Anda di halaman 1dari 3

M15: Tingkah Laku Bermasalah Di Bilik Darjah Tiada Kaitan Dengan Pengajaran Guru

TEKS DEBAT BARISAN KERAJAAN

Tuan Yang Dipertua, Usul pada hari ini berbunyi,. Tingkah Laku Bermasalah Di Bilik Darjah Tiada Kaitan Dengan Pengajaran Guru,. Tuan Yang Dipertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Pertama, izinkan saya melakukan penakrifkan usul secara literal. Mohd Nazar Mohamad ( 1990 ) mentakrifkan tingkah laku bermasalah individu sebagai tingkah laku yang menggangu perjalanan kehidupannya. Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan atau keberkesanan pengajaran dan pengajaran khasnya di dalam bilik darjah. Tingkah laku Bermasalah dapat dikategorikan kepada dua bahagian iaitu tingkah laku bermasalah negatif dan Tingkah laku bermasalah positif. Tingkah laku bermasalah negatif merangkumi Tingkah laku yang menghalang, Tingkah laku yang mengganggu ( disruptif ) dan Tingkah laku anti sosial ( distruktif ). Tingkah laku bermasalah positif pula merangkumi Tingkah laku ingin tahu, Tingkah laku cepat belajar, Tingkah laku pintar cerdas, dan Tingkah laku proaktif. Oleh hal sedemikian, tingkah laku merujuk kepada perbuatan yang dilakukan oleh seseorang. Selain dari tingkah laku bermasalah yang diterangkan di atas, terdapat beberapa ciri-ciri kanak-kanak yang bermasalah dalam tingkah laku seperti di bawah : Suka menakut-nakutkan kanak-kanak yang lebih kecil atau lebih muda dari mereka. Mencederakan kanak-kanak atau rakan sebaya mereka Suka mencari gaduh atau pasal dengan kawan-kawan Sering bercakap bohong atau bercakap besar Melakukan kegiatan negatif seperti mencuri, menghisap rokok Suka menyakiti hati kawan-kawan Menjahanamkan harta benda Tidak duduk diam Suka terjerit-jerit dan menjerit apabila bercakap Tidak mendengar arahan atau kata dari orang tua Panas baran Tidak menyiapkan kerja rumah atau tugasan yang diberi

Tingkah laku bermasalah murid di bilik darjah bukanlah berpunca dengan pengajaran guru. Perkara ini tidak mempunyai sebarang perkaitan. Menurut Hussein Mahmood dan Kamaruddin Abd. Rahman ( 1995 ) di dalam artikelnya bertajuk Beberapa Pandangan dan Pendapat Berkaitan Puncapunca Timbul Masalah Tingkah Laku . :Jurnal Kementerian Pendidikan Malaysia,menyatakan antaranya adalah seperti berikut :-

Faktor yang pertama adalah murid. Menurut Duke ( 1980 ) menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab terhadap perlakuannya sendiri. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikut kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu apa yang dikatakannya sebagai the potential influence of students free will . Mengikut Rabven ( 1977 ) apabila murid-murid tidak berminat dalam mata pelajaran tertentu dan guru pula tidak menarik minat mereka maka murid-murid tersebut akan hilang semangat belajar dan akan melakukan apa jua yang telintas dalam fikiran mereka. Faktor yang kedua adalah faktor keluarga. Mengikut Parsona ( 1964 ) bahawa rumah adalah kilang menghasilkan peribadi manusia. Jika ibu bapa gagal memproses anak-anak mereka di kilang ini maka hasilnya ialah anak-anak yang tidak bermoral. Kajian-kajian Sandstorm ( 1968 ), Maslow, Combs, Kelly dan Rogers ( 1962 ) dan Bee (1975) menunjukkan bahawa perasaan ketegangan akan terluah sebagai perlakuan salah penyesuaian yang dilakukan di rumah dan di sekolah. Menurut Hussein Mahmood ( 1980 ) pula mendapati bahawa masalah besar yang dihadapi oleh pelajar-pelajar adalah masalah-masalah yang berkaitan dengan rumah dan keluarga. Kajian Harbans Kaur ( 1982 ) dan K Kandiah ( 1982 ) mengenai Jevenile Delinquency mengesahkan bahawa hasil dari kajian mendapati pesalah laku bermasalah datangnya dari rumahtangga yang serba kekurangan. Faktor yang ketiga adalah masyarakat setempat. Thrasher ( 1963 ) dan Whyte ( 1943 ) mengatakan apabila salah laku itu sudah menjadi kebudayaan kecil ( sub-culture ) di sesuatu kawasan itu maka individu-individu di dalamnya akan menyesuaikan diri dengan keadaan itu. Akhir sekali adalah faktor sekolah. Marimuthu ( 1980 ) menjelaskan terdapat perhubungan rapat di antara keadaan keluarga yang kucar kacir dengan perlakuan-perlakuan salah laku di

