daripada objektif pembelajaran.

b. Dominan

Dominan bererti pusat penumpuan atau minat. Di dalam slaid persembahan


Powerpoint, guru perlu mewujudkan sesuatu yang boleh menarik minat murid-murid.
Sebagai contoh, jika guru ingin mengajar tentang negeri Kedah, guru boleh
mempersembahkan gambar sawah padi bagi menimbulkan inkuiri murid. Dengan yang
demikian, murid dapat mengekalkan minat untuk mengikuti pembelajaran yang
seterusnya.

c. Pola

Pola merupakan susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual. Susunan item
perlulah mematuhi urutan yang rasional bagi memudahkan pemahaman murid. Sebagai
contoh, guru menggunakan gambar anak panah bagi menunjukkan proses untuk
membuat kain batik yang menjadi warisan tradisi di negeri Terengganu.

d. Seimbang

Guru perlu bijak untuk menggunakan ruang di dalam slaid persembahan. Keadaan
kesamaan dari segi berat, tarikan dan tumpuan perhatian yang terdapat dalam suatu
susunan slaid akan menjadikan persembahan lebih kemas dan teratur.

e. Warna
Warna merupakan satu elemen reka letak visual yang penting. Pemilihan warna yang
tepat membantu keberkesanan persembahan. Warna mempunyai beberapa fungsi iaitu
pertama, warna membantu membuat penegasan dan mewujudkan tumpuan. Kedua,
warna memudahkan sesuatu item dilihat. Ketiga,warna mewujudkan perasaan harmoni
dan melahirkan kesan tertentu seperti panas, sejuk, bergetar, kesan psikologi dan
sebagainya kepada murid-murid.

f. Huruf

Pemilihan huruf juga penting dalam menghasilkan persembahan elektronik multimedia.


Saiz dan jenis huruf mempengaruhi penerimaan murid-murid terhadapa apa yang
disampaikan oleh guru. Guru perlu memilih jenis huruf yang senang dibaca.
Penggunaan huruf besar hanya sesuai untuk tajuk yang pendek manakala untuk tajuk
yang panjang, huruf bersaiz kecil digunakan mengikut kesesuaian. Guru juga perlu
memastikan bahawa jarak di antara dua perkataan ialah 1atau 1 ½ lebar huruf. Biarkan
ruang di antara huruf kelihatan sama walaupun jaraknya berbeza. Hurufan terang yang
diletakkan di atas latar belakang gelap di dapati lebih jelas daripada sebaliknya.

g. Tatahias dan kemasan

Guru perlu memilih warna yang mempunyai kontras antara latar dengan imej atau teks.
Selain itu, guru juga perlu memilih warna yang lembut dan selesa dipandang oleh
penerima iaitu murid. Bagi memastikan slaid yang dihasilakn tersebut kemas dan
teratur, gunakan empat warna sahaja dalam satu skrin/slaid. Tatahias warna juga dapat
menjelaskan konsep atau menunjukkan penegasan. Contohnya slaid
berlatarbelakangkan warna merah menunjukkan penegasan dan perhatian.

Penyelenggaraan bahan teknologi maklumat: Persembahan Elektronik Multimedia.

Setiap bahan bantu mengajar perlu diselenggara dengan baik termasuklah


persembahan elektronik multimedia. Persembahan yang telah siap dihasilkan perlu
disimpan dalam beberapa bentuk iaitu dalam bentuk dokumentasi (hard copy) dan
dalam bentuk perisian (soft copy).
Persembahan elektronik yang dicetak dan didokumenkan boleh dijadikan rujukan pada
bila-bila masa manakala persembahan yang disimpan dalam bentuk perisian
mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya ialah, isi kandungan di dalam persembahan
elektronik tersebut boleh disunting pada bila-bila masa mengikut keperluan murid dan
keperluan semasa. Selain itu, persembahan elektronik yang disimpan dalam bentuk
perisian juga dapat disalin ke dalam alat-alat teknologi maklumat yang lain seperti
cakera padat, thumb-drive dan lain-lain.

6.0 Rumusan

Sumber pengajaran ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk
membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar
bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja,
tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan
semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa
sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.

Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program
pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui
sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Bahan bantu
mengajar bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses
pengajaran dan pembelajaran. Alat bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian
yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran
perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta
membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka.

Teknologi pendidikan pula merupakan satu sistem yang meliputi alat dan bahan media,
organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam
pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.

Kecekapan guru menggunakan pelbagai sumber dalam pengajaran dan pembelajaran


mampu merangsang pemahaman murid ke tahap yang cemerlang.
You might also like:

Anda mungkin juga menyukai