Anda di halaman 1dari 19

PERANAN KRIPTOGRAFI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

KRIPTOGRAFI
Kriptografi berasal daripada perkataan bahasa Yunani iaitu crypto yang
bermaksud rahsia ataupun tersembunyi dan graphy yang bermaksud tulisan. Oleh itu,
kriptografi dapat didefinisikan sebagai suatu

tulisan yang bersifat rahsia dan tidak

mudah dibaca oleh orang lain secara umum. Manakala, kriptologi pula merupakan
bidang ilmu yang berkaitan kriptografi.

Kriptografi adalah suatu kaedah untuk memastikan pesanan rahsia sentiasa


dilindungi dan tidak terancam. Ia merupakan suatu cara bagaimana sekurangkurangnya dua orang saling bertukar pesanan tanpa ancaman luar. Ertinya, hanya
orang-orang yang terlibat dalam komunikasi tersebut sahaja yang memahami maksud
pesanan pengirim. Mereka yang menggunakan kriptografi perlulah sentiasa berhati-hati
kerana walaupun secara teori sistem tersebut selamat, namun ia juga boleh terdedah
kepada penyahkodan jika sistem ini disalahguna.

Kriptografi terdiri daripada enkripsi dan dekripsi. Enkripsi adalah suatu proses
mentransformasikan pesanan yang hendak dikirim (plaintext) sehingga menjadi suatu
pesanan yang tidak dapat dikenalpasti (ciphertext). Dekripsi merupakan lawan dari
enkripsi, iaitu suatu proses mengembalikan ciphertext menjadi plaintext. Enkripsi dan
dekripsi memerlukan bantuan yang disebut sebagai kunci. Dalam proses enkripsi dan
dekripsi, ada yang menggunakan kunci yang sama, namun ada pula yang
menggunakan sepasang kunci yang berbeza. Kesemua proses enkripsi, dekripsi, dan
pembangkitan kunci dibuat berdasarkan suatu algoritma. Suatu algoritma dibuat
berdasarkan fungsi-fungsi matematik.
Prinsip asas kriptografi moden ialah aloitma yang digunakan di dalam apa jua
sistem kriptografi perlu diketahui oleh umum. Langkah tersebut adalah bagi memastikan
pakar dapat menganalisis sistem tersebut dan seterusnya mengesahkan tahap

pertahanannya terhadap apa jua serangan penyahkodan yang berlaku. Hal ini juga
bermaksud data yang telah dienkripsi bergantung kepada kerahsiaan kunci dan
bukannya pada algoritma enkripsi dan dekripsi.

APLIKASI KRIPTOGRAFI

Perisikan
Perang
Kod Bar

MyKad

Peranan
Kriptografi
dalam
Kehidupan
Seharian

Pasport

Cakera
Padata

Siaran
ASTRO
Kad ATM

Perisikan Peperangan

Kredit Kad

Semasa peperangan berlaku, setiap perisik akan cuba untuk membaca mesejmesej rahsia dari pihak musuh mereka. Pasukan perisikan amat penting kerana ia
boleh menyediakan pelbagai maklumat rahsia yang diperlukan untuk memenangi
pertempuran semasa berperang. Pihak yang berjaya mendeskripsi mesej pihak musuh
akan menyerang secara senyap supaya musuh-musuh tidak menukar sistem kriptografi
mereka.

Antara kejayaan penyahkodan ialah pada awal tahun 1917 apabila satu mesej
dari negara Jerman yang dikenali sebagai telegram Zimmermann telah dihantar ke
Amerika Syarikat. Di dalam mesej tersebut, Duta Besar Jerman yang berada di Mexico
diminta untuk menawarkan penyatuan dengan kerajaan Mexico dan sebagai ganjaran,
Mexico akan memiliki Texas, New Mexico dan juga Arizona. Mesej Zimmerman ini agak
panjang dan terdiri daripada kira-kira seribu kumpulan kod berangka. Mesej yang
dialamatkan kepada duta Jerman di Amerika Syarikat tu berjaya dinyahkodkan oleh
tentera Amerika.

