Anda di halaman 1dari 1

Latihan kata hubung

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Kamal menangis tersedu-sedu __________ dipukul oleh abangnya.


A. supaya C. hingga
B. kerana D. sementara

2 ________________ suaminya meninggal dunia, Puan Aini selalu bersedih.


A. sementara C. semenjak
B. walaupun D. sebab

3 Petani itu tekun membajak sawahnya dari pagi _____________ ke petang.


A. hingga
B. apakala
C. melainkan

4 ______________ demam, dia tidak dapat hadir ke sekolah pada petang ini.
A. Apabila C. Oleh kerana
B. Walaupun D. Sungguhpun

5 Penduduk kampung itu terpaksa bekerja bertungkus-lumus _____________ menyara keluarganya.


A. supaya
B. sebab
C. untuk

6 Pak Karim berbual-bual kosong ___________ menunggu ketibaan para jemputan.


A. Sambil C, sementara
B. Manakala D. apakala

7 Kakinya calar-balar, ____________ matanya pula bengkak disengat tebuan.


A. Manakala C. lalu
B. Sambil D. dan

8 Badar terperanjat ___________ mendengar berita tentang kematian neneknya yang disayangi.
A. apabila
B. sambil
C. jika

9 “Datanglah ke rumah saya _____________ ada kelapangan,” kata Sidik.


A. kalau
B. Kecuali
C. Setelah

10 Jutawan itu bukan sahaja sombong ___________ kedekut pula orangnya.


A. Dan
B. Tetapi
C. Malahan
D. manakala

Anda mungkin juga menyukai