Anda di halaman 1dari 4

"Al-kisah, diriwayatkan dalam satu kitab klasik yang tidak diketahui asal usulnya,

diceritakan sebuah hikayat oleh para penglipur lara. Kisah ini telah diubah suai bagi
memodenkan cerita dengan keadaaan semasa. Kalau tak barangkali akan dituduh jumud,
kolot dan sebagainya.

Bermulanya hikayat ini apabila Leman ingin menjelajah dunia dengan kereta sakti
bernama Proton. Leman ingin menuju ke satu destinasi yang jauh dimana disitulah bagi
Leman kebahagiaan abadi kan diketemuinya.

Maka dipendekkan hikayat, kereta sakti Leman telah rosak diperjalanan. Itulah kuasa
Tuhan. Sesakti mana pun kereta itu
pasti akan rosak akhirnya. Sedang Leman menurun mendapatkan bantuan, muncul
seorang puteri cantik bestari ingin membantu. Puteri itu dikenali sebagai Tun Siti.

Leman yang dalam kesusahan itu dengan hati terbuka kedatangan Tun Siti yang ingin
menghulurkan bantuan. "Hamba rasa, kereta sakti ini rosak kerana petrol
digunakan sebagai bahan bakar" "Kenapa Tun Siti berkata demikian? Bukankah petrol itu
bahan wajib untuk kereta!?"

"Itulah, cuba tuan hamba fikir, siapakah yang mencipta kereta? LELAKI bukan?

Jurutera itu seorang LELAKI. Maka sudah tentu akalnya pendek sebab lelaki ini hanya
suka mengikut nafsu sahaja"
"Idea WANITA tidak pernah LELAKI ambil kisah. Kalau ditanyakan pada wanita, sudah
tentu air menjadi bahan bakarnya. Sudah lah mudah untuk didapati, tidak mencemarkan
alam pula. Dalam buku hikmat jurutera, hamba lihat semuanya telah ditafsirkan
berdasarkan kepala otak
lelaki. Kalau nak guna untuk lelaki sahaja tidak mengapa, tetapi mengapa kereta sakti
untuk wanita pun lelaki yang cipta. Otak jurutera-jurutera itu semua biol-biol belaka."

"Tetapi Tun Siti, bukankah sifat air itu tidak boleh membakar?"

"Ah..itulah. Tuan hamba pun lelaki. Ini semua hasil otak-otak biol jurutera-jurutera kolot
tu. Zaman sudah berubah tuan hamba. Kerana petrol manusia berperang. Kalau air kan
mudah. Patut
penciptaan kereta ini berubah mengikut zaman. Pendapat wanita perlu diambil kira...!
Buku hikmat jurutera patik baca dalam terjemahan Inggeris tidak pernah mengatakan
bahan bakar itu mesti dari petrol. Hanya dari otak-otak biol si jurutera LELAKI itulah
datangnya idea begitu. Menyusahkan wanita sahaja."

Tidak lama kemudian, datang pula eorang lelaki. Memperkenalkan dirinya sebagai Kasim
Baba. Setelah mendengar perbalahan antara Leman dan Tun Siti,
Kasim Baba pun berbicara. "Kata-kata Tun Siti ada betulnya. Zaman sudah berubah. Idea
menggunakan petrol perlu difikirkan semula. Dan hamba fikir, sebab adanya tayar, kereta
sakti tuan hamba ni tidak boleh bergerak."

"Ya Kasim Baba...! Tayar kan komponen utama untuk kereta. Kalau tiada tayar, tidaklah
ia bernama kereta.!"

"Zaman sudah berubah Tuan hamba...Tayar itu juga idea kolot jurutera-jurutera kereta
dahulukala. Mereka mencipta-cipta barang yang tidak ada dalam buku hikmat jurutera.
Idea itu untuk kepentingan sahabat-sahabat mereka yang menjadi tauke getah."

