Anda di halaman 1dari 47

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS BAHASA MELAYU


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(PISMP)
TUGASAN KERJA KURSUS PROJEK

TAJUK PROGRAM:

NAMA GURU PELATIH:

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA


PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

SHARIFAH NUR RASYIDAH BT.


SYED MOHD ZAINAL AL-BIDIN

(MAJOR BAHASA MELAYU)

(920124-03-5080)

TAJUK KURSUS:
GENRE KESUSASTERAAN MELAYU
DALAM BAHASA MELAYU

SEMESTER:
2 / TAHUN 4

KOD KURSUS : BMM3163

KUMPULAN:

PENSYARAH PEMBIMBING:

PISMP SEMESTER 8A AMBILAN


JANUARI 2012

EN. NADZERI B. ISA


TN. HJ MOHD FAUZI B. ABDULLAH

TARIKH MULA

TARIKH HANTAR

6 JULAI 2015

PENGHARGAAN

10 OGOS 2015

Alhamdulillah. Saya sangat bersyukur kepada Allah S.W.T oleh sebab limpah dan
kurnia-Nya, akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Projek Genre
Kesusasteraan dalam Bahasa Melayu yang diberikan oleh pensyarah pembimbing
kursus ini, iaitu Tn. Hj Mohd Fauzi b. Abdullah dan En. Nadzeri b. Isa mengikut jangka
masa yang diperuntukkan.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan sekalung
penghargaan kepada kedua-dua pensyarah pembimbing kursus ini yang banyak
memberikan tunjuk ajar, nasihat, ilmu dan panduan sepanjang proses menyiapkan
tugasan ini. Hasil penjelasan dan penerangan yang diberikan di dalam bilik kuliah
amatlah dihargai kerana manfaatnya dalam penghasilan tugasan ini. Saya berasa
cukup bertuah kerana mendapat banyak ilmu dan pengalaman pembelajaran yang
sangat bermakna daripada kedua-dua pensyarah yang hebat ini.
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada rakan sekelas yang sudi memberikan
kolaborasi pemikiran dan perkongsian yang cukup baik dalam bersama-sama
membantu memberikan galakan dan panduan sepanjang menyiapkan tugasan ini. Saya
ingin juga meminta maaf kepada pensyarah pembimbing sekiranya terdapat sebarang
kelemahan dalam tugasan yang telah saya siapkan ini. Apa yang pasti, saya sudah
mencuba berusaha melakukan yang terbaik seperti mana yang dikehendaki. Namun
demikian, segala kekurangan yang ada merupakan kesilapan saya sendiri dan segala
yang baik itu adalah hasil tunjuk ajar dan panduan yang jitu daripada pensyarah
pembimbing.
Sekian, terima kasih.

(i)

SENARAI KANDUNGAN

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

Bil.

Perkara

Halaman

1.0

Pengenalan

3- 4

2.0

Esei
Kesesuaian dan kepentingan penggunaan bahan sastera dalam
kemahiran bahasa dan aspek seni bahasa berdasarkan Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)

6 - 14

3.0 Aplikasi
15 -32
Analisis bahan sastera (prosa)
Pemilihan teknik dan aktiviti dalam langkah-langkah pengajaran dan

pembelajaran (P&P) berdasarkan teks prosa yang dipilih


Rasional pemilihan teknik dan aktiviti

4.0 Rumusan

33

5.0 Penulisan Reflektif

34 - 43

Rujukan
Lampiran

44 - 47

1.0 PENGENALAN
Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.- Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

Meneliti setiap kata yang terkandung dalam FPK di atas, dapat kita perhatikan bahawa
matlamat atau hasrat kerajaan dalam sektor

pendidikan

di negara ini adalah untuk

melahirkan individu atau modal insan yang seimbang dalam semua segi sama ada intelek,
rohani, emosi mahupun jasmani. Bagi mencapai matlamat ini, sudah pastilah penekanan
dalam aspek penyampaian ilmu melalui kurikulum dilakukan.
Hal ini dapat kita perhatikan dengan tergubalnya pelbagai sukatan dan kurikulum
pelajaran semenjak negara kita mencapai kemerdekaan. Di sekolah rendah, Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) memainkan peranan dalam menjadikan mata pelajaran
Bahasa Melayu sebagai wadah merealisasikan matlamat FPK.

Peranan ini berdasarkan

penekanan dalam pelbagai aspek yang diambil kira bagi mewujudkan modal insan yang tidak
hanya unggul dalam aspek intelek malahan juga dalam aspek rohani, jasmani dan emosinya.
Menurut Amanah, Khairuddin dan Wan Zaliha (2014), bagi mengukuhkan pengajaran
Bahasa Melayu di sekolah menengah mahupun sekolah rendah, penerapan sastera telah
dimasukkan

sebagai

pengisian

kurikulum.

Penerapan

ini

bermatlamat

jelas

untuk

merealisasikan perkembangan potensi murid sepenuhnya serta mengembangkan minat


mereka terhadap pembelajaran sepanjang hayat.
Muhammad Hj. Salleh (2004) juga memerihalkan perkaitan penerapan sastera dengan
perkembangan potensi murid seperti yang dihasratkan dalam FPK dengan mengatakan Ilmu
sastera pada abad ke-21 merupakan satu bentuk ilmu yang penting dan relevan pada zaman
ini. Hal ini demikian kerana kemajuan sesebuah negara tidak hanya berasaskan ukuran
pembangunan jasmaniah, sains, dan teknologi tetapi perlu mengambil kira aspek-aspek
kemanusiaan dan kerohanian. Menurut beliau, kesusasteraan mempunyai perkaitan dengan
cabang ilmu lain seperti agama, falsafah, budaya, politik, perubatan, undang-undang, dan
sebagainya.
Oleh yang demikian, dalam usaha menjadikan Bahasa Melayu sebagai antara mata
pelajaran yang penting dalam mencapai matlamat FPK, pemilihan bahan yang sesuai dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah perlu agar murid dapat dibentuk sempurna
dalam semua segi dan mampu keluar sebagai seorang individu yang mampu menongkah arus
globalisasi apabila berada dalam pasaran kerja kelak.
Kursus Genre Kesusasteraan Melayu ini sendiri dapat membantu para guru pelatih
untuk mengetahui pengggunaan sastera dalam pengisian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah
Rendah dari segi pendekatan pemahaman teks sastera sekolah rendah, teknik dan aktiviti
P&P sastera, sastera bandingan, sastera kanak-kanak dan remaja, dan apresiasi teks sastera
sekolah rendah. Dengan berdasarkan pengetahuan dan pemahaman kursus ini, dapatlah
bahan-bahan sastera digunakan dengan mengaplikasikan teknik yang sesuai dengan
kebolehan murid di sekolah.

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

2.0 Kesesuaian dan Kepentingan Penggunaan Bahan Sastera dalam Kemahiran


Bahasa dan Aspek Seni Bahasa berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran (DSKP)
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu Sekolah
Rendah merupakan hasil penggubalan Kurikulum Bahasa Malaysia yang melalui proses
semakan dan penambahbaikan demi memenuhi tuntutan perkembangan dan perubahan
semasa dalam arus globalisasi yang dinamik (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2013).
Penyemakan dan penambahbaikan kurikulum adalah bertujuan untuk memenuhi hasrat Akta
Pendidikan 1996 dan semangat FPK demi menyediakan murid menghadapi cabaran
pendidikan pada abad ke-21.
Alimuddin Mohd Dom (2013) dalam rencana bertajuk Kurikulum Baharu KSSR
Meningkatkan Kualiti Pendidikan, mengatakan perubahan yang berlaku dalam kurikulum
kebangsaan adalah kerana pendidikan bukanlah suatu yang statik atau beku tetapi ia hidup,
bersifat dinamik dan berubah mengikut keperluan dan kehendak semasa. Selaras dengan itu,
DSKP yang berpaksikan Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan FPK ini
merupakan pernyataan yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai murni yang mesti
dipelajari dan dikuasai oleh murid di sekolah jenis kebangsaan. Jelas di sini bahawa
penggubalan kurikulum bermatlamat ke arah mendukung hasrat mulia negara bagi
menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang.
Seiring dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 2025
yang komited ingin meningkatkan pencapaian setiap murid dan kualiti pendidikan, DSKP

