Anda di halaman 1dari 21

MURID DAN ALAM BELAJAR EDU 3103 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Subjek: Kemahiran Hidup Tahun : 5 Tajuk : Jahitan

Tarikh: 20/8/2010 Masa : 30 minit Nilai Murni : Bekerjasama, tolong menolong dan yakin diri

Objektif : Pada akhir pembelajaran ini murid dapat : Menyebut 3 jenis jahitan dan menghasilkan sekurang-kurangnya satu jenis jahitan.

Kemahiran Sedia Ada: Murid boleh mengunting kain dan boleh memasukkan benang ke dalam lubang jarum.

Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 1. Menggunting kain. 2. Memasukkan benang ke dalam jarum. 3. 4. Menjahit jahitan jelujur halus dan jahitan jelujur kasar. Menjahit jahitan sembat.

MURID DAN ALAM BELAJAR EDU 3103

AKTIVITI
Permulaan pembelajaran SET INDUKSI: 1. Guru menunjukkan beberapa barangan maujud seperti baju, tudung dan seluar. 2. Guru meminta murid menyebut nama-nama barangan tersebut. 3. Guru sengaja menggoyakkan sedikit jahitan tepi baju. 4. Guru menguji murid dengan bertanya bagaimana jahitan tepi baju itu akan dapat dicantumkan semula. 5. Murid memberikan jawapan mereka. Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada: 1. Guru memberikan setiap murid sebatang jarum dan benang lalu meminta mereka memasukkan benang itu ke dalam lubang jarum sambil di pantau oleh guru. 2. Guru meminta murid menyerahkan semula benang yang telah di masukkan ke dalam lubang jarum tadi. 3. Guru menerangkan kegunaan jarum dan benang adalah untuk menjahit. Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid. 1. Guru memberitahu hari ini murid akan belajar tiga jenis jahitan sementara yang di namakan jahitan jelujur dan jahitan silang pangkah serta jahitan sembat. 2. Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid.

MURID DAN ALAM BELAJAR EDU 3103

Langkah Pertama 1. Guru menerangkan terdapat pelbagai jenis jahitan dan menyebut pelbagai jenis jahitan asas. 2. . Guru menunjukkan cara untuk menjahit jelulur di hadapan murid. Langkah Kedua 1. Guru menerangkan kepada murid tentang peraturan yang mereka perlu di ikuti semasa berada di dalam bengkel dan peralatan yang akan di gunakan bagi memastikan keselamatan murid. 2. Guru mengedarkan peralatan yang akan di gunakan iaitu jarum jahit, benang, kain dan gunting. 3. Guru mengarahkan murid sekali lagi memasukkan sendiri benang ke dalam lubang jarum masing-masing. 4. Murid membuat jahitan jelulur di atas dengan pemantauan dan bimbingan daripada guru. Langkah Ketiga 1. Guru membimbing mereka untuk menjahit jahitan sempat pada bahagian yang telah dilipat dan telah dijahit dengan jahitan jelujur kasar tadi. 2. Murid menunjukkan hasil kerja masing-masing. Latihan dengan Bimbingan: Murid menjahit dengan bimbingan guru bagi mendapatkan teknik jahitan yang sebenar. Latihan Kendiri: 1. Murid memasukkan sendiri benang ke dalam lubang jarum. 2. Murid menggunting sendiri kain yang di gunakan untuk di jahit.

MURID DAN ALAM BELAJAR EDU 3103 Penutup Pengajaran: 1. Guru meminta murid memberitahu semula nama-nama jahitan yang telah mereka pelajari tadi. 2. Guru mengingatkan semula kepada murid tentang peraturan yang perlu mereka patuhi, semasa menggunakan peralatan untuk menjahit terutamanya jarum dan gunting. ** Aktiviti pengaplikasian dalam kehidupan harian Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan: Murid tahu kegunaan jahitan dalam kehidupan mereka.