Dua penyahkodan tentera mengakui bahawa mesej dikodkan udi dalam kod
diplomatik Jerman ia dikenali sebagai 0075 (bahagian mereka telah menyelidik kod
iniselama berbulan - bulan). Mereka mampu untuk memecahkan kod itu dengan
menemui bahawa 0075 adalah salah satu daripada siri kod dua bahagian. Ia telah
ditentukan oleh Pejabat Luar Jerman iaitu kod ini mengandungi dua sifar dan dua digit,
di mana kedua-dua digit sentiasa menunjukkan perbezaan aritmetik 2. Oleh itu dengan
menemui cara tersebut, penyahkodan perisikan dapat memecahkan kod ini

dan

menghalang daripada berlakunya penyatuan.

Kini, kriptografi bukan sahaja digunakan oleh perisik. Namun, tanpa disedari
kriptografi sebenarnya diaplikasikan di mana-mana sahaja di sekitar kehidupan kita.

Selain menyembunyikan rahsia, kriptografi juga berperanan memberi pengesahan


kepada pengguna yang sah bagi mengelakkan pindaan maklumat yang tidak dapat
dikesan dan mencegah penggunaan rangkaian tanpa kebenaran oleh penceroboh.
Sebenarnya, boleh dikatakan kesemua rakyat Malaysia adalah pengguna peranti yang
menggunakan kiptografi. Semakin maju perkembangan teknologi canggih masa kini,
semakin banyak juga peranti yang dihasilkan menggunakan kriptografi sebagai agen
keselamatan maklumat. Salah satu peranti yang mengandungi kriptografi

yang

sentiasa digunakan dalam kehidupan seharian kita ialah kad pengenalan MyKad.
MyKad

MyKad merupakan kad menggunakan teknologi cip yang mempunyai ciri-ciri


keselamatan yang amat tinggi. Kualiti setiap cip pada kad tersebut telah pun diuji
ketahanannya oleh pihak Institut Penyelidikan Industri dan Standard Malaysia (SIRIM).
MyKad ini berfungsi sebagai kad pengenalan bagi semua warganegara Malaysia. Oleh
itu, kegunaan cip pada kad ini adalah supaya data-data pemegang MyKad yang sah
dapat disimpan dengan selamat. Teknologi cip pada kad ini juga menggunakan
pengesahan kekunci simetri kriptografi dan elalui proses enkripsi bagi melindungi data
sistem operasi pelbagai lapisan dengan landasan cip yang selamat. Pada tahun 2012.
kapasiti MyKad ini telah meningkat daripada 64kb kepada 80kb. Peningkatan kapasiti
ini membolehkan lebih banyak data dapat disimpan pada kad tersebut.

Selain itu, MyKad juga menggunakan dua jenis teknologi biometrik bagi
mengenalpasti pengenalan diri pemegang kad seperti gambar berwarna dan Sijil Digital
pengesahan diri. Ciri keselamatan yang lain pada kad ini ialah ghost image yang
menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan
berlakunya pemalsuan MyKad.

Rajah 1: MyKad yang berfungsi sebagai kad pengenalan diri

Sebenarnya, aplikasi utama yang memuatkan Sijil Digital (Digital Certificate) dan
Kekunci Persendirian (Private Key) di dalam MyKad ini adalah Aplikasi Prasarana
Kekunci Awam yang juga dikenali sebagai Public Key Infrastructure. Sijil Digital yang
terkandung pada kad ini membolehkan beberapa transaksi dilakukan secara elektronik.
Antaranya ialah pengesahan, di mana sesiapa sahaja tidak boleh menyamar sebagai
pemegang kad orang lain. Pembuktian pula dapat dilihat pada tandatangan digital
sebagai bukti sah transaksi. Manakala, maklumat sulit pula boleh dienkrip sebagai sulit.
Selain itu, integriti juga dapat dilakukan iaitu tiada pihak ketiga yang mampu mengubah
sebarang maklumat pada MyKad.

Kesimpulannya, semua warganegara Malaysia yang sah kerakyatannya wajib


mempunyai sekeping MyKad tersendiri yang tidak mungkin sama dengan mana-mana
MyKad yang dimiliki oleh individu lain. Menerusi ciri-ciri keselamatan yang terdapat
pada MyKad tersebut, tidak akan wujud masalah pemalsuan MyKad di negara ini.

