Anda di halaman 1dari 9

Kedai Magik

• Home
• Siapa PakciQue?
• Drama GODA
• Impian KedaiMagik [Sila Baca]

'

Who Wants To Be A Millionaire?


Dicatat oleh PakciQue | 1/26/2007 12:16:00 PM | Game, Rojak, Web | 1 Komen »

Pengenalan:

Secara asasnya, WWTBAM adalah sebuah rancangan kuiz berbentuk trivia. Mengandungi 15 soalan dan 3
talian hayat yang berjaya mencetus fenomena kepada dunia. Berbanding menggunakan limitasi masa,
program ini membenarkan peserta mengambil masa yang panjang untuk menjawab sesuatu soalan tetapi
peserta akan ditekan dengan suasana yang tegang.

Maklumat lanjut, boleh dapatkan di laman Wikipedia

Who Wants To Be A Millionaire

WWTBAM Di Malaysia

Rancangan ini pernah memberi hak penyiaran kepada Malaysia dengan dihoskan oleh pelakon Jalaludin
Hassan, disiarkan di NTV7 dan mendapat tajaan dari Digi.

Rancangan ini dihentikan atas sebab-sebab yang tertentu yang aku sendiri tak berapa pasti. Tapi
berdasarkan khabar-khabar yang aku perolehi, ia dihentikan atas sebab fatwa yang mengharamkan
program ini kerana ada unsur perjudian. Tapi hakikatnya, program ini sangat menguntungkan.

Dan sehingga program ini dihentikan, tiada seorang pun peserta dapat menjawap kesemua 15 soalan dan
membawa pulang hadiah 1 Juta. Hatta, soalan bernilai 1 Juta juga tidak pernah kita dengar.

Paling tinggi nilai yang berjaya dimenangi adalah RM 250,000 dan peserta berhenti pada soalan
RM500,000

Jutawan pertama

John Carpenter adalah pemenang pertama 1 Juta. Dia langsung tidak menggunakan talian hayatnya
sehingga soalan terakhir dia menggunakan panggilan telefon untuk menelefon ayahnya.

Maklumat lanjut mengenai Jim Carpenter


Senarai penuh soalan-soalan
Tonton gaya cool seorang jutawan

Kredit

YoutWikipediaube

Biarlah Rahsia
Dicatat oleh PakciQue | 1/19/2007 11:03:00 AM | Magik | 4 Komen »
Ketika (Datuk) Siti Nurhaliza digosipkan sedang hangat bercinta dengan seseorang (ketika itu banyak
andaian termasuk Dr Fazley), semua orang ingin sangat tahu siapakah lelaki bertuah yang dapat mencuti
hati Siti. Rahsia yang paling kukuh tersimpan rapi.

Pada ketika itu, kau orang juga rasa tak senang duduk dan mula mengeluarkan teori masing-masing. Dan
bila Siti mengumumkan siapakah lelaki itu, mula kedengaran suara-suara sumbang tak kurang juga suara-
suara yang menyetujui. Tapi lebih banyak yang sumbang.

Sama juga ketika kau orang selesai menunjukkan sebuah magik. Contoh Color Change. Semua orang akan
bertanya pada kau orang macam mana kau orang buat dan memujuk kau orang untuk memberitahu rahsia
trik itu. Jika kau orang tidak mahu memberitahu rahsia itu, macam-macam teori akan keluar termasuk ayat
yang paling klise "Eleh, kau tipu."

Tapi, jika kau orang beritahu rahsia itu, apa pula akan terjadi? Sudah tentu selepas itu mereka tidak lagi
menghargai. Prestasi kau orang sebagai seorang ahli magik juga akan terjejas. Dan ayat-ayat yang mampu
menyakitkan jiwa akan terbit, "Aku dah agak dah, memang kau sorok kat dalam kocek." atau "Eleh, tu pun
aku reti."

Jangan rasa sakit hati bila orang menyindir bila mereka tak dapat tahu rahsia magik tu. Sebab hati akan
lebih sakit mendengar ayat mereka bila kau orang membocorkan rahsia magik.

Sudah tentu ada cara untuk mengelak dari berlaku perkara ini. Apa perkara-perkara yang boleh diambil
untuk mengelak daripada audien bertanya itu dan ini. Baiklah, aku ceritakan dlm catatan yang akan datang.

