Anda di halaman 1dari 2

KLINIK PEDAGOGI

SITUASI 1: Apakah pendekatan yang lebih berkesan bagi pengajaran nahu : Induktif atau deduktif?

Kata Kerja
Kata Kerja Transitif Kata Kerja Tak Transitif

Setelah tamat pengajaran, keluhan Cikgu Z ialah Penyertaan murid dalam P&P adalah kurang memberangsangkan. Banyak murid tidak dapat menjalankan tugasan dalam kumpulan. Mereka tidak dapat membina ayat yang mengandungi kata kerja transitif berpandukan gambar dalam buku teks. Ada murid pula menggulung kad manila untuk menjadi speaker, yang lain berbisikbisikan dalam kelompok kecil.

SENARIO (i) Sebagai set induksi Cikgu Z memulakan pengajaran kata kerja transitif di kelas 4S dengan menanyakan murid kata kerja yang mereka telah tahu. (ii) Seterusnya,Cikgu Z menerangkan makna kata kerja dan kategorinya yang terdiri daripada kata kerja transitif dan bukan transitif. (ii) Sebagai langkah permulaan, membaca buku teks bersama beliau. Cikgu Z meminta murid-murid dalam kelas

(iv) Sebagai langkah perkembangan, murid diminta masuk ke dalam kumpulan untuk membina lima ayat berpandukan gambar dalam buku. Tatkala itu, pelbagai tingkah laku murid yang tidak diingini telah dikesan seperti diperihalkan di atas.

DIAGNOSIS Mengapa penyertaaan murid dalam kerja kumpulan penulisan ayat adalah kurang merangsangkan? Hal ini berlaku adalah kerana Cikgu Z telah melakukan kesilapan dari segi penggunaan strategi , khususnya adalah penggunaan antara pendekatan induktif dengan deduktif. PRESKRIPSI Pada dasarnya, bagi pengajaran kandungan yang abstrak , seperti pengajaran di atas yang melibatkan pembezaan konsep dalam kata kerja transitif, pendekatan pengajaran yang lebih berkesan ialah terus menghubung kait kandungan pengajaran dengan pengalaman sedia ada pada murid, atau terus memberi murid terus satu pengalaman pengajaran yang berkonteks. Contohnya, murid dalam kelas ditunjukkan satu gambar yang bertemakan senario di pasar. Seterusnya murid-murid ditanyakan soalan mengenai aksi (perbuatan atau kata kerja) watak dalam gambar. Antara contoh soalan yang boleh ditanya adalah seperti: Apakah yang watak dalam gambar buat? (Contoh: membeli sayur/ menjual ikan/ daging/ sayur .....) . Pendekatan pengajaran tersebut dikenali sebagai pendekatan induktif. Ianya adalah bertentangan dari segi penekanan dalam pendekatan deduktif seperti yang telah digunakan oleh Cikgu Z di atas. Pendekatan deduktif menekankan penerangan hukum diikuti dengan pemberian contoh. Pendekatan tersebut hanya sesuai untuk murid yang mempunyai daya pemahaman kognitif yang tinggi. Ia tidak bersesuaian untuk murid yan lemah dan berjenis kinestetik mahupun visual space. .

Anda mungkin juga menyukai