Kad ATM (Automated Teller Machine)


Bagi menjalankan urusniaga perbankan seperti mengeluarkan wang tunai,
pertanyaan baki, pemindahan wang dan penukaran nombor PIN, kad ATM iaitu
Automated Teller Machine telah pun dicipta dan digunakan. Seperti MyKad, kad ATM
juga mempunyai cip tertentu yang merangkumi suatu sistem yang dapat menjamin
keselamatan kad ATM dan boleh menyimpan pelbagai data berbanding sistem jalur
magnetik yang pernah digunakan sebelum ini.

Ciri-ciri keselamatan amat dititikberatkan pada penggunaan kad ATM kerana ia


sering terdedah untuk digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Hal ini kerana
setiap kali kita menggunakan mesin ATM atau pun membeli produk dan servis atas
talian, kita akan menghantar data pada kad ATM kepada pihak yang sepatutnya.
Namun, jika data yang dihantar dipintas oleh pihak ketiga, sistem kewangan kita
berisiko untuk digodam dan dicuri oleh mereka. Jika berjaya, mereka akan menyamar
sebagai pengeluar wang yang sah kerana ATM bertindak balas berdasarkan enkripsi
yang diterima. Pencuri boleh menggunakan isyarat yang sama ke ATM tersebut
berulang kali untuk menipu dan mengeluarkan wang secara haram.

Rajah 2 : Kad ATM

Kad ATM bercip mempunyai sistem operasi dan ciri-ciri keselamatan yang
tersendiri. Nombor pengenalan peribadi (PIN) yang perlu dimasukkan ke dalam sebuah
mesin ATM bersama-sama dengan kad ATM untuk mengesahkan bahawa kad itu
sedang digunakan oleh individu yang sah, boleh disimpan sama ada di dalam komputer
bank dalam bentuk enkripsi (seperti cipher) atau dienkripsi pada kad itu sendiri. Aplikasi
kriptografi yang digunakan ini dipanggil sebagai satu hala yang bermaksud ia adalah
mudah untuk untuk mengira dan padankan sifer daripada kunci bank dan PIN
pelanggan tetapi tidak boleh dilakukan hanya dengan mengira PIN plaintext sifer
daripada bank walaupun kunci diketahui. Oleh itu, fungsi Utama kad ATM ini ialah
keupayaannya untuk menyimpan data, menghantar data, dan menerima data
kewangan dengan cara yang selamat.

Kad Kredit
Kad kredit pintar turut mengaplikasikan aspek kriptografi kerana ia mempunyai
pemproses mikro yang terdapat di dalam kad tersebut. Kad kredit ini telah mula
digunakan pada tahun 1984 di Perancis dan kriptografi adalah asas kepada kad ini
untuk berfungsi dengan beberapa cara tertentu. Pengguna kad kredit perlulah
mengesahkan identiti mereka setiap kali proses transaksi dilaksanakan sama seperti
kaedah nombor PIN yang digunakan bersama kad dan mesin ATM.

Aplikasi kriptografi digunakan apabila kad dan pembaca kad melaksanakan


enkripsi pertukaran sign-countersign untuk mengesahkan bahawa setiap daripada
mereka (kad dan pembaca kad) adalah sah. Setelah disahkan, transaksi yang ingin
dilakukan akan dijalankan dalam bentuk dienkripsi untuk menghalang sesiapa sahaja,
termasuk pemegang kad atau pemegang pembaca kad daripada mengetahui
bagaimana transaksi tersebut dijalankan. Ia adalah untuk mengelakkan daripada mana

mana individu menyamar sebagai mana mana pihak (pemegang kad atau
pemegang pembaca kad) untuk menipu sistem. Protokol ini dilakukan dalam dengan
cara yang tersembunyi daripada pengguna kecuali untuk keperluan memasuki PIN
untuk memulakan urus niaga.

Rajah 3:
Siaran

Kad kredit
Televisyen

ASTRO
Sebenarnya, lebih tiga juga penduduk di Malaysia adalah merupakan pengguna
rangkaian ASTRO yang mengandungi pelbagai saluran rancangan televisyen dari
pelusuk negara. Setiap pelanggan ASTRO sebenarnya adalah pengguna kriptografi
tanpa mereka sedari. Penggunaan kriptografi ini terdapat pada kad pintar Astro yang
dimasukkan ke dalam slot yang terletak pada dekoder Astro tersebut bagi menikmati
siaran Astro yang dilanggani.

