Anda di halaman 1dari 12

pembinamelaka.

com

HEDONISME Dan Belia Di Malaysia: Satu Renungan, Seribu Tindakan.

January 2, 2010 by ummu wafa  


Filed under Artikel Ilmiah, Pengetahuan Am

Leave a Comment

Walaupun diselangi dengan maklumat dan program yang bermanfaat seperti program-program agama, pendidikan,
dan pengetahuan, tetapi peratusan program-program sebegini adalah sangat kecil berbanding program-program
hiburan yang berlawanan dengan norma-norma agama.

Di Amerika Syarikat, televisyen dianggap punca nombor satu segala masalah sosial yang dihadapi hari ini. Laporan
yang dikeluarkan oleh The American Academy of Child and Adolescent Psychiatry mengatakan punca keganasan
kanak-kanak dan belia remaja adalah disebabkan oleh pengaruh televisyen. Golongan ini mempunyai
kecenderungan untuk menjadi kebal atau immune dengan ketakutan terhadap keganasan, mengambil keganasan
secara beransur-ansur sebagai cara penyelesaian masalah, mengikut jejak langkah keganasan yang dilihat melalui
televisyen dan beridentitikan sesetengah watak seperti mangsa atau pemangsa.

Nielson Media melalui penyelidikan yang melibatkan 52 negara termasuk Malaysia melalui peratusan frekuansi
mengakses permainan dan muat turun hiburan melalui internet merumuskan bahawa rakyat Malaysia sebagai
kecanduan hiburan dan teknologi. Justeru tanpa adanya acuan yang benar dalam membentuk pola fikir Islamik, umat
Islam dikhuatiri senang terpengaruh dengan media massa sehingga disalah tanggapi sebagai pegangan hidup.

Usaha serangan pemikiran (ghozwul fikr) yang tersebar luas telahpun diberi amaran dalam firman Allah yang
menerangkan tujuan utama serangan pemikiran ini dengan ayat yang bermaksud: “Mereka ingin supaya kamu
menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka)” (Surah An-
Nisa’, 4:89). Rasulullah SAW juga mengingatkan umat Islam mengenai serangan pemikiran ini apabila baginda
melarang umatnya daripada meniru budaya orang kafir bagi menjaga keperibadian dan karekteristik seseorang
muslim.

Diantara jenis-jenis serangan pemikiran yang dapat dikenal pasti ialah pemikiran hedonism, tahyul, khurafat, bidaah,
kristianisasi, terrorism, seks dan sebagainya. Kesemua serangan pemikiran ini berpunca untuk menjauhkan umat
Islam daripada keterikatan dengan para ulamak

Melihat kepada pemikiran budaya hedonisme dengan lebih jauh lagi. Hedonisme  berasal daripada perkataan Greek
yang bermaksud kesenangan (pleasure) ialah suatu pola pemikiran dan budaya hidup yang terlalu sukakan kepada
aktiviti hiburan dan keseronokan semata (Encyclopedia of Philosophy, 2006;254-258). Menurut kamus dewan pula,
hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Sedar
atau pun tidak, secara sengaja atau pun kebetulan, budaya hedonisme ini telah mula menular masuk sekian lama
dalam kehidupan masyarakat Islam di Malaysia terutamanya dikalangan muda mudi. Salah satu faktor penting yang
menyumbang kepada berlakunya fenomena ini ialah realiti media massa sama ada media cetak atau media elektronik
yang memberikan peruntukan yang sangat banyak kepada aspek hiburan.

Kebarangkalian yang boleh difikirkan adalah mengapa berita artis, rencana hiburan dan skandal seks diberikan
ruang yang begitu meluas, dengan gambar-gambar yang besar dan menggunakan banyak ruang, tajuk-tajuknya yang
besar, adakah kerana ianya lebih ’selamat’ ? berbanding berita berunsurkan politik, sosial atau jenayah misalnya.

Selain konsert-konsert yang diselitkan semasa karnival Jom Heboh ini, ada juga konsert-konsert lain yang terus
dijamukan kepada masyarakat kita di atas pelbagai nama dan tema, dianjurkan oleh pelbagai pihak dan syarikat.
Konsert sempena sambutan tahun baru, konsert sambutan hari kebangsaaan dan bermacam lagi. Contoh lain ialah
Konsert Inspirasi TV3 yang berlangsung di Dataran Merdeka, Pesta Malam Indonesia 3, Rockaway ’09 dan terdapat
6 konsert lain yang dianjurkan sempena Festival Muzik KL 2009 yang bermula dari 1-10 Julai 2009.

Gambar: Konsert dipenuhi belia Islam. Program agama bagaimana?

Apabila program-program hiburan sebegini dilambakkan, kesannya minda masyarakat akan banyak dibentuk dengan
hiburan. Generasi muda yang diharapkan menjadi barisan pelapis untuk menerajui dan mencorak pembangunan
ummah dan negara, disibukkan dengan hiburan yang melampau-lampau. Mereka lebih ghairah dan bersemangat
untuk berbicara tentang gosip sensasi para artis, filem-filem terbaru di pawagam, lagu-lagu yang sedang popular dan
pelbagai topik lain yang semuanya berkaitan dengan hiburan. Penyakit ini bukan sahaja menimpa golongan muda
mudi kurang berpendidikan, malah dukacita apabila ianya turut berjangkit kepada golongan mahasiswa mahasiswi
di institut pengajian tinggi. Fenomena ini dapat dibuktikan melalui pengaruh penampilan fizikal, tutur kata, tindakan
dan amalan majoriti para remaja zaman ini.

