Latihan Penanda Wacana
Latihan Penanda Wacana
Sudah beberapa kali Pak Husin mengalami kerugian kerana haiwan ternakannya
mati.______________,masalah itu tidak melemahkan semangatnya untuk berusaha.
A Di samping itu
B Oleh sebab itu
C Oleh yang demikian
D Walau bagaimanapun
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Encik Jamal tidak berpuas hati dengan perkhidmatan talian telefon di kawasan tempat
tinggalnya._______________,beliau telah pergi ke syarikat berkenaan untuk membuat
aduan.
A Justeru
B Namun begitu
C Tambahan pula
D Walau bagaimanapun
8.
Kira-kira lima tahun yang lalu,Encik Sariman terlibat dalam suatu kemalangan jalan raya.
______________,dia takut untuk menunggang motosikal.
A Sebelum itu
B Namun begitu
C Semenjak itu
D Bagaimanapun
9.
10. Encik Yuzairi berasa bimbang dengan keadaan anaknya yang sering mengalami tekanan
perasaan._____________,beliau telah menghantar anaknya untuk mendapatkan rawatan
kaunseling.
A Oleh itu
B Namun begitu
C Tambahan pula
D Walau bagaimanapun
11. Nasib Encik Fong sangat malang apabila kertanya rosak lagi di tengah jalan.
_____________, keretanya itu baru sahaja dibaiki semalam.
A Padahal
B Namun begitu
C Semenjak
D Oleh sebab itu
12. Zaimah suka melancong dalam negara kerana negara kita banyak mempunyai tempat yang
menarik. _________________, melancong dalam negara dapat menjimatkan belanja.
A Oleh itu
B Biarpun
C Selain itu
D Namun begitu
13. Tam Lai tidak mengendahkan nasihat ibunya supaya berjimat
cermat._________________,dia bertambah kerap mengunjungi pusat-pusat hiburan
bersama-sama dengan rakan-rakannya.
A Sebaliknya
B Semenjak itu
C Tambahan pula
D Sungguhpun begitu
14. Aiman mendapat markah yang tinggi dalam mata pelajaran Bahasa
Malaysia._______________,Aiman gagal dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
A Lebih-lebih lagi
B Bagaimanapun
C Lantaran itu
D Padahal
15. Sudin seorang yang pemalas tetapi suka berangan-angan menjadi kaya. ______________,
dia sering di gelar Mat jenin oleh penduduk di kampungnya.
A Namun begitu
B Bagaimanapun
C Oleh yang demikian
D Sungguhpun demikian
16. Kejadian pecah rumah sering berlaku di kawasan iti _____________ pada musim perayaan.
A sebab itu
B lebih-lebih lagi
C oleh sebab itu
D oleh yang demikian
17. Siti Jeslina sering mendapat tempat pertama dalam peperiksaan di sekolahnya.
_____________,dia tidak pernah bersikap sombong atau bangga diri.
A Oleh itu
B Di samping itu
C Oleh yang demikian
D Walau bagaimanapun
18. Sayur-sayuran banyak mempunyai khasiat.___________________,kita digalakkan makan
sayur-sayuran setiap hari.
A Namun begitu
B Oleh yang demikian
C Di samping itu
D Walau bagaimanapun
19. Sudah beberapa kali permohonan pinjaman Encik Hashim di
tolak._______________,masalah itu tidak melemahkan semangatnya untuk berniaga.
A Di samping itu
B Oleh sebab itu
C Oleh yang demikian
D Walau bagaimanapun
20. Wabak demam denggi sering menular di negara kita. ____________,rakyat diseru agar
sentiasa menjaga kebersihan dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes.
A Justeru
B Kemudian
C Semenjak itu
D Bagaimanapun
21. Golongan remaja amat mudah dipengaruhi oleh gaya hidup yang tidak
sihat.______________,bagi mereka yang mengalami masalah keluarga.
A Lebih-lebih lagi
B Oleh sebab itu
C Namun begitu
D Padahal
22. Rafina berasa amat sedih kerana ayahnya tidak dapat pulang pada hari itu.
___________,hari tersebut merupakan hari lahirnya yang ke sepuluh.
A Justeru
B Namun begitu
C Tambahan pula
D Walau bagaimanapun
23. Encik Jamilul didapati bersalah kerana melakukan pecah amanah. _____________, beliau
telah dipecat oleh majikannya.
A Selepas itu
B Sebelum itu
C Lantaran itu
D Semenjak itu
24. Berita tentang peletakan jawatan Encik Rafik heboh diperkatakan oleh para pekerjanya.
____________________,Encik Rafik telah menafikan berita tersebut.
A Biarpun
B Namun begitu
C Bagaimanapun
D Tambahan pula
25. Pengawal keselamatan itu berasa amat mengantuk kerana sudah seharian dia
berjaga._____________,dia terlena di atas kerusi.
A Selain itu
B Sebaliknya
C Lebih-lebih lagi
D Oleh sebab itu
JAWAPAN
1. D
2. B
3. D
4. C
5. C
6. D
7. A
8. C
9. C
10. A
11. A
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
C
A
B
C
B
D
B
D
A
A
C
C
C
25. D