MURID DAN ALAM BELAJAR EDU 3103

A. TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL MODELING Definisi Pembelajaran Secara umumnya, learning is about how we perceive and understand the world, about making meaning (Marton & Booth, 1997; dalam buku Fry et al., 2003), dan oleh itu pembelajaran boleh merupakan prinsip abstrak, maklumat fakta, pemerolehan kaedah, teknik dan pendekatan melakukan sesuatu, idea, perlakuan yang bersesuaian bagi situasi tertentu, mengenali sesuatu, dan juga penaakulan (reasoning) (Fry et al., 2003). Pembelajaran dikatakan berlaku apabila terdapat perubahan dalam perlakuan pelajar hasil daripada penglibatannya dalam suatu pengalaman pendidikan (Nicholls, 2002). Terdapat lima jenis teori pembelajaran yang dikemukan oleh tokoh yang berlainan antaranya ialah Teori Behavioris, Teori Konstruktivis, Teori Kognitif, Teori Humanis dan Teori Sosial Modeling. Teori Pembelajaran Sosial Modeling Teori pembelajaran sosial (social learning theory) telah diasaskan oleh Albert Bandura (1986). Beliau menganggap manusia sebagai makhluk yang aktif, berupaya membuat pilihan dan menggunakan proses-proses perkembangan untuk

memperihalkan peristiwa serta berkomunikasi dengan orang lain. Social Cognitive Theory examines the processes involved as people learn from observing others and gradually acquire control over their own behavior ( Bandura 1986, 1997). Teori sosial menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori behavioris bersama dengan teori kognitif. Teori ini juga dikenali sebagai Teori Perlakuan Model. Secara semulajadi, manusia belajar melalui proses peniruan. Individu bukan sahaja meniru tingkah laku yang baik malah tingkah laku yang tidak dapat diterima oleh masyarakat. Albert Bandura, menyatakan bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan

permodelan. Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar.

MURID DAN ALAM BELAJAR EDU 3103

Gambar 1: Gambar di bawah merupakan urutan gambar eksperimen anak patung Bobo

Kumpulan A
Disuruh memerhati sekumpulan orang dewasa memukul, menumbuk, menendang dan menjerit ke arah patung besar Bobo( mendapat hadiah) hasil= meniru apa yang dilakukan orang dewasa malahan lebih agresif

Kumpulan B
Disuruh mmerhati sekumpulan orang dewasa bermesa dengan patung besar Bobo ( mendapat denda) Hasil= tidak menunjukkan sebarang tingkah laku negatif seperti kumpulan A

Kumpulan C
Kanak-kanak disuruh memerhati sekumpulan orang dewasa bermesra dengan patung besar Hasil= tidak menunjukkan sebarang reaksi agresif

Rajah 1: Eksperimen patung Bobo

MURID DAN ALAM BELAJAR EDU 3103

Pembelajaran peniruan yang disarankan dalam Teori Sosial Modeling , terdapat 5 jenis peniruan, antaranya ialah peniruan:

Melalui proses perhatian Meniru gaya penyanyi yang disanjungi

Melalui imaginasi atau pemerhatian secara tidak langsung Meniru watak yang dibaca dalam buku memerhati seorang guru mengajar rakannya

Menggabung TL yangberlainan. Peniruan langsung dan tidak langsung Pelajar meniru gaya gurunya melukis dan cara mewarna daripda buku yang dibacanya.

TL yang ditiru hanya sesuai untuk situasi tertentu sahaja Tiru fesyen pakaian di tv, tapi tak boleh pakai di sekolah.

TL yang ditiru boleh ditonjolkan dalam apa-apa situasi. Pelajar meniru gaya berbudi bahasa gurunya.

Rajah 2 : 5 jenis-jenis peniruan.

MURID DAN ALAM BELAJAR EDU 3103

A. MEMENUHI KEPERLUAN PERBEZAAAN INDIVIDU DAN GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR DALAM PERANCANGAN P&P : . Dalam melaksanakankan aktiviti pembelajaran yang berpandukan teori ini, kami telah mengambil kira perbezaan individu dari segi gaya pembelajaran berkenaan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi memenuhi keperluan perbezaan individu, kami telah menggunakan teknik VAK iaitu Visual, Aural dan Kinestetik.

I.

Visual - kami menggunakan bahan-bahan maujud seperti baju, tali leher dan tuala bagi merangsang dan menarik minat murid yang hebat dalam pengamatan visual. Dalam langkah pengajaran pula, kami menunjukan cara-cara menjahit secara langsung kepada murid.

II.

Aural - kami menggunakan teknik memberi arahan bagi murid yang boleh menggunakan deria dengar yang baik. Kami memberikan arahan dalam setiap langkah pengajaran di mana murid akan mendengar dan mengikut arahan yang diberikan oleh guru.