Dalam hal ini, mereka yang waras pasti bersependapat dengan pandangan dan teguran yang diberikan oleh Mohd
Ridhuan Tee (2006) berkaitan hal ini. Katanya:  ‘Lebih malang lagi program-program sebegini mendapat tajaan
daripada syarikatsyarikat korporat, termasuk syarikat korporat yang diterajui oleh orang Islam. Rancangan-
rancangan yang bersifat ilmiah dan bersandarkan ilmu tidak mendapat sambutan dan penajaan serta di anggap
merugikan. Misalnya, rancangan Malaysian Idol, Akademi Fantasia dan lain-lain diciplak dari barat hampir seratus
peratus dan tidak banyak mencerminkan nilai-nilai ketimuran atau budaya hidup Malaysia. Tidak memasukkan
nilai-nilai keMalaysiaan atau keIslaman. Ada pengkritik vokal, seni pentas, seni lagu, persembahan dan sebagainya,
tetapi tidak ada pengkritik yang memberikan input soal budaya dan adat sopan agama.”

Gambar : Rancangan realiti hiburan TV mendapat sambutan hangat di Malaysia.

Program realiti hiburan seperti Akademi Fantasia, Mentor, My Starz, Malaysian Idol, One in a Million dan
sebagainya ditiru daripada Barat bagi menambah program hiburan di Malaysia, tujuannya adalah untuk melahirkan
penyanyi-penyanyi  ‘pasang siap”.  Persoalan timbul apabila produk media keluaran orang Islam di Malaysia yang
tidak jauh bezanya dengan produk media acuan Barat yang berteraskan budaya hedonisme. Hal ini adalah akibat
pemikiran yang membentuk tanggapan bahawa media hanyalah alat hiburan dan medium menjual produk semata
(Syuhada, 2009). Peningkatan jumlah peserta yang menghadiri sesi ujibakat realiti televisyen ini dari tahun ke tahun
merupakan kejayaan pola pemikiran hedonisme sehingga mengagungkan populariti dan kemewahan. Jelas
pemikiran hedonisme yang menular ini mampu menyeleweng tujuan hidup seorang muslim sehingga berkiblatkan
hiburan dan keseronokan semata.

Amat mendukacitakan apabila generasi muda hari ini lebih mengenali keperibadian artis pujaan mereka daripada
keperibadian para nabi. Kehidupan para artis yang mengikut kayu ukur barat dijadikan garis panduan dan ikutan,
hatta tingkah laku para artis itu sendiri menentang budaya ketimuran apatah lagi syariat Islam. Semua budaya
hedonisme ini dilihat normal atas nama kemodenan dan kecenderungan masa kini. Hiburan yang melampaui batas
dan nilai murni ini turut dipromosikan oleh media sehingga menjadi rujukan masyarakat.

Gambar : Hiburan alternatif dan Ulamak kurang ditonjolkan.

Tokoh-tokoh akademik, para ulamak, negarawan kurang ditonjolkan pencapaian dan sumbangan yang telah mereka
lakukan untuk pembangunan umat, agama, bangsa dan negara. Sebaliknya, artis-artis lebih diberi pelbagai anugerah
dan dijulang nama mereka atas kecemerlangan mereka di dalam industri. Pencapaian para artis lebih mendapat
liputan pihak media, berbanding kecemerlangan para cerdik pandai negara.

Memetik kata-kata Ketua Pengarah FINAS, Mohd Mahyidin Mustakim ketika majlis pelancaran Pameran Filem
Seram 2009 di Galeri Perfileman Finas, katanya: ”Selama 35 tahun industri perfileman kita tidak menerbitkan filem
seram, inilah masanya kita kembalikan kegemilangan filem seram seperti yang pernah kita capai pada 1950-an
keluaran Cathay Keris dan Malay Film Production dulu.” Sebab itu kita dapati, ramai pengusaha filem yang kembali
rancak menghasilkan filem – filem seram ini. Antara yang terbaru ialah seperti filem Tujuh Perhentian, Makar, Di
Ambang Misteri, Anak, Maut, Rasukan Ablasa, Jin Hutan, Jangan Tegur, Congkak, Jangan Pandang Belakang
Congkak dan pelbagai lagi. Senarai ini belum ditambah dengan siri-siri drama seram yang disiarkan melalui kaca
televisyen seperti Saka, Puaka Niang Rapik, Keliwon dan lain-lain lagi.

Entah berapa banyak lagi filem-filem seram ini akan dihasilkan? Sama-samalah kita tunggu dan jangan terkejut jika
generasi masa depan adalah generasi yang penakut akan hantu melebihi takut akan Tuhan ataupun mengenali jenis-
jenis hantu dari Tuhan.

