Anda di halaman 1dari 2

Ciri-ciri pemimpin yang hebat

Ramai pelajar boleh menjadi pemimpin tetapi tidak semua boleh menjadi pemimpin yang
hebat. Untuk menjadi pemimpin perlu ada minat dan ketokohan semulajadi di dalam
diri.Pemimpin yang baik muncul secara tiba-tiba tetapi ia bermula daripada ketokohan untuk
mendai pemimpin dan dipilih oleh orang ramai untuk memimpin. Berikut adalah beberapa
tips tentang ciri-ciri pemimpin yang baik:
1. Ada visi yang jelas
Visi amat penting. Anda perluy tahu kemana arah anda. Anda dapat lihat diri anda 5 tahun
hingga 10 tahun akan datang. Anda boleh meramalkan perkarayang akan anda lakukan dan
anda berjaya melakukannya apabila masanya tiba. Anda juga dapat merancang hala tuju yang
munasabah yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. anda juga dapat meyakinkan orang lain
tentang visi anda.
2. Berilmu
Pelajar yang berilmu adalah lebih ke hadapan daripada mereka yang kurang ilmu
pengetahuan. Pelajar rajin membaca dan berilmu merupakan pelajar yang bijak di dalam
berbincang, berbahas dan bersoal jawab. Mereka lebih ber=pengetahuan maka mereka tahu
perkara yang mereka buat, mereka tahu bagaimana untuk menanggani masalah dan mereka
tahu menggunakan pelbagai strategi untuk melakukan sesuatu.
3. Ada kesungguhan
Pelajar mempunyai fokus yang mendalam. Minatnya yang mendalam terhadap sesuatu
membuatkandia mudah mencapai matlamat. Mereka memberi tumpuan yang sangat
mendalam terhadap apayang mereka ceburi. Mereka tidak lali dan bersungguh-sungguh
melakukannya. Mereka melakukannya dengan sepenuh hati sehingga berjaya diselesaikan.
Kesungguhan melakukannya sehingga berjaya membuatkan mereka berasa puas.
4. Ada karisma
Personalitinya sangat dikaagumi. Melihat kepada wajah, gaya dia berhujah, luahan kata-kata
membuatkan pelajar lain terpesona. Pelajar ini mudah membina hubungan dengan orang lain
dan mudah mempengaruhi orang lain. Dia mempunyai faktor-x yang tidak dapat dijelaskan
dengan kata-kata. Faktor-x inilah yang membuatkan pelajar lain memberi sokongan
terhadapnya.

5. Dapat berkomunikasi secara berkean.


Pelajar ini boleh berbahas, berhujah dan berpidato. kata-katanya masuk akal dan sukar untuk
menidakkannya. Dia dapat mepengaruhi orang lain dengan mudah. Kata-katanya yang penuh
semangat, berhikmah dan logik membuatkan pelajar lain yakin dan mudah menjadi
pengikutkan.
6. Ada intiqamah
Pelajar ini mempunyai impian, cita-cita dan matlamat untuk dicapai. Mereka sanggup melalui
onak dan duri. Mereka tahan uji dan tidak pernahputus asa.Matlamatnya ialah untuk
mencapai hasrat yang diingini. Mereka tidak pernah mudah kalah. Mereka tetap istiqamah
dalam apa keadaan sekalipun.
7. Ada keberanian
Pemimpin yang tulin ialah pemimpin yang telah melalui pelbagai pancaroba. Dia berani
ditinggalkan oleh kawan-kawan, dia berani dicemuh dan dihina, dia berani menerima risiko
malah berani untuk tidak popular. Keberanian itu membuatkan dia kebal terhadap segala
rintangan dan halangan. Keberanian itu membuatkan dia dijulang dan pelajar lain akan
mengakui kehebatannya dan memberi sokongan kepadanya.

Anda mungkin juga menyukai