III.

Kinestetik - kami menggunakan teknik peniruan langsung di mana murid yang tidak boleh duduk diam akan mengikuti pelajaran yang diajar. Dengan ini, murid yang jenis kinestetik juga boleh mengikuti pembelajaran dengan baik.

MURID DAN ALAM BELAJAR EDU 3103

Contoh pengaplikasian teknik VAK dalam pelaksanaan P&P adalah seperti berikut:

Gambar 1 ::Penerangan diberikan oleh Gambar 1 Penerangan diberikan oleh guru


guru

Gambar 2 : Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan

Gambar 3 : Demonstrasi cara jahit ditunjukkan oleh guru

Gambar 4 : Penghargaan diberikan oleh guru terhadap hasil jahitan murid

MURID DAN ALAM BELAJAR EDU 3103

B. TEORI SOSIAL MODELING: PENDEKATAN, STATEGI DAN KAEDAH DALAM PERANCANGAN P&P

INDUKTIF - Pengajaran bermula dengan contoh spesifik kepada generalisasi - Pelajar mengalami satu proses mental yang memerlukan mereka memerhati peristiwa tertentu untuk memperoleh satu generalisasi

PENDEKATAN

Pendekatan yang kami aplikasikan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teori sosial modeling ialah pendekatan induktif. Contohnya, kumpulan kami telah menunjukkan beberapa helai pakaian yang berjahit serta alatalat jahitan bagi merangsang pemikiran murid dan memberi gambaran secara

keseluruhan mengenai pembelajaran. Berdasarkan contoh-contoh tersebut, murid mengalami satu proses mental yang memerlukan mereka memerhati kain-kain yang berjahit dan alat-alat jahitan seperti jarum, benang dan kain seterusnya mereka dapat memperoleh satu generalisasi iaitu mereka akan belajar tentang jahitan asas iaitu jahitan silang pangkah.

10

MURID DAN ALAM BELAJAR EDU 3103

STRATEGI PENGAJARAN

BERPUSATKAN GURU

Guru mengawal keadaan dan berperanan sebagai ketua. Contoh strategi ialah syarahan, demonstrasi dan bercerita (guru sebagai pencerita)

BERPUSATKAN MURID

Murid terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran Menekankan pembelajaran kendiri, arahan kendiri dan inkuiri.

BERPUSATKAN AKTIVITI

Guru melibatkan pelajar dalam aktiviti atau tugasan. Memberikan peluang kepada murid untuk melatih atau mengaplikasikan pembelajaran Guru sebagai pembimbing

11

MURID DAN ALAM BELAJAR EDU 3103

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang kami rancangkan, kami yakin bahawa keempat-empat strategi tersebut boleh diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran jahitan asas dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 5 yang berasaskan Teori Sosial Modeling. Hal ini kerana proses pengajaran dan pembelajaran jahitan asas memerlukan:

Berpusatkan Guru Guru perlu menjadi ketua yang mampu memberi arahan kepada murid supaya berkumpul di suatu tempat di dalam untuk melakukan demonstrasi tentang jahitan asas. Strategi yang digunakan oleh kami ialah

demonstrasi. Murid diarahkan untuk berkumpul di sebuah meja sambil memerhatikan demonstrasi jahitan asas silang pangkah yang kami lakukan.

Berpusatkan Murid Murid terlibat secara aktif dalam aktiviti jahitan asas. Setiap murid mesti menjahit jahitan silang pangkah secara individu.

Berpusatkan Aktiviti Murid melakukan aktiviti jahitan secara individu setelah kami ajar jahitan silang pangkah kepada mereka. Hal ini bertujuan untuk memberi peluang kepada murid untuk mengaplikasikan aktiviti jahitan yang diajar.

