Anda di halaman 1dari 18

Kaunseling adalah satu proses yang berkembang dan berubah dari satu tahap ke tahap yang lain.

Ia mesti mempunyai permulaan dan dapat disudahkan. Menurut pakar- pakar teori dalam bidang kaunseling dan psikoterapi, kaunseling boleh berlaku dalam banyak tahap dan pelbagai cara selagi ia mempunyai matlamat untuk menyelesaikan masalah. Proses kaunseling ini akan berterusan dengan hubungan baik yang dibina oleh kaunselor dan klien untuk merungkai persoalan.

TAHAP MEMBINA HUBUNGAN

Untuk permulaan proses kaunseling, biasanya kaunselor belum mengenali klien. Jadi untuk mendapat kerjasama daripada klien, perlu dibentuk satu hubungan yang baik antara klien dan kaunselor supaya masing-masing mempunyai kepercayaan antara satu sama lain. Tugas membina hubungan yang istimewa ini adalah tema tahap pertama dan menjadi tumpuan perbincangan.Kaunselor dianggap berjaya mengendalikan tahap ini apabila dapat melaksanakan empat tugas yang berkaitan iaitu, mewujudkan suasana yang menggalakkan interaksi, menentukan matlamat awal kaunseling, menstruktur hubungan dan membina kepercayaan. 1. Mewujudkan Suasana Yang Menggalakkan Interaksi Pada permulaan proses kaunseling , biasanya klien tidak begitu yakin dengan dirinya sendiri, kaunselor dan kesan proses kaunseling. Tambahan pula terdapat klien yang tidak begiru pasti akan masalahnya. Keadaan berhati-hati ini bermakna klien tidak akan memberi respon kepada kaunselor dengan terbuka. Sebagai kaunselor kita bertanggungjawab mewujudkan suasana atau keadaan yang akan memudahkan rasa kerterbukaan, keikhlasan dan rasa mahu berkomunikasi. Klien selalunya memerlukan rasa senang berkomunikasi dengan kaunselor, merasakan dirinya diterima dan difahami dengan cara yang betul. Kaunselor perlu berkomunikasi

dengan rasa minat terhadap klien, memahami dan menghormati perasaan, sikap dan masalahnya.

2. Menentukan Matlamat Awal Kaunseling. Klien datang berjumpa kaunselor atas beberapa sebab. Antaranya ialah untuk menyelesaikan konflik, menyelesaikan masalah , atau meminta pertolongan untuk mendapatkan cara-cara menjadi seorang yang lebih berfungsi dengan lebih efektif. Terdapat klien yang menyedari dengan jelas akan masalahnya, tetapi ada juga yang kabur akan masalahnya, tentang mengapa dia berperasaan demikian, malah tentang kenapa dia datang berjumpa dengan kaunselor. Klien akan mengemukakan satu masalah awal pada kaunselor, tetapi bukan masalah besar yang sebenarnya dihadapi.Kecenderungan untuk menyelesaikan masalahnya mungkin lemah, pertengahan atau tinggi.Apapun, kaunselor mesti memastikan bersama klien apakah matlamat yang hendak dicapai pada akhir sesi kaunseling. Matlamat awal mungkin sama-sama bersetuju untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan pada waktu itu.Disamping itu, mendengar masalahnya, membantu dia melihit dirinya sendiri, supaya dia lebih memahami tentang dirinya, dan dengan itu diharap klien dapat mengenal pasti matlamat kaunseling yang lebih tepat. 3. Menstruktur Hubungan Semua hubungan kaunselor dengan kliennya mesti mempunyai struktur supaya klien akan nampak dengan lebih jelas ke arah mana hendak dituju dan memahami proses kaunseling. Pada mulanya, klien agak sukar untuk mengambarkan apa yang akan terjadi, bagaimana perubahan boleh berlaku dan meragui apakah semua itu akan dapat membantunya.Sebagai kaunselor , kita dan klien mesti saling bersetuju tentang beberapa perkera sebelum memulakan proses kaunseling.

