Anda di halaman 1dari 14

Petua/Doa yg berguna utk kecantikan diri(Muka surat 1) - Petua Kecantikan & Fesyen...

Page 1 of 14

CARI Forum's Archiver


CARI Forum Petua Kecantikan & Fesyen Petua/Doa yg berguna utk kecantikan diri

bawang-putih Hantar pada 5-7-2006 09:17

Petua/Doa yg berguna utk kecantikan diri


TO ALL FORUMER BFT....KAT SINI I NAK KONGSI BEBERAPER PETUA & DOA YG BERGUNA UTK SESIAPER YG TAK TAU LAGI TUE....SESAPER YG TAU PUN BOLEH PAST KAT SINI MANER TAU BERGUNA N INSYAALLAH BERHASIL.:pray: 1) CARA NAK HILANGKAN BAU BADAN nenek saya cakap...gosokkan ketiak ke lutut kaki n selawat 3 kali...insya-allah walau macam maner kiter berpeluh pun badan tetap takkan berbau. cuberlah....nie petua turun temurun tau... 2) UTK wajah cantik beseri.. biler bangun pagi...amalkan minum air suam..jgn gosok gigi n basuh muka dulu..just terus minum air tau n selawat + niat kat dalam ati semoga muka cantik berseri... 3) khasiat sirih kalau ader sesaper yg ader mengalami kegatalan...rebus daun sirih...airnye kiter minum n buat basuh setiap kali selepas buang air kecil... to be continued................. anj2208 Hantar pada 5-7-2006 09:45

delete
:tq::setuju::nyorok: [[i] Last edited by anj2208 at 5-7-2006 12:52 PM [/i]] kalika^dHani Hantar pada 5-7-2006 10:59 yg sy tau kalu nak kasik merah bibir, lumur air hali yang kena tumbuk pastu biar sampai kering.. pastu bilas lah.. elok buat time nak tido.. Ila_02 Hantar pada 5-7-2006 11:08 terima kasihlah untuk petua orang lama-lama ni. Berguna jugak. bawang-putih Hantar pada 5-7-2006 11:14 [quote]Originally posted by [i]anj2208[/i] at 5-7-2006 09:45 AM aku ada gak tapi arwah mak aku tak bagi kasitau org lain.... turun temurun kot.... aku dpt pun lepas kawin.... tapi tak amal pun.... [/quote]

http://forum.cari.com.my/archiver/?tid-223554-page-1.html

12/22/2009

Petua/Doa yg berguna utk kecantikan diri(Muka surat 1) - Petua Kecantikan & Fesyen... Page 2 of 14

Kalu utk kebaikan sumer org aper lah salah nyer macam kiter belajar gak kalu guru tue taknak mengajar n taknak turunkan ilmu yg ader kiter sumer takkan sampai ketahap cam nie..sumer tue terpulang kat diri masing2 yg petua utk tak bau badan tue pun actually nenek pun tak nak hebahkan jugak but i pikir utk kebaikan sumer aper salah nyer..kan..kan...kan.. bawang-putih Hantar pada 5-7-2006 11:16 [quote]Originally posted by [i]kalika^dHani[/i] at 5-7-2006 10:59 AM yg sy tau kalu nak kasik merah bibir, lumur air hali yang kena tumbuk pastu biar sampai kering.. pastu bilas lah.. elok buat time nak tido.. [/quote] petua lain ...kalu pakai ubat gigi pun ok gak...i penah buat memang merah..tapi jgn guna terlalu kerap coz itu yg teadi kat i...bibir jadi mcm gelap skit...memula i pakai memang merah but biler dah nengok cantek je merah tue i pakai byk kali so jadilah camtue... beeboy Hantar pada 5-7-2006 11:27 1) badan berbau - ambl air beras biarkan semalaman kmdn mandi & gosok..after that baru bilas, insyallah bau bdn akn hilang 2) badan berbau - bila time bersabun tu, letakkan buih sabun kt tapak tangan belakang kmdn gosokkan kat ketiak, amalkan hari2.. 3) elakkan pening kepala - mula2 nak mandi selawat kmdn basuh kaki kmdn lutut...barulah bawa ke atas.. 4) sakit kepala cepat hilang - rendamkan kaki dgn air suam dlm setengah jam... bawang-putih Hantar pada 5-7-2006 11:34 [quote]Originally posted by [i]beeboy[/i] at 5-7-2006 11:27 AM 1) badan berbau - ambl air beras biarkan semalaman kmdn mandi & gosok..after that baru bilas, insyallah bau bdn akn hilang 2) badan berbau - bila time bersabun tu, letakkan buih sabun kt tap ... [/quote] ehhmmm...i dah penah try cara mandi dari kaki ke atas..memang mujarab...coz i selalu je dapat sakit kepala yg berdenyut sampai nak buat keje pun susah...so biler i dah amalkan alhamdulillah berjaya... hukaloh Hantar pada 5-7-2006 12:14 samalah.selalu sakit kepala,nak try petua tu nanti.rasanya,rasional bila jirus air dari kaki ke kepala, panas makin lama, makin naik ke atas then terus keluar menerusi kepala.so nanti dah x sakit lagi.mcm tu agaknya. cubajaya Hantar pada 5-7-2006 12:25 bagus betul thread ni... bawang-putih Hantar pada 5-7-2006 12:34 [quote]Originally posted by [i]hukaloh[/i] at 5-7-2006 12:14 PM

