Anda di halaman 1dari 2

ADA APA DENGAN CINTA???

Ada apa dengan Adam? Adam mewakili kaum lelaki. Adam juga nama seorang seorang
nabi; manusia pertama ciptaan tuhan. Sebutan namanya mampu mengetarkan jiwa
seorang Hawa yang diciptakan untuknya. Wujudnya Hawa untuk Adam. Dalam kewujudan
itu tercipta satu cinta yang tiada tandingan. Sanggup meninggalkan nikmat hidup di
syurgawi lantaran desakan si pencinta. Dicampak ke bumi, bertemu semula selepas
beratus-ratus tahun lamanya terpisah. Ya, memang mereka ditakdirkan bersama hanya
kerana Cinta.

Tetapi, apa itu cinta? Tidak ada sesiapa yang mampu melarikan diri daripadanya.
You can run but you cannot hide! Love is not something that you can avoid. Its
human nature to fall in love... Sometimes it comes when you least expected it.
Inikan manusia sekejam Adolf Hitler juga pernah jatuh cinta.

Magik! Ya, mungkin juga. Tetapi tidak ada sesiapa yang mampu menghuraikannya.
Albert Einstein, Benjamin Franklin dan Thomas Edison juga tidak mampu
menghuraikannya dengan teori-teori sains mereka. Cinta satu perasaan yang bukan
untuk dihuraikan. Ia adalah satu metafora keindahan yang wujud di dalam satu ruang
antara sedar dan tidak sedar. Ia bukan mimpi tapi realiti namun persisnya seperti
fantasi. Segala-galanya indah dikala dilamun cinta. Biarpun dia bukan Richard
Gere, tetapi ada saja tentang dia yang mengingatkan kamu tentang pelakon berambut
kelabu itu!

2 pemerintah empayar Rom jatuh cinta pada seorang wanita yang sama. Cleopatra;
nama wanita yang gah di eranya. Kerana cinta juga dia sanggup mengorbankan nyawa.
Love is blind. Yes it is!

Kecewa bercinta bukanlah alasan untuk tidak mencari pengganti mengisi ruang hati
yang kosong. Jatuh cinta juga bukan satu pilihan yang boleh dibuat-buat. Di saat
terlihat wajahnya, tiba-tiba jantung bagai terhenti seketika. Perut mula rasa
memulas-mulas. Air peluh mula bercucuran di muka. Semua jadi serba tak kena.
Jelingan matanya sudah cukup untuk membuatkan kamu rasa seperti melayang-layang
dihembus angin walaupun ketika itu tidak ada angin pun yang bertiup. Sahabat karib
saya pernah berkata; #If someone makes your heart bonding, then you are in love!#

Filem Indonesia yang sedang meletup-letup di pawagam pada hari ini juga
berkisarkan cinta. Kisah remaja yang dilamun cinta namun masing-masing punya ego
yang jadi benteng memisahkan mereka berdua. Ia adalah satu paduan cerita yang
sangat menarik. Pergolakan cinta dan persahabatan. Konfrontasi antara dua jantina.
Lelaki dan wanita. Adam dan Hawa...

Jika bercakap tentang cinta tentunya ia berkaitan 2 makhluk bergelar Adam dan Hawa
berkasihan. Mungkin pada hari ini ia berlainan. Mungkin 'Adam dan Adam' atau 'Hawa
dan Hawa'. Mengapa harus terjadinya begitu ya? Adakah perasaan benci yang jadi
katalisnya? Adam mula membenci Hawa dan Hawa menghindari Adam. Namun perasaan
cinta itu harus diisi. Ah, biarkan saja kalau ia luar tabii. Pelik... tetapi
itulah hakikatnya yang berlaku pada hari ini.

Kalau dahulu lelaki yang memulakan langkah pertama to approach a girl. Hari ini
berbeza. Wanita lebih radikal daripada lelaki. Isu "perigi cari timba" bukan
persoalannya lagi. Yang penting, peluang yang terbuka itu harus cepat-cepat
direbut. Kalau lambat nanti dikebas orang. Diri sendiri juga yang merana. Seperti
lirik sebuah lagu; #Jangan tunggu lama-lama... nanti lama-lama, dia diambil
orang... # Di dunia hari ini, segala tindakan harus diambil dengan cepat. Jangan
biarkan peluang keemasan berlalu; kelak menggigit jari. Eventhough it#s quite
drastic, but it#s worth it! Kata Forest Gump; #Life is like a box of chocolate,
you#ll never know what you gonna get... #
Wanita jadi lebih berani kerana lelaki. Wanita menjadi lebih daring dan
adventureous kerana lelaki. Wanita menjadi seorang wanita juga kerana lelaki.
Wanita adalah ibu, kakak, adik, makcik dan nenek kepada seorang lelaki. . Sahabat
lelaki juga wanita. Di sebalik kejayaan seorang lelaki, berdirinya seorang wanita.
Kedua-duanya saling memerlukan. Jangan cuba diubah hukum alam ini. Jangan dicabar
ketentuan tuhan. Jangan pula dikurangkan jumlah lelaki yang semakin berkurangan
dengan menambahkan bilangan wanita di muka bumi dengan mencalit lipstick di bibir,
memakai kasut tinggi dan menokok mana yang patut di sana sini.

Kepada kaum Adam, jadilah seorang lelaki. Insan yang bergelar khalifah, pemimpin,
ketua keluarga, suami, ayah, kekasih, dan juga sahabat kepada seorang wanita.
Kerana wanita memerlukan seorang lelaki di dalam hidupnya. Ia fitrah manusia!!!

Anda mungkin juga menyukai