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah distrukturkan kepada pendekatan berbentuk modular
dan pembelajaran secara didik hibur bagi mencungkil potensi murid untuk meneroka pelbagai
bidang ilmu pengetahuan. Seterusnya, membolehkan murid memperkembangkan keupayaan
dan penguasaan kemahiran bahasa, serta berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu
secara berkesan dan bertatasusila dalam semua urusan. Unit-unit kecil yang terkandung
dalam pendekatan modular tersebut terdiri daripada lima modul, iaitu modul kemahiran
mendengar dan bertutur, modul kemahiran membaca, modul kemahiran menulis, modul seni
bahasa dan modul tatabahasa (BPK, 2013).
Bagi mengukuhkan pengajaran bahasa di samping menyemai sikap minat membaca
dan menekankan nilai-nilai murni dalam kalangan murid, penerapan sastera telah
diperkenalkan dalam pengisian KSSR. Menurut Amanah, Khairuddin dan Wan Zaliha (2014),
penerapan sastera menerusi penyerapan teks sastera dalam pendidikan bahasa merupakan
strategi bijak untuk memenuhi hasrat FPK yang menekankan perkembangan potensi anak
didik secara seimbang daripada segi rohani, jasmani, intelektual, dan emosional, iaitu
menuntut pengisian jiwa generasi muda dengan segala unsur yang sepatutnya.
Selaras dengan ini, unsur sastera telah diserapkan dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu di sekolah rendah menerusi penggunaan bahan-bahan sastera dalam pengajaran
Bahasa Melayu seperti cerpen, puisi, bahasa berirama, drama dan sebagainya. Sementara di
sekolah menengah, pengajaran komponen wajib kesusasteraan Melayu (KOMSAS) dalam
mata pelajaran Bahasa Malaysia telah mula dilaksanakan mulai Mac tahun 2000.
Kesemua modul yang diperkenalkan dalam DSKP Bahasa Melayu Sekolah Rendah,
iaitu modul kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis, seni bahasa dan
tatabahasa telah digubal dengan semakan terperinci untuk menerapkan unsur sastera dalam
pengajaran Bahasa Melayu. Malahan, buku teks Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang
dihasilkan berpandukan DSKP juga mengandungi bahan sastera yang telah diolah dengan
begitu cantik dan sarat dengan nilai murni dan unsur budaya (Napie Mat, 2006). Dalam
kemahiran bahasa dan aspek seni bahasa, bahan sastera dapat digunakan dalam P&P
mengikut kesesuaian berdasarkan DSKP. Hal ini demikian kerana penggunaan bahan sastera
dalam pengajaran bahasa mempunyai kepentingan tertentu disebabkan bahasa dan sastera
tidak dapat dipisahkan seperti mana yang diperkatakan oleh Awang Sariyan (2003). Oleh
sebab itulah, sastera diintegrasikan dalam Kurikulum Bahasa Melayu.
Misalnya, dalam DSKP KSSR bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Jenis
Kebangsaan, terdapat penggunaan bahan sastera dalam kandungan modul yang berkaitan
dengan unsur dan teks kesusasteraan. Sebagai contohnya, dalam kemahiran mendengar dan
bertutur bagi standard kandungan (SK) dan standard pembelajaran (SP) dalam jadual di
bawah terdapat penggunaan bahan sastera yang sesuai digunakan dalam pengajaran
bahasa.
Standard kandungan (SK)

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

Standard pembelajaran (SP)

1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu


perkara semula dengan tepat menggunakan
sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara


dengan tepat, sebutan yang jelas, dan
intonasi yang betul dengan menggunakan
gaya bahasa yang sesuai.

Bahan sastera yang sesuai digunakan adalah seperti tayangan drama atau cerita yang
bertepatan dengan tema dan tajuk pelajaran. Dalam hal ini, bahan sastera sesuai digunakan
untuk merangsang murid bertutur sekali gus menggalakkan ketrampilan dan kecekapan
berbahasa murid. Kewajaran penggunaan bahan sastera seperti ini dapat dilihat apabila ianya
dapat lebih memberikan kesan yang positif terhadap pembelajaran murid. Hal ini demikian
kerana bahan sastera ini dapat menjadi bahan rangsangan kepada murid untuk menghasilkan
tindak balas sewajarnya apabila diminta menceritakannya semula. Perkara ini sejajar dengan
yang diperkatakan oleh Marohaini Yusoff (2001) bahawa penggunaan bahan sastera dapat
membantu merangsang pelajar supaya memberikan pelbagai tindak balas dalam kegiatan
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Penggunaan bahan sastera yang bersesuaian dengan kemahiran yang diajarkan guru
juga dapat menarik minat dan tumpuan murid untuk terus mengikuti proses P&P dengan
terlibat aktif dalam aktiviti bilik darjah (Koh Boh Boon, 1994). Misalnya, setelah tayangan
dipertontonkan kepada murid, murid akan diminta menceritakan kisah tersebut semula.
Seterusnya, sesi soal jawab boleh diadakan untuk menarik penyertaan aktif semua murid.
Pembelajaran seperti ini pastinya lebih menyeronokkan dan menggalakkan penglibatan aktif
murid. Bahkan, kepentingan penggunaan bahan sastera ini bukan sahaja menghiburkan tetapi
juga memberikan ilmu, pengetahuan, nilai dan perkaitan pengalaman secara tidak langsung.
Perkara inilah yang diperkatakan oleh Azizul Rahman & Samat Buang (2000) bahawa
penggunaan unsur sastera dalam pendidikan bahasa Melayu dapat memberikan keseronokan
kepada murid dalam menghayati karya disamping menerap dan mengamalkan pengajaran
atau nilai positif dalam kehidupan. Muhammad Hj. Salleh (2008) sendiri turut mengatakan
bahawa karya sastera tidak dapat lari daripada dua fungsi utama, iaitu karya sastera yang
bertujuan untuk menghiburkan dan keduanya untuk memberikan pengajaran, pesanan atau
peringatan. Sebagai contohnya, Cerita Sang Kancil dengan Buaya misalnya cukup terkenal
bukan

semata-mata

kerana

ceritanya

menghiburkan

tetapi

keupayaannya

untuk

memasyarakatkan nilai, unsur moral dan pengajaran yang berguna kepada masyarakat.
Di sini, dapat dilihat bahawa penggunaan bahan sastera bukan sekadar dipilih
berdasarkan kesesuaiannya, tetapi lebih kepada kepentingan-kepentingannya sebagai alat
pendidikan dalam pengajaran bahasa di bilik darjah. Menurut Napie Mat (2006), satu daripada
kepentingan bahan sastera dalam pengajaran bahasa adalah untuk membolehkan pelajar
membina kebolehan bercerita dan berkomunikasi dalam pelbagai situasi. Keupayaan ini dapat
dilakukan melalui proses bercerita dan perkara ini selari dengan kesesuaian penggunaan

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

bahan sastera dalam kandungan yang terdapat dalam SK dan SP kemahiran mendengar dan
bertutur yang dinyatakan pada halaman sebelum ini.
Seterusnya, dalam kemahiran membaca yang ditelitikan daripada DSKP, terdapat
banyak SK dan SP yang bahan sastera diperlukan dalam menepati standard yang dinyatakan.
Contohnya seperti dalam jadual berikut:
Standard kandungan (SK)
2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan
bukan sastera yang sesuai bagi memupuk
minat membaca.

Standard pembelajaran (SP)


2.6.1 Membaca pelbagai bahan berunsur
sastera yang sesuai untuk meningkatkan
daya berfikir secara kritis.

Berdasarkan SK dan SP di atas, bahan sastera yang boleh digunakan ialah seperti
petikan cerita, teks drama, pantun, sajak atau bahan bacaan sastera lain yang bersesuaian.
Berdasarkan SP di atas, telah dinyatakan bahawa penetapan objektif P&P mestilah murid
bukan sahaja dapat membaca bahan sastera tersebut bahkan dapat meningkatkan daya
berfikir secara kritis berdasarkan bahan tersebut. Perkara ini jelas menunjukkan kepentingan
bahan sastera yang bukan semata-mata untuk menghiburkan dan memberikan pengetahuan
bahkan menjurus ke arah peningkatan keupayaan berfikir. Perkara inilah diperakui oleh Napie
Mat (2006), bahawa penggunaan bahan sastera yang penuh dengan ilmu pengetahuan dan
keindahan dari segi persembahan dan bahasanya bukan sahaja dapat memperkaya para
pelajar dengan ilmu pengetahuan tentang hal-hal kemasyarakatan dan kebudayaan, tetapi
juga dapat menolong mengembangkan daya pemikiran pelajar ke tahap yang kritis dan
analitis.
Peningkatan daya berfikir murid ini boleh berlaku apabila selesai pemahaman daripada
penghayatan bahan bacaan, guru boleh mengemukakan soalan yang memerlukan jawapan
kritis atau pandangan murid mahupun idea tertentu untuk menggerakkan pengetahuan murid
ke arah perkembangan daya berfikir kritis. Contohnya, setelah aktiviti mendeklamasikan sajak
dilakukan, guru memulakan perbincangan tentang kandungan sajak tersebut dengan
mencungkil pendapat atau jawapan murid yang menjurus ke peningkatan daya fikir untuk
menggalakkan kemahiran berfikir murid. Pemupukan kemahiran berfikir dalam P&P
merupakan kualiti murid yang dihasratkan dalam PPPM (2013-2024) demi memenuhi aspirasi
sistem pendidikan negara ke arah penghasilan modal insan yang cemerlang.
Noriah Taslim (1996) ada menjelaskan bahawa penghayatan karya sastera boleh
mendidik pelajar berfikiran kritis dan kreatif. Hal ini kerana penghayatan memerlukan
penaakulan dan penilaian. Oleh itu, pelajar perlu membina semula dunia makna, dunia ilmu,
dan dunia nilai yang disuratkan dan disiratkan dalam sesebuah karya sastera. Ia melatih
pelajar untuk berhujah, mentafsir apa yang tersurat dan tersirat, membuat pertimbangan dan
membuat keputusan seterusnya terhasillah sumbangan bahan sastera untuk melahirkan
manusia yang kritis dan kreatif.

