Anda di halaman 1dari 2

، ‫الحمدلله الذي بنعمته تتم الصالحات‬

‫والصلة والسلم على رسولنا المين‬


. ‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬
Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu


kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan
menghadiri Majlis Kempen Keselamatan tahun
2000 peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan
Convent pada pagi yang berbahagia ini.

Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa


yang dikehendakki ,
Jadikanlah hari-hari yang kami lalui dimulai dengan
rahmat-Mu , pertengahannya barakah , dan
disudahi dengan keampunan-Mu . Dan juga
jadikanlah hari-hari yang kami lalui permulaannya
hidayah , pertengahannya kemenangan dan diakhiri
dengan kecemerlangan .

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa

Jadikanlah usaha kami ini sebagai wahana untuk


menyedarkan dan menginsafkan diri kami betapa
keselamatan diri baik zahir mahupun batin
merupakan pra syarat untuk mengecapi
kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia ini
demi mencapai kecemerlangan di pelbagai
lapangan.
Ya Allah , kurniakanlah kepada kami Iman yang
teguh,mantap dan kukuh demi menghadapi
cabaran-cabaran hidup semasa dan dalam
mengharungi pancaroba hidup alaf baru tahun 2000
.
Ya Allah tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah jalan
yang benar dan cara-cara melaksanakan serta
menghayatinya.Jadikanlah kami insan yang suka
mendengar kebaikan lantas melakukannya , begitu
juga jadikanlah kami insan yang apabila
mengetahui keburukan lantas bersegera
meninggalkannya .
Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai
perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan
jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai
perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara
bahaya dan keburukan.

‫ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الخرة‬


‫حسنة وقنا عذاب النار والحمد لله رب‬
‫العالـمين‬

Anda mungkin juga menyukai