Berlatih, berlatih, berlatih


Dicatat oleh PakciQue | 1/16/2007 07:12:00 PM | Magik | 0 Komen »
Kalau kau orang menonton siaran sukan seperti pertandingan silat, kau orang dapat melihat pesilat itu dapat
membaca gerak lawan sekaligus mengelak sebarang serangan dari pihak lawan. Begitu juga, pesilat
berhati-hati dalam mengatur strategi agar serangannya tidak dapat dibaca pihak lawan.

Perhatikan pula sebuah persembahan muzik. Seorang pemain gitar bermain gitar, memetik lagu-lagu yang
indah diperdengaran. Tanpa melihat pada tab gitar, dia tahu note apa yang dimainkannya. Dia juga akan
mengikut tempo lagu agar sama seperti tempo penyanyi dan instrumen lain.

Banyak lagi contoh-contoh yang lain yang boleh kau orang fikirkan. Tapi adakah mereka ini dengan begitu
sahaja boleh menjadi pesilat yang handal ataupun pemian gitar yang cekap? Tentu sahaja tidak! Mereka
bermula dengan minat dan diperkukuhkan dengan latihan.

Ya, latihan!
Dengan berlatih, setiap perbuatan menjadi natural. Dengan berlatih, perbuatan menjadi hampir automatik.

Dalam bidang magik, minat perlu dihadirkan dahulu. Kemudian, latihan. Tanpa latihan yang cukup, kau
orang hanya akan ditertawakan seperti kau orang dibelasah teruk dikejohanan silat walaupun peringkat
sekolah atau kau orang me-"sumbang"-kan lagu hasil dari petikan gitar ketika majlis hari guru.

Tiba-tiba kau orang menerima serangan hendap dari lawan atau penyanyi yang kau orang iringi tersalah
"masuk" lagu. Bagaimana kau orang nak hadapi situasi ini jika kau orang tidak berlatih bersilat atau bermain
gitar dengan bersungguh-sungguh? Dengan berlatih, perkara-perkara diluar jangka dapat diatasi dengan
segera dan boleh menyelamatkan keadaan.

Maka, kod etika pertama

BERLATIH BERLATIH BERLATIH

Setiap orang ada pengalaman jatuh basikal. Kerana jatuh basikal, kau orang boleh menunggang basikal.
Kau orang berlatih untuk tidak jatuh dari basikal.

Kod Etika
Dicatat oleh PakciQue | 1/15/2007 10:46:00 AM | Magik | 3 Komen »
Nama blog "KedaiMagik", tapi catatan berkenaan dengan magik sangat kurang. Yang banyak, catatan
berkenaan kehidupan harian. Jadi, aku akan kerapkan catatan berkenaan dengan magik di sini. Mungkin
aku akan mengajar kau orang beberapa trik magik yang mudah.

Tetapi, untuk menjadi seorang ahli magik kau orang perlu mematuhi prinsip-prinsip asas yang perlu ada
pada seorang ahli magik.

1. Berlatih setiap trik sebelum kau orang membuat persembahan. Perlu! Paling mudah, berlatih di
hadapan cermin. Lihat dan kaji sudut-sudut penting yang perlu dijaga. Jika ada video kamera,
rakam persembahan anda kemudian lihat semula dan baiki di mana-mana kelemahan yang wujud.
2. Jangan sesekali memberitahu rahsia anda. Mustahak! Seorang ahli magik yang sejati tidak akan
sesekali memecahkan rahsia magiknya. Apabila orang lain sudah mengetahui akan rahsia magik
tersebut, tiada lagi misteri. Lagi, kebolehan anda dalam magik tersebut, tiada makna.
3. Lakukan magik anda hanya sekali. Penting! Melakukan pengulangan pada orang yang sama
memberi peluang kepada mereka untuk mengorek rahsia. Dan dialog ini akan muncul. "Hahaha,
aku dah tau, kau sorok duit tu kat dalam kocek kau!" Maka, magik anda sudah tiada rahsia lagi.
4. Jadi penonton yang baik. Jika anda mahu penonton menghormati persembahan anda, maka anda
juga perlu menghormati ahli magik yang lain terutama jika mereka membuat trik yang anda tau
rahsianya. Jangan memperlekehkan ahli magik itu.
5. Yang paling utama, hormati penonton anda. Jika ada penonton yang 'melampaui' batas-batas
persembahan anda, cari jalan untuk mengawalnya. (Akan dimasukkan dalam catatan yang
berikutnya). Ingat, persembahan untuk keseronokan, bukan untuk memperbodohkan mereka.
Tanpa mereka, tiada magik.