Kebanyakkan filem-filem seram yang ditayangkan ini mendapat sambutan yang memberansangkan daripada
masyarakat. Misalnya, filem Pontianak Harum Sundal Malam (PHSM) yang ditayangkan pada tahun 2004 berjaya
meraih kutipan sebanyak RM 3.2 juta. Angka kutipan ini menjadi peransang kepada penerbit lain untuk terus
menerbitkan filem seram. Manakala, filem Jangan Pandang Belakang (JPB), terbitan MMP pula merupakan filem
yang mencatat kutipan tertinggi menurut rekod Finas iaitu sebanyak RM 5.7 juta. Manakala filem seram terbaru
Jangan Pandang Belakang Congkak (JPBC), arahan Ahmad Idham berjaya meraih kutipan RM5.3 juta dalam
tempoh 12 hari ditayangkan. Jumlah penontonnya yang dilaporkan pula ialah melebihi 400, 000 orang. Dijangkakan
filem JPBC ini akan berjaya memecahkan rekod JPB.

Dalam hal ini, pandangan salah seorang tokoh ulamak Malaysia iaitu Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, mantan Mufti
Negeri Perlis harus diambil perhatian. Pandangan beliau yang disiarkan oleh Utusan Malaysia menyatakan: ‘Lebih
membahayakan apabila sesebuah filem seram itu ditonton oleh kanak-kanak yang sedang membesar kerana ia boleh
mempengaruhi pemikiran mereka. Filem-filem seram yang keterlaluan adalah berbahaya kerana ia boleh
menyumbang kepada penyelewengan akidah. Kepercayaan bukan-bukan seperti ada kuasa ghaib yang divisualkan
dan hantu itu boleh mengetahui sesuatu perkara, boleh menyebabkan masyarakat terpengaruh dan mempercayainya.
Filem seperti ini boleh merosakkan akal disebabkan unsur serta gambaran yang diperlihatkan mengenai makhluk
halus itu adalah tidak benar.”

Semoga kerisauan yang ditimbulkan menyuntik kesedaran belia agar tidak meningkatkan lagi statistik penghidap
candu hedonism di negara Malaysia tercinta ini. Lakukanlah perubahan. A thousand miles journey begins with a
single step. Sertailah pogram dan rakan-rakan yang mampu membawa kita ke arah kebaikan. Semoga belia Malaysia
akan bangkit dengan wajah baru. Jangan berputus asa. Masih ada sinar di hujung jalan. Usaha dan mohonlah
kekuatan dari Allah s.w.t. Semoga kita semua mampu mengubahnya!

Disediakan oleh,

Saudara Razak
AJK PEMBINA Melaka
kipp3k.wordpress.com

Aku Kaji, Aku Kritik dan Mereka Kantoi

Hedonisme: Salah Siapa?
Januari 21, 2008

oleh Kipp

HEDONISME… dalam Kamus Dewan: Pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan.
Tapi senang nak paham iaitu BUDAYA BERHIBUR YANG KETERLALUAN. Tidak dinafikan bahawasanya
hidup ni memang memerlukan hiburan dan hiburan adalah fitrah manusia yang memerlukan sesuatu yang membuat
kita senyum dan tenang, sehinggakan bila mendodoi anak kecil juga kita berlagu supaya anak kecil tersebut menjadi
tenang tidak merengek bila hendak ditidurkan.

Akan tetapi, masyarakat di Malaysia ni dah jadi lain. Budaya hiburan dah melampau-lampau, bahkan semua media
massa di sini balik-balik menceritakan hiburan dan budaya Malaysia melawat sanak saudara dikala Aidilfitri pun
semakin muram dek gara-gara banyak sangat rancangan berbentuk hiburan yang ditayangkan di tv. Dari TV 1
hingga TV 9, semua ada rancangan hiburan yang melalaikan, tu tak masuk Astro lagi tu.

Hingga sekarang ni, berlambak hiburan baik dalam tv, radio atau luar dari itu boleh kita lihat. Sampaikan ada yang
tak kenal tokoh-tokoh dalam dan luar negeri, itu tak tanya siapa dia Muhammad bin Abdullah, Abu Bakar, Dr.
Yusof al-Qardhawi dan nama-nama lain kerana mengingatkan nama-nama artis-artis yang sekarang ni berlambak-
lambak. Salah siapa?….. ibubapa? Kerajaan? Rakan sebaya? Persekitaran?…. Tapi yang paling penting adalah DIRI
SENDIRI yang boleh berfikir yang mana baik dan sebaliknya.

