Anda di halaman 1dari 7

Tuan-tuan,

Kisah dari Himpunan Kisah-Kisah Telah dipetik sebuah kisah untuk direnung dan
diambil ikhtibar

Jabir r.a berkata, "Suatu hari tatkala penggalian parit pertahanan khandaq sedang
dilakukan, aku lihat Rasulullah dalam keadaan yang sangat lapar. Aku balik ke
rumah bertanya isteriku kalau-kalau ada apa-apa yang boleh kami masak untuk
baginda". Jawab isteriku, "kita ada segantang gandum dan seekor kambing muda."
Maka kusembelih kambing itu sementara isteriku menyediakan adunan untuk memasak
roti.

Apabila telah selesai semuanya, akupun pergi mendapatkan Rasulullah dan berkata,
"Wahai Rasulullah, aku harap tuan tidak keberatan datang bersama beberapa orang
sahabatmu ke rumahku kerana aku membuat sedikit kenduri. Sebelum itu isteriku
memberitahuku supaya jangan memalukannya kerana hidangan hanya cukup untuk
beberapa orang sahaja."

Rasulullahpun berkata kepada semua orang yang bekerja, "Hai orang-orang khandaq,
hari ini Jabir membuat hidangan untuk kita semua. Oleh itu bolehlah kita makan
besama-sama." Bilangan mereka semua lebih kurang seribu orang.

Sebelum Jabir balik ke rumah, Rasulullah berpesan kepadanya, "Wahai Jabir, jangan
kamu turunkan kualimu dan jangan kamu masak dulu adunan rotimu sebelum aku
datang." Lalu akupun pulang. Sebentar kemudian Rasulullahpun sampai bersama seribu
orang tetamu. Apabila isteri Jabir melihat hal itu, segera ia berkata, "Apa yang
harus kita lakukan, orang terlampau ramai. Bukankah sudah aku katakan, jangan
memalukan aku di hadapan Rasulullah." Sementara itu aku telah lakukan sebagaimana
yang Rasulullah suruh.

Maka kukeluarkan roti lalu diberkati Rasulullah. Kemudian Rasulullah pergi ke


tempat memasak kambing lalu diberkatinya. Setelah itu Rasulullah memberitahu
isteriku, "Panggillah pembuat roti untuk membantumu. Kemudian ceduklah kuah terus
dari kuali ke dalam mangkuknya, jangan sekali-kali turunkan kuali dari tempatnya."

Setelah siap, lalu makanlah semua orang yang datang tanpa ada yang tidak cukup,
malah mereka makan dengan cukup kenyang. Aku bersumpah dengan nama Allah bahawa
setelah mereka balik, kualiku tetap penuh seperti sediakala dan begitu juga
adunannya tetap sama banyak seperti sediakala.

Kata n a s i h a t "Segeralah sembahyang sebelum


>waktu luput dan bertaubat sebelum ajal tiba CERITA:
>
>Ada seorang penduduk zaman Khalifah Abu Bakar
>meninggal dunia. Setelah dimandikan dan dikapankan, ia
>diletakkan di sudut rumah utk disembahyangkan. Sedang
>hadirin hendak mulai sembahyang, kapan si mayat
>bergerak-gerak dan mereka berbisik-bisik dan menyangka
>mayat hidup kembali. Salah seorang dari mereka maju ke
>depan dan menghuraikan kain kapan dan didapati di
>dalamnya ada ular sedang membelit mayat tersebut
>sambil mematuk tubuh si mayat. Hadirin lantas
>mengambil kayu untuk memukul ular tersebut. Ular itu
>bershahadah lalu berkata dengan fasihnya, "Apakah
>sebab kamu hendak membunuh aku. Aku tidak bersalah
>hanya menjalankan perintah menyiksa mayat ini. Aku
>disuruh mematuk dan menyiksa mayat ini hingga ke hari
>Qiamat." Para
>hadirin hairan dan bertanya, "Apakah sebabnya hingga
>kamu disuruhl menyiksa mayat ini. " Jawab ular;
>"Mayat ini selama hayatnya telah melakukan tiga
>kesalahan: pertama ia mendengar azan tetapi tidak
>dipedulikannya dan t i d a k menunaikan sembahyang dan
>berjemaah, ia enggan mengeluarkan zakat hartanya, dan
>ia tidak mahu mendengar nasihat yang baik."
>
>Dari Abu Naib meriwayatkan Saya mendengar Rasulullah
>SAW'bersabda, "Terimalah pemberian selama ia merupakan
>pemberian tetapi apabila ia telah merupakan sogokan
>terhadap agamamu maka janganlah diambil. Jika Islam
>itu beredar dari satu daerah hendaklah kamu beredar
>bersamanya. Ketahuilah Al-Quran itu pembimbing jika
>kamu telah memerintah jalan yang salah. Janganiah
>kamu ikuti ketua-ketua yang melencong."
>

Memang tiada siapa yg tidak mahu menjadi cantik. Setiap orang juga pasti kelihatan
cantik jika mereka mempunyai kualiti '7M'.