12

MURID DAN ALAM BELAJAR EDU 3103

Cara melatih murid memerhati dan melakukan aktiviti mengikut prosedur Menguji daya ingatan murid

Guru atau individu menunjukkan aktivti atau langkah pembelajaran di hadapan kelas

Beri peluang untuk memahami perkara sebenar

KAEDAH DEMONSTRASI

Melibatkan pemerhatian

Melibatkan pendekatan visual Terdapat komunikasi lisan dua hala

Mendengar penerangan

13

MURID DAN ALAM BELAJAR EDU 3103

Berasaskan Teori Sosial Modeling, kaedah demonstrasi merupakan satu kaedah yang sangat sesuai untuk dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini paling sesuai untuk diaplikasikan dan diperakukan oleh Bandura (1961,dalam Ormond,2007) dalam buku Murid dan Alam Belajar yang mencadangkan pembelajaran melalui pemerhatian yang mengkehendaki guru sebagai rol model amat berkesan kerana murid akan menumpukan perhatian kepada model dan memproseskan input sebelum melakukan perkara yang dipelajari.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran jahitan asas silang pangkah kami melakukan demonstrasi jahitan silang pangkah di suatu sudut di dalam kelas yang membolehkan semua murid melihat cara menjahit jahitan silang pangkah. Di samping memerhati kami menjahit, murid juga dapat mendengar penerangan guru tentang langkah-langkah jahitan tersebut. Sekiranya murid tidak memahami sesuatu langkah yang diajar, murid boleh menanyakan soalan terus kepada kami dan pertanyaan tersebut akan kami jawab secara langsung kepada murid berkenaan. Hal ini jelas menunjukkan terdapat komunikasi dua hala dan interaktif antara guru dan murid.

Pendekatan

visual

merupakan

satu

aspek

penting

dalam

proses

pendemonstrasian. Murid dapat melihat langkah-langkah pempelajaran secara jelas dan realistik serta maujud sekaligus memenuhi keperluan individu yang bersifat visual. Kaedah demonstrasi ini juga memberikan pengalaman secara langsung kepada murid yang akan menjadi pengalaman yang bermakna dalam diri murid. Pengalaman sebenar yang dialami oleh murid dalam melakukan aktiviti jahitan membolehkan murid senang mengingat langkah-langkah jahitan silang pangkah tersebut. Di dalam buku hasil karya Dr Tan Ai Mooi, (2010), terdapat satu rangkai kata yang sangat bertepatan dengan kaedah demonstrasi ini ialah saya dengar, saya lihat, saya hanya boleh mengingati 10% hingga 20% isi pengajaran cikgu, saya buat, saya berkongsi dan saya mengajar orang, pemahaman dan ingatan saya meningkat dari 50% hingga ke 90%.

14

MURID DAN ALAM BELAJAR EDU 3103

Oleh hal yang demikian, pengetahuan tentang jahitan silang pangkah yang kami ajarkan kepada murid dapat diaplikasikan dengan membuat penilaian terhadap jahitan tersebut dan mengarahkan murid yang menguasai pembelajaran ini dengan cepat mendemonstrasikan balik langkah jahitan silang pangkah di hadapan kelas atau di hadapan rakan-rakan yang kurang menguasai pembelajaran tersebut. Perkongsian ilmu yang dilaksanakan akan mengukuhkan lagi ingatan terhadap pembelajaran tentang jahitan silang pangkah tersebut.

15

MURID DAN ALAM BELAJAR EDU 3103

D. PENERAPAN NILAI MURNI DAN UNSUR KBKK

Penerapan nilai-nilai murni dalam pelaksanaan P&P yang berkenaan jahitan asas silang pangkah adalah terancang seperti yang berikut:

kerjasama

Guru menerapkan sikap kerjasama dan tolong menolong antara murid sewaktu aktiviti menjahit. Guru membahagikan murid kepada kumpulan mahir dan kurang mahir menjahit. Murid yang mahir menjahit mengajar murid yang kurang mahir menjahit Murid berkerjasama dalam menyiapkan hasil kerja yang kemas dan cantik dalam kumpulan. Guru bersikap prihatin terhadap perbezaan individu dan keperluan muridnya. Guru juga harus bersikap adil dan prihatin terhadap keperluan emosi dengan tidak menyinggung perasaan muridnya.

Sikap prihatin

Guru memberi maklum balas yang baik dan memberikan kata pujian, kata semangat dan penghargaan kepada murid. Guru memberi penghargaan kepada murid yang berjaya menunjukkan hasil kerja yang terbaik. Murid menyedari kepentingan menjahit dan dapat mengaplikasikanya dalam kehidupan seharian yang membawa makna. Murid menerapkan nilai perkongsian ilmu di mana murid yang mahir menjahit akan mengajar murid yang kurang mahir menjahit.

