Anda di halaman 1dari 2

Astro Awani Astro Awani merupakan saluran berita antarabangsa dalam bahasa Melayu di Astro yang mula bersiaran

secara langsung pada 6 September 2007. Astro Awani kini bersiaran di saluran 123 dan kini di saluran 501 Dengan slogan "Gerbang Dunia Kita", Astro Awani mempersembahkan berita terkini dan rancangan bermaklumat termasuk ehwal semasa, gaya hidup, dokumentari, rancangan temu bual serta majalah tempatan dan antarabangsa.[1] Buletin Antara buletin yang dipersembahkan oleh Astro Awani kepada penonton ialah:

Awani 7.45: Adalah sebuah buletin utama Astro Awani. Ia merupakan buletin yang dipertontonkan pada pukul 7.45 petang, 15 minit lebih awal berbanding buletin/ berita pada waktu perdana yang dipertontonkan kepada masyarakat di Malaysia. Awani 7.45 mengupas pelbagai berita terkini secara mendalam dari dalam dan luar negara selain berita ekonomi dan sukan. Awani Global: Awani Global merupakan buletin jenama utama Astro Awani. Ia merupakan buletin pertama yang disiarkan pada pukul 6.00 pagi dan dimuatkan dengan perkembangan terkini termasuk buletin terkini pada tengah hari dan waktu perdana. Awani Global memberikan kupasan terperinci bagi empat isu utama antarabangsa dari perspektif Malaysia. Atma Asia: Atma Asia memfokuskan kepada laporan dan peristiwa di rantau Asia terutamanya negara jiran, Asia Tenggara. Dimuatkan dengan berita dan perkembangan terkini Negara serantau merangkumi isu semasa, sukan, perniagaan, kemanusiaan dan hiburan. Nadi Global: Nadi Global menumpukan kepada tajuk utama harian dengan menampilkan pandangan dari penganalisis, pakar dan lain-lain. Mozaik Dunia: Mozaik Dunia adalah berita berentak pantas dan menyentuh secara ringkas perkembangan terkini politik dunia, peperangan, pasaran saham, sukan serta hiburan. Gala TV: Buletin hiburan bermaklumat ini memuatkan perkembangan terkini dunia hiburan tempatan, serantau dan antarabangsa. Gala TV keudara setiap hari dan bakal menjadi penanda aras corak laporan berita hiburan TV yang baru di Malaysia. Gala TV Plus: Buletin hiburan tambahan dan ulasan mingguan bermaklumat mengenai perkembangan terkini dalam dunia hiburan Malaysia mahupun Antarabangsa. Di siarkan setiap hari ahad pukul 10:30 malam

Program lain Di samping berita, Astro Awani juga menerbitkan program isu semasa seperti wawancara, rencana dan majalah. Program ini mengetengahkan isu global dengan ciri serta konteks tempatan. Penerbitan seumpama ini bertujuan memberi pendedahan kepada penonton Malaysia

tentang cabaran global yang relevan dan mampu mempengaruhi serta memberi kesan kepada mereka.

Sudut Pandang: Wawancara langsung dari studio yang akan mengupas tajuk berita utama pada waktu perdana. Program ini dikendalikan Kamarul Bahrin Haron. Perspektif Kita: Wawancara mingguan mengenai isu semasa. Rancangan ini memberi peluang kepada penonton untuk turut serta dalam perbincangan atau debat bersama tetamu yang juga pakar dalam tajuk yang dibincangkan. Rancangan ini dikendalikan Suhaimi Sulaiman. Temujanji: Merupakan rancangan wawancara mingguan menampilkan personaliti terkemuka tempatan atau antarabangsa. Penonton juga berpeluang menemu bual secara bersemuka personaliti di studio. Ia dihoskan oleh Amir Mahmood Razak. W W: Rancangan temubual yang menyelami pelbagai tajuk serta isu menyentuh kepentingan dan aspirasi wanita ini disiarkan secara langsung pada waktu pagi. Dangsuria Zainurdin mengacarakan W W. U-Wartawan: Merupakan rancangan yang mengutarakan pandangan generasi muda terhadap pelbagai isu semasa yang mendapat perhatian dalam dan luar negara ke arah revolusi minda kelas pertama. Rancangan U-Wartawan di Saluran 501 Astro Awani bersiaran pada hari Jumaat pukul 10 malam. Pengacara semasa U-Wartawan ialah Nazri Kahar.

Khas

Undi 2008: Disiarkan sempena Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 pada mac 2008 dengan menyiarkan ulasan, pandangan ahli panel, statistik dan liputan secara lansung keputusan pilihanraya.

Anda mungkin juga menyukai