http://forum.cari.com.my/archiver/?tid-223554-page-1.html

12/22/2009

Petua/Doa yg berguna utk kecantikan diri(Muka surat 1) - Petua Kecantikan & Fesyen... Page 3 of 14

samalah.selalu sakit kepala,nak try petua tu nanti.rasanya,rasional bila jirus air dari kaki ke kepala, panas makin lama, makin naik ke atas then terus keluar menerusi kepala.so nanti dah x sakit l ... [/quote] memang panas dalam badan akan kuar...coz dulu pun maser kecik2 dulu time nak g sekolah i selalu nampak mcm ader asap yg kuar dari umbum rambut. asap tue kuar biler kiter dah start mamdi...cuber lah tak rugi mencuba tau..tambahan lagi nie petua dari org2 lama n kiter patut praktik kan beeboy Hantar pada 5-7-2006 12:43 kalau nak lebatkan rambut - ambl air embun dari batang pisang pd waktu pagi, koyakkan kulit pd batang pisang tersebut kmdn air yg keluar 2 sapu pd rambut (khas pd yg ada pokok pisang shja)...buat seminggu 2x, insyallah rambut akan jadi lebat.... pae81 Hantar pada 5-7-2006 13:48 kalau nak kilat kan kuku, adik saye selalu buat dan kesannya memang hebat... sapukan ubat gigi kat kuku then gosok ngan kain dalam 10 minit...buat hari2...insyaallah.. lagi satu nak merahkan mulut...adik saya suka sgt sapu petroleum jelly dam marjerin b4 tido n memang menjadi.... saye malas nak buat....hehehehh... pae81 Hantar pada 5-7-2006 13:54 haaa...lagi satu yg saya suka buat...masa dok bersiap nak g keje...masa tgk cermin bc ni ' allahumma'ahsantaqalqi faahsin qalqi'....sambil dok pakai bedak ker...pakai lipstick....kira doa utk maniskan muka....insyallah kalau tuhan makbulkan....menjdilah.. bawang-putih Hantar pada 5-7-2006 14:39 [quote]Originally posted by [i]pae81[/i] at 5-7-2006 01:48 PM kalau nak kilat kan kuku, adik saye selalu buat dan kesannya memang hebat... sapukan ubat gigi kat kuku then gosok ngan kain dalam 10 minit...buat hari2...insyaallah.. lagi satu nak merahkan mu ... [/quote] eemmmhh..agak menarik tue..nanti kuku i lagi nampak menarik ....:tq: bawang-putih Hantar pada 5-7-2006 16:44 1.Petua menjaga muka Menghaluskan kulit muka a) Ambil sebiji tomato masak dan kisar halus. Kemudian lumurkan pada muka kira-kira 20 minit. Setelah itu, bersihkan muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit. b) Bancuhkan sedikit asam jawa bersama sedikit air dan tepung ubi. Kemudian kacau hingga sebati. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, pupurkan pada muka dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air bersih. Menegangkan kulit muka a) Ambilkan sedikit tepung ubi kayu dan mentimun tetapi sebelum itu mentimun hendaklah