Malah, setiap kad pintar Astro ini juga mempunyai master key di mana hanya
pelanggan Astro yang sah dan membayar yuan langganan sahaja dapat menikmati
rancangan-rancangan menarik di Astro. Fungsi utama master key ini adalah untuk
menjana sub key yang mendekripsi setiap paket yang dipancarkan melalui satelit pada
setiap kurang dari sepuluh saat ke piring Astro pengguna.
Sekiranya master key yang digunakan adalah sah, maka setiap paket yang
diterima akan dapat didekripsi dengan betul. Lantas, para pelanggan akan dapat
menonton apa sahaja siaran yang mereka ingini di Astro. Malah, pihak Astro pula akan
sentiasa memperbaharui master key semua pelanggan dari semasa ke semasa dan
hanya pelanggan yang telah membuat pembayaran yuran langganan sahaja akan
dapat terus menikmati pakej-pakej Astro yang mereka langgani.

Rajah 4: Kad pintar Astro

Pasport Antarabangsa Malaysia


Sebagai satu prosedur yang wajib dilaksanakan semasa keluar masuk melintasi
sempadan negara ini, dokumen perjalanan yang sah amat penting. Sehubungan
dengan itu, kegunaan pasport yang sah merupakan suatu kemestian yang perlu
dipatuhi bagi merekodkan semua operasi keluar masuk yang berlaku di sempadan
negara. Oleh itu, pihak imigresen perlu mengetatkan langkah prosedur untuk warga

asing kerana unsur-unsur yang tidak diingini mungkin boleh memasuki negara ini
dnegan mudah sekiranya tiada rekod yang dicatatkan.

Maka, satu sistem keselamatan telah pun diperkenalkan yang dikenali sebagai
penggunaan RFID iaitu Radio Frequency Identification Device yang terdapat ada
pasport antarabangsa Malaysia. RFID ialah pengaplikasian sistem tanpa wayar yang
menggunakan medan elektromagnet frekuensi radio untuk memindahkan data dari tag
dilampirkan kepada sesuatu objek. Hal ini bermaksud tag berkenaan tidak perlu
menggunakan kuasa bateri pun untuk beroperasi.

Kebiasaannya, RFID digunakan untuk tujuan pengenalan automatik dan


pengesanan. Penggunaan RFID bukan sahaja dapat meningkatkan tahap keselamatan
dokumen perjalanan, malahan ia juga boleh digunakan untuk memudahkan dan
mempercepatkan proses pemeriksaan imigresen. Dengan adanya RFID, Pegawai
Imigresen bukan sahaja boleh mendapatkan semua data yang dikehendaki, malah
mereka juga dapat mengesan jika pemegang pasport mempunyai butiran pasport yang
tidak sah ataupun palsu.

Bagi membolehkan data diperolehi daripada pasport(tag), pembaca data (reader)


diperlukan untuk berinteraksi dengan tag. Menerusi protokol ini, data rahsia tag tidak
akan dihantar melalui saluran komunikasi yang tidak selamat antara tag dan reader.
Reader akan memberi challenge kepada tag yang akan bertindak balas menggunakan
kunci kriptografi dan juga nilai rahsia. Sekiranya tindak balas yang diberikan adalah
betul, maka data akan dapat dibaca oleh reader dengan baik dan lancar. Protokol ini
juga

menggunakan

kaedah

kekunci

simetri

kriptografi

ataupun

public

key

cryptography. Tag yang menggunakan kriptografi biasanya melibatkan kos yang lebih
tinggi berbanding tag yang tidak menggunakan kriptografi . Ini menyebabkan ianya tidak
digunakan secara meluas dan terhad. Di samping itu, tag yang menggunakan

kriptografi juga dapat mencegah daripada berlakunya pengklonan tag dan pemalsuan
pasport.