Kefahaman tentang proses kaunseling Untuk memberi kefahaman kepada klien tentang proses kaunseling, kaunselor harus memberitahu bagaimana kaunseling boleh membantu dengan menjelaskan cara-cara berinteraksi dalam setiap sesi. Kaunselor juga perlu memberitahu tentang peranan masing-masing sebagai kaunselor dan kaunseling. Misalnya, kaunselor boleh berkata, Tugas saya sebagai kaunselor adalah membantu anda memikirkan isu-isu yang terlibat dalam membuat sesuatu keputusan.Kaunselor hendaklah mendapat seberapa banyak maklumat yang diperlukan, meneliti dan menimbangnya, dengan mengambil kira latar belakang dan nilai-nilai kaunselor. Penjelasan tentang perkara yang terlibat Kaunselor perlu memberi penjelasan supaya klien dan kaunselor bersetuju tentang beberapa perkara yang tidak perlu diulang, seperti masa bertemu, berapa lama, jarak kekerapan bertemu, dan berapa lama proses kaunseling keseluruhannya akan mengambil masa. Perkara lain yang perlu diperjelaskan pada awal pertemuan ialah tempat bertemu, persefahaman apabila berlaku pembatalan pertemuan, kecemasan dan hal-hal lain. Contohnya, Saudara Man , kita akan berjumpa pada setiap hari Khamis, pada pukul tiga hingga tiga empat puluh lima petang, di bilik dua, Bilik Kaunseling Sekolah. Kalau ada apa-apa hal berlaku, sila hibungi pejabat dan minta sampaikan pesanan kepada saya. Kita boleh ubah masa kepada yang sesuai untuk minggu itu. Aspek kerahsian klien Aspek kerahsian klien mesti diterangkan kepadanya. Contohnya, Perbualan kita dalam sesi ini akan dirahsiakan. Sesi ini saya rekodkan supaya dapat dibincangkan kes anda dengan guru besar saya. 4. Memberi Kepercayaan Seorang kaunselor mesti menunjukkan sifat dan tingkah laku yang beretika tinggi sepanjang menjalankan proses kaunseling. Pada peringkat permulaan kaunseling, kaunselor seharusnya sudah menjelaskan tentang tuntutan kerahsiaan dan taraf kemahiran yang dipunyai oleh kaunselor. Semua isu ini boleh diperjelaskan pada masa

pengstrukturan yang telah dibincangkan. Pada hakikatnya, kaunselor mesti memikirkan soal tingkah laku yang beretika di sepanjang proses menjalinkan hubungan dengan klien dan disepanjang perjumpaan dengan klien dalam sesi-sesi yang lain. Ini bertujuan untuk mendapatkan kepercayaan klien. TAHAP PENEROKAAN Pada tahap penerokaan , kaunselor harus membantu klien dengan menumpukan perhatian terhadap meneroka, memahami, menganalisis persepsi tentang diri dan persepsi klien berkenaan dengan masalahnya.Untuk memahami klien dan cara pemikirannya kaunselor harus meneliti beberapa perkara seperti berikut: Meneroka seluas-luasnya skop masalah klien dalam alam nyata yang dihadapi sekarang. Menganalisis aras perfungsian klien dalam alam nyata hidupnya. Memahami cara klien berfikir dan cara dia berubah, dan memahami sejauh mana dia sukar membuat perubahan. Memahami kekuatan dalaman yang ada pada klien dan bagaimana dia boleh mendapatkan kekuatan luaran. Pada tahap ini kaunselor dapat membantu klien dengan mengubah kesedaran mudahnya tentang masalah yang dihadapi kepada kesedaran yang lebih mendalam yang memerlukan bantuan kaunseling. a. Skop masalah Tugas utama kaunselor pada tahap ini ialah untuk memahami sebab-sebab mengapa klien datang berjumpa dengan kaunselor.Untuk melicinkan proses penerokaan, kaunselor dan klien hendaklah mengenal pasti sama ada myang dihadapi sekarang merupakan masalah sebenar mengenalpasti konteks dan persekitaran pada masa dan di mana masalah itu berlaku menilai keadaan, teruk atau tidak, dan berapa lama masalah itu berlaku menilai sejauh mana masalahnya telah melibatkan orang lain terutama kepada orang yang terdekat dengannya membuat anggaran apakah kesannya kepada orang yang terdekat dalam hidupnya, sekiranya ia membuat sedikit perubahan

