Anda di halaman 1dari 2

KEPADA: KETUA LAJNAH KEBERSIHAN HAMIDAH BT ZAKARIA, SEMUA AJK LAJNAH KEBERSIHAN

11 September 2011

Saudari, Perkara: Kebersihan Asrama Puteri Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk. 2. Berhubung perkara di atas, saya mendapati kebersihan asrama Puteri amat teruk. Dengan itu saudari diminta mengarahkan ketua-ketua bilik supaya membersihkan asrama bersama penghuni bilik yang lain. 3. Pastikan asrama dan bilik berada dalam keadaan bersih. Berikut merupakan tugas yang mesti dilakukan: lihat pada lampiran yang di sediakan. 4. Jika masih terdapat bilik yang tidak kemas atau teratur, ketua bilik akan dikenakan hukuman bersama ahli bilik yang lain. Ketua Lajnah juga akan di ambil tindakan tatakemas asrama sekiranya di dapati keadaan luar dan dalam bilik asrama tidak memuaskan. 5. Diharapkan kerjasama oleh pihak saudari agar kita hidup dalam keadaan yang bersih dan sihat. Sekian, terima kasih. ASRAMA KU, RUMAH KU

Yang menjalankan tugas,

. (NORHAYATI BT JOHARI) Warden Asrama SMA Taufikiah Khairiah Al-Halimiah

PERKARA TARIKH MASA TEMPAT TINDAKAN

: : : : :

GOTONG ROYONG ASRAMA/BILIK 11 SEPTEMBER 2011 (HARI NI DA!!!) 10.00 MALAM HINGGA 11.00 MALAM (1 JAM SAHAJA YE) KAWASAN ASRAMA PUTERI, BILIK, TEMPAT TIDUR, LUAR BILIK, TANDAS, BILIK MANDI, ALMARI DAN KATIL. SEMUA PENGHUNI ASRAMA : SELEPAS JAM 11.00 MALAM.

WAKTU PEMERIKSAAN BILIK

A BILIK i. Pastikan bilik berada dalam keadaan kemas ii. Pastikan tidak ada sebarang baju yang di sangkut di dalam bilik iii. Tidak dibenarkan jemur baju di dalam bilik iv. Pastikan tilam berada di atas katil. Tilam yang ada di atas lantai akan dibuang serta merta di luar bilik. v. Peralatan mandi seperti baldi, gayung dan lain-lain mesti disusun dengan kemas. vi. Pastikan kasut, selipar, sandal di letakkan di tempat yang sepatutnya. Jika didapati kasut, selipar, sandal masih lagi bersepah, semua kasut akan dibuang (termasuk yang disusun kemas di atas rak) vii. Pastikan plastic tong sampah diluar bilik di ikat dengan kemas dan gantikan dengan plastic yang baru sekiranya sampah telah penuh. viii. Yang paling penting, pastikan tidak ada sebarang sampah di dalam bilik. Sekiranya masih ada sampah walaupun sebesar plastic gula-gula, hukuman akan dikenakan 2 kali ganda. B ALMARI PERIBADI i. Pastikan semua baju, seluar, tudung, dan lain-lain pakaian yang telah kering dilipat dan disusun dengan kemas di dalam almari. ii. Uniform sekolah dan baju rasmi atau baju yang bersesuaian mesti di sangkut didalam almari. iii. Semua barangan peribadi mesti diletakkan di dalam almari sendiri. C BILIK SETERIKA i. Pastikan tidak ada baju yang disangkut di bilik seterika. Jika terdapat baju atau barangan peribadi tertinggal di situ, akan dibuang serta merta. D LONGKANG i. Pastikan tidak ada sebarang benda asing di dalam longkang tersebut, jika di dapati keadaan longkang tidak bersih, semua penghuni bilik bawah akan dikenakan hukuman. E TANGGA i. Pastikan tidak ada sampah di atas tangga. Jika di dapati masih terdapat sampah, semua penghuni bilik atas akan dikenakan hukuman. F BILIK MANDI i. Pastikan tidak ada sebarang barangan peribadi yang ditinggalkan di bilik mandi. ii. Pastikan tidak ada sebarang sampah yang ditinggalkan di dalam tandas, lubang tandas dan bilik mandi. iii. Pastikan tidak ada pakaian yang jatuh di ampaian. G KEBERSIHAN KESELURUHAN ASRAMA i. Keseluruhan kebersihan asrama adalah tanggungjawab semua penghuni asrama.

Anda mungkin juga menyukai