http://forum.cari.com.my/archiver/?tid-223554-page-1.html

12/22/2009

Petua/Doa yg berguna utk kecantikan diri(Muka surat 1) - Petua Kecantikan & Fesyen... Page 4 of 14

dihancurkan sehingga lumat. Kemudian campurkan kedua-dua bahan tadi dengan sedikit air. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh dengan air bersih. b) Rebus segenggam biji kani@manjakani di dalam periuk tanah sehinggalah ianya menggelegak dan pekat. Tunggu sehingga ianya suam. Kemudian sapukan pada wajah dan tunggu sehingga kering. Setelah itu, cucilah wajah dengan air bersih. Amalkan selalu. Menghilangkan jerawat a) Campurkan sedikit asam jawa dengan bedak sejuk. Selawat sebanyak 3 kali. Kemudian sapukan pada muka. Amalkan selalu, InsyaAllah jerawat akan beransur hilang. b) Tumbukkan sedikit kulit kayu manis dan campurkan bersama dengan bedak sejuk. Lumurkan pada bahagian muka yang mengalami jerawat. Setelah itu, bersihkan muka dengan air bersih. Amalkan selalu. Merawat kulit berkedut a) Bersihkan sebatang lobak merah dan kemudian parutkan lobak itu. Selepas itu, campurkan parutan lobak bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau hingga sebati dan oleskan pada wajah sekali sehari. Amalkan selalu. 2.Petua menjaga rambut Mengelakkan rambut gugur a) Ambil segenggam daun bunga raya dan beberapa helai daun lidah buaya. Basuh bersih dan kisarkan kedua-dua hingga lumat. Perapkan bahan ini di atas kepala selama satu jam. Lakukan 2 kali seminggu. InsyaAllah rambut akan kekal kuat dan hitam semulajadi. b) Rendamkan secawan kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil kulit kepala dipicit perlahan. Amalkan selalu. Selain itu, elakkan mengikat rambut dengan getah. Menghilangkan kelemumur a) Perahkan beberapa biji limau purut atau limau nipis di atas kulit kepala. Lumurkan sehingga rata dan biarkan selama beberapa jam. Untuk hasil terbaik, perapkan rambut dengan tuala. Amalkan selalu. Petua ini juga berguna untuk mengurangkan pening kepala. Petua-petua ini boleh dicuba dan dilihat keberkesanannya tetapi harus diingat bahawa ianya akan mengambil masa untuk mengetahui keberkesannya. Oleh itu sesiapa yang mencuba petua-petua ini haruslah bersabar untuk mengetahui kesannya dan petua ini haruslah diamalkan selalu. Kebaikan mengamalkan petua yang berasaskan tumbuhan ini adalah kerana ia tidak mengandungi bahan kimia yang boleh memudaratkan manusia bawang-putih Hantar pada 6-7-2006 08:43

petua lagi....
Elak urat timbul Wanita yang mementingkan penampilan diri pasti malu jika urat disekitar kaki dan pehanya timbul. Perkara ini kerap dialami oleh wanita yang baru lepas melahirkan anak. Ambil segemgam kacang hijau dan rebus tanpa gula tetapi jangan sampai hancur. Hasilnya kacang hijau itu akan menjadi satu gelas. Makanlah pada setiap pagi dan petang Satu lagi petua yang boleh dicuba ialah setiap hari sebelum tidur malam, angkatlah kaki keatas setinggi mungkin dengan cara duduk melunjur dan badan bersandar pada dinding selama 10 minit. Selamat mencuba. Khasiat Air Cengkih Setiap orang mahukan zuriat yang cerdas dan pintar, Selain kaedah moden, cara tradisional juga