Rajah 5: Pasport Malaysia

Cakera Padat.
Cakera padat adalah merupakan peranti yang amat popular kerana ia digunakan
secara meluas di seluruh pelusuk dunia. Fungsinya yang pelbagai dan dan bentuknya
yang praktikal menjadikan ia sebagai pilihan utama pencipta perisian komputer,
permainan video, penerbit filem mahupun pemuzik. Namun begitu, dengan penggunaan
cakera padat yang meluas juga, pelbagai kegiatan cetak rompak telah berlaku dengan
jualannya yang dijalankan di merata tempat secara haram. Oleh itu, bagi
menyelesaikan isu ini, penggunaan kunci produk (product key) telah pun diperkenalkan
bagi membanteras kegiatan cetak rompak.

Rajah 6: Cakera padat

Kunci produk yang juga dikenali sebagai kunci perisian merupakan perisian
berasaskan kunci untuk program di dalam komputer, Ia berupaya memperakui bahawa
salinan program tersebut adalah asli ataupun tidak. Pengaktifan kadangkala dilakukan
di luar talian iaitu dengan cara memasukkan kunci. Terdapat juga pengaktifan yang
dilakukan di dalam talian. Proses pengaktifan ini diperlukan untuk mencegah pengguna
lain menggunakan kunci yang sama. Namun, tidak semua perisian mempunyai kunci
produk. Hal ini disebabkan pencipta perisian boleh memilih untuk menggunakan kaedah
yang berbeza untuk melindungi hak cipta mereka. Dalam beberapa kes pual seperti
perisian sumber terbuka, perlindungan hak cipta tidak digunakan.

Permainan video pula menggunakan kunci produk untuk mengesahkan bahawa


ia tidak disalin semula. Sebagai contoh, seseorang pengguna tidak dapat bermain
permainan video di dalam talian tanpa kunci produk yang asli dan unik. Pengguna juga
tidak dibenarkan untuk bermain dalam talian dengan dua kunci produk yang serupa
pada masa yang sama. Kunci produk terdiri daripada satu siri nombor dan juga huruf. Ia

biasanya dimasukkan oleh pengguna semasa pertama kali menggunakan perisian


komputer tersebut. Kunci produk dimanipulasikan menggunakan algoritma matematik
secara kriptografi dan cuba untuk memadankan keputusan untuk satu nilai yang sah.
Sekiranya kunci produk yang dimasukkan itu betul, maka pengesahan akan diberikan
dan pengguna dapat menggunakan perisian tersebut.

KOD BAR
Kod bar merupakan kod optik yang boleh dibaca dengan menggunakan
peralatan khas. Ianya mewakili data yang bekaitan dengan objek yang dipasangkan
kepada

kod

bar

tersebut.

Pada

asalnya,

kod

bar

mewakili

data

dengan

mempelbagaikan lebar dan jarak garisan selari, di mana ia dirujuk sebagai linear.

Kemudian, penghasilan ko bar berkembang menjadi segi empat tepat, titik,


heksagon dan lain-lain corak dalam bentuk dua dimensi (2D). Walaupun dengan sistem
2D menggunakan kod bar pelbagai simbol, secara amnya ia masih dirujuk sebagai kod
bar. Kebiasaannya, kod ba digunakan pada produk barangan yang dijual di pasaraya.
Ini adalah untuk memudahkan juruwang menjalankan tugas ketika proses pembayaran
oleh pelanggan. Dengan hanya satu klik pada pengimbas kod bar, harga dan nama
produk dipaparkan pada skrin juruwang. Selain daripada memudahkan juruwang di
sesebuah pasaraya, penggunaan kod bar ini dapat membantu pihak pengurusan
memantau jumlah produk yang telah berjaya dijual.

Pengimbas kod bar digunakan untuk mengimbas kod bar tersebut. Data akan
dihantar oleh rangkaian tanpa wayar ataupun berwayar kepada pelayan web yang
selamat. Melalui kaedah kriptografi, pengesahan akan diberikan dan data akan
dikembalikan kepada pengimbas oleh rangkaian tanpa wayar ataupun berwayar.
Sebenarnya, data yang terdapat pada sesuatu kod bar sebenarnya dilindungi dengan
penggunaan kriptografi. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan data tersebut diolah

oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebagai contoh, sekiranya data ataupun
harga sesuatu barang diubah sehingga menjadikan harganya terlalu murah di sesebuah
pasaraya, mungkin ia akan menyebabkan kerugian besar kepada pasaraya berkenaan.