Bila kelima-lima kod etika ini dapat kau orang petuhi, maka aku akan perturunkan sedikit ilmu magik. Tapi
adakah aku melanggari kod etika ke 2?

www.noorhidayat.com
Dicatat oleh PakciQue | 1/09/2007 04:54:00 PM | Web | 1 Komen »
Aku kecewa. Nama aku dah ada orang guna sebagai domain. Siapa kat Amerika sana yang ader nama
Noorhidayat ni? Opsyen lain:-

• www.Noorhidayat.com.my
• www.Noorhidayat.net

Kau orang pula? Kalau nama kau orang belum didaftar menjadi domain yang entah apa-apa, baik gi daftar
segera.

Semak Domain Name

Dejavu
Dicatat oleh PakciQue | 1/05/2007 11:07:00 AM | Catatan Kehidupan | 6 Komen »

Aku pinjam tajuk entri Kimi. Tapi dalam entri Kimi, dia menulas tajuk sebuah filem; Dejavu dan adegan
dalam sebuah filem yang lain; The Matrix. Tapi dejavu yang aku nak kongsi ni berlaku pada diri aku sendiri.

Tet tet tet.


Alarm telefon aku berbunyi. Aku bangun. Masuk bilik air. Mandi. Siap-siap. Start enjin kereta.

Tet tet tet.


Alarm telefon berbunyi. Aku bermimpi rupanya. Tak siap lagi nak pergi kerja. Aku bangun. Masuk bilik air.
Mandi. Siap-siap. Start enjin kereta.

Tet tet tet.


Alarm telefon berbunyi lagi. Dan aku tersedar. Aku mimpi lagi. Tak siap lagi. Aku bangun. Masuk bilik air.
Mandi. Siap-siap. Start enjin kereta. Dan termenung. Macam real.

Bunyi alarm telefon aku adalah bunyi di alam nyata dan akan berbunyi setiap 5 minit kalau tidak dimatikan.
Aku dengar bunyi itu.

2007
Dicatat oleh PakciQue | 1/03/2007 09:09:00 AM | Catatan Kehidupan | 0 Komen »

Biasanya bila menjelang awal tahun, ramai yang akan mengajukan soalan klise. "Apa azam tahun baru
kau?" Jadi soalan tu aku ajukan sendiri kepada diri aku. "Apa azam tahun baru aku?"

Sejak dulu, aku tak pernah pun menanam apa-apa azam bila menjelang tahun baru. Mungkin masa tu, aku
sendiri tak tahu tentang hala tuju kehidupan aku. Biasalah, masih mentah tentang kehidupan.

Tahun 2007 datang bersama kenangan 2006. Keindahan sehari sebelum menutup 2006 masih segar
diingatan. Padahal baru merisik. Tapi angaunya semacam.

Lembaran 2007 dibuka dengan menjalankan ibadah korban. Kan dah kerja, jadi apa salahnya keluarkan
sikit duit untuk dikongsi dengan yang memerlukan. Seronok juga menjalankan aktiviti ni. Pagi-pagi lagi aku
dah bangun sebab nak ikut jiran aku gi tengok orang sembelih lembu. Aku ingatkan sembelih cara kampung
seperti tambat lembu guna tali. Rupanya sembelih kat rumah sembelihan. Besar tempat tu. Dari mula lembu
disembelih dalam ruangan khas tanpa perlu diikat, kemudian lembu tu digantung pada kaki belakang untuk
proses membuang kulit, potong kepala dan kaki. Lepas tu proses buang isi perut dan segalanya. Proses
memotong lembu kepada 2 bahagian dengan gergaji mesin khas seperti Gaban membelah raksasa.
Akhirnya lembu itu ditimbang setiap bahagian selepas dibelah 4 sebelum di masukkan ke dalam lori.