http://forum.cari.com.my/archiver/?tid-223554-page-1.html

12/22/2009

Petua/Doa yg berguna utk kecantikan diri(Muka surat 1) - Petua Kecantikan & Fesyen... Page 5 of 14

tidak kurang hebatnya. Apabila anda didatangi tanda- tanda hamil seperti mengidam dan sebagainya, cubalah amalkan meminum air rendaman cengkih setiap hari sehingga anak selamat dilahirkan. Tidak perlu banyak, cukup sekadar 2 atau 3 biji cengkih. Berikan juga kepada anak anda minuman air rendaman cengkih dari selepas dilahirkan sehingga berumur 5 tahun. Dengan izin Allah, Insyaallah ianya berkesan. Legakan Sengal Sengal tulang dan ngilu memang tidak menyenangkan. Untuk melegakannya ambil satu jengkal halia dan cuci hingga bersih. Parutkannya dan tempelkan/lekatkan pada bahagian badan yang sengal dan ngilu itu, kemudian balutkannya. Walau terasa sedikit hangat dan panas, tetapi ia amat berkesan. Atasi perut buncit Perut buncit dan boroi sudah tentu memalu kan samada lelaki mahupun wanita.cuba petua ini untuk mengurangkannya. Ambil tiga cubit bedak sejuk dan campur- kannya dengan sedikit kapur sirih dan air perahan limau nipis. Gaulkan semua bahan tadi dan lumurkan pada perut. Biarkan ia kering seketika kemudian ikat perut dengan sehelai kain. Amalkan sebelum anda tidur malam. Ambil perhatian kapur sireh yang berlebihan akan membuat perut anda panas......... Melegakan batuk Bakar sekeping asam gelugur dan seulas bawang putih hingga hangus. Hancur dan gaulkan bahanbahan tadi dengan minyak kelapa. Sapukan pada dada. Amalkan petua ini pagi dan malam, Insyaallah berkesan. Andainya batuk berterusan berjumpalah dengan doktor.... tina^^ Hantar pada 6-7-2006 08:59 eh...wat cengkih can do to neuron cell?? kalau boleh xplen detail ikot logik lebe menarik... i like all the petua, but somehow, if anybody can explen why it can be soo mujarab wud be better. cth mcm lenyek tomato dkt muka for masker wajah. why it is soooo good becoz of the ingredients. tomato itself contains high vit C, A, E for anti-oxidant, so that ppl yg amalkan this petua always awet muda n tegang wajah.some sort of that. the rational behind all those petua wud be better. bawang-putih Hantar pada 6-7-2006 12:13 [quote]Originally posted by [i]tina^^[/i] at 6-7-2006 08:59 AM eh...wat cengkih can do to neuron cell?? kalau boleh xplen detail ikot logik lebe menarik... i like all the petua, but somehow, if anybody can explen why it can be soo mujarab wud be better. ... [/quote] oohhh...tang tu i tak boleh nak explain..tapi i akan cari gak jawapannyer...jgn risau...nanti i bagi kay.... bawang-putih Hantar pada 6-7-2006 13:46 anybody yg kat luar saner..kalau tau pasal kandungan tanaman herba nie sila lah menyelesaikan masalah nie....timo kacih.. bawang-putih Hantar pada 6-7-2006 13:49

http://forum.cari.com.my/archiver/?tid-223554-page-1.html

12/22/2009

Petua/Doa yg berguna utk kecantikan diri(Muka surat 1) - Petua Kecantikan & Fesyen... Page 6 of 14

petua lagi.........petua utk pengetahuan sumer ......


Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh) Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut. Penawar Resdung Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan. Menghilangkan Cagu Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih. Menyerikan Wajah Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Menghilangkan Bau Badan Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari. Melembutkan Rambut Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu. Merawat Kulit Berkedut Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan. maksu_siah7 Hantar pada 6-7-2006 15:13 sesiapa ada petua utk kurangkan selera makan bawang-putih Hantar pada 6-7-2006 15:56 [quote]Originally posted by [i]maksu_siah7[/i] at 6-7-2006 03:13 PM sesiapa ada petua utk kurangkan selera makan [/quote] petua kurangkan selera makan....mak ai..susah nyer nak cari petua nie...petua yg hangat nie.......tak penah didengar...kalu susah2 sangat...selalulah sakit..so selera makan pun kurang..hehehehe (jgn mare) gurau jer tau.:tq: Ila_02 Hantar pada 6-7-2006 15:59 petua kurangkan selera makan senang jer minum air masak banyak2 , sure perut kenyang dengan air so tak adalah nak makan sangat.

http://forum.cari.com.my/archiver/?tid-223554-page-1.html

12/22/2009

Petua/Doa yg berguna utk kecantikan diri(Muka surat 1) - Petua Kecantikan & Fesyen... Page 7 of 14

ctredzuan Hantar pada 6-7-2006 18:30 apa pun petua nya, tapi diingatkan jangan selawat atau bismillah di dalam tandas, dalam hati boleh. roxana Hantar pada 7-7-2006 08:11 "KURMA Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari surga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir". dari website [url]http://myuitm.com/v4/modules.php?name=News&file=article&sid=2208[/url] Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan". Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati". Nabi saww bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat". Nabi saww bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)". KISMIS Nabi saww bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian". Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan ! melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi". Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa". Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa". Nabi saww bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih". MADU Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saww sangat menyenangi madu". Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat yaitu meminum dan membaca Al-Quran". Rasul saw bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat AlQur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit". Rasul saw bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu". Rasul saw bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada". Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah obat dari segala penyakit, tiada penyakit di

http://forum.cari.com.my/archiver/?tid-223554-page-1.html

12/22/2009

Petua/Doa yg berguna utk kecantikan diri(Muka surat 1) - Petua Kecantikan & Fesyen... Page 8 of 14

dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati". Rasul saw bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi". bawang-putih Hantar pada 7-7-2006 08:43 [quote]Originally posted by [i]roxana[/i] at 7-7-2006 08:11 AM "KURMA Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari surga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir". dari website [url]http://myuitm.com/v4/modules.[/url] ... [/quote] wah tima kacih roxana.......saya baru tau khasiat kurma n madu...selama nie cuma tau ia ada kelebihan but tak tau apa kelebihan tu...so ari nie i dah tau...but i nak tau...sekarang nie kan madu banyak yg tak tulin so maner i nak cari yg tulin yer...pastu kismis merah ...tu yg biasa ade di jual kat kedai tue ker???????? -professor serba tak taubawang-putih Hantar pada 7-7-2006 08:46

heheheheh.....petua lagi..salin jgn tak salin


Melentikkan Bulu Mata Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut. Melebatkan Rambut Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu. Awet Muda Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi. Merawat Senggugut Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang. Kulit Cerah dan Licin Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum. Rambut Lebat Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut Mengurangkan Dengkur Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur. Menghilangkan Ketuat Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

http://forum.cari.com.my/archiver/?tid-223554-page-1.html

12/22/2009

Petua/Doa yg berguna utk kecantikan diri(Muka surat 1) - Petua Kecantikan & Fesyen... Page 9 of 14

bawang-putih Hantar pada 7-7-2006 09:19 lagi satu...baru i teringat..nie maser kakak sulung mengandung anak ketiga..biassalah kalu kat kg mesti ade bidan yg akan datang cek kan...so secara kebetulan maser bidan tu bukak buku along n ternampak ayat selusuh..so dia pun cakap..ayat nie byk gunanya...selain dari senang nak bersalin...nak cari barang hilang pun boleh..pastu kalau nak tau ayat nie boleh kiter baca pada org/majikan yg panas baran atau yg suker mencari pasal ngan kiter..insya-allah ayat ni boleh cool kan org tue..diibaratkan ayat nie ade banyak kegunaannyer cumer kiter jer yg tak tau. kalika^dHani Hantar pada 7-7-2006 10:20