www.hizb-ut-tahrir.info

GEJALA SOSIAL – PI MAI PI MAI TANG TU


[SN112] Sejak akhir-akhir ini, gejala sosial di Malaysia nampaknya semakin banyak dan menjadi-jadi. Jika dulu
setiap
kali isu sosial ini timbul, masyarakat akan terus mencemuh dan mengaitkannya dengan budaya kehidupan Barat.
Istilah ‘budaya kuning’ cukup popular suatu waktu dulu bagi menggambarkan kehidupan bebas di Barat yang
menjadi
kegilaan muda-mudi di Malaysia. Waktu itu, masyarakat masih memandang keji budaya import ini yang telah
merosakkan
akhlak, khususnya golongan muda. Tahun demi tahun berlalu, istilah budaya kuning semakin terhakis dan terus
hilang
dari kamus. Dengan kata lain, ‘budaya kuning’ itu telah kehilangan kuningnya dan kini telah menjadi ‘budaya kita’.
Sebab itulah, gejala sosial yang berlaku kini bukanlah merupakan satu perkara asing lagi di dalam masyarakat.
Masyarakat
nampaknya sudah ‘lali’ dengan apa yang berlaku dan sudah pasrah dengannya, bak kata pepatah ‘alah bisa tegal
biasa’.
Hampir setiap hari kita didedahkan dengan bermacam-macam laporan tentang masalah salah laku remaja.
Berduaduaan
di antara lelaki dan perempuan sudah terlalu lumrah, sehingga ia tidak lagi dilakukan di tempat yang tersorok,
malah telah berlaku secara terang-terangan di tempat awam. Jika dulu kes-kes berpeluk, cium dan raba adalah
fenomena
biasa di tasik-tasik, kini ia boleh dilihat di mana-mana, termasuklah di kedai-kedai mamak sekalipun. Budaya rempit
sudah tidak terkata dan semakin hari mereka semakin menunjukkan belang. Ini terjadi setelah golongan mat rempit
ini
semakin mendapat perhatian kerajaan, seolah-olah mereka ini telah diberi satu ‘pengiktirafan’. Baik di bandar
mahupun
kampung, golongan ini sudah tidak memilih tempat lagi, asalkan ada jalan raya. Lebih buruk, aktiviti rempit ini turut
melibatkan golongan remaja perempuan. Apa yang paling menyedihkan kita ialah, mereka ini semuanya beragama
Islam! Malah sebahagian besar kes gejala sosial yang berlaku di Malaysia adalah melibatkan muda-mudi Islam!
Sedikit Berita Terkini
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan isu-isu yang
berkaitan dengan permasalahan moral khususnya yang
menyentuh perkara-perkara berkaitan hubungan antara
lelaki dan perempuan, mereka pastinya telah mengetahui
tentang isu terkini sekitar laporan kajian Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah dibuat oleh
pakar Psikologi Kanak-kanak dan Remaja, Dr. Khaidzir
Ismail telah mendedahkan bahawa hanya seorang sahaja
daripada subjek-subjek ujikaji berjumlah 887 remaja
bermasalah masih belum pernah melakukan ’hubungan
seks’. Laporan tersebut telah menjadi isu kontroversi di
mana penemuan tersebut telah dikritik hebat oleh Menteri
Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang
menyatakan hasil laporan tersebut tidak boleh diguna
pakai kerana terdapat kesalahan dari segi statistik serta
definisi.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula meluahkan, ‘‘Jangan
hukum seluruh generasi muda hanya kerana perlakuan
886 gadis... ramai lagi golongan remaja perempuan
yang baik, rajin, menghormati orang tua dan tidak
tinggal sembahyang... kenapa kita tidak bercakap
mengenai mereka? Kenapa kita hanya menumpu
kepada isu-isu kecil sahaja”. Beliau seterusnya
menyatakan, ‘‘Jangan jadikan hasil kajian ini untuk
menghukum mereka. Henti menghukum generasi muda,’’
katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran
media Festival Sastera Antarabangsa Kuala Lumpur [UM
02/03/07].
Cukup malang apabila kita mendengar kes ini dianggap
sebagai kes kecil sahaja, apatah lagi bila dikatakan tidak
perlu menghukum remaja dengan (kajian) kes-kes
sebegini. Mungkin kerana ia melibatkan remaja maka ia
dianggap kes kecil dan tidak perlu menghukum, tetapi
jika ia melibatkan mana-mana Datuk atau Menteri, maka
kes ini adalah kes besar dan perlu dihukum. Mungkin
juga kerana ia dilakukan secara suka sama suka oleh remaja
yang berkenaan, maka ia dianggap sebagai kes kecil sahaja
dan tidak perlu menghukum remaja kerananya, tetapi jika
remaja memaksa (mencabul kehormatan/merogol) remaja
lain, barulah kes ini dikatakan besar! Pelik! Apakah
standard/ukuran yang digunakan? Walhal di dalam Islam,
sesiapa sahaja yang berkhalwat, berzina (suka sama suka)
atau merogol, sama ada rendah atau tinggi status
sosialnya sekalipun, jika ia dilakukan oleh orang yang
telah baligh dan berakal, maka ia wajib dihukum. Dengan
kata lain, kes ini wajib diselesaikan, bukan dibiarkan.
Biarpun kesahihan kajian UKM tersebut dipertikaikan,
namun apa yang pasti masalah keruntuhan akhlak
terutama yang membabitkan hubungan antara lelaki dan
