Anda di halaman 1dari 4

Refleksi : Perkembangan dan pengurusan murid tahun 1 Setelah 3 minggu menjalani praktikum saya di SJK(C) Pui Ying, tidak

dapat dinafikan bahawa saya menghadapi masalah dalam menguasai

perkembangan dan pengurusan murid-murid. Antara punca-punca menyebabkan masalah ini berlaku adalah seperti berikut: a) Kelemahan diri dalam memahami tahap perkembangan murid-murid melalui hasil-hasil kerja mereka seperti memahami apa yang tersirat dalam lukisan mereka lalu meneroka potensi dan tahap perkembangan mereka.

b) Kekurangan pengalaman dalam pengurusan bilik darjah terutama dalam mengurus tempat duduk murid-murid yang sempurna dalam keadaan kelas yang kecil tetapi bilangan murid yang ramai. c) Kekurangan pengalaman dalam melatih peranan murid supaya mereka sentiasa tegas dengan peranan mereka dalam kumpulan terutama bagi ketua kumpulan. d) Kekurangan penekanan bahasa badan kepada murid-murid yang masih kecil. (e) Suara lembut saya tidak setanding suara murid-murid telah menyebabkan mereka tidak mendengar arahan cikgu. Oleh hal yang demikian, saya akan berusaha untuk mengatasi masalah ini demi murid-murid supaya mereka sentiasa berasa seronok untuk menghadiri kelas. Perkembangan murid tahun 1J Berdasarkan hasil kerja gambar murid-murid 1J, saya dapat mengesan tahap pencapaian perkembangan minda anak murid saya agar perancangan P&P pada

masa akan datang adalah lebih sesuai untuk mereka, dapat menarik perhatian dan mencapai objektif P&P. Contohnya:

Murid : Ryan Hii Gong Cheng

Bayangan murid ini agar luar biasa. Hal ini mungkin, emak baginya umpama raksasa; emaknya mungkin tegas terhadap tingkah lakunya di rumah, maka murid ini telah membayangkan emaknya sebagai raksasa yang dia kenali sebagai sangat garang dan bersaiz besar. Justeru, saya boleh mengesan bahawa murid ini kreatif pemikirannya, maka aktiviti yang dapat menguji minda akan dapat menarik perhatiannya untuk menjana idea yang baru.

Murid : Phua Jin Cheng

Contoh cikgu:

Berdasarkan perbandingan di atas, murid ini telah dapat mencontohi gambar yang ditunjukkan oleh cikgu semasa P&P dijalankan. Ringkasnya, murid ini telah melukiskan baju kepada gambar anak dan mewarnakan bajunya sama dengan contoh gambar cikgu. Maka, murid ini telah berusaha dalam mencontohi

sumber-sumber semasa P&P, yakin usaha ini akan berkembang ke sumbersumber di sekelilingnya.

Murid : Chong Ken Yeng

Jelasnya, tahap perkembangan murid ini masih rendah dan hanya melukiskan gambar-gambar 2D sahaja. Kemahiran melukis dan analisisnya masih boleh dikembangkan lagi pada masa akan datang. Murid ini masih belum menguasai dalam memerhatikan objek-objek di sekeliling kita dengan sempurnanya. Maka, murid ini harus dititikberat dalam usaha memerhatikan objek-objek dengan lebih menyeluruh.

Anda mungkin juga menyukai