Anda di halaman 1dari 1

Usia remaja ini memang banyak cabaran dan halangannya.

Sememangnya di
usia yang begini, kita begitu terasa ingin dicintai dan menyintai kerana cinta itu
adalah satu daripada nikmat dan anugerah Allah kepada kita tetapi sahabatku, adakah
wajar kita meletakkan cinta itu bukan pada tempatnya?

Kita cinta pada makhluk Allah yang lemah dan tidak berdaya kuasa, hanya
semata-mata tertarik pada kecantikan luaran, tertarik pada kulit, sedangkan isinya
belum kita tahu lagi. Kita suka melihat bunga-bunga yang berkembang mekar, harum
mewangi, hati tertarik pada wajah-wajah cantik, atau pada tubuh-tubuh yang gagah,
sedangkan zat yang menjadikan makhluk itu kita lupakan lantaran ceteknya
pengetahuan kita tentang zat yang hebat dan berkuasa. Nafsu kita tidak kenal akan
kemaksiatan, mendengar sahaja perkataan dosa, sudah cukup untuk membuat kita rasa
takut dengan seksaan Allah.

Ingatlah sahabat-sahabatku, akan kisah nabi Allah Yusof dan Zulaikha.


Sebelum Zulaikha kenal akan tuhannya (Allah), nafsunya begitu mengajak dia
membuat kemungkaran dengan Yusof a.s. tetapi apabila nafsunya berjaya diasuh
untuk mengenali Allah, nabi Yusof terpaksa menegur Zulaikha untuk menuanaikan
kewajipan sebagai seorang isteri kerana Zulaikha begitu asyik bermunajat kepada
tuhannya. Itulah 'nafsu' sahabat-sahabatku.

Sahabat-sahabat yang dikasihi,


Ingatlah bahawa makhluk Allah tidak kekal lama. Kalau kita suka bunga-
bungaan yang segar ia pasti layu. Dedaun yang subur menghijau pasti akan kering dan
gugur ke bumi. Cintakan pemuada atau pemudi, belum pasti lagi hakikat dirinya.
Mungkin satu waktu ia akan meninggalkan kita atau terkecewa dengan tingkah
lakunya. Cintakan harta dunia, ia akan menjadi timbangan berat di akhirat kelak. Oleh
itu, suburkanlah rasa cintamu sahabat-sahabatku pada Allah s.w.t kerana hanya dialah
tempat yang sewajarnya kita meletakkan cinta itu.

Sahabat-sahabatku yang dikasihi,


Usia kita semakin merangkak tua, sepatutnya semakin meningkatnya usia kita
semakin banyak ilmu yang kita perolehi. Tetapi ingat sahabat-sahabat, "urulah
matlamat perjuangan hidup yang satu, iaitu keredhaan Ilahi."

Anda mungkin juga menyukai