Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA PERTANDINGAN HOKI TERTUTUP INSTITUSI PERGURUAN KAMPUS BATU LINTANG 2012 KUCHING SARAWAK

PENGANJUR: KELAB HOKI PISMP JANUARI 2012

TARIKH : 15 SEPTEMBER 2012

HARI : SABTU

TEMPAT :
TEMPAT LETAK KERETA INSTITUT PERGURUAN KAMPUS BATU LINTANG

1.0 PENGENALAN Permainan hoki diperkenalkan ke Malaysia seawal tahun 1892. Namun pada peringkat awal ini, ia hanya berjaya menarik minat orang-orang Inggeris dan Eropah yang bertugas di sini. Penduduk tempatan masih belum dapat menerimanya pada peringkat ini. Pada tahun 1904, perlawanan hoki antara negeri pertama kali diadakan di negara kita, iaitu di antara Selangor dan Singapura. Mulai tahun 1920 barulah permainan ini berjaya menarik minat penduduk tempatan. Dari sehari ke sehari bilangan mereka yang mempelajari dan bermainnya mulai meningkat. Kini hoki berjaya menjadi salah satu acara sukan yang diminati di negara ini. Semua peringkat umur bermainnya samada lelaki dan juga perempuan.

2.0 MATLAMAT Pengelolaan pertandingan ini dapat memberi pendedahan awal kepada guru pelatih tentang cara-cara untuk menguruskan pertandingan hoki pada masa hadapan. Guruguru pelatih juga diharapkan untuk dapat menimba ilmu dan pengalaman daripada penganjuran pertandingan tersebut. Penglibatan guru-guru pelatih dalam aktiviti berfaedah pada masa kuliah diharapkan dapat membantu menjayakan pengelolaan pertandingan ini.

3.0 OBJEKTIF 1. Memahami tantang peraturan permainan hoki. 2. Menambahkan ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran asas dalam aspek teknikal. 3. Memberi pengalaman kepada guru pelatih dalam penganjuran pertandingan hoki. 4. Memupuk nilai murni dalam kalangan ahli pasukan seperti bekerjasama bagi mencapai matlamat pasukan.

4.0 TARIKH DAN TEMPAT Tempat: Tempat Letak Kereta Institusi Perguruan Kampus Batu Lintang Masa: 8.00 pagi-6.00 petang Tarikh: 15 September 2012

5.0 AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA PERTANDINGAN HOKI TERTUTUP IPGKBL 2012 KUCHING SARAWAK Penasihat: Encik Dana Raja A/L Narayanasamy Pengerusi: Azianna Jowinis Naib Pengerusi: Aziz bin Polai Setiausaha: Samantha Elesha Anak Salambau Naib Setiausaha: Chin Siew Fen Bendahari: Yong Wen Hui Ahli Jawatankuasa Kecil i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Makanan: Nur-Hafifi binti Muhie Alatan: Teo Tzong Xiong Publisiti: Sumanti Abdullah Kebersihan: Mohd. Aznal Arief Bin Ramli Penyediaan Tempat: Mohd. Azad Abdillah Bin Hashim Hadiah: Macliffton Tembak Sinau Keselamatan: Lim Hui Chi Teknikal: Myrone Ria

6.0 PENGANJUR Pertandingan ini dianjurkan oleh pelajar Gerko Hoki PISMP (Pengajian Bahasa Melayu, Pra Sekolah, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina) Ambilan Januari 2012.

7.0 SASARAN PESERTA Pertandingan terbuka bagi semua guru pelatih Institusi Perguruan Kampus Batu Lintang.

8.0 PERATURAN PERTANDINGAN HOKI 1. Setiap pasukan hoki perempuan mempunyai 6 orang pemain dan pasukan lelaki pula mempunyai 5 orang pemain. 2. Tempoh permainan ialah 15 minit (7 minit pertama/ 7 minit kedua/ rehat 1 minit) 3. Pemain tidak dibenarkan untuk bermain menggunakan bahagian belakang kayu hoki. 4. Pertandingan ini akan diadili berdasarkan Peraturan Hoki Antarabangsa (FIH). 5. Keputusan pengadil adalah muktamad.

9.0 PENUTUP Semoga pertandingan hoki ini dapat mencapai matlamat dan objektif yang dinyatakan. Diharapkan pertandingan ini dapat mencungkil bakat-bakat baru agar menjadi pelapis pada masa hadapan dan juga menghasilkan bakal-bakal guru yang seimbang secara holistik.

Anda mungkin juga menyukai