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

Penggunaan bahan sastera ni juga dapat membentuk dan membina tanggapan serta
pemikiran murid terhadap sesuatu cerita yang ditonton atau dibacanya yang seterusnya
mengangkat kemampuan bahan sastera dalam melatih murid berkomunikasi dalam ruang
pengalaman yang lebih jauh daripada yang dialami murid. Hal ini kerana karya sastera itu
sendiri lahir dari proses yang cukup menarik (Samat Buang, 1996). Di dalam sesebuah karya
sastera tersimpan di dalamnya imaginasi pengarang, emosi, pemikiran, realiti, bahasa, dan
nilai. Menurut Napie Mat (2006), sifat estetika karya sastera sama ada dari aspek bahasa,
struktur karya, nada, emosi, dan isi karya mempunyai pelbagai dimensi yang dapat diteroka
oleh pelajar. Jika mereka berhadapan dengan sebuah teks drama, bermakna pelajar bukan
sekadar membaca untuk memahami ceritanya, sebaliknya pembacaan ini membawa pelajar
ke dalam dunia karya itu sendiri yang pastinya melibatkan daya pemikiran seseorang murid
selaku pembaca.
Di sinilah jelas menunjukkan sisi kepentingan penggunaan bahan sastera dalam
meningkatkan daya fikir kritis murid yang bukan sekadar membaca untuk mengetahui jalan
cerita semata-mata. Hal ini selari dengan pernyataan Awang Sariyan (2003) yang mengatakan
penggunaan bahan sastera dalam pengajaran bahasa bertujuan untuk melatih pelajar
membaca karya sastera dengan strategi yang tepat, bukan semata-mata untuk memenuhi
tujuan praktis seperti memperolehi maklumat tetapi untuk menganalisis teks sastera bagi
memperoleh kemungkinan makna tertentu secara simbolis atau filosifis. Menurut beliau,
pembacaan ini merupakan kemahiran membaca aras tinggi untuk membentuk pelajar yang
analitis, kritis dan kreatif dalam respons terhadap teks yang dibaca dan daripada respon itulah
berlakunya peningkatan daya fikir.
Berikutnya, dalam kemahiran menulis yang ditelitikan daripada DSKP, terdapat SK dan
SP yang menggariskan dengan jelas penggunaan bahan sastera dalam pengajaran.
Contohnya seperti dalam jadual berikut:
Standard kandungan (SK)
3.9 Menulis ulasan tentang pelbagai bahan
sastera dan bukan sastera yang didengar,
ditonton atau dibaca dengan betul.

Standard pembelajaran (SP)


3.9.1 Menulis ulasan berbentuk pendapat
tentang bahan sastera dan bukan sastera
yang didengar, ditonton atau dibaca dengan
jelas dan menggunakan bahasa yang
gramatis

Berdasarkan SK dan SP di atas, bahan sastera yang sesuai digunakan ialah seperti
petikan cerita, teks drama, atau cerpen yang bersesuaian dengan tahap murid dan memenuhi
ketepatan tema dan tajuk pelajaran. Persembahan bahan sastera ini boleh sama ada dalam
bentuk helaian yang boleh disentuh untuk dibaca, rakaman untuk didengar mahupun
berbentuk tayangan untuk ditonton. Contohnya, teks cerita rakyat. Penggunaan bahan sastera
sebegini sesuai dengan tingkat pembelajaran murid dalam memberikan ulasan, iaitu tahap

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

pemahaman paling tinggi. Daripada bahan ini, murid boleh diminta membuat ulasan terhadap
bahan sastera dengan cara menulis ulasan berbentuk pendapat tentang perkara yang menarik
dalam sesebuah karya atau mengulas karya sastera yang mudah secara umum dari segi tema
dan persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran, dan gaya bahasa.
Penggunaan bahan sastera sebegini dapat mendorong murid untuk lebih memahami
dan menghayati sesuatu bahan sastera kerana memerlukan ketelitian dalam menulis ulasan
dengan menggunakan bahasa yang gramatis. Penulisan ini sendiri menyokong matlamat
penggunaan bahan sastera ke arah membina perkembangan bahasa. Hal ini kerana adanya
interaksi murid dengan bahan sastera yang bukan sahaja mampu memberikan pengetahuan
tetapi juga pengalaman dan penghayatan menerusi ulasan yang dibuat terhadap karya
tersebut. Perkara ini juga ada diperkatakan oleh Mohd. Taib Osman (1977) bahawa sastera
dapat menghubungkan pelajar dengan bahan sastera kerana berlakunya interaksi antara
pelajar dengan bahan sastera

yang memberikan ruang kepada pelajar untuk mengasah

pelbagai kemahiran menerusi pengetahuan dan pemahaman terhadap sesuatu karya sastera.
Menerusi penggunaan bahan sastera dalam mencapai objektif P&P berdasarkan SK
dan SP ini juga, banyak kepentingan lain yang diperoleh murid. Contohnya, jika guru
menggunakan bahan sastera seperti cerpen atau teks cerita dalam pengajaran, kemudian
pada akhir pelajaran, murid diminta menulis ulasan tentang nilai atau pengajaran yang
terdapat dalam karya tersebut, maka murid akan turut mempelajari dan terdedah dengan
penerapan nilai murni secara tidak langsung. Hal ini sejajar dengan pernyataan Marohaini
Yusoff (2001) bahawa nilai-nilai yang tersebar dalam karya sastera dapat diterapkan kepada
pelajar untuk membina kekuatan diri dan keperibadian pelajar. Sementara, kisah-kisah negatif
yang terdapat dalam karya sastera dapat diambil sebagai teladan dan pengajaran oleh pelajar.
Daripada nilai atau pengajaran yang menjadi fokus penulisan ulasan, murid juga dapat
belajar budaya dan cara hidup masyarakat yang terdapat dalam bahan sastera tersebut. Hal
ini berdasarkan pernyataan yang dikemukakan oleh Abdul Rasid Jamian dan Arbaie Sujud
(2001:32) bahawa karya sastera kebanyakannya mencerminkan dan merakamkan peristiwa
perlakuan manusia, dengan ini pelajar dapat mengenali sistem sosial dan sosiobudaya sekitar
mereka.
Pernyataan ini selari dengan pemikiran Muhammad Haji Salleh (2004) yang
mengatakan bahan sastera berupaya untuk memberikan pendedahan berkaitan unsur
budaya, pemikiran, sikap, dan nilai yang diamalkan dalam masyarakat. Hal ini kerana sastera
dianggap sebagai dokumen sosial yang memaparkan rupa dan wajah masyarakatnya. Oleh
itu, apabila pelajar berhadapan dengan karya sastera mereka sebenarnya melihat ke dalam
masyarakatnya. Di sinilah, sastera akan memperlihatkan kepentingannya dalam mengajak
manusia mengenal budayanya dan mengamalkan nilai-nilai yang dikongsi bersama.
Di sekolah, pendidikan merupakan alat perpaduan masyarakat. Menerusi pendidikan,
murid belajar merasai pengalaman saling berkongsi masa dan ruang secara bersama.

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

Perkongsian ini pastinya memerlukan jalinan perpaduan yang erat dalam norma masyarakat.
Bagi persepaduan ini, anggota masyarakat perlu saling mengetahui dan menghormati budaya
antara satu sama lain untuk menggalakkan perpaduan. Maka, di sinilah letaknya peranan
sastera dalam memberikan pengalaman mengenal dan memahami budaya setiap masyarakat
dalam negara majmuk ini kerana sastera menghidangkan pelbagai budaya masyarakat di
dalamnya. Hal ini berdasarkan pernyataan yang dikemukakan Geertz (1973), iaitu apabila kita
berhadapan dengan karya sastera, maka kita juga berhadapan dengan pengetahuan tentang
hal-hal kemasyarakatan dan kebudayaannya.
Seterusnya, dalam aspek seni bahasa, terdapat penekanan kepada keindahan bahasa
yang dipelajari oleh murid melalui teknik penyampaian yang menarik dan menyeronokkan
seperti bernyanyi, bercerita, berlakon dan berpuisi yang bertujuan membantu murid
memantapkan kemahiran berbahasa mereka. Menurut Amanah, Khairuddin dan Wan Zaliha
(2014), salah satu prinsip P&P pembelajaran seni bahasa mestilah menitikberatkan aspek
pemilihan bahan yang sesuai dan menarik untuk menggalakkan penglibatan murid secara aktif
dan menyeluruh.
Dalam DSKP Bahasa Melayu Sekolah Rendah, SK dan SP bagi aspek seni bahasa
telah disusun dengan pelbagai teknik P&P yang menarik seperti bernyanyi, bercerita,
berlakon, dan berpuisi. Kesemua teknik ini berhubungkait dengan aktiviti yang memerlukan
penggunaan bahan sastera sebagai bahan pembelajaran seperti lagu rakyat, lagu kanakkanak, cerita, drama, dan puisi. Sebagai contohnya, SK dan SP dalam jadual di bawah
menunjukkan pernyataan kandungan seperti yang digariskan dalam DSKP.
Standard kandungan (SK)

Standard pembelajaran (SP)

4.3 Mengujarkan bahasa yang indah dan


menggunakan bahasa badan dengan
kreatif melalui lakonan secara didik
hibur.