Proses penerokaan ini akan lebih berhasil sekiranya kaunselor mendengar secara aktif, memberi penjelasan kepada isu-isu yang dikemukakan, menyokong dan memberi galakan kepada klien serta menganggap klien sebagai orang yang dihargai. Soalan yang dikemukakan kepada klien juga mestilah soalan yang bercorak terbuka dan berhati-hati agar klien tidak menunjukkan sifat bergantung kepada kaunselor. Seperkara lagi, kaunselor harus tidak menunjukkan cara yang mirip kepada sifat interogatif. b. Aras Perfungsian Klien Untuk memahami cara pemikiran klien ( clients internal frame of reference), biasanya boleh dilihat dari segi cara dia berfungsi dan menangani masalah dalam hidupnya pada masa lepas.Apabila klienmeluahkan ceritanya dalam penerokaan kendiri, kaunselor bolehlah membuat kesimpulan secara professional, sama ada kliennya telah: menjalani perkembangan hidup dengan masalah yang minimum; telah berjaya memenuhi keperluan fisiologikal,psikologikal dan sosial dengan berkesan; berfungsi pada aras kognitif yang sesuai; mempunyai hubungan yang positif terhadap orang dekat dengannya; penyesuaian diri yang baik apabila menghadapi konflik, kekecewaan dan sebarang cabaran hidupnya; dan sentiasa mempamerkan pola tingkah laku yang sesuai. Melihat tingkah laku klien dari beberapa sudut akan memberi cekil akal (insight)kepada kaunselor dan juga klien dengan keupayaan klien berfungsi dalam beberapa dimensi kehidupan c. Pola Sejarah Klien Seorang kaunselor mungkin ingin membantu klien dengan meneroka sambil memahami cara klien mengatasi masalah yang pernah dialami sebelum ini dengan masalah yang sama yang sedang dihadapi pada masa sekarang. Misalnya, kaunselor boleh mendapatka maklumat daripada klien dalam hal dia mencuba menyelesaikan msasalahnya terdahulu, pernahkah dia berbincang dengan orang yang terdekat dengannya,mencari maklumat yang lebih terperinci untuk menjelaskan isu-isu tertentu,mencuba sesuatu pengalaman baru, mengubah persekitarannya, atau

pernahkah klien mengambil risiko bila mendapati sesuatu yang kurang jelas dalam menhadapi masa depan. Proses penerokaan ini boleh menyerlahkan keengganan klien menangani masalah,atau kesukarannya menempuhi proses penyelesaian masalah.Dalam proses penerokaan ini,kaunselor memikirkan cara sementara atau tentative dan menyediakan rancangan atau strategi untuk membantu klien pada tahap yang lain d. Kekuatan dan Sumber Kekuatan Kekuatan dalaman yang ada pada seseorang klien dan daripada mana dia mendapatkan kekuatan ini perlu diterokai. Untuk memahami skop kekuatan klien, klien perlu menerima hakikat bahawa dia memang mengalami masalah, bahawa dia bertanggungjawab untuk mengatasinya,sedar akan kekuatandan kelemahan yang ada padanya dan mengetahui sumber-sumberluaran yang boleh memberi kekuatan dalamandalam menghadapi masalahnya. Membantu klin mendapatkan kesedaran bahawa dia mempunyai tanggungjawab untuk mengatasi masalahnya adalah amt penting dalam kaunseling. Cara kaunselor melayani dan memberi respon kepada klien akan mempengaruhi penerimaannya terhadap pemikiran, perasaan dan pelakuannya. Sekiranya klien menerima kaunselor sebagai seorang yang benar-benar mengambil berat, boleh dipercayai, klien akan sedikit demi sedikit menjadi kurang defensif, dan lebih terbuka kepada penerokaan kendir dan memahami diri sendiri. TAHAP MEMBUAT KEPUTUSAN Bagi tahap membuat keputusan, terdapat dua tugasan yang berkaitan yang mesti dilaksanakan iaitu pertama , matlamat kaunseling mesti sudah sama-sama dipersetujui oleh kaungselor dan klien, dan kedua, kaunselor telah membuat keputusan perdekatan mana serta apakah strategi yang hendak digunakan. Matlamat yang mula-mula dibuat pada tahap pertama dan kedua mungkin perlu dirombak atau diperhaluskan lagi. Adalah penting bagi kaunselor dan klien mempersetujui matlamat yang hendak dicapai pada akhir proses kaunseling nanti. Jika tiada persetujuan, pergerakan ke arah pencapaian matlamat akan terganggu kerana kita sebagai kaunselor menumpukan perhatian untuk menyelesaikan satu perkara