kalangan generasi muda. Saiz sekolah juga memberi kesan kepada murid. Sekolah yang besar atau keadaan bersesak-sesak mempunyai pertalian yang disignifikan dengan masalah tidak berdispilin. Menurut Dunhill ( 1965 ) mendapati keadaan dalam kelas yang tidak dikelolakan dengan baik akan menimbulkan disiplin kerana keadaan demikian akan menimbulkan watak yang kurang baik di kalangan murid. Berdasarkan hujah-hujah yang telah saya sampaikan, jelas sekali menyatakan bahawa tingkah laku bermasalah di bilik darjah tiada kaitan dengan penjagaran guru. Tingkah laku bermasalah murid adalah berpunca daripada faktor-faktor yang telah saya nyatakan sebentar sahaja tadi. Pengajaran guru di dalam bilik darjah bukanlah salah satu faktor tingkah laku bermasalah murid. Sekian, terima kasih.

TEKS DEBAT PEMBANGKANG Tuan Yang Dipertua, barisan kerajaan dan rakan sebarisan pembangkang serta sidang dewan yg di hormati sekalian. saya mohon untuk terus membangkang. Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa usul yg saya perdebatkan hari ni adalah Tingkah Laku Bermasalah Di Bilik Darjah Ada Kaitan Dengan Pengajaran Guru. Menurut Robert H Woody di dalam bukunya berjudul The School and the Behaviour Problem Child menyatakan semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam berbagai bentuk dan ragam. Kanak-kanak tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan suasana pembelajaran. Keadaan begini selalu menjejaskan pelajaran dan keupayaan mereka untuk belajar dan berhubung dengan orang lain. Kebelakangan ini tingkah laku bermasalah menjadi topik perbincangan di kalangan

masyarakat umum. Nampaknya tingkah laku bermasalah boleh menyebabkan ketidakseimbangan di antara emosi dan aktiviti kehidupan seharian individu. Tingkah laku bermasalah juga memberi kesan yang buruk dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Umumnya , sekolah rendah merupakan tapak utama asas pendidikan. Dari sini, kanak-kanak dibentuk mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Guru memainkan peranan utama membentuk keperibadian tingkah laku muridmurid semasa berada di sekolah. Selain dari tanggungjawab ibu bapa, guru adalah orang yang penting dalam menghasilkan insan yang sempurna dalam pendidikan. Dengan bertambahnya bilangan anggota masyarakat yang berpendidikan moden, sikap yang tidak mementingkan kanakkanak ini telah beransur berubah. Masalah tingkah laku sememangnya sering dihadapi oleh guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Bukannya mudah untuk menguruskan masalah tingkah laku di kalangan murid-murid. Adakalanya ia dapat dikawal dan ada kalanya ianya seperti barah yang boleh menyebabkan lumpuhnya proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Yang pasti, tanggungjawab seorang guru di sekolah amat berat sekali. Bak kata pepatah Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul . Itulah hakikat tugas seorang guru di sekolah. Apabila berlaku salah laku di kalangan murid-murid, maka guru akan dipersalahkan dan jari dituding ke arah guru. Tingkah laku bermasalah boleh berupa negatif atau positif. Yang pastinya tingkah laku bermasalah ini boleh membawa kesan yang tidak baik atau memudaratkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab seorang guru mengenalpasti murid-murid yang bertingkah laku bermasalah di dalam kelasnya agar strategi atau teknik tertentu dapat digunapakai bagi memastikan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dapat berjalan dengan lancar serta berkesan. Kesimpulannya, pengajaran guru di sekolah menyumbang kepada Tingkah laku bermasalah murid di bilik darjah. Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, guru seharusnya

mempelbagaikan kaedah untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran agar murid tidak berkelakuan negatif. Murid akan berkelakuan negatif jika mereka mendapati guru yang mengajar adalah membosankan bagi mereka.

Anda mungkin juga menyukai