Anda di halaman 1dari 1

ALHAMDULILLAHIRABBIL ALAMIN WASSALATU WASSALAMU ALA ASYRAFILANBIYA IWAL MURSALIN

WAALA ALIHI WAASHABIHI AJMAIN

1.

Ya Allah, bahawa sesungguhnya kami memohon ke hadrat Mu


mendapatkan seluruh kebaikan di sepanjang hari ini, dari awal
pembukaannya, dengan petunjuk hidayah Mu. Kami mohon
berlindung kepada Mu dari sebarang kejahatan yang terdapat
pada hari ini, pada hari sebelumnya dan pada hari selepasnya.

2.

Ya Allah, baikpulihkanlah pegangan agama kami, kerana


agamalah yang menjadi kuasa pengawal segala urusan hidup
kami. Perbaikkanlah segala urustadbir persoalan keduniaan kami,
kerana di dalamnya kami menjalani kehidupan kami.
Perbaikkanlah urustadbir urusan akhirat kami, kerana disanalah
destinasi tempat kembali kami.

3.

Jadikanlah penerusan kehidupan ini peluang penambahan segala


kebaikan kami, dan kematian kami nanti sebagai detik ketika
mendapat ketenangan dan kerehatan.

4.

Ya Allah, jadikanlah perkhidmatan dan pekerjaan kami, termasuk


dalam budaya kerja cemerlang, memenuhi ciri-ciri Ubudiyyah,
Masuliyyah dan Itqan, sebagai amalan soleh yang mendapat
keberkatan dan keredaan Mu.

5.

Ya Allah, jauhkanlah kami daripada sebarang perbuatan


menyeleweng sama ada penyelewengan masa, material dan
tenaga sebaliknya jadikanlah kami sebagai orang yang memberi
tumpuan kepada kerja dan tugas yang dipertanggungjawabkan
kepada kami kerana sesungguhnya kami amat takut kepada
peringatan balasan Mu nanti terhadap orang-orang yang
mengabaikan tanggungjawab.

Anda mungkin juga menyukai