sedangkan klien merasakan maslah lain lebih penting untuk diselesaikan terlebih dahulu. Membuat keputusan tentang matlamat apa yang hendak dicapai tidaklah begitu mudah. Ada klien yang mengemukakan pelbagai isu yang membuatkan dia tidak dapat berfungsi dengan efektif.Kaunselor digalakkan menumpukan perhatian kepada masalah yang difikirkan menghalang klien berada dalam keadaan selesa. Tugas untuk mencapai matlamat kaunseling hanya boleh berjaya sekiranya tugas-tugas pada tahap-tahap sebelumnya telah disempurnakan dengan baik. Ada beberapa angkubah tentang klien , kaunselor dan persekitaran yang boleh mempengaruhi matlamat kaunseling dan strategi khusus yang digunakan. a. Angkubah Klien Ciri-ciri klien yang sangat mempengaruhi matlamat kaunseling dan pemilihan pendekatan kauseling merangkumi: Jenis masalah klien Pola cara individu menyelesaikan masalah sebelum ini Faktor Demografi Ciri-ciri personaliti Latar budaya b. Angkubah Kaunselor Angkubah kaunselor yang mempengaruhi pemilihan kaedah atau pendekatannya merangkumi: Pengetahuan dalam bidang kognitif Contohnya , teori-teori dan kaji selidik berkenaan dengan motivasi,kognisi, perhubungan, penyesuaian, tingkah laku dan personaliti. Pengetahuan dan pengalaman menggunakan pelbagai pendekatan kaunseling Contohnya, pendekatan behaviorisme,pendekatan pemusatan klien, atau eksistensialisme. Aras dan kemahiran berkomunikasi menolong, memberi respon secara lisan, dan kemahiran berkomunikasi bila memainkan sesuatu peranan. c . Angkubah Persekitaran. Setting atau tempat bertugas sebagai kaunselor (sekolah, universiti,Pusat serenti atau

hospital) boleh mempengaruhi sedikir sebanyak matlamat kaunseling dan strategi yang digunakan. Kaunselor yang bekerja di sesebuah institusi tertentu agak terbatas menggunakan pelbagai matlamat kerana tertakluk kepada tugas asas, iaitu mencapai matlamat kaunseling yang dituntut oleh institusi tersebut. Contohnya, kaunselor sekolah yang mempunyai klien yang tidak boleh belajar kerana bapanya seorang pemabuk di rumah, menjadikan matlamat kaunselingnya supaya klien boleh belajar dengan efektif disekolah. TAHAP PERLAKSANAAN Tahap pelaksanaan yang dimaksudkan di sini ialah melaksanakan pendekatan kaunseling yang sesuai. Tugas utama di tahap ini ialah membantu klien menyelesaikan masalah dan membimbingnya agar dapat berfungsi dengan lebih efektif. Klien memerlukan sokongan emosi,galakan dan pengukuhan terhadap sesuatu yang baru yang dipelajari. Kaunselor mungkin akan menggunakan satu pendekatan yang khusus, atau beberapa jenis pendekatan yang kaunselor telah mahir. Bagaimanapun, pendekatan yang hendak digunakan mestilah berasaskan strategi tertentu yang memberi penekanan kepada peningkatan aras berfungsi mental klien,kesejahteraannya, keadaan emosinya, atau pun menaikkan aras keupayaan klien berkelakuan dengan lebih sesuai. Yang demikian,strategi kaunseling yang digunakan mungkin memberi fokus kepada kognitif(pemikiran), afektif(perasaan) atau perlakuan. Sekiranya kaunselor merasakan kliennya memerlukan bantuan untuk mendapatka maklumat yang bersifat fakta, atau klien memerlukan pertolongan untuk membuat sesuatu keputusan,atau klien menunjukkan proses pemikiran yang tidak munasabah, maka penekanan dalam kaunselinghendaklah diberi kepada penekanan kognitif. Jika klien banyak menunukkanpelakuan kurang percaya kepada diri sendiri,merasa dirinya terpinggir, mengalami kesukaran menangani masalah sikap , kepercayaan, emosi dan nilai-nilai dalam hidupnya, maka penekanan hendaklah diberikan kepada soal afek atau pada perasaan. Masalah yang datangnya daripada tingkah laku klien intu sendiri; seperti bersifatlangsang,mulut celupar dan sebagainya, mungkin boleh dibantu oleh kaunselor dengan memberi fokus kepada ketingkahlakuan. Pada keseluruhannya, kaunselor akan menggunakan ketiga-tiga domen manusia, iaitu