Rajah 7: Kod bar

Sejak zaman dahulu lagi pemimpin-pemimpin dunia telah menggunakan sistem


komunikasi secara tersembunyi. Apa yang dimaksudkan dengan tersembunyi dalam
komunikasi secara selamat ialah dengan menggunakan kriptografi sebagai medium
perantaraan. Dengan adanya kriptografi, jika sesuatu maklumat dapat dipintas oleh
musuh, mereka tidak mungkin dapat mengetahui atau membaca isi kandungan
maklumat tersebut. Ini adalah kerana maklumat tersebut telah diubah atau diolah ke
dalam bentuk yang tidak boleh dibaca dengan mata kasar. Hanya penghantar maklumat
dan penerima yang sepatutnya sahaja yang dapat mengetahui isi kandungan maklumat
yang dihantar.

Namun begitu, setiap kod rahsia tetap dapat dibongkar dengan adanya kuasa
komputer yang bertambah canggih setiap masa seiring dengan kemajuan teknologi
moden yang lain. Tetapi, dengan adanya penggunaan kriptografi, sekurang-kurang kita
dapat mempertahankan sistem komunikasi daripada digodam oleh musuh. Justeru itu,
kita haruslah sentiasa mempertingkatkan tahap kesedaran kita tentang keselamatan
informasi yang kini telah menjadi bahan bualan dunia agar kita bersedia menghadapi
segala kemungkinan yang bakal berlaku.

BANDING BEZA PENGGUNAAN KRIPTOGRAFI KUNCI UMUM DIFFIE-HELLMAN


DENGAN ALGORITMA YANG DICIPTAKAN OLEH RIVEST, SHAMIR DAN ADLEMAN.
Pada awalnya algoritma-algoritma kriptografi yang ada menggunakan kunci yang
sama (simetris) untuk melakukan proses enkripsi dan proses dekripsi. Jadi cukup
dengan satu buah kunci proses enkripsi dan dekripsi dapat dijalankan. Namun hal ini
dapat mengancam keamanan proses komunikasi jika menggunakan algoritma
kriptografi dengan kunci simetris. Sebagai contoh ketika Alice dan Bob akan melakukan
komunikasi yang aman dengan menggunakan proses enkripsi untuk tiap pesan yang
akan dikirim maka pertama-tama Alice akan memberitahu Bob kunci yang akan
digunakan untuk melakukan proses enkripsi dan dekripsi pesan. Hal inilah yang
membuat algoritma kriptografi dengan knci simetri kurang aman, karena kita harus
memberitahu pihak lawan komunikasi kunci yang digunakan untuk melakukan proses
enkripsi dan dekripsi. Jika pada proses pemberitahuan kunci disadap atau pihak yang
tidak berhak mengetahui kunci ini maka proses komunikasi dengan kunci ini menjadi
tidak aman sama sekali.

Berikut ialah banding beza di antara penggunaan kriptografi Kunci Umum DiffieHellman dengan algoritma yang diciptakan oleh Rivest, Shamir dan Adleman.

Jadual 1: Banding beza penggunaan kriptografi


DIFFIE-HELLMAN

Algoritma

RIVEST, SHAMIR DAN ADLEMAN

Diffie-Hellman

menggunakan Algoritma RSA menggunakan kunci publik

pertukaran data untuk menghasilkan suatu dan kunci privat untuk pertukaran kunci
kunci

simetris

yang

digunakan

proses enkripsi dan dekripsi

untuk antara pihak yang berkomunikasi.

Algoritma Diffie- Hellman memerlukan 8 Algoritma

RSA

memerlukan

buah

buah pembolehubah yang mempunyai pembolehubah yang memiliki peranannya


peranan masing-masing iaitu P, G, XA, yang tersendiri iaitu P, Q, N,TE, E
XB, YA, YB, Key A, dan Key B.
(Enkripsi) dan D (Dekripsi)
Pada Algoritma Diffie-Hellman, tidak perlu Bagi melakukan pertukaran pesanan, dua
dilakukan perhitungan dua buah kunci pasang kunci diperlukan iaitu satu pasang
kerana kunci digunakan hanya untuk kunci untuk pihak pertama dan satu lagi
proses enkripsi dan dekripsi.
kunci untuk pihak lawan.
Algoritma Diffie-Hellman lebih cepat dalam Algoritma RSA mempunyai dua buah
membangkitkan sepasang kunci kerana ia perkalian bilangan BigInteger (PxQ) dan
menggunakan

perhitungan

yang

sedikit berbanding algoritma RSA.