perempuan seperti khalwat, zina dan lain-lain, memang
telah lama menular di dalam masyarakat Islam di Malaysia.
Pertikaian dari segi statistik dan definisi ini tidak dapat
menidakkan gejala sosial yang semakin parah ini.
Tambahan lagi, bukan soal statistik dan definisi yang ingin
kita bahaskan, tetapi kesalahan itu sendiri. Maksudnya,
wujud atau tidak salah laku tersebut, inilah yang kita perlu
persoalkan. Jika wujud, tidak kira berapa statistiknya
sekalipun, kita wajib menyelesaikannya, dan wajib
diselesaikan menurut perspektif Islam, bukan menurut akal
kita. Cara memandang dan menilai salah laku remaja dari
www.mykhilafah.com
Suara [2] Kebangkitan
aspek kuantitatif tidak akan membawa kepada apa-apa
penyelesaian. Adakah kita hanya ingin menunggu statistik
yang besar dan terbukti secara kuantitinya, barulah kita
akan menganggap masalah ini serius dan perlu diatasi?
Apakah kita ingin menunggu masalah ini menjadi sebati
dengan remaja barulah kita ingin bertindak? Cara berfikir
sebeginilah yang menyebabkan masyarakat menjadi lali
dengan gejala sosial dan masyarakat juga turut lali dengan
kegagalan yang berlanjutan dalam mengekang masalah
ini dan mula menerimanya sebagai sesuatu yang lumrah.
Kebuntuan pihak-pihak bertanggungjawab dalam
memberikan penyelesaian juga jelas terbukti dengan
peningkatan kadar jenayah. Kita melihat dengan mata
kepala kita sendiri bahawa, biarpun telah bermacam
pendekatan diambil dan berjuta ringgit telah dibelanjakan
untuk menangani gejala-gejala ini, masalahnya tidak
pernah berkurangan malah telah bertambah dari tahun ke
tahun. Biarpun bilangan penduduk Malaysia hanya
bertambah sekitar 2% setiap tahun, indeks jenayah rogol
dan sebagainya telah bertambah dengan lebih besar. Pada
tahun 2004, jenayah rogol telah bertambah sebanyak
16.8% kepada 1,718 kes daripada 1,471 kes pada tahun
2003 (statistik Polis DiRaja Malaysia) berbanding
pertambahan penduduk yang hanya meningkat sebanyak
2.1%. Pada tahun 2005, kes rogol telah meningkat kepada
1,895 kes, peningkatan sebanyak 10.3% berbanding 2004
dan pada tahun lalu pula, jenayah rogol terus meningkat
kepada 2,238 kes, pertambahan sebanyak 18.1%. Jika
dibandingkan, pertambahan penduduk hanya meningkat
sebanyak 1.9% sahaja.
Bagi kes pencabulan kehormatan pula, PDRM telah
merekodkan 1,399 kes pada tahun 2003, meningkat 18.7%
kepada 1,661 pada tahun 2004, meningkat lagi pada tahun
2005 kepada 1,771 dan pada tahun lepas terus lagi
meningkat kepada 2,023 kes iaitu pertambahan sebanyak
14.2%. Ini tidak dikira kes-kes jenayah lain yang juga
menunjukkan corak kenaikan yang sama setiap tahun.
Adakah ini senario yang kita harap-harapkan? Adakah
para ibu bapa boleh tidur lena dengan mengetahui risikorisiko
yang boleh menimpa anak-anak mereka? Bolehkah
kita berbangga dengan pertumbuhan ekonomi lebih 5%
setiap tahun dari tahun 2003, yang hakikatnya turut
disertai pertumbuhan kadar jenayah sosial seperti yang
telah dinyatakan? Adakah kita perlu pasrah dengan
kenyataan bahawa peningkatan kadar jenayah tersebut
sebagai suatu yang lumrah? Apakah kita tidak mahu
mengubah keadaan ini? Apakah tidak wujud penyelesaian
bagi masalah ini di dalam agama Allah?
Kaedah Penyelesaian Yang Tidak Menyelesaikan
Mereka yang terlibat dalam gejala sosial yang
diketengahkan ini rata-ratanya menjalani kehidupan mereka
dengan melakukan tindakan-tindakan tanpa matlamat
yang jelas atau tanpa matlamat langsung. Tanpa matlamat
dan hala tuju kehidupan yang jelas ini, maka perbuatanperbuatan
manusia akan dilakukan berdasarkan miqiyas
(penilaian) yang tersasar dari jalan yang diredhai oleh
Allah. Ada masanya mereka ini melakukan tindakantindakan
bodoh kerana menjadi pak turut kepada satu
pandangan hidup yang terpesong. Konsep kebebasan
hidup yang dipeloporkan oleh ideologi ciptaan Barat telah
meracuni minda umat Islam di Malaysia hingga ianya
menjadi pasak kepada pembentukan asas nilai kepada
tindak-tanduk mereka.
Budaya hedonisme dan budaya-budaya Barat lain yang
mengajak kepada pemenuhan tuntutan nafsu dan
keseronokan secara maksima menjadi ikutan hasil daripada
tiadanya kefahaman terhadap tujuan manusia diciptakan
di atas muka bumi ini. Ini ditambah pula dengan sistem
kehidupan yang diamalkan kini telah meletakkan nilai-nilai
pincang pujaan Barat sebagai asas nilai kehidupan
masyarakat kini. Pergaulan bebas antara lelaki dan
perempuan yang bukan mahram telah dilihat sebagai satu
kemajuan dalam pembentukan masyarakat yang lebih maju
tetapi bukan sebagai pelanggaran perintah Allah
Subhanahu wa Ta’ala. Cinta sebelum kahwin dan
muqaddimah zina dibiarkan dan dipandang enteng oleh