kognitif, afektif dan ketingkahlakuan pada sepanjang sesi kaunselingnya. Selain itu, dalam tahap perlaksanaan ini, terdapat beberapa perkara yang tutur mempengaruhi keberkesanan proses kaunseling yang lebih efektif, iaitu pengaruh orang terdekat, sumber bantuan lain dan penyediaan risalah. 1. Orang yang terdekat Frasa orang yang terdekat banyak ditemui dalam bab ini. Biasanya orang yang terdekat adalah orang yang mempunyai pengaruh terhadap klien dan adalah penting bagi kaunselor mengingatinya dalam sesi-sesi kaunseling. Orang yang terdekat dimaksudkan ialah ibu, bapa, adik beradik, kekasih, anak , isteri, suami dan lainlainindividuyang penting dalam hidup klien. 2. Sumber bantuan lain Sungguhpun cara ini belum dilaksanakan secara meluasnya di Malaysia, harus difikirkan oleh umum tentang potensi kebaikan yang boleh didapati dengan meniungkatkan penglibatan institusi lain sebagai sumber bantuan tambahan.Sumber bantuan lain mempunyai potensi yang positif dalam proses kaunseling.Klien boleh dirujuk keinstitusi lain dalam komuniti seperti hospital, pejabat agama, dan lain-lain untuk mendapatkan bantuan khusus jika dikenaklpasti bahawa klien memerlukan bantuan mereka. Universiti-universiti tempatan yang mempunyai pakar-pakar kaunseling atau pakar pendidikan khas, juga boleh memainkan peranan sebagai sumber bantuan lain. Contohnya, menjadi sumber rujukan kepada kaunselor sekolah. 3. Penyediaan risalah Alat-alat bacaan dan rujukan boleh memainkan peranan membantu kaunselor dalam proses kaunseling.Potongan daripada surat-surat khabar, buku,buku, dan majalah berkenaan dengan topik tertentu membantu klien mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi.Kaunselor juga hendaklah rajin membaca dan menyediakan risalah-risalah yang dianggap boleh membantu klien di suatu masa nanti. TAHAP PENAMATAN SESI KAUNSELING Tahap kelima yang terakhir ini amat penting kerana di sini perlu ditumpukan kepada tiga perkara yang mesti berjaya dicapai: a. Kemajuan selama menjalankan kaunseling salama ini mesti dirumuskan dan dinilai