petua nak hilangkan blackhead


ambik kayu manis (dalam 2cm) dan parutkan kat blakang pasu (kat batu asah pun bley kot), pastu tambah air sket. pastu tepek kat jerawat n blackhead n biar sampai kering. lepas tu bilas lah.. amalkan selalu kalu nak berkesan yek.. bawang-putih Hantar pada 7-7-2006 10:33 [quote]Originally posted by [i]kalika^dHani[/i] at 7-7-2006 10:20 AM ambik kayu manis (dalam 2cm) dan parutkan kat blakang pasu (kat batu asah pun bley kot), pastu tambah air sket. pastu tepek kat jerawat n blackhead n biar sampai kering. lepas tu bilas lah.. amalk ... [/quote] kalau kiter pakai serbuk kayu manis jer boleh tak..pastu bubuhair skit...tak yah nak gosok kat blakang pasu lagi (takder pasu) et3rNiTy Hantar pada 9-7-2006 14:06 [quote]Originally posted by [i]bawang-putih[/i] at 7-7-2006 09:19 AM lagi satu...baru i teringat..nie maser kakak sulung mengandung anak ketiga..biassalah kalu kat kg mesti ade bidan yg akan datang cek kan...so secara kebetulan maser bidan tu bukak buku along n tern ... [/quote] ayat selusuh tu ayat surah mana ek ? :P sori la ye kalau soklan ni tak masuk akal sket ... Tenko Hantar pada 9-7-2006 14:53 [quote]Originally posted by [i]kalika^dHani[/i] at 7-7-2006 10:20 AM ambik kayu manis (dalam 2cm) dan parutkan kat blakang pasu (kat batu asah pun bley kot), pastu tambah air sket. pastu tepek kat jerawat n blackhead n biar sampai kering. lepas tu bilas lah.. amalk ... [/quote] [color=Red][size=4][font=Century Gothic]Dulu2 time anak dara, sokmo wat cara nih sbb terikut2 dgn member2 kt hostel time sekolah dulu. If sesapa yg ada jerawat byk mmg akan rasa pedih2 sikit kt muka sementara nk tunggu air kayu manis tuh kering. Bila kering jek, terasa tegang jek kulit muka. Bila dh bilas, lembut jek muka nih rasanya. Sesapa yg tak byk jerawat or tak ada jerawat, tak ada la rasa pedih2 tu.[/font][/size][/color] Tenko Hantar pada 9-7-2006 14:58 [color=Red][size=4][font=Century Gothic]Bidan kt tmpt aku nih ckp, utk serikan wajah especially utk ank2 dara, amalkan 3 perkara nih... 1. Bila mandi, jirus air dr kaki barulah la pelan2 naik ke atas.

http://forum.cari.com.my/archiver/?tid-223554-page-1.html

12/22/2009

Petua/Doa yg berguna utk kecantikan diri(Muka surat 1) - Petua Kecantikan & Fesy... Page 10 of 14

2. Duduk apabila minum air. 3. Sarung kain batik dr kaki dan bukannya dari kepala. My MIL lak ckp, amalkan baca ayat nih utk awet muda. Baca sblm minum air gelas yg pertama bila kita bangun pagi. "Uduhum yau maizin musfirah".[/font][/size][/color] ckucin Hantar pada 9-7-2006 15:32 [quote]Originally posted by [i]Tenko[/i] at 9-7-2006 02:58 PM Bidan kt tmpt aku nih ckp, utk serikan wajah especially utk ank2 dara, amalkan 3 perkara nih... 1. Bila mandi, jirus air dr kaki barulah la pelan2 naik ke atas. 2. Duduk apabila minum air. 3. Sarung kain batik dr kaki dan bukannya dari kepala. My MIL lak ckp, amalkan baca ayat nih utk awet muda. Baca sblm minum air gelas yg pertama bila kita bangun pagi. "[b]Uduhum yau maizin musfirah[/b]". [/quote] amik dari surah mana?? takut nie salah baca jadi makna lain laks.. Makeup_Junkie Hantar pada 9-7-2006 16:04 hmmm nak tanya kejap... yang MJ tengok banyak anak dara melayu pakai kat jari2x mereka yang warna kuning orange2x tu... itu untuk aper yer? untuk kuku ker? kalau untuk kuku bleh tak bagi petua tu kat MJ? sebab kuku MJ ni, tak sihat... selalu jer patah bile panjang skit... roxana Hantar pada 9-7-2006 17:46