masyarakat sehingga mereka yang tidak melakukannya
dilihat sebagai kolot atau ketinggalan zaman. Undangundang
yang ada pula dengan mudah dipermainkan
apabila nilai denda/hukuman yang dikenakan langsung
tidak menggerunkan. Pihak berkuasa pula lebih
memandang masalah sosial ini sebagai isu individu dan
bukannya satu jenayah besar yang mesti dibanteras
sekeras-kerasnya.
Setiap kali berlakunya kes-kes baru yang dihangatkan oleh
media, seringkali kita dibentangkan dengan pelbagai
kaedah penyelesaian yang kononnya dapat menangani
permasalahan yang timbul. Masyarakat telah lumrah
dengan pendekatan-pendekatan tekstual seperti
memberikan pendidikan agama yang secukupnya,
menyediakan lebih banyak pusat-pusat didikan dan
kaunseling, melaksanakan undang-undang yang lebih
ketat dan sebagainya. Ada pula pihak yang lebih sibuk
menuding jari dan menyalahkan pihak-pihak tertentu
daripada memberikan penyelesaian. Antara golongan
yang biasa kita dengar akan dipersalahkan apabila adanya
berita remaja terlibat dengan salah laku moral adalah pihak
ibubapa, rakan sebaya, media massa, internet, pihak
sekolah khususnya guru-guru, masyarakat dan
seumpamnya. Malah, imam masjid kadang-kadang turut
dipersalahkan kerana gagal menarik minat golongan muda
untuk ke masjid dan mendalami ilmu agama. Yang pasti,
satu-satunya pihak yang tidak pernah bersalah adalah
kerajaan! Kerajaan adalah satu pihak yang telah
melaksanakan segala-segalanya untuk kebaikan rakyat.
Segala yang kerajaan lakukan ialah demi untuk rakyat.
Jadi, jika masih terdapat masalah, maka rakyatlah yang
bersalah. Kerajaan seolah-olah merupakan satu institusi
‘suci’ yang tidak pernah bersalah dalam apa jua masalah!
Sebagaimana yang telah disebutkan, setakat ini pelbagai
jalan penyelesaian telah diambil. Rata-rata pendekatan
yang selalu dicadangkan selama ini lebih banyak dilihat
cuba mengubati simptom-simptom yang berlaku dan
bukannya mengubati penyakit sebenar. Masalah remaja
rosak akhlak, merempit, terjerumus ke lembah maksiat dan
penagihan dadah adalah simptom yang timbul daripada
penyakit sebenar. Contohnya, jika di sebuah kawasan
www.hizb-ut-tahrir.info
Suara [3] Kebangkitan
perumahan terdapat aktiviti memecah batu (kuari) dan
akibatnya sebahagian besar dari penduduk terkena batukbatuk.
Jadi, beberapa penyelesaian cuba diambil seperti
memakan ubat batuk, menutup tingkap-tingkap rumah
dengan kain, membersihkan halaman rumah dari debudebu,
memakai topeng penutup hidung dan sebagainya.
Persoalannya? Apakah semua langkah ini dapat mengubati
penyakit batuk tersebut? Apakah ini merupakan
penyelesaian yang hakiki? Kami rasa para pembaca semua
sudah dapat mengagak bahawa jawapan yang sebenarnya
adalah cukup mudah, yakni menutup kuari tersebut atau
menghentikan operasinya. Jika batuk yang diubati,
bukannya kuari itu sendiri, maka inilah yang dikatakan
mengubati simptom, bukan puncanya. Jika beginilah
caranya, masalah yang timbul tidak akan pernah dapat
diselesaikan!
Berbalik kepada isu gejala sosial seperti kes mat rempit,
ada pihak yang mencadangkan agar lesen mat-mat rempit
tersebut ditarik seumur hidup atau mereka diberi
kaunseling dan didikan agama secukupnya. Turut
dicadangkan agar ibubapa mereka didenda. Jika difikirkan,
adakah mereka ini merempit hanya kerana mereka
mempunyai lesen dan sekiranya lesen mereka ditarik maka
mereka tidak akan merempit lagi? Bagi membanteras kes
rogol pula, pernah dicadangkan agar perempuan memakai
cawat besi, diperketat undang-undang dan sebagainya.
Bagi kes tangkap khlawat atau berdua-duaan, cadangan
yang biasa adalah diberi kaunseling dan didikan agama.
Persoalannya, adakah mereka ini tidak memahami bahawa
apa yang mereka lakukan adalah salah dan berdosa dari
segi agama sehingga perlu diberi kaunseling? Tidak
cukupkah pendidikan agama dan nilai-nilai murni yang
cuba diterapkan di sekolah-sekolah? Inilah beberapa
contoh penyelesaian simptom kepada masalah, bukan
menyelesaikan puncanya.
Adakah Sinar Untuk Kita?
Wahai kaum Muslimin yang dimuliakan! Orang-orang kafir
Barat hidup tanpa berpandukan agama. Oleh itu, mereka
menyelesaikan segala masalah mereka dengan
menggunakan akal mereka sendiri, tanpa panduan dari
agama mereka. Kita umat Islam berbeza sama sekali
dengan mereka di mana kita mempunyai panduan yang
mana jika kita berpegang dengannya, kita tidak akan sesat
selama-lamanya. Dan panduan kita itu tak lain tak bukan
ialah Kitabullah dan Sunnah RasulNya. Jika mengambil
selain keduanya, maka sudah barang pasti, segala masalah
tidak akan dapat diselesaikan dan lebih buruk dari itu,
umat Islam itu pasti akan tersesat. Inilah apa yang berlaku
pada hari ini di mana, pada semua masalah diterapkan