Musyarakah - yakin bahawa dirinya memang mempunyai kecantikan tersendiri.


Murakabah - menerima dengan insaf dan syukur keadaan diri sendiri.
Muhasabah - sentiasa melihat kekurangan diri dan memperbetulkannya.
Muakobah - sentiasa mendidik diri agar berusaha menjadi wanita sempurna.
Muqarrabah - sentiasa mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Mujahadah - berusaha melawan segala bentuk hawa nafsu yang cuba menguasai diri.
Muarabah - cuba menghakis segala kejahatan yang ada dalam diri.
Insya-ALLAH kita sama-sama berusaha ke arah 7M.

Dari Abu Kabsyah alAnmari ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Tiga perkara aku bersumpah
menegaskan kebenarannya, iaitu: tiadalah berkurang harta seseorang dengan sebab
dikeluarkan sedekahnya; dan tiadalah seseorang itu dizalimi dengan sesuatu
kezaliman yang ia bersabar menanggungnya melainkan Allah menambahkan dia dengan
kemuliaan; dan tiadalah seseorang memulakan sesuatu cara meminta sedekah melainkan
Allah membukakan kepadanya pintu kepapaan; dan aku menerangkan kepada kamu satu
hadis pengajaran maka hafazlah dia (untuk dijadikan iktibar);

.. (kemudian Baginda menerangkannya) sabdanya: "Sebenarnya (habuan) dunia


(mengenai ilmu agama dan harta) hanyalah terbahagi kepada empat (keadaan) manusia:
pertama - orang yang telah dikurniakan Allah dengan harta dan juga dengan ilmu
agama, maka ia menggunakan ilmunya dengan berlaku taat kepada Allah dan menjauhi
laranganNya, dan menggunakan hartanya pada menghubungkan silaturrahim kaum
kerabatnya, serta ia mengetahui hak Allah pada nikmat-nikmat yang dikurniakan itu;
maka orang yang demikian bersifat dengan semulia-mulia keadaan (di sisi Allah).

.. Dan kedua - orang yang telah dikurniakan Allah dengan ilmu agama sahaja dan
tidak dikurniakannya dengan harta benda serta ia berkata dengan niatnya yang
benar: 'Kalaulah aku ada harta, sudah tentu aku akan lakukan apa yang dilakukan
oleh si anu (yang dermawan) itu', maka ia beroleh balasan dengan sebab niatnya;
(dengan yang demikian) maka balasan baik kedua-dua orang itu adalah sama.

.. Dan ketiga - orang yang telah dikurniakan Allah harta dan tidak dikurniakannya
ilmu agama, maka ia menyalahgunakan hartanya dengan tidak berdasarkan ilmu, - ia
tidak memelihara dirinya dengan harta itu dari azab Tuhan, dan ia juga tidak
menggunakan hartanya itu untuk silaturrahim, dan tidak pula mengetahui akan hak
Allah pada hartanya itu; maka orang yang demikian bersifat dengan seburuk-buruk
keadaan.

.. Dan keempat - orang yang tidak dikurniakan Allah dengan harta dan tidak juga
dengan ilmu agama, lalu ia berkata: "Kalaulah aku ada harta, sudah tentu aku akan
lakukan apa yang dilakukaan oleh si anu itu', maka ia beroleh balasaan dengan
sebab niatnya; (dengan yang demikian) maka balasan buruk kedua-dua orang itu
adalah sama." (Tirmizi dan lain-lainnya)

Ini adalah diambil dari Muqaddimah Mastika Hadith Rasulullah saw terbitan Bahagian
Hal Ehwal Islam, JPM

asm.....penting niiiiiiii.....

hikmah sujud antara lain ialah:


a.) Melegakan sistem pernafasan (rilieved congestionfor breathing).
b.) Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

2) Bernafas ketika sujud akan :


a) Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
b) Membetulkan pundi peranakkan yang jatuh (prolapsed uterus/fallen band womb)
c) Melegakan sakit hernia.
d) Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
e) Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan ( high parts of the lungs )
f) Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN(limpa)
g) Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian
belakang tubuh.
h) Meringankan bahagian PELVIS.
i) Memberi dorongan untuk mudah tidur .
j) Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan
bangun darinya.
k) Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik,secara
otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood
circulation).
l) Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah
berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.
m) Mengurangkan kegemukkan (obesity).
n) Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali
ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut(convulsions).
o) Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
p) Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak
secara kuat dan mengejut terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD
VESSELS DAN ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM.

Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri dihadapan Pencipta, sifat
sombong, riak, takabur dapat dikikiskan.

asm//

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan
jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.
Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti
tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Ianya berlaku kepada seorang wanita yang
berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa
saya menguruskan satu rombongan haji. ketika itu umur saya 20 tahun dan masih
menuntut di universiti al-azhar, kaherah. kebetulan ketika itu saya balik ke mekah
sekejap untuk menghabiskan cuti semester. saya menetap di mekah mulai 1981 selepas
menamatkan
pengajian di sekolah agama gunung semanggol, perak. Keluarga saya memang semuanya
di mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di perak.
Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, haji nasron untuk menguruskan
jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.
Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di
lapangan terbang jeddah kami sambut dengan sebuah bas. semuanya nampak riang sebab
itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. sebaik sampai, saya membawa mereka
menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke madinah. Alhamdulillah, segalanya
berjalan lancar hinggalah kami sampai di madinah.

Tiba di madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. turunlah mereka seorang
demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. tapi tanpa apa-apa
sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi madinah, tiba-tiba wanita itu
tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus
jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "kakak ni sakit,"
kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. suasana yang tadinya tenang serta merta
bertukar menjadi cemas. semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.
"badan dia panas dan menggigil. kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong
saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya. tanpa membuang masa, kami mengangkat
wanita tersebut dan membawanya ke hospital madinah yang terletak tidak jauh dari
situ. sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-
masing.

Sampai di hospital madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. berbagai-bagai
usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. sehinggalah
ke petang, wanita itu masih lagi koma. sementara itu, tugas mengendalikan jemaah
perlu saya teruskan. saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar
dihospital berkenaan. namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi
hospital madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. bagaimanapun, saya
diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. selepas dua hari, wanita itu masih juga
tidak sedarkan diri. saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama
saya berhadapan dengan situasi seperti itu. memandangkan usaha untuk memulihkannya
semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke hospital abdul aziz jeddah untuk
mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di jeddah lebih lengkap
kemudahannya berbanding hospital madinah. namun usaha untuk memulihkannya masih
tidak berhasil. jadual haji mesti diteruskan. kami bertolak pula ke mekah untuk
mengerjakan ibadat haji. selesai haji, sekali lagi saya pergi ke jeddah.
malangnya, bila sampai di hospital king abdul aziz, saya diberitahu oleh doktor
bahawa wanita tersebut masih koma. bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil.
melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matasnya. dari sudut
matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. tapi sebaik saja
terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil
menangis teresak- esak. sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya.
tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?

Saya bertanya kepada wanita tersebut, "kenapa kakak menangis? "mazlan ..kakak
taubat dah lan. kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik.
kakak bertaubat, betul-betul taubat." "kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak
bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. wanita itu terus menangis teresak-
esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. seketika kemudian dia bersuara,
menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya
perlu diambil iktibar oleh kita semua. katanya, "mazlan, kakak ni sudah berumah
tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. tapi kakak silap. kakak ini cuma islam
pada nama dan keturunan saja. ibadat satu apa pun kakak tak buat. kakak tak
sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. rumah
kakak penuh dengan botol arak. suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-
pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?" "yalah...kakak tengok orang lain pergi haji,
kakak pun teringin juga nak pergi.", "jadi apa sebab yang kakak menangis sampai
macam ni sekali. ada sesuatu ke yang kakak alami semasa akit?" tanya saya lagi.
dengan suara tersekat- sekat,wanita itu menceritakan, "mazlan...allah itu maha
besar, maha agung, maha kaya. semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan
yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.
"betul ke kak?" tanya saya, terkejut. "betul mazlan.

Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri
kepada kakak. balasan azab lan, bukan balasan syurga. kakak rasa seperti diazab di
neraka. "kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. sebagai balasan, rambut
kakak di tarik dengan bara api. sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana
pedihnya. menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah. "bukan itu
saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat drp bara
api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka. buah dada
kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. kakak menjerit, menangis kesakitan.
kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa
mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus
bercerita. menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari.
dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman
sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih. dengan suara
tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu
meneruskan ceritanya, "hari-hari kakak diseksa. bila rambut kakak ditarik dengan
bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. panasnya pula
menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. azab itu cukup pedih...pedih
yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan." sambil bercerita, wanita itu terus
meraung, menangis teresak- esak. nyata dia betul-betul menyesal dengan
kesilapannya dahulu. saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya.
begitu sekali balasan allah kepada umatnya yang ingkar.

"Mazlan...kakak ni nama saja islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan
segala macam dosa besar. kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan
Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang
berduri tajam. tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak
perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "bila ditelan saja buah-
buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia
menikam pula perut kakak. sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya,
inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita "habis saja buah-
buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. bila kakak masukkan
saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar
hangus. panasnya cuma allah saja yang tahu. api yang ada di dunia ini tidak akan
sama dengan kepanasannya. "selepas habis bara api, kakak minta minuman,
tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. baunya cukup
busuk.tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. semua terpaksa kakak
lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di
dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. terasa sungguh kebesaran
Allah. "masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak
nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. tak berhenti-
henti kakak memohon. kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi
lagi kesilapan dahulu. kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi
umat yg soleh. kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung
segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang,
akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. benarlah, Allah itu maha agung dan
maha berkuasa. kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. kalau baik
amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita,
maka azablah kita di akhirat kelak. alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan
sendiri kebenaran Allah. "ini bukan mimpi mazlan. kalau mimpi azabnya takkan
sampai pedih macam tu sekali. kakak bertaubat mazlan, kakak tak akan ulangi lagi
kesilapan kakak dahulu. kakak bertaubat... kakak taubat nasuha,"katanya sambil
menangis-nangis. sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. bila saya
membawanya ke mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. amal ibadahnya tak
henti-henti. contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia
cuma akan balik ke bilik- nya semula selepas sembahyang subuh. "kakak... yang
kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak.
lepas sembahyang isyak tu kakak baliklah, makan nasi, berehat..." tegur saya. "tak
apalah mazlan. kakak ada bawa buah kurma. bolehlah kakak makan semasa kakak
lapar."

menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam masjidil haram, dia mengqadakan
semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. selain itu dia berdoa, mohon kepada
allah supaya mengampunkan dosanya. saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu,
takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit
pula. jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan
kesihatannya. "tak boleh mazlan. kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab
tuhan. mazlan tak rasa, mazlan tak tau. kalau mazlan dah merasai azab itu, mazlan
juga akan jadi macam kakak. kakak betul- betul bertaubat."

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "mazlan, kalau ada perempuan islam
yang tak pakai tudung, mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. cukuplah
kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi
macam kakak. "semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah
setiap sehelai rambut wanita islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki
yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. kalau 10 orang lelaki bukan
muhrim tengok sehelai rambut kakai ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa. "tapi
mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. .. kalau seorang tengok
rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. kalau 10 orang
tengok, macam mana? kalau 100 orang tengok? itu sehari, kalau hari-hari kita tak
pakai tudung macam kakak ni? Allah... "kakak berazam, balik saja dari haji ini,
kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa,
mengaji, buat ibadat. akak nak ajak suami pergi haji. seperti mana kakak, suami
kakak tu islam pada nama saja. tapi itu semua kesilapan kakak. kakak sudah bawa
dia masuk islam, tapi kakak tak bimbing dia. bukan itu saja, kakak pula yang jadi
seperti orang bukan islam." sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-
apa cerita tentang wanita tersebut. bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi
wanita yang benar-benar solehah. adakah dia berbohong kepada saya tentang
ceritanya diazab semasa koma? tidak. saya percaya dia bercakap benar. jika dia
berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha? satu lagi, cubalah bandingkan
azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh allah dan nabi dalam
al-quran dan hadis. adakah ia bercanggah? benar, apa yang berlaku itu memang kita
tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,
syurga dan neraka itu perkara ghaib? janganlah bila kita sudah meninggal dunia,
bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "oh... memang betul apa
yang Allah dan Rasul katakan. aku menyesal"... itu dah terlambat.
"REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN"
WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,
WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,
WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT,
WAKTU MUDA SEBELUM TUA
DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI"

--------------------------------------------------------------------------------
Sign

Anda mungkin juga menyukai