kesan-kesannya. b. Isu-isu lain yangmesti diselesaikan pada masa ini hendaklah dikemukakan. c. Memikirkan cara-cara mengekalkan pertumbuhan klien setelah ditamatkan kaunseling Perasaan klien dan tingkah laku yang banyak menunjukkan kebergantungan terhadap kaunselornya mesti ditangani dahulu sebelum proses menamatkan kaunseling berlaku. Jelaslah bahawa tidak semua isu dapat diselesaikan. Harus diingit, klien tidak akan dapat berfungsi sepenuhnya dalam semua aspek hidupnya. Tetapi, setelah semua matlamat kaunseling yang dipersetujui oleh kaunselor dan klien tercapai proses menamatkan kaunseling bolehlah dimulakan. Tugas terakhir dalam proses penamatan ini ialah menyediakan satu kaedah dimana pertumbuhan dan perubahan yang berlaku dapat diteruskan oleh klien sendiri. Caranya ialah : Mengadakan pertemuan susulan dan Membentuk satu rancangan yang boleh dipantau sendiri dan membuat latihan bersama bagaimana rancangan ini dipantau sendiri. Tahap menamatkan kaunseling ini biasanya langkah yang sukar diambil, namun bila semua tugasan telah diambil pada tahap ini, klien akan bersedia untuk berhenti. Dalam tahap ini klien hendaklah diberitahu bahawa hubungan mereka bukannya ditamatkan, tetapi sebenarnya perjumpaan ditangguhkan. Klien adalah digalakkan untuk kembali berjumpa sekiranya dia memerlukan pertolongan . TAHAP MENGALAMI KESUKARAN Pada pendapat saya tahap yang akan mengalami kesukaran bagi saya adalah pada tahap membuat keputusan kerana sebarang panduan yang diberikan kepada klien untuk menentukan hala tuju keputusan yang bakal klien ambil adalah berpandu arah kepada langkah-langkah tahap penamatan yang diberikan oleh kaunselor. Kesukaran bakal dihadapi oleh kaunselor pada tahap ini adalah boleh jadi kaunselor secara tidak langsung terlibat dalam proses klien membuat keputusan. Justeru, tahap ini memerlukan penelitian dan cara olahan oleh kaunselor dengan sejelasnya bagi

membolehkan klien membuat keputusan yang betul yang membawa faedah kepada semua pihak terutama klien itu sendiri.

3.

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

Mendidik murid pada zaman sekarang adalah berbeza dengan zaman ibubapa kita. Guru-guru kini perlu memiliki sedikit sebanyak kemahiran kaunseling supaya dapat membantu menyelesaikan masalah murid-murid dengan lebih berkesan khususnya murid-murid pada peringkat remaja. Cara kekerasan mendidik murid seperti kaedah pembelajaran tradisional amat tidak releven pada zaman sekarang. Perundingan diperlukan dalam mengenalpasti masalah, menyelesaikan masalah atau bertujuan memberi tugasan tertentu kepada murid. Sebelum sebarang sesi kaunseling boleh dilakukan, pastilah guru berkenaan perlu memiliki kredibiliti yang baik dan dihormati. Sekiranya guru sendiri sering melanggar peraturan maka pastilah misi kaunseling yang akan dilaksanakan terhadap murid-murid bakal kecundang. Kaunselor yang ingin memberikan perkhidmatan yang baik perlu menguasai serta mengaplikasikan beberapa kemahiran - kemahiran asas kaunseling. Kecekapan

menguasai kemahiran ini sangat berguna ketika berhadapan dengan klien yang berada dalam ketidakseimbangan emosi dan psikologi. Terdapat banyak kemahiran-kemahiran yang boleh digunakan oleh guru di tahap-tahap tertentu dalam proses bimbingan dan kaunseling kepada murid.

Kemahiran Melayan dan Mendengar

Rajah Kedua-dua kemahiran melayan dan mendengar amat penting untuk membina asas hubungan yang kukuh antara guru bimbingan dan kaunseling dan kanak-kanak yang dipertemukan dalam sesi kaunseling. Melalui dua kemahiran ini, guru bimbingan dan kaunseling menyampaikan mesej bahawa guru tersebut bersedia untuk mendengar masalah dan sedaya upaya akan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Murid mungkin akan membina keyakinan untuk bercerita dan meluahkan sesuatu yang terbuku dihatinya kepada guru termasuk perasaan yang berkaitan.