"Kereta sakti Tuan Hamba ini tidak sesuai kerana ada tayar. Tayar kalau sudah hilang
bunganya akan dibuang dan akhirnya akan
mencemarkan alam...! Zaman moden ini, kereta perlu berubah. Bukan zaman mengikut
kereta."
Leman berasa sangsi. Tun Siti dan Kasim Baba saling sokong menyokong. Kemudian
datanglah pula seorang mekanik yang secara kebetulan lalu disitu. Setelah melihat hal
yang berlaku, maka berkatalah si mekanik.

"Leman, Tuan Hamba telah ditipu oleh Tun Siti dan Kasim Baba. Kalau dah namanya
kereta, kenalah ada tayar dan petrol untuk menggerakkan kereta. Kalau tiada tayar,
namanya kapal layar atau burung besi. Kalau tiada petrol namanya kereta lembu. Kereta
sakti ni rosak sebab tuan hamba lupa menggantikan minyak hitamnya sahaja."

"Tengok, si kolot sudah datang. Dahlah pakaiannya kotor. Mereka semua ni satu
perguruan dengan jurutera-jurutera kolot tu. Percayalah kata kami..."

"Wahai Tun Siti dan Kasim Baba, hamba ni mekanik. Jadi hamba tahulah mana yang
rosak."

"Mekanik jumud! Zaman sudah berubah. Bukan mekanik dan jurutera kereta sahaja yang
berhak dalam hal-hal kereta sakti tau.
Lagipun semua orang kini sudah ada kereta sakti. Jadi, semua ada hak untuk berbicara
pasal kereta sakti dan mengubah suai ikut sesedap kami."

"Air mesti digunakan mengantikan petrol!"

"Tayar mesti dibuang!"

Inilah sebahagian sedutan hikayat dari kitab klasik yang ditemui. Kisah yang lain bakal
diterjemahkan di lain hari itu pun kalau dasar pendidikan kita masih kekal menggunakan
bahasa Jawa. Sekiranya dasar berubah kembali menggunakan bahasa Hawaii, kita kena
tunggu di lain masa.

Catatan pakdi:
Cereka ini ditulis setelah pakdi membaca artikel Zainah Anwar, Executive Director Sister
In Islam di dalam majalah Time.
Keluaran 10 Mac 2003.

Artikel tersebut bertajuk Ending The Patriarchy. Kita seharusnya berasa kesal, terdapat
pertubuhan yang kununnya menggunakan nama Islam, tetapi tidak pernah menghormati
pendapat ulama-ulama. Apa yang ditulis oleh Zainah Anwar, secara tidak langsung
telah menolak
pendapat-pendapat kesemua Imam Mazhab yang empat.

Islam tidak pernah mengasingkan atau


mendiskriminasikan wanita. Kalau malas
sangat nak bukak kitab-kita hadis, buku terbaru Dr
HM Tuah Iskandar,
Membina Hati Bahagia banyak mengandungi hadis yang
mana Islam sangat
memuliakan wanita. Malah, Sayyidatina Aisyah setelah
wafat Rasulullah saw,
menjadi rujukan para sahabat dalam pelbagai ilmu
pengetahuan. Semoga kita
semua sentiasa dalam naungan rahmat dan hidayah
Allah swt.

Sila klik link yang diberi. Kalau dalam majalah


sebenar, ada gambar beliau
yang tidak bertudung sebab bagi SIS, tudung itu
adalah adat orang Arab.
Dan itu adalah resolusi dalam Kuala Lumpur Islamic
Forum, dimana apabila
diumumkan tudung itu tidak wajib, tepukan gemuruh
bergema di forum
tersebut, tahun lepas. Wana'uzubillah.

* Leman - umat Islam


* Tun Siti - pejuang kebebasan wanita
* Kasim Baba - golongan anti-hadis
* mekanik / jurutera - ulama'
* kereta - Islam
* buku hikmat jurutera - al-Quran
* tayar - al-hadith
* petrol - ijtihad ulama' berdasarkan alQuran &
Hadith
* air - pendapat yang mengikut logik akal
semata-mata

artikel ni sy ambil dr mel yg telah diforwardkan. saya rasa sesuai dikongsi dgn sahabat2
semua"

Anda mungkin juga menyukai