4.3.2 Mengujarkan dialog dengan sebutan yang


jelas dan intonasi yang betul serta
menggunakan bahasa badan yang kreatif
melalui lakonan.

Berdasarkan SK dan SP di atas, penggunaan bahan sastera seperti teks drama, cerita
rakyat, cerita binatang atau teks prosa lain sesuai digunakan sebagai bahan pembelajaran.
Teks prosa yang dipilih tepat dan bersesuaian dengan tahap, pencapaian, dan umur murid
pula pastinya bukan sahaja membantu mencapai objektif P&P, tetapi juga menjadikan
pembelajaran lebih bermakna, menarik dan berkesan. Hal ini demikian kerana penggunaan
bahan sastera dalam pengajaran bahasa dapat memudahkan pemahaman dan penghayatan
murid terhadap isi pelajaran yang membawa kepada pembelajaran yang bermakna dan
berkesan.
Pembelajaran juga menjadi lebih menarik apabila pelbagai aktiviti yang dilaksanakan
menggunakan bahan sastera dapat meningkatkan minat murid mengikuti pembelajaran.
Apabila murid berminat untuk mengikuti pembelajaran, maka akan timbul juga minat terhadap

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

10

bahan kesusasteraan seperti mana yang dikatakan oleh Azman Wan Cik (1981) tentang
kepentingan penggunaan bahan sastera dalam pengajaran bahasa yang didapati berkesan
untuk meningkatkan minat murid terhadap bahan kesusasteraan.
Malah, aktiviti yang disertakan dalam pengajaran bahasa menggunakan bahan sastera
seperti lakonan dapat memberikan pengalaman pembelajaran kepada murid dalam membuat
perkaitan antara pengalaman diri sendiri dengan kandungan bahan sastera. Perkara ini sejajar
dengan pernyataan Mahzan (2008) yang mengatakan pembelajaran menggunakan bahan
sastera dapat membantu pelajar untuk mengaitkan pengalaman, budaya hidup, persekitaran
dan pengetahuan sedia ada yang terdapat dalam diri mereka dengan bahan yang dipelajari.
Maka, apabila murid dapat melihat perkaitan antara bahan dan diri mereka, tentu akan timbul
minat terhadap bahan tersebut kerana bahan dirasakan dekat dan relevan dengan kehidupan
seharian mereka.
Peluang interaksi sosial yang positif dalam kalangan murid juga meningkat menerusi
aktiviti lakonan. Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012:136) turut memerihalkan
peranan bahan sastera dalam pembelajaran yang disifatkan dapat bukan sahaja mewujudkan
interaksi antara pelajar dengan bahan pembelajaran tetapi juga berlaku interaksi dan
komunikasi antara pelajar dengan

rakan-rakan. Jelas di sini penggunaan bahan sastera

bukan sahaja mempunyai kepentingan dalam meningkatkan dan mengukuhkan keterampilan


berbahasa murid bahkan juga berperanan dalam merangsang penglibatan sosial murid
menerusi kerja berpasukan, kolaborasi dan kemahiran interpersonal dalam suasana
pembelajaran yang bermakna.
Penggunaan bahan sastera ini juga merupakan penggunaan bahan pembelajaran
yang lengkap dengan Elemen Merentas Kurikulum (EMK), iaitu nilai tambah yang diterapkan
dalam proses P&P seperti yang ditetapkan dalam standard kandungan. Penerapan elemen ini
bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasilkan serta
dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan yang merangkumi perkara-perkara
seperti ilmu, nilai murni, patriotisme dan kewarganegaraan, dan peraturan sosiobudaya.
Bahan sastera itu sendiri berperanan cukup utuh dalam merentas kurikulum kerana dalam
sastera itu sendiri adanya ilmu, penerapan nilai murni, patriotisme dan kewarganegaraan, dan
peraturan sosiobudaya yang mencerminkan falsafah keperibadian masyarakat. Putu Wijaya
(2007) sendiri menyatakan bahawa sastera harus dipelajari oleh semua jurusan kerana tanpa
menguasai sastera, bahasa hanya menjadi alat penyambung fikiran atau logik dan bukan
penyambung rasa.
Kesimpulannya, sastera sememangnya mempunyai kewajaran dan falsafahnya sendiri
untuk dimanfaatkan dalam P&P Bahasa Melayu pada abad ke-21. Hal ini demikian kerana
sastera mampu untuk mengisi ruang dalam P&P bahasa Melayu dalam arus abad ke-21. Kris
Gutirrez (2000) menerangkan bahawa keperluan pengajaran bahasa pada abad ke-21
adalah menggunakan bahan yang realistik dan mempunyai perkaitan dengan komuniti. Di

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

11

samping itu, kemahiran yang diajar hendaklah dapat memenuhi keperluan kerjaya pelajar.
Tambahnya, aspek-aspek yang perlu diberi penekanan termasuklah sosio budaya, linguistik,
jati diri bangsa, serta nilai. Oleh itu, peranan bahan sastera dalam pengajaran bahasa amat
relevan dalam menentukan keupayaan bahasa Melayu memenuhi keperluan alaf baru ini.
Muhammad Haji Salleh (2004) turut memperakui kepentingan ilmu sastera dalam alaf
baru ini dengan mengatakan bahawa ilmu sastera pada abad ke-21 merupakan satu bentuk
ilmu yang penting dan relevan pada zaman ini. Hal ini demikian kerana kemajuan sesebuah
negara tidak hanya berasaskan ukuran pembangunan jasmaniah, sains, dan teknologi tetapi
perlu mengambil kira aspek-aspek kemanusiaan dan kerohanian. Kesusasteraan

sendiri

mempunyai perkaitan dengan cabang ilmu lain seperti agama, falsafah, budaya, politik,
perubatan, undang-undang, dan sebagainya. Menurut beliau, teks sastera ialah karya yang
penuh dimensi dan ia memberikan banyak ruang untuk diteroka oleh pelajar. Lantaran itu,
wajarlah sastera terkandung dalam pengisian kurikulum sekolah rendah yang menjadi
matlamat dan strategi pengajaran yang memanfaatkan karya sastera sebagai bahan ajar
bahasa atas faktor kesesuaian dan kepentingannya dalam kemahiran bahasa dan aspek seni
bahasa.

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

12

3.0 APLIKASI
3.1 Analisis Bahan Sastera (Prosa) dengan Menggunakan Kaedah Pemahaman
Teks (Kaedah Struktural)
Karya sastera dihasilkan untuk dinikmati oleh pembaca. Bagi memahami sesebuah karya itu
secara mendalam, pembaca perlu mendekati karya dengan pendekatan-pendekatan tertentu.
Menurut Amanah, Khairuddin dan Wan Zaliha (2014), sesebuah karya yang dibaca atau yang
dikaji akan dapat difahami, dinikmati, dan dihayati dengan lebih bererti menerusi pendekatan
pemahaman teks. Pemahaman ialah perihal memahami atau apa yang difahami tentang
sesuatu atau sejauh mana sesuatu itu difahami atau ditanggapi. Sementara itu, teks sastera
pula merupakan ungkapan peribadi manusia yang berupa pengalaman, pemikiran, perasaan,
idea, semangat dan keyakinan yang dijelmakan dalam bentuk tulisan menggunakan bahasa.
Justeru, apabila membaca teks sastera, pemahaman teks menjadi fokus utama kerana
daripada pemahaman ini akan menimbulkan kenikmatan dan penghayatan.
Terdapat empat kaedah dalam pendekatan pemahaman teks, iaitu kaedah struktural,
kaedah mengalami menghayati, kaedah berfokus dan kaedah global (Amanah, Khairuddin &
Wan Zaliha (2014). Bagi memenuhi skop tugasan ini, saya memilih untuk menganalisis satu
bahan sastera daripada prosa dengan menggunakan satu kaedah pemahaman teks, iaitu
kaedah struktural. Pendekatan Struktural adalah berasaskan kepada idea struktur dalam teori
Struktural yang melihat sesebuah karya sastera itu sebagai suatu struktur. Setiap unsur yang
membentuk struktur pula adalah saling berkait dan membentuk kesatuan yang lengkap dan
bermakna. Pengajaran yang menggunakan kaedah ini sebenarnya lebih berfokus kepada
struktur bahan yang diajar. Perkataan struktural sendiri hadir daripada perkataan struktur yang
membawa maksud cara sesuatu terbina atau terbentuk daripada pelbagai bahan, unsur atau
aspek sehingga menjadi satu pola, sistem atau ayat tertentu (Azman Wan Chik, 1981).
Perkara ini juga diperjelaskan oleh Kamarudin Husin (1988), dengan mengatakan
bahawa kaedah struktural memberi tumpuan penelitian terhadap aspek-aspek struktur yang
membina teks. Struktur ini merujuk kepada perkara-perkara dalaman (content) yang
membentuk rangka dan membangunkan sesebuah teks. Mana Sikana (1983:82-83) juga
memperakui bahawa penekanan yang utama dalam kaedah struktural adalah berdasarkan
aspek-aspek atau unsur-unsur yang membina sesebuah karya dan mengatakan antara struktur
sesebuah teks termasuklah tema, plot, perwatakan, bahasa, latar dan sudut pandangan.
Sebagai contohnya, karya sastera seperti cerpen akan diajar berdasarkan strukturnya, iaitu dari
segi tema, plot, perwatakan dan sebagainya.

