Anda di halaman 1dari 1

30 Januari 2008

PENGAJIAN KURIKULUM DAN MODEL PRASEKOLAH

MODEL TABA

Hilda Taba (1962) seperti yang dipetik oleh Yusuf Hashim (2000) menggunakan
pendekatan “grass-root” untuk membinan kurikulum. Beliau yakin kurikulum seharusnya
dibina oleh guru, dan bukannya diturunkan dari atas ke bawah. Beliau mencadangkan
lima langkah untuk membina kurikulum. Berikut lima langkah pengembangan kurikulum
model Taba, iaitu :

 Menghasilkan unit kecil pelajaran mengikut gred dan mata pelajaran


 Mencuba unit yang dihasilkan.
 Menyemak semula pelajaran dan membuat penambahbaikan.
 Menilai skop dan urutan program.
 Mengguna dan menyebar hasil pelajaran.

Anda mungkin juga menyukai