hukum akal di dalamnya, bukannya hukum Allah. Umat
Islam telah mengambil cara berfikir kafir Barat di dalam
menyesaikan segala permasalahan. Maka berlakulah apa
yang kita saksikan sekarang - penyelesaian yang tidak
pernah menyelesaikan.
Umat Islam tidak habis-habis menggunakan akal dan terus
tersesat jalan dengan cuba mengubati penyakit dengan
mengubati simptomnya sahaja. Ibarat kata, jika atap
sebuah rumah itu bocor dan menyebabkan air menitis
setiap kali hujan melanda, umat Islam sibuk mencari
penyelesaian dengan mengambil baldi atau lain-lain bekas
untuk menakung air yang bocor itu. Mereka sibuk
berbincang dan bertelagah sesama sendiri sama ada baldi
atau besen yang lebih sesuai. Mereka juga sibuk
berbincang saiz baldi dan besen yang akan digunakan.
Persoalannya, apakah selesai masalah dengan
pendekatan sebegini, jikapun yang diambil itu adalah baldi
atau besen emas sekalipun? Wahai kaum Muslimin! Kalian
semua mengetahui bahawa satu-satunya jalan
penyelesaian yang akan menuntaskan segala masalah
ialah dengan membaiki atap yang bocor tadi. Inilah
penyelesaian yang hakiki.
Justeru apa yang kami ingin utarakan ialah
penyelesaian yang hakiki bagi semua permasalahan
hidup manusia adalah Islam. Kerana yang menjadi punca
kepada segala masalah ialah tidak diterapkan Islam di
dalam kehidupan. Hukum Islam telah diganti dengan
hukum kufur. Pemikiran sekular telah meresap dalam dan
sebati dengan umat Islam, khususnya para pemimpin yang
di tangan mereka terdapat kuasa membuat undangundang.
Oleh kerana telah sebati dengan sistem kufur
sekular, maka di dalam menyelesaikan masalah pun, umat
Islam telah berfikir dengan cara berfikir orang-orang kafir,
yakni menggunakan akal di dalam berhukum. Kitab Allah
dibuang, sunnah Rasul dicampak, undang-undang ciptaan
manusia dijulang. Inilah punca kepada segala masalah
yang menimpa umat Islam. Jadi, satu-satunya cara yang
hakiki di dalam menyelesaikan setiap inci masalah ialah
umat Islam wajib kembali kepada kehidupan Islam, wajib
berhukum dengan apa yang Allah telah turunkan dan
wajib mengikuti sunah RasulNya di dalam segala aspek
kehidupan. Barulah dikatakan kita menangani punca
kepada masalah, bukan simptomnya. Jika tidak, maka umat
Islam sebenarnya telah mengikuti jejak langkah syaitan
yang menyesatkan!
“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke
dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah
kamu turut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan
itu musuh yang nyata bagimu” [Al-Baqarah (2):208].
Apabila sistem yang mengatur kehidupan itu baik, maka
tidak akan ada unsur-unsur yang boleh mendorong
manusia untuk melakukan kejahatan atau jenayah. Dalam
erti kata lain, sistem yang mampu mengarahkan
kecenderungan manusia ke arah ketenteraman dengan
terpenuhnya segala tuntutan naluri manusia yang asas
akan mampu untuk memastikan terkawalnya manusia
daripada melanggar norma-norma kehidupan yang
sepatutnya. Sesiapapun perlu memuaskan keperluan
fizikalnya (hajatul udhuwiyyah) dengan cara makan,
minum, bernafas, buang hajat dan sebagainya. Begitu pula
manusia memerlukan ketenangan dengan memenuhi naluri
(gharizah) yang dimilikinya. Naluri untuk melestarikan
jenis (gharizah an-nau’/sexual instinct) jika tidak diatur
sesuai dengan Islam tentu akan mengakibatkan kerosakan
akhlak (masalah sosial) dengan merebaknya kes-kes rogol,
homoseks, lesbian, pergaulan bebas dan sebagainya.
Penyalinan semula artikel ini amat dialu-alukan. Semoga usaha anda dapat mengembangkan dakwah
Islam dan diredhai Allah swt. Tiada Hakcipta dalam Islam. Sebarang pertanyaan dan komen, sila emailkan
: htm@mykhilafah.com. Sebarang pandangan SMS : taip HTM<jarakkan><pandangan
anda> & hantar ke 32244 atau dengan melayari www.mykhilafah.com
Nasyrah Mingguan:
www.hizb-ut-tahrir.info
Hizbut Tahrir
MALAYSIA
Dalam kehidupan sosial, Islam telah menentukan sistem
perkahwinan, batas-batas pergaulan antara lelaki dan
wanita, batasan aurat bagi lelaki dan wanita, bentuk
pakaian wanita muslimah, cara memandang wanita dan
sebagainya yang mana ia akan mencegah pelbagai punca
kepada pintu penyimpangan seksual yang mengakibatkan
kerosakan akhlak dan lain-lain. Islam memandang
masyarakat sebagai kumpulan individu yang memiliki
pemikiran dan perasaan yang sama, serta interaksi di
antara mereka perlu diatur oleh suatu aturan (nizham) yang
tertentu. Dalam mengatur hubungan antara lelaki dan
perempuan, Islam telah meletakkan beberapa ketetapan
seperti:
1. Islam telah memerintahkan kepada manusia, baik
lelaki dan wanita untuk menundukkan pandangan
[An-Nur (24):30-31];