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

13

Menurut Amanah, Khairuddin dan Wan Zaliha (2014), pengajaran sastera melalui
kaedah ini bermaksud mengajarkan elemen-elemen yang membangun karya sastera seperti
aspek tema, persoalan, watak dan perwatakan, gaya bahasa, latar, sudut pandangan
pengarang, plot, teknik plot, nilai dan pengajaran. Proses P&P yang menggunakan keadah ini
membolehkan guru menguasai terlebih dahulu bahan atau karya sastera yang hendak diajar.
Maka, guru perlu mengenal pasti dan mengetahui segala unsur yang membentuk struktur
sesebuah karya tersebut bagi memastikan kelancaran proses P&P guru menuju kepada objektif
yang ingin dicapai.
Saya memilih untuk menganalisis satu bahan sastera berbentuk prosa menggunakan
kaedah ini dengan menjurus kepada elemen-elemen atau struktur karya yang dipilih. Bahan
prosa yang dipilih tersebut ialah petikan cerita binatang yang bertajuk, Bersatu Teguh, Bercerai
Roboh. Karya ini akan dianalisis berdasarkan kaedah struktural dengan memperincikan aspek
binaan strukturnya yang merangkumi tema dan persoalan, watak dan perwatakan, plot, latar,
sudut pandangan, gaya bahasa dan nilai dan pengajaran. Rasional penggunaan kaedah ini
dalam P&P adalah untuk memastikan guru menguasai terlebih dahulu bahan atau karya yang
hendak diajar kepada murid bagi melancarkan proses pengajaran guru menuju kepada objektif
yang ingin dicapai.
Dari segi sinopsisnya, cerita ini mengisahkan sebuah negara tikus yang tidak aman
akibat dicerobohi oleh Sang Kucing Gergasi. Banyak tikus yang menjadi mangsa sehinggalah
satu perhimpunan bersama rakyat tikus diadakan di dataran tikus oleh tikus menteri. Dalam
perhimpunan tersebut, semua pemimpin dan rakyat tikus berbincang untuk mempertahankan
negara mereka daripada ancaman Sang Kucing Gergasi. Akhirnya, seekor tikus tua
mencadangkan satu idea supaya diwujudkan satu sistem amaran bunyi untuk mengesan
kehadiran Sang Kucing Gergasi, iaitu loceng yang perlu diikatkan pada leher musuh mereka itu.
Akhirnya, negara tikus kembali aman apabila misi mereka berjaya dilaksanakan hasil kerjasama
semua tikus dengan kebijaksanaan para pemimpin.
Oleh itu, berdasarkan aspek binaan pertama dalam kajian kaedah struktural, iaitu tema
dan persoalan, bahan prosa yang dipilih ini akan dianalisis dari segi garapan tema dan
persoalannya terlebih dahulu. Tema bagi cerita Bersatu Teguh, Bercerai Roboh adalah
berkaitan dengan semangat dan kepentingan kerjasama serta bersatu padu dalam
menyelesaikan sesuatu permalahan atau isu. Tema ini dapat diperhatikan dengan jelas
berdasarkan cerita Bersatu Teguh, Bercerai Roboh apabila semua tikus sama ada rakyat tikus
atau menteri-menteri tikus saling berkerjasama untuk mempertahankan negara mereka
daripada ancaman Sang Kucing Gergasi dengan sanggup mengambil risiko mengikatkan
loceng pada leher musuh mereka itu.

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

14

Sementara itu, persoalan cerita yang bermaksud perkara sampingan atau isu yang lebih
kecil yang menyokong tema dalam cerita ini termasuklah kebijaksanaan dalam menyelesaikan
kesulitan, keberanian menanggung risiko dan hubungan yang erat antara pemimpin dan rakyat
serta mengamalkan perbincangan dalam menyelesaikan masalah secara bersama.
Aspek binaan karya seterusnya yang dianalisis ialah dari segi watak dan perwatakan.
Watak dalam cerita yang dipilih ini terdiri daripada watak haiwan, iaitu tikus dan kucing. Antara
watak daripada spesis tikus yang diwujudkan termasuklah, Tikus Menteri, tikus mondok, tikus
profesor, tikus rumah dan rakyat tikus. Watak haiwan lain ialah kucing yang diberikan gelaran
Sang Kucing Gergasi. Watak utama dalam cerita ini ialah watak Tikus Menteri selaku pemimpin
negara tikus sementara watak-watak sampingan ialah tikus-tikus yang lain dan Sang Kucing
Gergasi. Setiap watak yang terlibat berperanan menyokong antara satu watak dengan watak
yang lain. Setiap watak yang diwujudkan ini pula mempunyai perwatakan masing-masing, iaitu
ciri-ciri yang ditonjolkan melalui perlakuan watak seperti bentuk, paras rupa dan tingkah laku
serta yang berupa jasmaniah yang berkaitan dengan perasaan sikap dan pemikiran. Sebagai
contohnya, watak Tikus Menteri mempunyai perwatakan seperti bertanggungjawab, prihatin,
dan bijaksana. Manakala, Tikus Profesor digambarkan seekor tikus tua yang bercermin mata
tebal, berjalan perlahan, bijaksana dan sayangkan negara.
Aspek struktur binaan cerita yang berikutnya dapat dianalisis dari segi plot atau
kronologi cerita. Plot ialah

sesuatu

yang

menghubungkan peristiwa-peristiwa dalam

sesebuah cerita dari awal hingga akhir berdasarkan hukum sebab dan akibat (Zahir, 2000).
Terdapat plot yang disusun secara kronologi dan ada juga yang tidak kronologi. Plot kronologi
ialah plot yang disusun mengikut urutan, iaitu peristiwa yang berlaku dahulu akan didahulukan
dan kemudian akan dikemudiankan. Sementara plot tidak kronologi ialah peristiwa yang berlaku
kemudian didahulukan sementara peristiwa yang berlaku dahulu dikemudiankan. Sesebuah plot
biasanya melalui beberapa peringkat yang bermula dari peringkat permulaan (eksposisi),
perkembangan, perumitan (komplikasi), puncak (klimaks) dan peleraian.
Berdasarkan bahan prosa yang dipilih, binaan plotnya disusun secara kronologi yang
melalui peringkat-peringkat dalam plot. Peringkat-peringkat tersebut termasuklah peringkat
permulaan, perkembangan, konflik, puncak (klimaks) dan peleraian. Pada peringkat permulaan
diperkenalkan keadaan sebuah negara tikus yang pada mulanya aman damai berubah
situasinya apabila banyak rakyat tikus yang diancam keselamatannya akibat negara dicerobohi
Sang Kucing Gergasi. Kemudian, cerita ini mengalami perkembangan apabila satu
perhimpunan diadakan untuk menghimpunkan semua rakyat dari negara tikus bagi
membincangkan situasi yang melanda negara. Seterusnya, peristiwa berkembang kepada
peringkat pertengahan cerita, iaitu perumitan (konflik) apabila semua pemimpin tikus sedang

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

15

sedih memikirkan nasib negara, tiba-tiba Tikus Profesor mengeluarkan cadangan agar
diwujudkan satu sistem amaran bunyi, iaitu loceng yang diikatkan pada leher Sang Kucing
Gergasi untuk mengesan kehadiran Sang Kucing Gergasi itu. Konflik timbul apabila masingmasing keruan memikirkan siapa yang akan memasang sistem amaran bunyi seperti yang
dicadangkan itu kerana ianya merupakan misi yang sukar dan berbahaya.
Peristiwa dalam perumitan ini kemudian menuju kepada puncak apabila semua tikus
bersepakat mengikatkan loceng pada leher Sang Kucing Gergasi setelah Tikus Profesor dan
Tikus Menteri meminta agar misi tersebut dilakukan secara bersama-sama dengan strategi
yang bijak, iaitu mengikatkan loceng tersebut pada leher Sang Kusing Gergasi ketika musuh
yang digeruni itu sedang tidur. Kemudian, urutan cerita menuju kepada peleraian apabila
akhirnya sistem amaran bunyi tersebut berjaya dipasang dan negara tikus kembali aman
damai. Manakala, teknik plot yang digunakan dalam cerita ini termasuklah kejutan, saspens,
konflik dan dialog sebagai satu cara perkembangan plot cerita yang lebih menarik.
Penganalisisan struktur karya dari segi latar pula berperanan memberikan suasana
kepada

peristiwa

mengembangkan

dan

manusia

yang

terdapat

dalam

cerita.