Bersikap berdikari

**Huraian lanjut sila rujuk lampiran A refleksi kumpulan dan refleksi kendiri.

16

MURID DAN ALAM BELAJAR EDU 3103

Penerapan unsur-unsur kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif termasuk pemikiran reflektif bagi memenuhi perancangan p&p adalah seperti berikut :

Murid memahami arahan Pemikiran untuk melaksanakan aktiviti PROSEDURAL jahitan langkah demi langkah

Pemikiran Kreatif

Membimbing, menghayati jenis jahitan yang berlainan dan memperlihatkan keaslian hasil daripada usaha murid yang bervariasi

Pemikiran Reflektif

Memahami kepentingan jahitan dengan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian

17

MURID DAN ALAM BELAJAR EDU 3103

REFLEKSI SAYA TERHADAP PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERPANDUKAN TEORI SOSIAL MODELING NAMA: NORFAUZIATUL AKMA BT MOHD NOOR Ribuan terima kasih diucapkan kepada Dr Tan Ai Mooi kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar, bimbingan, nasihat dan panduan kepada kumpulan kami mengenai Sosial Modeling. Panduan dan bimbingan yang diberikan meliputi aspek perbezaan individu, gaya pembelajaran, kawalan kelas serta cara menguruskan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berjalan. Selain itu juga, kami didedahkan tentang pengetahuan yang berkaitan dengan 4 teori lain iaitu, teori kognitif, teori konstruktivis, teori behavioris dan teori humanistik. Bagi menjayakan proses P&P di dalam kelas kami telah dibahagikan kepada lima kumpulan yang terdiri daripada 3 hingga 4 orang dalam satu kumpulan. Oleh yang demikian kami telah

dipertanggungjawabkan untuk merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran yang berpandukan teori sosial modeling. Menurut Albert Bandura, teori pembelajaran sosial merupakan proses pembelajaran melibatkan individu melihat dan meniru tingkah laku orang lain. Pada pendapat saya, teori sosial modeling ini merupakan guru dijadikan sebagai teladan kepada murid dari pelbagai aspek yang meliputi aspek lisan, tingkah laku dan personaliti. Setiap butir bicara guru yang baik atau tidak serta tingkah laku positif atau negatif yang ditunjukkan oleh guru akan diperhatikan seterusnya akan ditiru oleh murid. Ibarat kata pepatah Cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari. Pepatah ini kelihatan agak kasar, namun hakikatnya adalah sedemikian iaitu murid adalah cerminan bagi seseorang guru sama ada baik atau tidak. Saya memilih teori permodelan sosial kerana teori pembelajaran ini merangkumi dua teori iaitu teori behavioris dan juga teori humanis yang amat berkait rapat

dengan pembelajaran kanak-kanak di dalam kelas. Dengan gabungan antara keduadua teori tersebut, teori permodelan sosial dapat diaplikasikan secara menyeluruh dan lebih berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam teori permodelan sosial ini, terdapat pelbagai unsur peniruan seperti peniruan secara langsung, peniruan

18

MURID DAN ALAM BELAJAR EDU 3103

secara tidak langsung, peniruan gabungan dan sebagainya yang dapat dicontohi oleh murid secara berulang-ulang melalui perwatakan manusia atau human. Semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kelebihan dapat dilihat melalui teori permodelan sosial ini. Antara kelebihannya ialah, murid berasa seronok apabila dapat melakukan aktiviti jahitan asas secara praktikal yang saya ajar. Melalui aktiviti ini murid mendapat pengalaman secara langsung dan juga mengaplikasikan jenis peniruan secara langsung. Selain itu, murid juga mendapat gambaran dan pengalaman secara langsung tentang cara menjahit jahitan silang pangkah. Di samping itu, pengalaman menjahit jahitan ini menjadi pengalaman yang sangat bermakna dalam hidup kerana mendapat peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti kelas di samping memupuk semangat kerjasama serta membina keyakinan diri. Pengalaman tersebut mampu membantu murid lebih mengingati pembelajaran tersebut. Selain mempersiapkan diri dari pelbagai aspek untuk menjadi penyampai ilmu yang pakar, aspek lain seperti perbezaan individu, gaya pembelajaran serta strategi juga perlu ditekankan. Di dalam sesebuah kelas terdapat pelbagai individu yang berbeza seperti individu yang berminat terhadap aktiviti berkumpulan atau sebaliknya. Selain itu, terdapat juga amalan murid yang berfikir secara menumpu, mencapah, asimilasi dan beroientasikan tindakan. Dengan terdapatnya perbezaan individu tersebut maka, gaya pembelajaran juga akan menjadi lebih pelbagai. Oleh sebab itu, sesi pengajaran ini dimuatkan dengan aktiviti memperkenalkan alat-alat jahitan bagi memenuhi keperluan murid yang bersifat visual. Manakala aktiviti jahitan yang dilakukan oleh murid yang melibatkan pergerakan tangan keperluan pelajar yang bersifat kinestatik. Manakala pula untuk memenuhi bagi memenuhi gaya