lebih (P-1)(Q-1) yang menyebabkan waktunya


lebih lama berbanding algoritma Diffie-

Hellman.
Keamanan kunci Algortima Diffie-Hellman Keamanan

kunci

Algoritma

RSA

bergantung pada kerahsiaan nilai XA dan bergantung pada nilai P dan Q yang
XB

yang

dipilih

oleh

pihak

masing- ditentukan pada proses pembangkitan

masing .

kunci. Jika nilai N yang disebarkan ke


pihak lain dapat difaktorkan menjadi niali P
dan Q, maka keamanan kunci tidak dapat

Algoritma

Diffie-Hellman

pertukaran

antara

dua

dijamin lagi.
memerlukan Algoritma
RSA
pihak

tidak

memerlukan

yang pertukaran data kepada pihak lawan untuk

berkomunikasi untuk membangkitkan nilai membangkitkan kunci. Sekiranya ingin


kunci.

Sekiranya

ingin

melakukan berkomunikasi dengan pihak lain maka

komunikasi dengan pihak lain, maka ia cukup dengan mengirimkan kunci publik
melakukan kembali proses pertukaran yang telah dibuat sebelumnya.
kunci dari awal.

Apabila kita hanya memperhatikan nilai O(n) saja yang mana untuk DiffieHellman dapat ditarik kesimpulan bahawa O(n) = n . 2n,sedangkan untuk RSA nilai O(n)
= n . log(n) maka Diffie-Hellman lah yang memiliki keunggulan di atas RSA kerana
secara grafik Diffie-Hellman lebih menaik secara eksponensial sebab pada dasarnya

grafik y = 2x merupakan grafik yang sudah menaik secara eksponensial dan dipertegas
lagi dengan kehadiran n.
Rajah 8: Perbandingan grafik Diffie-Hellman dan RSA

Kesimpulannya,

berdasarkan

hasil perbandingan di atas, dapat dilihat bahawa setiap algoritma mempunyai kekuatan
dan kelemahan yang tersendiri. Antaranya ialah Algoritma Diffie-Hellman memiliki
kompleksitas lebih tinggi sehingga memerlukan perlawanan yang lebih tinggi dan waktu
kriptanalis yang juga lebih lama. Kekuatan algoritma Diffie-Hellman ataupun RSA
terutama terletak pada panjang atau pendeknya bilangan yang dibangkitkan serta
apakahmemenuhi persyaratan yang ada sesuai aturan algoritma masing-masing.
Apabila tingkat keacakan bilangan-bilangan yang dibangkitkan kurang tinggi, peluang
untuk berhasil diserang pun akan semakin besar,

RUJUKAN

Abdul Alif Zakaria. (2012). Kriptografi di Sekeliling Kita. Diperolehi pada 14 September
2014 dari www.cybersecurity.my/data/content_files/.../1043.pdf

Dony Ariyus. (2008). Pengantar Ilmu Kriptografi Teori, Analisis dan Implementasi.
Yogyakarta: Penerbit Andi.

Rinaldi Munir. (2006). Kriptografi dalam Kehidupan Sehari-hari. Diperolehi pada 13


September 2014 dari
%20Kehidupan%20Sehari-

http://kur2003.if.itb.ac.id/file/Kriptografi%20dalam
hari.doc.

Simpson, S. (1997). Cryptography in Everyday Life. Diperolehi pada 12 September


2014 dari laman web
http://www.laits.utexas.edu/~anorman/BUS.FOR/course.mat/SSim/life.html

Yudi Retanto. (2010). Perbandingan Algoritma RSA dan Diffie-Hellman: Program Studi
Teknik Informatika. Diperolehi pada 4 September 2014 dari laman web
http://informatika.stei.itb.ac.id/~rinaldi.munir/Kriptografi/20102011/Makalah2/Mak
alah2-IF3058-Sem2-2010-2011-083.pdf

Anda mungkin juga menyukai