Anda di halaman 1dari 2

، ‫الحمدلله الذي بنعمته تتم الصالحات‬

‫والصلة والسلم على رسولنا المين‬


. ‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬
Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu


kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan
menghadiri Majlis Sambutan Hari Guru tahun 2000
peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Convent
pada pagi yang berbahagia ini dengan tema:
“Bersatu Memertabatkan Profesion Perguruan”.

Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa


yang dikehendakki ,
Jadikanlah hari-hari yang kami lalui dimulai dengan
rahmat-Mu , pertengahannya barakah , dan
disudahi dengan keampunan-Mu . Dan juga
jadikanlah hari-hari yang kami lalui permulaannya
hidayah , pertengahannya kemenangan dan diakhiri
dengan kecemerlangan .

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa


Kami menyedari bahawa tugas sebagai guru adalah
tugas yang mulia justeru itu kurniakanlah kepada
kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan
amanah dan tanggungjawab yang berat ini dengan
sebaiknya. Lorongkanlah hati kami agar kami dapat
menjadikan seluruh aktiviti dunia pendidikan ini
sebagai ibadah kepada-Mu semata-mata.

Di saat ini kami mempersembahkan tangan


pengharapan , memohon ihsan-Mu agar Engkau
menganugerahkan kepada kami semangat
kerjasama yang tinggi , semangat sebagai sebuah
pasukan ,semangat persaudaraan dan semangat
juang yang tidak mengenal erti putus asa kepada
barisan pendidik di sekolah ini untuk terus berusaha
menyumbang tenaga dan kepakaran demi
meningkatkan kualiti akademik dan kokurikulum
pelajar di sekolah ini khususnya dan di arena
pendidikan perdana umumnya.
Ya Allah , kurniakanlah kepada kami Iman yang
teguh,mantap dan kukuh demi menghadapi
cabaran-cabaran hidup semasa dan dalam
mengharungi pancaroba hidup alaf baru tahun 2000
.
Ya Allah tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah jalan
yang benar dan cara-cara melaksanakan serta
menghayatinya.Jadikanlah kami insan yang suka
mendengar kebaikan lantas melakukannya , begitu
juga jadikanlah kami insan yang apabila
mengetahui keburukan lantas bersegera
meninggalkannya .
Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai
perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan
jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai
perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara
bahaya dan keburukan.

‫ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الخرة‬


‫حسنة وقنا عذاب النار والحمد لله رب‬
‫العالـمين‬

Anda mungkin juga menyukai