pembelajaran murid bersifat auditori, arahan diberi dengan jelas supaya murid dapat mengikuti pembelajaran dengan baik. Pendekatan dan strategi yang digunakan ialah eklektik iaitu gabungan antara deduktif dan induktif. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan apabila berpusatkan guru dan berpusatkan murid. Pendekatan ini melibatkan guru sebagai pembimbing dan model semasa

19

MURID DAN ALAM BELAJAR EDU 3103

melaksanakan aktiviti jahitan, manakala murid terlibat secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran melalui penglibatan diri dalam aktiviti jahitan tersebut. Sebagai seorang insan yang bergelar manusia, sudah semestinya mempunyai pelbagai kelemahan diri sepanjang melaksanakan dan mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran ini. Semasa mengadakan aktiviti untuk mengenal pasti jenis-jenis peniruan yang terdapat dalam teori permodelan sosial, kelemahan saya ialah arahan yang disampaikan tidak begitu jelas sehingga menyebabkan murid tidak memahami perkara yang perlu dibuat oleh mereka. Proses pengajaran dan pembelajaran terganggu kerana murid mula menunjukkan reaksi yang keliru dan tidak faham akan tugasan yang diberikan. Hal ini jelas kelihatan apabila saya melakukan pendekatan ekspositori atau penerangan tentang jahitan silang pangkah. Strategi yang saya gunakan kurang berkesan disebabkan oleh kelemahan dan kesilapan diri saya iaitu kurang mahir dalam menyusun atur arahan yang hendak disampaikan supaya menjadi lebih jelas. Hal tersebut juga telah menyebabkan saya mengalirkan air mata kerana tidak dapat menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran mantap seperti yang diharapkan oleh Dr Tan. Saya menjadi lebih emosional apabila Dr Tan menaruh harapan yang sangat tinggi dan yakin bahawa saya mampu melakukan sesi pengajaran yang terbaik. Walaubagaimanapun, perkara yang diinginkan terjadi sebaliknya. Hasil bimbingan dan tunjuk ajar daripada Dr. Tan Ai Mooi yang sangat pakar dalam bidangnya iaitu Ilmu Pendidikan, segala kelemahan diri dapat diperbaiki.

Penambahbaikkan yang dilakukan adalah seperti berikut: Dr. Tan telah memperbetul arahan yang diberikan menjadi lebih pendek dan jelas serta berfokus.

Di samping itu, saya juga telah mempelajari satu perkara yang amat penting iaitu kawalan kelas dan juga bagaimana menyelesaikan masalah yang dihadapi melalui perspektif murid. Berikutan daripada itu, Dr Tan menyarankan saya supaya saya mengubah cara demonstrasi dalam keadaan berdiri ditukar dalam

20

MURID DAN ALAM BELAJAR EDU 3103

keadaan duduk supaya setiap murid dapat melihat dengan jelas demonstrasi jahitan silang pangkah yang ditunjukkan. Selain itu, saya juga perlu memperbaiki dari segi keyakinan diri semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Keyakinan diri dapat dibentuk melalui latihan yang berulang dan mendapatkan ilmu yang banyak daripada pelbagai rujukan melalui bukubuku di perpustakaan dan merujuk kepada orang perseorangan yang pakar dalam ilmu pengetahuan seperti Dr. Tan Ai Mooi.

RUJUKAN Choong Lean Keow PhD.(2008). Murid dan Alam Belajar untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Boon Pong Ying, Noriati A. Rashid, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Siri Pendidikan Guru Murid dan Alam Belajar. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

21

Anda mungkin juga menyukai