Anda di halaman 1dari 2

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH

Sains aktuari

SAINS AKTUARI
Bidang aktuari adalah bidang yang agak asing bagi kebanyakan orang dan merupakan salah satu bidang yang belum mendapat perhatian daripada golongan muda sedangkan permintaan tenaga mahir di bidang ini begitu diperlukan. Perkembangan pesat yang berlaku di dalam industri kewangan, pelaburan dan insurans dalam pembangunan negara memerlukan ramai tenaga mahir di bidang ini. Apa, yang pasti tenaga kerja bumiputera yang lulus di dalam bidang mi masih kurang. Skop bidang mi meninjau pelbagai peristiwa serta menganalisis pelbagai ketidaktentuan yang mempunyai kesan ke atas hayat manusia seperti kelahiran, kematian, perkahwinan, penyakit, kemalangan, persaraan dan kesan kewangan dalam masyarakat. Tujuan utama program ini untuk menyediakan pengetahuan asas yang diperlukan oleh ahli aktuari. Program ini juga bertujuan untuk menyediakan para lulusan universiti yang berkaliber bagi mengendalikan urusan perniagaan insurans dan sistem kewangan lain yang bersangkutan dengannya. Pelajar yang ingin mengikuti program ini dan memilihnya sebagai kerjaya perlu mempunyai kemahiran matematik dan bahasa Inggeris yang baik. Kemahiran pengurusan dan komunikasi yang berkesan juga penting memandangkan seorang aktuari itu perlu berjumpa dan berbincang dengan orang ramai. Untuk memperoleh kemahiran tersebut, semasa pengajian pelajar akan didedahkan dengan pengajian asas matematik seperti statistik, kuantitatif, algebra dan sebagainya. Selain itu, pelajar didedahkan dengan asas ekonomi, matematik kewangan, asas perakaunan dan kewangan, matematik aktuari, kaedah berangka, kaedah statistik, teori risiko, analisis pelaburan dan pengurusan portfolio, perancangan dan pengawalan aktuari dan isu-isu dalam sains aktuari. Peluang kerjaya memang cerah apabila memilih bidang ini. Kurikulum yang diatur bukan hanya memberi penekanan terhadap kemahiran matematik tetapi juga di dalam bidang ekonomi, perakaunan dan sains. Bagi pelajar yang menyedari bahawa kerjaya ini mempunyai prospek yang luas tentunya sains aktuari menjadi pilihan. Bagi mereka yang berminat dengan angka-angka, kerjaya di bidang sains aktuari adalah pilihan yang tepat, ini kerana tugas ahli aktuari ialah membuat tafsiran untuk mencari nilai yang melibatkan nilai tanah, aset atau insurans. Selain itu, lulusan bidang mi boleh menceburi pekerjaan seperti pegawai pengauditan, pegawai tuntutan, pegawai bank, ahli aktuari di syarikat insurans, perunding aktuari dan pengurus. CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN (i) (ii) (iii) (iv) Meminati bidang ini Berpengetahuan di bidang matematik, statistik dan ekonomi Mahir di bidang komputer Mempunyai kemahiran menganalisis

TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN Di negara ini, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menawarkan program mi di peringkat sarjana muda. Manakala Universiti Teknologi Mara (UiTM)menawarkannya di peringkat
Manmohan Singh /03/08/2010 muka surat 1

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH

diploma dan sarjana muda. Universiti luar negara seperti di Amerika Syarikat turut menawarkan program ini. SYARAT MELANJUTKAN PENGAJIAN

Sains aktuari

Terdapat beberapa cara yang membolehkan pelajar melanjutkan pengajian di bidang ini: Cara pertama: Untuk mengikuti pengajian di bawah program American Associate Degree yang ditaja oleh Mara, pelajar perlu mendapat pangkat satu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta kepujian mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris, matematik, matematik tambahan, fizik atau kimia dan mana-mana mata pelajaran lain. Pelajar akan mengikuti pengajian tahun pertama dan kedua di negara mi sebelum meneruskan pengajian untuk tempoh tiga atau empat tahun di universiti-universiti Amerika Syarikat. Cara kedua: Kementerian Pendidikan menawarkan program matrikulasi sains hayat atau fizikal yang memerlukan pelajar lulus peperiksaan SPM gred satu dengan mendapat kepujian bahasa Melayu, matematik, matematik tambahan serta kepujian sekurang-kurangnya dua mata pelajaran lain. Selepas mengikuti pengajian selama satu setengah tahun, pelajar boleh memohon mengikuti pengajian di UKM yang menawarkan program sains aktuari untuk tempoh tiga tahun. Cara ketiga: UKM juga mengambil pelajar lepasan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang mensyaratkan pelajar lulus STPM serta mendapat prinsipal dalam matematik dan salah satu mata pelajaran sains. Selain itu, pelajar perlu lulus SPM serta kepujian bahasa Melayu. Cara keempat: Calon-calon yang mempunyai kelulusan lain seperti Diploma Sains dam UiTM, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) boleh memohon mengikuti program ini di UKM di bawah Kes Khas. Cara kelima: Calon lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat diploma di UiTM perlu lulus peperiksaan SPM serta mendapat kepujian bahasa Melayu dan Matematik serta lulus/kepujian bahasa Inggeris. Calon juga perlu mendapat tiga kepujian mata pelajaran lain dan lulus Matematik Tambahan. Cara keenam: Bagi calon lepasan STPM mereka boleh mengikuti kursus diploma di UiTM dengan syarat mendapat sekurang-kurangnya satu prinsipal dalam peperiksaan tersebut dan kepujian Matematik di peringkat SPM/SPMV. Untuk memohon ke peringkat ijazah sarjana muda, calon perlu lulus tiga prinsipal termasuk Pengajian Am dan Matematik di peringkat STPM serta kepujian bahasa Melayu dan Matematik di samping lulus bahasa Inggeris di peringkat SPM / SPMV. Cara ketujuh: UiTM turut menawarkan Ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari dan kursus ini terbuka kepada pemegang Diploma Sains Aktuari UiTM.

Manmohan Singh /03/08/2010

muka surat 2

Anda mungkin juga menyukai