Anda di halaman 1dari 3

Ada keberkatan di sebalik sahur..

Hadis Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur
kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya.


Hadis Zaid bin Thabit r.a katanya: Kami pernah bersahur bersama Rasulullah
s.a.w. Setelah itu kami pun mendirikan sembahyang Subuh. Kemudian aku
bertanya: Berapakah selang waktu di antara keduanya? Baginda menjawab: Kirakira bacaan lima puluh ayat .
Bersahur hukumnya sunat. Walaupun sunat tetapi sangat besar manfaatnya.
1) Manfaat untuk diri sendiri. Mendapat tenaga untuk berpuasa.
2) Mendapat pahala dengan percuma kerana ia adalah sunat dan sunnah Nabi
s.a.w.
Jadi rugilah mereka yang meninggalkan sahur.Ia juga salah satu amalan Nabi
s.a.w.Mendapat pahala menghidupkan sunnah Nabi s.a.w. Dan waktu sahur ialah
waktu yang penuh keberkatan. Puasa akan menjadi mudah. Tidak terlewat lagi
bagi mereka yang berniat untuk bersahur.
Kelebihan bersahur:
1. Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan
puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab)
2. Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat
Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud:
Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air. (Hadis riwayat Ibnu Hibban)
3. kita juga disunatkan untuk melambatkan waktu bersahur itu kerana amalan itu
dilakukan oleh utusan Allah dan sahabat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa
Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sentiasa umatku dalam kebaikan
selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan
sahurnya.
4. Penekanan Nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan
lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian menunjukkan
makanan paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi.
5. mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat
kemudaratan daripada puasa mereka berdasarkan kajian. Lebih daripada itu,
bersahur adalah ibadah kerana ia adalah sunnah dan waktu sahur juga masa

yang dipenuhi keberkatan.

Anda mungkin juga menyukai