Latar

penting

dalam

tema, persoalan, plot, watak, dan perwatakan. Malahan, idea, plot, dan

watak akan lebih hidup jika berada dalam situasi pelbagai latar. Menurut Rahman Shaari (2001)
latar terbahagi kepada tiga, iaitu latar tempat, latar masa dan latar masyarakat atau citra
masyarakat. Berdasarkan cerita yang dipilih, latar tempat bagi cerita ini ialah di sebuah negara
tikus yang dikecilkan latarnya di satu dataran tikus, iaitu tempat perhimpunan khas untuk
membincangkan masalah negara. Latar masa cerita ini pula tidak diceritakan dengan jelas.
Latar masyarakat pula merujuk kepada keadaan masyarakat dalam cerita yang digambarkan
sebagai sebuah masyarakat tikus yang hidup bersatu padu, berkerjasama dan patuh kepada
pemimpin.
Sementara itu, dari sudut pandangan pula, cerita yang dipilih ini menggunakan teknik
sudut pandangan orang ketiga terbatas. Menurut Zahir (2000), dalam teknik sudut pandangan
ini, pengarang tidak menceritakan semua peristiwa atau watak tetapi hanya akan memilih
watak-watak tertentu dan penceritaannya tertumpu kepada watak-watak tersebut sementara
watak-watak lain diceritakan serba sedikit sahaja. Perkara ini bertepatan dengan teknik
penceritaan dalam cerita yang dipilih apabila hanya watak-watak tertentu sahaja dihidupkan
dialognya untuk menyampaikan jalan cerita sementara watak-watak lain disebut secara tidak
langsung dan tidak diberikan dialog. Contohnya, hanya watak Tikus Menteri, Tikus Profesor,
Tikus Mondok, dan Tikus Rumah sahaja diberikan dialog dalam menghidupkan cerita. Watak
bagi semua tikus pula dimasukkan sekali sahaja dalam dialog secara beramai-ramai. Manakala,
watak lain seperti Sang Kucing Gergasi diceritakan sahaja dalam dialog. Peristiwa semua tikus

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

16

melaksanakan misi memasang sistem amaran bunyi juga tidak diceritakan sebaliknya hanya
menceritakan kejayaan misi tersebut.
Berikutnya, dari aspek gaya bahasa pula memperlihatkan pemilihan dan susunan katakata yang digunakan dalam sesuatu karya sastera. Berdasarkan cerita Bersatu Teguh, Bercerai
Roboh, terdapat beberapa gaya bahasa yang dikenal pasti. Pertama, diksi, iaitu pemilihan kata
yang mudah dan sesuai dengan tahap pemahaman murid sekolah rendah seperti tikus, gergasi
dan perkataan-perkataan lain yang hampir kesemuanya menggunakan diksi yang mudah.
Selain itu, terdapat juga penggunaan peribahasa seperti Bersatu Teguh, Bercerai Roboh. Ayatayat yang digunakan juga ada ayat pendek dan juga ayat panjang. Keseluruhannya, pemilihan
kata, peribahasa mahupun pembentukan ayat dalam cerita ini mudah difahami dan sesuai
dengan tahap pengetahuan dan pemahaman murid sekolah rendah.
Aspek struktur karya yang turut menjadi analisis ialah aspek nilai. Menurut Muhammad
Hj. Salleh (2008), sesebuah karya sastera itu tidak akan terlepas dari pancaran nilai yang
terakam di dalamnya. Dalam membincangkan struktur karya dari aspek nilai, ianya adalah
berkaitan dengan nilai-nilai yang baik atau nilai positif yang terdapat dalam sesebuah karya.
Sebagai contohnya, dalam cerita yang dipilih ini terdapat banyak nilai baik yang dapat diambil.
Antaranya nilai bertanggungjawab, berani menanggung risiko, bijak menyelesaikan masalah,
setia, sayang dan cintakan negara, dan sanggup berkorban demi negara. Nilai-nilai dapat
diperhatikan daripada dialog watak-watak dalam cerita.
Kesimpulannya, pendekatan pemahaman teks menerusi kaedah struktural ini membantu
pembaca melihat secara langsung perhubungan elemen-elemen dalam sesuatu karya dan
bagaimana unsur-unsur ini bergabung sebagai sebuah karya yang padu. Azman Wan Chik
(1981) turut menjelaskan perhubungan elemen-elemen dalam karya dengan mengatakan
bahawa antara konsep yang menjadi faktor penting dalam penganalisisan sastera secara
stuktural ialah dengan memahami perhubungan elemen dalam sesebuah karya sastera.
Menurut beliau, pemahaman terhadap perhubungan elemen dalam karya adalah berkaitan
segala perkara yang diperlukan sebagai hasilan daripada sebarang pengkajian sastera.
Kamarudin Husin (1988) juga menggariskan penekanan terhadap pemahaman setiap
perhubungan elemen struktur dalam sesuatu karya. Hal ini demikian kerana

dalam P&P

kesusasteraan, pemahaman perhubungan elemen ditekankan kerana sesebuah karya sastera


merupakan perhubungan antara struktur kesusasteraan seperti tema, plot, watak dan
perwatakan, latar, teknik, gaya bahasa, sudut pandangan dan sebagainya yang membentuk
keseluruhan karya. Dalam P&P menggunakan kaedah ini, pembelajaran banyak dipandu oleh
guru kerana memerlukan guru memperkenalkan unsur-unsur struktur terlebih dahulu sebelum
pengajaran dimulakan dan kemudian unsur itu akan dijelaskan secara terperinci. Disebabkan

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

17

itulah, guru perlu mempunyai pengetahuan tentang elemen struktur dalam sesebuah karya
terlebih dahulu untuk memudahkan pembelajaran dan pencapaian objektif P&P.

3.2 Pemilihan teknik dan aktiviti dalam langkah-langkah pengajaran dan


pembelajaran (P&P) berdasarkan teks prosa yang dipilih

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

18

Berdasarkan teks prosa Bersatu Teguh, Bercerai Roboh, satu perancangan P&P
dibuat untuk menunjukkan pengaplikasian bahan sastera yang dipilih dalam proses P&P. Teks
prosa yang dipilih bersesuaian dengan murid sekolah rendah setelah mengambil kira tahap
umur, pencapaian bahasa, tingkat kesedaran, pengalaman dan penggunaan laras bahasa
yang sesuai. Pemilihan teks ini juga dilihat berdasarkan gaya bahasanya yang baik,
mempunyai unsur-unsur moral, nilai-nilai murni yang boleh diterapkan kepada murid serta
teknik penceritaan yang mudah dan sesuai dengan tahap murid.
Aspek seni bahasa dipilih dalam perancangan P&P menggunakan teks prosa tersebut
menerusi teknik dan aktiviti tertentu.
Berikut merupakan maklumat

am,

standard

kandungan

(SK)

dan

standard

pembelajaran (SP) berserta objektif P&P yang dirancang.


Mata Pelajaran: Bahasa Malaysia
Tahun

: 5 Delima

Bil Murid

: 19 orang.

Tarikh /Hari

: 10 Ogos 2015 (Rabu)

Masa

: 8.40-9.40 pagi

Tema

: Kemasyarakatan (Unit 10: Muafakat Membawa Berkat)

Tajuk

: Bersatu Teguh, Bercerai Roboh

STANDARD KANDUNGAN
4.3 Mengujarkan bahasa yang indah

STANDARD PEMBELAJARAN
4.3.1 Mengujarkan dialog dengan sebutan

dengan menggunakan bahasa badan

yang jelas dan intonasi yang betul serta

secara kreatif melalui lakonan secara

menggunakan bahasa badan yang kreatif

didik hibur.

melalui lakonan.

Objektif:

Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:


i

Mengujarkan dialog berdasarkan teks cerita Bersatu Teguh, Bercerai Roboh


dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan bahasa
badan yang kreatif melalui lakonan.