Reply #36 Makeup_Junkie's post


ooo..MJ, tu inai nama dia..biasa org2 pakai masa kawin...masa kecik2 dulu time nak raya mesti pakai...satu fungsi dia utk cantikkan jari ler...satu lagi memang buat ubat utk kuku2 yg tak sihat jugak...nak pakai dia satu cara dari daun inai yg fresh..kita tumbuk2 ngan lesung batu sampai lumat pastu tepek la kat jari tu...satu lagi kat kedai2 ada yg dah siap jual dlm bentuk serbuk...yg ni campur ngan air pastu tepek la kat jari2 tu...setakat ni aje la yg kita tahu..kalau yg forumer lain nak tambah, silakan..... Makeup_Junkie Hantar pada 9-7-2006 18:10 oooo... inai... mana nak dapatkan daun inai kat KL? dah tu mana nak beli serbuk tu? kedai melayu and kedai mamak ader ker? roxana Hantar pada 9-7-2006 18:20

Reply #38 Makeup_Junkie's post


Daun Inai yg fresh biasa org tanam..yg serbuk lak biasa ada kat kedai2 India..agaknya kat kedai2 kat Jalan Masjid India banyak le kot.. Tenko Hantar pada 9-7-2006 19:02

http://forum.cari.com.my/archiver/?tid-223554-page-1.html

12/22/2009

Petua/Doa yg berguna utk kecantikan diri(Muka surat 1) - Petua Kecantikan & Fesy... Page 11 of 14

[quote]Originally posted by [i]ckucin[/i] at 9-7-2006 03:32 PM amik dari surah mana?? takut nie salah baca jadi makna lain laks.. [/quote] [color=Red][size=4][font=Century Gothic]Sori. Tak pernah lak tnya my MIL dr surah mana aslnya ayat tuh. Insya Allah, if igt, nnt tnya bila jumpa dia.[/font][/size][/color] ctredzuan Hantar pada 9-7-2006 19:35 [quote]Originally posted by [i]ckucin[/i] at 9-7-2006 03:32 PM amik dari surah mana?? takut nie salah baca jadi makna lain laks.. [/quote] [color=Red]"Uduhum yau maizin musfirah". [/color] [b][i]pembetulan:[/i][/b] [size=4][color=Green]auduhum yau maizin (m) musfiroh[/color][/size] bukan [b]"uduhum"[/b] dan last sekali bukan [b]"musfirah" [/b] [b][size=1][color=Black]maizin dan musfiroh di baca sekali dan dengung 2 harakat sbb mim mati [/color][/size][/b] [[i] Last edited by ctredzuan at 9-7-2006 07:37 PM [/i]] coyotemawi Hantar pada 9-7-2006 20:46 [quote]Originally posted by [i]bawang-putih[/i] at 7/7/2006 09:19 AM lagi satu...baru i teringat..nie maser kakak sulung mengandung anak ketiga..biassalah kalu kat kg mesti ade bidan yg akan datang cek kan...so secara kebetulan maser bidan tu bukak buku along n tern ... [/quote] [color=Red][b]apa ayatnya?[/b][/color] ctredzuan Hantar pada 10-7-2006 02:18 ha'ah.. ayat ape ek.. bawang-putih Hantar pada 10-7-2006 09:07 ayat tue nanti i tanyer kakak ....sori i tak lancar coz jarang buat penah buat skali jer tue pun kene nengok kertas coz tak lancar...sabar yea nanti i post kan kat sini. Tenko Hantar pada 12-7-2006 20:58 [quote]Originally posted by [i]ctredzuan[/i] at 9-7-2006 07:35 PM