Sampai kat perkarangan rumah aku, lembu-lembu itu dilapah dagingnya, di timbang sekilo satu dan diagih-
agihkan pada yang memerlukan. Suasana memang cukup ceria dan meriah. Ada saja jenaka yang diselit.
Dan tentunya sesiapa yang berbadan gempal akan dijadikan mangsa untuk dilapah seperti lembu-lembu tu.
Nasib baik aku ni kurus melidi.

Aktiviti mengemas tak dapat aku sertai kerana aku keletihan yang amat. Aku terlelap hingga ke pukul 3. Tapi
melihat kepada semangat kejiranan, aku rasa sangat seronok. Siapa kata kawasan elit sudah tidak
mengamalkan semangat kejiranan. Cuma kenduri kahwin saja belum dapat dibuktikan dengan acara
rewang. Mungkin masa kenduri aku nanti agaknya.

~..::Selamat Tahun Baru::..~

"Apa azam tahun baru kau?"


February 2007 December 2006 Home
Subscribe to: Posts (Atom)

RSS Feed Email Subscription

Penulis
Salam. Nama aku Noorhidayat Bin Salman. Lebih mesra kalau kau panggil aku PakciQue walaupun aku
takde simpan sebarang hasrat untuk berkahwin dengan emak saudara kau.

Sambung Bacaan DI SINI.

Maklumat Lengkap DI SINI.

Klik SINI Juga.

PakciQue.TK

Daftar Domain anda sekarang dengan Dot TK agar blog anda kelihatan profesional.

KLIK VIDEO DI ATAS

Sejak Kita Bertemu

Jom Kita Ber'Twitter

U Follow Me. I Follow U.

BlogUpp
Entri Terkini

• Telah Tiba - Jadilah Yang Pertama


• Pertandingan Baru - Bersedia
• Memecah Masuk Blog Baru
• Preview - Jadilah Yang Pertama
• Aku Dalam Dilema

Hari Ini Dalam Hijrah

Jom Sembang

View shoutbox
Free chat widget @ ShoutMix

Entri Paling Popular

Widget by Blogger Buster

Komentar Bulan Ini

1. miss aj (6)
2. wani (5)
3. pencinta lelaki (3)
4. kid... (2)
5. areKnee (2)
6. aniey (2)
7. missus aj (2)
8. shie_uum (1)
9. tiwa (1)
10. kimi (1)
Get this widget here

Komen Terkini

• citer tu best loh...teruja tengok...lalalal...apap... - AkuBudakTomei


• -Reply-Rezanaza...mcm mne aku nak tuntut ilmu ngan... - PakciQue
• mari ramai2 terjah.. senang je cari.. 5 minit je d... - rezanaza
• Azizwan™: Eleh..ko aku dah bagi jawapan..takkan na... - PakciQue
• ok bagusla guna wordpress baru caree!! he he... ka... - rezanaza

Blog Terkini

Hendrastar

TEKA-TEKI For Fun

1 hour ago

Raja Kamil Sang Murobbi IT - The Birth of Malaysian Problogger

How to start blogging ?

3 hours ago

AXIMUD

When All is Said and DONE..

4 hours ago

OhBulan!

(Gambar) Fotografi Pra-Perkahwinan Pasangan Bahagia Mawi & Ekin

5 hours ago

AHMIKE DOT NET

Mobile Blogging Software


8 hours ago

Show All

Kategori

• 8TV (9)
• Astro (1)
• Catatan Hujung Minggu (6)
• Catatan Kehidupan (66)
• English Entry (4)
• Gadis Melayu (1)
• Game (2)
• Goda (10)
• Hebahan (74)
• Jenaka (7)
• kesihatan (2)
• Lagu (10)
• Magik (30)
• Penipuan (4)
• Rojak (3)
• Sukan (4)
• Takde Idea (4)
• Top 10 (1)
• TV (14)
• TV9 (1)
• Twitter (4)
• Video (15)
• Wayang (11)
• Web (57)

E-Book Percuma

Ketahui 247 teknik untuk Menjana Trafik ke Blog Anda.

KLIK SINI

Download secara percuma!

Youth Say

KLIK SINI!!
KLIK SINI!!

Peta Pengunjung

Feedjit Live Blog Stats

Penaja

BlogStat

Anda mungkin juga menyukai