Langkah-langkah P&P yang dirancang ini bermula daripada set induksi sehingga
penutup. Semasa set induksi, iaitu peringkat permulaan proses P&P, guru meminta seorang
murid untuk tampil ke hadapan kelas. Kemudian, guru mengeluarkan sebatang lidi lalu
diberikan kepada murid tersebut. Murid tersebut diminta mematahkan lidi tersebut kepada dua
bahagian dan kemudian kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil. Selesai sahaja murid
tersebut mematahkan lidi yang diberikan, guru akan meminta respons daripada murid-murid
lain di dalam kelas berkenaan situasi yang berlaku sebentar tadi. Kemudian, guru

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

19

mengeluarkan seikat lidi dan meminta murid yang sama untuk melakukan tindakan yang sama.
Namun, pada kali ini kesemua lidi tersebut perlu dpatahkan sekali gus tanpa satu pun terlepas
daripada ikatan.
Setelah itu, guru meminta respons murid-murid di dalam kelas terhadap perbandingan
kedua-dua situasi yang dilihat. Untuk ini, guru akan bersoal jawab dengan murid untuk
mendapatkan respons yang sesuai dengan tajuk pelajaran yang akan diajarkan. Kemudian,
guru akan menghubungkaitkan jawapan murid dengan tajuk dan isi pelajaran pada hari itu, iaitu
berkaitan tajuk Bersatu Teguh, Bercerai Roboh. Tempoh masa yang diambil untuk
pelaksanaan set induksi ini ialah selama 5 minit.
Selesai set induksi dijalankan, proses P&P akan beralih kepada langkah-langkah yang
seterusnya. Terdapat tiga langkah dalam pelaksanaan P&P ini sebelum tiba kepada penutup.
Setiap langkah dalam P&P ini mengandungi teknik dan juga aktiviti tertentu. Pada langkah
yang pertama, guru memaparkan tayangan slaid yang mengandungi satu baris dialog. Contoh
dialog yang dipaparkan ialah, Sang Kucing datang ke sini. Kemudian, guru membuat
demontrasi tentang cara untuk mengujarkan dialog tersebut dalam pelbagai emosi seperti
gembira, marah, sedih, terkejut dan kecewa.
Seterusnya, guru mengedarkan satu Balang Emosi, iaitu balang yang mengandungi
lipatan-lipatan kecil kertas yang tertera emosi tertentu kepada seorang murid paling hadapan di
dalam kelas. Balang tersebut perlu diedarkan daripada seorang murid ke seorang murid dalam
kelas sepanjang muzik dipasangkan oleh guru. Apabila muzik dihentikan oleh guru dan murid
terakhir yang memegang balang perlu mengambil satu lipatan kertas daripada balang.
Seterusnya, murid tersebut perlu mengujarkan dialog yang dipaparkan di skrin mengikut emosi
yang tertera pada kertas tersebut.
Penekanan pengujaran dialog diberikan pada mimik muka, sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul serta gerak badan yang sesuai berdasarkan emosi yang tertera pada lipatan
kertas yang diambil daripada Balang Emosi. Semasa murid melaksanakan tugasan tersebut,
kebebasan dari segi kreativiti persembahan diberikan dengan syarat murid dapat mengujarkan
dialog mengikut emosi tertentu. Dialog yang dipaparkan di hadapan skrin adalah sama bagi
kesemua murid. Tujuannya, untuk melihat kreativiti murid semasa berekspresi dengan dialog
yang diberikan. Teknik yang digunakan dalam langkah ini ialah teknik Balang Emosi yang
merupakan inspirasi daripada teknik Kerusi Emosi sebagai persediaan sebelum murid
melakukan aktiviti lakonan dalam langkah P&P berikutnya. Ianya untuk mengajar dan melatih
murid cara untuk menggambarkan emosi dengan tepat. Aktiviti ini diteruskan sehingga
sebahagian murid diberikan peluang memegang balang emosi. Guru akan memberikan
penilaian terhadap setiap persembahan murid dengan memberikan komen tentang sebutan dan

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

20

intonasi serta bahasa badan murid. Tempoh masa bagi pelaksanaan aktiviti ini ialah selama 10
minit.
Langkah kedua P&P diteruskan dengan dua aktiviti yang berkaitan. Aktiviti pertama yang
dirancang ialah guru mengedarkan teks cerita berdialog yang bertajuk Bersatu Teguh, Bercerai
Roboh kepada semua murid. Murid diminta untuk membaca teks tersebut secara senyap untuk
tempoh masa tertentu. Kemudian, guru mengadakan aktiviti perbincangan dan soal jawab
bersama-sama murid tentang kandungan teks cerita tersebut secara keseluruhan untuk menilai
pemahaman murid terhadap teks cerita tersebut. Seterusnya, beberapa orang murid diminta
mengujarkan dialog mana-mana watak yang terdapat dalam teks cerita tersebut dengan
sebutan yang jelas, intonasi yang betul berserta bahasa badan yang kreatif dalam bentuk
lakonan. Guru membuat penilaian terhadap pencapaian murid menerusi pemerhatian dan
kemudian memberikan maklum balas kepada murid sama ada sama ada dalam bentuk pujian,
pandangan atau cadangan penambahbaikan.
Aktiviti kedua diteruskan dengan aktiviti berkumpulan. Dalam aktiviti ini, murid diminta
berada dalam kumpulan masing-masing sebelum guru memberikan penerangan tentang aktiviti
lakonan yang akan diadakan. Berdasarkan teks cerita Bersatu Teguh, Bercerai Roboh, setiap
kumpulan diminta berlatih untuk melakonkan watak-watak yang terdapat dalam teks cerita
tersebut dengan menggunakan sebutan yang jelas, intonasi yang betul berserta bahasa badan
yang kreatif.
Setiap

kumpulan

diberikan

kebebasan

untuk

menambah

watak

dalam

teks,

mengubahsuai teks, atau pun menambah peristiwa tertentu mengikut kreativiti kumpulan
masing-masing. Penekanan markah dilihat dari aspek persembahan kumpulan dan kreativiti
pengubahsuaian atau pengembangan cerita. Semasa murid melaksanakan perbincangan dan
sesi latihan berkumpulan ini, guru akan memberikan bimbingan kepada murid tentang sebutan,
intonasi, bahasa badan serta aspek blocking, level, dan ruang semasa membuat
persembahan dalam langkah P&P seterusnya. Tempoh masa yang diambil bagi pelaksanaan
kedua-dua aktiviti dalam langkah kedua ini adalah selama 15 minit.
P&P diteruskan dengan langkah ketiga menerusi pelaksanaan dua aktiviti. Tempoh
masa yang diambil untuk pelaksanaan langkah ini ialah selama 25 minit. Semasa pelaksanaan
aktiviti yang pertama, guru akan memilih mana-mana kumpulan secara rawak untuk tampil ke
hadapan kelas bagi membuat persembahan berdasarkan tempoh persediaan yang telah
diberikan dalam langkah P&P sebelum ini. Setiap ahli dalam kumpulan diminta memakai props
yang disediakan oleh guru seperti topi nama bagi watak-watak sedia ada dalam teks dan tanda
nama yang digantung di leher bagi watak-watak baharu yang ditambah atau ditukar oleh
kumpulan. Aktiviti ini dilaksanakan berdasarkan teknik Teater Bercerita, iaitu terdapat seorang

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

21

anggota kumpulan yang berperanan sebagai pencerita sementara yang lain sebagai pelakon.
Pencerita akan bertugas menyampaikan cerita dan pelakon beraksi berdialog berdasarkan
watak masing-masing.
Murid daripada kumpulan yang lain diminta menilai lakonan kumpulan yang membuat
persembahan dengan mengisi borang penilaian rakan sebaya. Sementara itu, guru akan
membuat penilaian objektif menerusi pemerhatian terhadap persembahan murid dari segi
sebutan yang jelas, intonasi yang betul dan bahasa badan yang kreatif semasa berlakon.
Apabila satu-satu kumpulan selesai membuat persembahan, guru bersama-sama murid yang
lain akan memberikan ulasan terhadap persembahan yang ditonton sama ada dalam bentuk
komen, pandangan mahupun cadangan penambahbaikan. Guru juga akan terus memberikan
skala markah kepada kumpulan yang membuat persembahan dengan mengambil kira
pandangan murid-murid yang lain. Seterusnya, kumpulan yang berikutnya akan membuat
persembahan dan dinilai dengan cara penilaian yang sama. Selesai beberapa kumpulan
membuat persembahan, guru akan memilih kumpulan terbaik untuk dijadikan model
persembahan. Sebagai rumusan aktiviti pada langkah ini juga, guru akan memberikan maklum
balas keseluruhannya terhadap setiap persembahan kumpulan berdasarkan pencapaian yang
dinilai.
Kemudian, pada aktiviti kedua, guru akan mengedarkan lembaran kerja kumpulan yang
mengandungi grafik peta bulatan. Dalam kumpulan, murid diminta menyatakan nilai yang
terdapat dalam cerita Bersatu Teguh, Bercerai Roboh dengan mengisinya pada peta bulatan
dalam lembaran yang disediakan. Kemudian, perbincangan jawapan akan dibuat bersamasama antara guru dengan murid berdasarkan contoh-contoh yang terdapat dalam teks cerita
Bersatu Teguh, Bercerai Roboh. Guru dan murid juga berbincang tentang mesej yang terdapat
dalam cerita yang telah dilakonkan. Guru akan memberikan maklum balas terhadap setiap
jawapan yang diberikan oleh murid menerusi perbincangan bersama.
Seterusnya, pada pelaksanaan aktiviti penutup P&P yang diadakan selama 5 minit, sesi
penutup P&P menyentuh dua perkara utama, iaitu penutup kognitif dan penutup sosial. Dalam
penutup kognitif, guru akan merangsang murid untuk mengingat isi pelajaran pada hari itu.
Murid juga diminta menyatakan aktiviti yang telah dilakukan bersama di dalam bilik darjah.
Kemudian, murid dirangsang merumuskan isi pelajaran pada hari itu dengan bimbingan guru.
Setelah rumusan isi pelajaran yang dibincangkan bersama, murid bersama-sama guru
menyanyikan lagu Bersatu Teguh, Bercerai Roboh dengan rentak melodi Kalau Kita Gembira
dengan pergerakan kreatif. Selesai P&P, guru memberikan pujian kepada semua murid atas
kerjasama dan kejayaan pencapaian pada hari itu sebagai penutup sosial sekali gus penutup
keseluruhan P&P bagi tempoh masa satu jam.