"Uduhum yau maizin musfirah". pembetulan:

http://forum.cari.com.my/archiver/?tid-223554-page-1.html

12/22/2009

Petua/Doa yg berguna utk kecantikan diri(Muka surat 1) - Petua Kecantikan & Fesy... Page 12 of 14

auduhum yau maizin (m) musfiroh bukan "uduhum" dan last sekali bukan "musfirah" maizin dan musfiroh di ba ... [/quote] [color=Red][size=4][font=Century Gothic]Hah! Cam nih la ayatnya! Thanks for the corrections. My MIL tulis in jawi so for translation to rumi quite difficult skit since ada all those tanda baca.[/font] [/size][/color] bawang-putih Hantar pada 13-7-2006 09:26 [quote]Originally posted by [i]ctredzuan[/i] at 10-7-2006 02:18 AM ha'ah.. ayat ape ek.. [/quote] AYATNYER....... LAILAHAILLA ANTA SUBHANAKA INNI QUNTUM MINNAL ZOLIMIN. HOPEFULLY INI UTK KEBAIKAN...:pray: bawang-putih Hantar pada 13-7-2006 09:54

petua lagi....
Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaikbaiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit. Mengekalkan Kecantikan Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman. Menghasilkan Kulit Cantik Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan . Mengatasi Senggugut Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut . Petua ini saya amalkan dan kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah . 1) Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut . Ini adalah pengalaman saya. 2) Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut , tapi saya amalkan minum air suam . Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut. Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada. Menyegarkan Mata Gatal dan Letih Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang

http://forum.cari.com.my/archiver/?tid-223554-page-1.html

12/22/2009

Petua/Doa yg berguna utk kecantikan diri(Muka surat 1) - Petua Kecantikan & Fesy... Page 13 of 14

kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya. Menyegarkan Mata Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu. Menaikkan Seri Muka Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit. Merawat Panau Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya. Mengurangkan Air Pada Faraj Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan minyak minyak bijan dan kemudian kukuskan. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam Sihat Tubuh Badan Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun . Melangsingkan Tubuh Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal Menghilangkan Parut di Kulit Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah. Mengelak Keguguran Rambut Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur. Menghilangkan Kelemumur Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala. urmila Hantar pada 13-7-2006 09:56 [quote]Originally posted by [i]pae81[/i] at 5-7-2006 01:48 PM kalau nak kilat kan kuku, adik saye selalu buat dan kesannya memang hebat... sapukan ubat gigi kat kuku then gosok ngan kain dalam 10 minit...buat hari2...insyaallah.. lagi satu nak merahkan mu ... [/quote] pae... yg petroleum jelly tu disapu sekali ngan marjerin ke (biar bercampur kedua2nye).. atau marjerin tu disapu time lain.. petroleum jelly tu pulak time lain? nur_khai Hantar pada 13-7-2006 11:18 [quote]Originally posted by [i]ctredzuan[/i] at 9-7-2006 07:35 PM

"Uduhum yau maizin musfirah". pembetulan: auduhum yau maizin (m) musfiroh bukan "uduhum" dan last sekali bukan "musfirah"

http://forum.cari.com.my/archiver/?tid-223554-page-1.html

12/22/2009

Petua/Doa yg berguna utk kecantikan diri(Muka surat 1) - Petua Kecantikan & Fesy... Page 14 of 14

maizin dan musfiroh di ba ... [/quote] if u all don't mind....apa maksud ayat di atas erkk...n klau leh kasi tau ler surah/buku rujukan mana utk amik ayat ni.. kot2 dpt scan dalam jawi pun baguih gakkk bawang-putih Hantar pada 13-7-2006 12:10

petua lagi....
Menghilang Sakit Kepala Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala. Menghilang Ketumbit Mata Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang. Menurunkan Berat Badan (1) Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Menurunkan Berat Badan (2) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam. Mengatasi Tumit Pecah Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi. Awet Muda (1) Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur. (2) Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini. Mudah Bangun Pagi Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s. a. w. Niat dalam hati utk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya. Menghilangkan Jerawat Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang. Meluruskan Rambut Kerinting Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit. Muka surat: [1] 2 3 4 5 6 7 8

Versi Penuh: Petua/Doa yg berguna utk kecantikan diri


Powered by Discuz! Archiver 7.0.0 2001-2009 Comsenz Inc.

http://forum.cari.com.my/archiver/?tid-223554-page-1.html

12/22/2009

Anda mungkin juga menyukai