Anda di halaman 1dari 3

Teks Ucapan Pengerusi Majlis Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari kuala segan, Pemanis kata selamat

datang, Assalamualaikum kami ucapkan.

Yang

berbahagia,

Encik

______________ketua

wanita

umno

_______________,Pensyarah Pengiring Program Khidmat Masyarakat 2012, para jemputan, penduduk-penduduk kampung dan hadirin-hadirat yang dikasihi sekalian. Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpih izin dan kurnianya dapat kita bersama-sama berkumpul pada pagi ini bagi memeriahkan majlis perasmian penutupan Program Khidmat Masyarakat Bina Insan Guru 2012 anjuran guru pelatih pendidikan khas semester 3. Bagi pengetahuan hadirin sekalian, Bina Insan Guru kali ini adalah berkonsepkan khidmat masyarakat dan kami telah memilih kampung ini sebagai lokasi istimewa kami bagi membantu keluarga _________________ yang di dalam kesusahan. Hadirin sekalian, bagi memberkati lagi majlis kita pada hari ini, marilah kita bersama-sama menadah tangan bagi mengaminkan bacaan doa. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput saudara _____________untuk mengetuai bacaan doa. Amin Ya Rabbalalaminn.. majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas bacaan doa itu sebentar tadi. Alhamdulillah berkat izin dari tuhan, kami guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu dengan kerjasama pihak Institut sendiri dapat

melaksanakan program Khidmat Masyarakat di kampung ini dengan jayanya.

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan yang akan disampaikan oleh saudara ______________ selaku pengerusi program Khidmat Masyarakat Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara di atas ucapan itu sebentar tadi. Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput ____________ selaku ___________untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan. Ribuan terima kasih diucapkan di atas kesudian __________ menyampaikan ucapan sebentar tadi. Hadirin yang dihormati sekalian, Sekarang tibalah masanya bagi ucapan perasmian majlis penutupan program Khidmat Masyarakan 2012 ini. Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan En_____________ Pensyarah pengiring untuk tahun 2012.

menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis penutupan program motivasi pendidikan bagi tahun 2012. Jutaan terima kasih diucapkan kepada___________ di atas kesudian beliau merasmikan majlis penutupan sebentar tadi. Sebelum majlis melabuhkan tirainya, majlis kita diteruskan lagi dengan upacara penyampaian sumbangan. Untuk itu majlis mempersilakan __________ untuk menyampaikan sedikit sumbangan kepada ___________. Daripada pihak guru pelatih dan Institiut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Seterusnya, Majlis dengan hormat dan berbesar hatinya, mempersilakan

____________ untuk tampil menerima cenderamata daripada pihak ipg sebagai tanda kenangan kami. Terima kasih diucapkan diatas kesudian _________ menyampaikan cenderamata sebentar tadi.

Majlis sekali lagi merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung dalam menjayakan program Khidmat Masyarakat bagi tahun 2012. Diharapkan semua pihak dapat saling berganding bahu bagi membantu golongan yang memerlukan. Sebelum saya mengakhiri majlis ini. izinkan saya menyampaikan 2 rangkap pantun. Bunga seroja di atas para, Jatuh ditimpa buah berangan, Andai kata tersilap bicara, Kemaafa jua kami pohonkan.

Kalau ada sumur di ladang, Boleh kami menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, Boleh kita berjumpa lagi.

Anda mungkin juga menyukai