Cara melayan kanak-kanak

Seorang murid akan bersedia bercerita apabila dirinya berasa yakin dan selesa dengan layanan yang diterima daripada guru. Suasana yang harmoni dan selesa serta ditambah dengan hubungan mesra diantara guru kaunselor dan klien lebih memudahkan untuk kedua-dua pihak mencapai matlamat kaunseling. Sebagai tanda layanan yang mesra kepada klien, guru bimbingan dan kaunseling perlu menunjukkan tingkahlaku seperti yang telah diringkaskan dalam gambar rajah . antara intipati lain, guru bimbingan dan kaunseling in haruslaj menunjukkan ekspresi muka yang menyenangkan klien. Bentuk tingkahlaku yang menyenangkan ini termasuklah memandang terus kearah kanak-kanak, menanggukkan kepala tanda faham dan setuju, membina kontek mata yang betul serta bercakap dan memberi respon dalam bahasa yang baik, lembut dan santai. Dalam keadaan ini, klien tersebut hanya mencari seseorang yang dirasakannya sesuai dah boleh dipercayai untuk menerima kisah dan cerita yang bakal diluahkan. Membantu klin mendapatkan kesedaran bahawa dia mempunyai tanggungjawab untuk mengatasi masalahnya adalah amt penting dalam kaunseling. Cara kaunselor melayani dan memberi respon kepada klien akan mempengaruhi penerimaannya terhadap pemikiran, perasaan dan pelakuannya. Sekiranya klien menerima kaunselor sebagai seorang yang benar-benar mengambil berat, boleh dipercayai, klien akan sedikit demi sedikit menjadi kurang defensif, dan lebih terbuka kepada penerokaan kendir dan memahami diri sendiri. Cara mendengar secara Aktif

Mendengar merupakan sebahagian daripada kemahiran yang paling asas apabila melaksanakan sesi kaunseling. Walaupun kelihatan mudah tetapi jika tiada latihan , seseorang itu tidak dapat memberi tumpuan terhadap perbualan yang sedang berlaku. Mendengar dalam konteks kaunseling bermakna mendengar serentak dengan mendorong klien untuk meneruskan percakapannya. Mendengar hendaklah dilakukan secara berfokas tentang apa yang dikatakan oleh klien. Mendengar dengan memberi tumpuan akan menggalakkan klien untuk meneruskan perbualan. Mendengar dengan berkesan secara tidak langsung akan dapat menunjukkan kepada klien tentang keinginan kaunselor untuk menolong. Mendengar dalam konteks kaunseling ialah mendengar dengan telinga, mata dan tubuh badan apa yang ditunjukkan dan diperkatakan serta tingkahlaku klien. Pada asasnya kemahiran

mendengar merupakan titik permulaan kepada proses kaunseling yang seterusnya. Oleh yang demikian berusahalah untuk mendengar tentang apa yang diperkatakan oleh klien, elakkan daripada bercakap, apabila klien sedang berusaha untuk menyampaikan sesuatu. Mendengar secara aktif memerlukan kaunselor, bukan sahaja mendengar tetapi memahami perasaan klien dengan mendalam. Kaunselor tidak mengetepikan apa yang diceritakan dengan hanya berkata Saya faham akan perasaan anda tetapi kaunselor merasakan apa yang sedang dirasakan oleh klien. Ini bermakna kaunselor berkemahiran mendengar dengan empati.Ini juga bererti kaunselor dapat menyatakan semula dengan tepat idea-idea klien dan menyebut dengan tepat perasaan klien. Perasaan terpendam klien juga dapat ditafsir dengan tepat oleh kaunselor. Dengan kata lain, kaunselor dapat membuktikan kepada klien ang kaunselor telah mendengar, memahami serta menerima apa yang disamaikan kepadanaya. Mendengar secara aktif membawa dua kebaikan yang utama. Yang pertama, ia membekalkan lebih banyak maklumat untuk perbincangan dan tindakan lanjut. Yang kedua, ia mempunyai kesan terapeutik. Bercakap kepada seorang pendengar yang aktif membolehkan individu itu meluahkan masalah-masalah dan ini boleh membawa kepada pelepasan emosi. Tambahan lagi, pendengar yang aktif itu akan memberikan satu lagi kesan, iaitu perasaan penting sebagai seorang individu kepada orang yang meluahkan masalah-masalahnya. Proses kaunseling akan terganggu sekiranya kaunselor mencelah menjalinkan perhubungan yang baik dengan orang lain. semasa klien

sedang bercakap. Kemahiran ini juga boleh digunakan oleh sesiapa sahaja bagi

Kemahiran Mendengar Asas Mendengar merupakan kemahiran yang paling penting dalam proses kaunseling. Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang baik. Di dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar iaitu isi