2. Islam memerintahkan kepada wanita untuk
mengenakan pakaian secara sempurna, tudung dan
jilbab, iaitu pakaian yang menutup seluruh tubuhnya,
kecuali wajah dan kedua telapak tangannya [An Nur
(24):31] dan [Al-Ahzab (33):59];
3. Rasulullah bersabda, “Tidak dibolehkan seorang
wanita yang beriman kepada Allah Subhanahu wa
Ta’ala dan hari akhirat untuk melakukan
perjalanan selama sehari semalam, kecuali jika
disertai mahramnya.” [HR. Bukhari dan Muslim].
4. Rasulullah juga bersabda, “Tidak diperbolehkan
seorang lelaki dan seorang wanita berkhalwat,
kecuali jika wanita itu disertai mahramnya” [HR.
Muslim].
5. Islam melarang wanita untuk keluar rumahnya kecuali
dengan izin suaminya;
6. Islam sangat menjaga agar dalam kehidupan khusus
hendaknya jamaah (komuniti) kaum wanita terpisah
dari jamaah (komuniti) kaum lelaki;
7. Islam sangat menjaga agar hubugan kerjasama antara
lelaki dan wanita hendaknya bersifat umum dalam
masalah muamalah; bukan hubungan yang bersifat
khusus seperti saling mengunjungi antara wanita
dengan lelaki yang bukan mahramnya atau berjalanjalan
bersama;
8. Islam mengambil berat dalam memelihara keturunan
dan nasab. Bahkan Islam menentukan hukuman rejam
bagi penzina Muhsan (sudah berkahwin);
9. Islam menetapkan bahawa penzina bukan Muhsan
dihukum 100 kali sebatan [an-Nur (24):2].
Dalam perlaksanaan sistem yang dianjurkan oleh Islam,
tanggungjawab untuk memastikan ketetapan-ketetapan
yang telah digariskan oleh Islam terletak ditangan setiap
ahli masyarakat dan juga negara. Masyarakat wajib
mengubah kemungkaran yang dilihatnya, manakala
Negara pula adalah satu institusi pelaksana (qiyan tanfizi)
yang penting, yang mana Negaralah yang akan
menghukum (uqubat) setiap orang yang melanggar
hukum Allah. Jadi, dengan kata lain kehidupan itu wajib
diatur dengan sistem Islam, dan jika masih wujud
pelanggaran, maka Negaralah yang akan mengenakan
hukuman terhadap setiap pelaku maksiat tersebut dan
hukuman itu mestilah uqubat Islam, bukannya hukuman
akal ciptaan manusia. Perlaksanaan hukuman Islam ini akan
mewujudkan dua fungsi iaitu sebagai zawajir
(pencegahan) dan jawabir (penebus dosa di akhirat).
Muhammad Ismail di dalam kitabnya, Fikrul Islam telah
menghuraikan bahawa sistem Islam dapat mencegah
manusia dari melakukan tindakan kejahatan sebab,
bilamana dia melakukan juga kejahatan itu dia akan
berhadapan dengan masyarakat dunia dan negara dengan
sistem hukuman yang datang dari Al-Khaliq itu sendiri.
Di akhirat kelak ia akan menghadapi azab Allah yang
sangat pedih lagi menyeksakan.
Khatimah
Wahai kaum Muslimin! Setakat ini hukum Islam tidak
pernah dicadang untuk diterapkan apabila
membincangkan setiap masalah. Walhal inilah
penyelesaian yang haikiki. Malah, apa yang menyedihkan
kita ialah jika pun ada cadangan untuk menerapkan hukum
Allah ini, para pemimpin dan mereka yang cintakan sekular
terus tidak bersetuju, mempertikaikan, mengkritik bahkan
ada yang menolak mentah-mentah. Walhal apa yang
sepatutnya mereka lakukan ialah berusaha bersungguhsungguh
ke arah penerapannya secara kaffah, bukan
mempertikaikannya. Sekiranya mereka tidak faham
sekalipun, apa yang wajib mereka lakukan ialah belajar
bersungguh-sungguh memahaminya untuk kemudian
mengamal dan menerapkannya. Jika untuk hukum kufur
mereka boleh dan sanggup berusaha bersungguhsungguh
menghabiskan masa bertahun-tahun untuk
mempelajarinya, menggubal, membahaskan dan
menerapkannya, kenapa tidak untuk hukum Islam?
Wahai kaum Muslimin! Kalian benar-benar memerlukan
sebuah negara bagi menerapkan hukum Islam ini. Selagi
tiadanya Daulah Khilafah yang akan menerapkan hukumhukum
Allah secara kaffah di dunia ini, selagi itulah kita
akan menyaksikan masalah kehidupan yang bertali arus,
yang tiada kesudahannya. Hanya mereka yang memiliki
ketakwaan yang tinggi sahaja yang akan sanggup
bergadai nyawa untuk mengenggam hukum Allah ini,
walaupun ia umpama mengenggam bara api. Bagi para
pelaku maksiat yang tidak memiliki ketakwaan ini, maka
golongan ini hanya boleh diubah dengan adanya sebuah
sistem yang datangnya dari Allah yang akan mengubah
mereka. Saidina Usman bin Affan pernah berkata, “Sultan
(kekuasaan) itu akan meluruskan manusia yang tidak
dapat diluruskan oleh Al-Quran.” Maksudnya, jika
manusia itu tidak mengikuti apa yang diperintahkan oleh
Al-Quran, maka penguasalah (Khilafah) yang akan
menghukum mereka (yang akan meluruskan semula
mereka). Semoga kekuasaan (Khilafah) ini segera muncul
dan akan meluruskan semula manusia dengan Al-Quran
serta mengembalikan kehidupan Islam sama ada di dalam
kehidupan individu, bermasyarakat dan juga bernegara.

Insya Allah.

Anda mungkin juga menyukai