kandungan yang diperkatan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan. Dalam kaunseling, mendengar bukan merupakan aktiviti yang pasif. Carl Roger telah mewujudkan istilah mendengar dengan aktif. Ini bermakna kaunselor perlu membuat sesuatu yang positif. Ia melibatkan sikap dan tubuh badan yang menghantar mesej tanpa lisankepada klien, iaitu, Pada ketika ini, anda merupakan orang yang paling penting dalam dunia. Dapat disimpulkan bahawa, mendengar adalah satu proses melibatkan seluruh deria yang terdapat pada diri kaunselor. Apabila kita memberi tumpuan sepenuhnya kepada klien tanpa berbelah bahagi, ini beerti diri untuk mendengar.

Kemahiran membuat klarifikasi

Kemahiran ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat atau penjelasan yang lebih lanjut daripada klien apabila klien menggunakan perkataan atau ayat yang tidak jelas, tidak sepesifik, umum ataupun kabur ketika menyatakan permasalahan itu. Membuat klarifikasi juga adalah satu penjelasan terhadap perkara yang samar kepada satu fokus yang lebih tepat. Dengan menggunakan kemahiran klarifikasi ini, klien perlu menerangkan tajuk yang diceritakannya itu dengan lebih lanjut atau dengan lebih

mendalam seterusnya membantu kaunselor memahami mesej klien dengan lebih mendalam, malah ia membantu klien itu sendiri lebih memahami kekeliruan yang timbul.

REFLEKSI KENDIRI Nama Pelajar : Intan suriana Binti Mohidin No Kad Pengenalan : 890521-08-5888 Tugasan EDU 3107 iaitu Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak pada semester ini meminta pelajar untuk membuat rujukan dari bahan-bahan bacaan yang relevan dan mengenalpasti kemahiran asas kaunseling yang perlu dimiliki oleh seorang guru bimbingan. Selain itu, murid juga diminta membincangkan bagaimana seorang guru biasa dapat menggunakan kemahiran asas kaunseling dalam mengenalpasti masalah dan tingkah laku murid.

menjelaskan konsep, matlamat, keperluan dan jenis-jenis perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah rendah. Selain itu pelajar juga diminta membincangkan tentang kemahiran guru yang boleh dipraktikkan dan mengaplikasikan teori dan kemahiran kaunseling dalam proses kaunseling individu dan kelompok.

Tugasan ini dijalankan secara berpasangan tiga orang. Namun saya hanya menjalankan tugasan ni secara berdua bersama sahabat saya Wan Nur Nadzatul Aizat binti Wan Muhd sabaruddin. Sepanjang menjalankan tugasan ini, tiada banyak masalah yang kami hadapi. Kami telah membahagikan tugasan dan mengumpul maklumat secara individu sebelum melakukan perbincangan dan menulis tugasan. Banyak bahan bacaan dan input berkaitan bimbingan dan kaunseling yang boleh diperolehi untuk dijadikan sumber rujukan. Namun kerana kekangan masa semasa menjalani praktikum mengakibatkan proses pengumpulan maklumat agak lambat. Walau yang demikian, kami cuba sedaya upaya untuk mencuri masa demi menyiapkan tugasan yang telah dipertanggungjawabkan ini.

Tugasan ini memerlukan para pelajar untuk menyediakan peta minda dan seterusnya menghuraikan maklumat berkaitan tahap-tahap kaunseling, kemahiran asas kaunseling dan menjawab perbincangan berkaitan peranan seorang guru pembimbing kepada murid di sekolah. Berdasarkan tugasan ini, saya dapati ia banyak membantu saya dalam meningkat pengetahuan saya berkaitan dengan pengetahuan bimbingan dan kaunseling. Seperti yang selalu diperkatakan semua guru adalah guru pembimbing. Diharapkan, input dan pengalaman yang saya perolehi ini dapat membantu saya untuk mengharungi selok belok dunia perguruan kelak. Oleh itu, saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Tn Hj Harun Bin Ujang dan Puan Faridah Binti Din yang mengajar subjek EDU 3107 ini. Juga kepada semua sahabat dalam unit saya.

Anda mungkin juga menyukai