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

22

3.3 Rasional Pemilihan Teknik dan Aktiviti


Menurut Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012: 201) yang menyatakan bahawa selain
kaedah pengajaran, teknik juga dapat membantu guru untuk menyampaikan pengajaran yang

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

23

berkesan dan berupaya menjadikan pembelajaran itu lebih bermakna kepada murid. Teknik
yang digunakan dalam P&P adalah satu muslihat, strategi atau taktik yang digunakan oleh guru
untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa
tertentu (Edward

M. Anthony, 1963). Mengikut Kamaruddin Husin dan Siti Hajar Abdul

Aziz (2011) pula, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benarbenar berlaku di dalam bilik darjah yang digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
Sebagai definisi keseluruhannya, dapatlah dikatakan bahawa teknik merupakan suatu
kaedah yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang
telah dipilih kepada murid dalam proses P&P. Setiap teknik yang dipilih berserta aktiviti yang
dijalankan adalah mempunyai rasional atau kewajarannya sendiri dalam menjadikan proses
P&P lebih berkesan dan bermakna. Hal ini bertepatan dengan pernyataan yang dikemukakan
oleh Abdul Aziz (1993) bahawa dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan
bermakna kepada para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan
teknik yang akan digunakan. Tambahnya, pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin
kelancaran serta keberkesanan penyampaian sesuatu P&P.
Berdasarkan perancangan langkah-langkah P&P yang dibuat dalam halaman sebelum
ini, setiap teknik dan aktiviti yang dipilih adalah atas rasionalnya yang tertentu.

Sebagai

contohnya, dalam langkah pertama P&P yang dirancang, saya menggunakan teknik Balang
Emosi untuk mengajarkan murid mengujarkan dialog dalam pelbagai emosi seperti gembira,
marah, sedih, terkejut dan kecewa. Teknik ini merupakan pengubahsuaian yang dilakukan
dengan mengambil inspirasi daripada teknik balang kaca dan kerusi emosi. Pembaharuan yang
dibuat ialah dengan memasukkan elemen muzik dalam aktiviti yang dijalankan. Teknik ini dipilih
atas rasional yang diperlihatkan kepada beberapa faktor.
Pertama, jika hari ini kita ingin melihat kemampuan sastera untuk mengisi ruang dalam
P&P bahasa Melayu dalam arus abad ke-21, maka seruan untuk menyahut kemahiran P&P
abad ke-21 perlu diambil. Antaranya menerusi kreativiti dalam menggunakan imaginasi untuk
membina sesuatu perkara yang baru sebagai kemahiran abad ke-21 seperti mana yang
dirumuskan oleh Sandra Burchsted (2003). Justeru, berdasarkan kesesuaian dan potensi yang
dilihat dapat digunakan dalam menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan menerusi
aktiviti yang santai dan menghiburkan, maka saya mencuba sedikit pengubahsuaian teknik
menerusi teknik Balang Emosi dengan iringan muzik sepanjang aktiviti dijalankan. Aktiviti ini
bukan sahaja menarik minat murid, bahkan membantu murid untuk lebih bersedia menerima
cabaran secara rawak.

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

24

Pemilihan teknik dan aktiviti yang melibatkan teknik Balang Emosi ini juga dipilih
berdasarkan pemahaman terhadap gaya pembelajaran murid yang pelbagai di dalam sebuah
bilik darjah. Gaya pembelajaran merupakan satu set ciri-ciri peribadi yang mempengaruhi
bagaimana seorang menerima, mengumpul dan memproses maklumat (Gardner, H. 2006).
Dalam bilik darjah, setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza seperti mana
yang digariskan dalam Model Pelbagai Kecerdasan Gardner (1993).
Gardner menyenaraikan sembilan jenis kecerdasan individu seperti kecerdasan
linguistik, kecerdasan logik matematik, kecerdasan ruang, kecerdasan kinestetik, kecerdasan
muzik,

interpersonal, intrapersonal, naturalis, dan spiritual. Menurut Berman, S.(1995),

pemilihan teknik dan aktiviti yang mengambil kira pemahaman terhadap kecerdasan pelbagai
murid ini membantu guru untuk merancang kepelbagaian teknik pengajaran yang membolehkan
guru menjadi lebih kreatif dalam mengembangkan kecerdasan dan potensi murid. Ini akan
menjadikan pengajaran dan pembelajaran itu satu proses yang seronok untuk dilalui oleh guru
dan diikuti oleh pelajar.
Mengambil kira aspek ini, maka teknik Balang Emosi terhasil menerusi pengubahsuaian
yang dibuat dengan mengandungi beberapa elemen yang dapat dikaitkan dengan beberapa
gaya pembelajaran murid. Antaranya kecerdasan kinestetik, kecerdasan muzik, interpersonal,
kecerdasan linguistik dan kecerdasan intrapersonal. Hal ini kerana dalam aktiviti yang
dijalankan berdasarkan teknik ini, terdapatnya elemen seperti pergerakan tubuh badan
(kinestetik), latar muzik (muzikal), berbahasa secara lisan (kecerdasan linguistik), interaksi
dengan orang lain (interpersonal), dan kebolehan untuk refleksi diri (intrapersonal). Sebagai
guru yang berkesan, faktor-faktor yang mempengaruhi P&P perlu diambil peduli supaya semua
murid mendapat peluang belajar yang dapat memenuhi gaya pembelajaran masing-masing.
Perkara ini selari dengan pernyataan Esah (2003) yang menyatakan bahawa seseorang guru
itu hendaklah mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran semasa
menyediakan aktiviti untuk murid agar murid dapat membina pengalaman dan pengetahuan
baharu melalui aktiviti P&P yang dilalui.
Selain itu, teknik dan aktiviti dalam langkah pertama dipilih juga disebabkan tarikan
teknik dan aktiviti ini terhadap tumpuan murid semasa proses P&P. Hal ini kerana semasa
aktiviti berpandukan teknik ini dijalankan, murid perlu bersiap sedia dari segala aspek. Jika
biasanya guru meminta mana-mana murid ke hadapan untuk melakukan sesuatu tugasan,
namun dalam aktiviti yang dijalankan ini, semua murid berkemungkinan untuk dipilih kerana
balang emosi yang diedarkan dari seorang murid ke seorang murid dengan iringan muzik tidak
memberikan ruang kepada murid untuk mengelak atau bersikap sambil lewa.

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

25

Aktiviti yang dijalankan ini memerlukan kesemua murid memberikan tumpuan dan fokus.
Malahan, pembelajaran menjadi lebih menarik kerana pelbagai gelagat murid dapat
diperhatikan semasa aktiviti ini dijalankan. Tumpuan pastinya difokuskan terhadap pergerakan
balang kaca sementara pendengaran pula peka terhadap latar muzik yang akan diberhentikan
guru secara serta-merta. Malahan, murid sendiri teruja untuk mengetahui jenis emosi yang
tertera pada lipatan kertas dalam balang emosi. Suasana pembelajaran sebegini pastinya tidak
membosankan dan tujuan pengaplikasian teknik itu sendiri dalam mencapai pembelajaran yang
berkesan dan bermakna pastinya tercapai. Perkara ini sejajar dengan pernyataan yang
dikemukakan oleh Azman Wan Chik (1987) bahawa teknik yang digunakan dalam bilik darjah
haruslah bertujuan ke arah aplikasi yang dapat menarik minat murid, mengekalkan perhatian,
serta membangkitkan rasa ingin tahu murid akan sesuatu tajuk atau isi pelajaran yang akan dan
sedang dilaksanakan.
Seterusnya, dalam langkah kedua P&P, guru menggunakan teknik lakonan berpandu
melalui aktiviti yang dijalankan dalam bilik darjah. Teknik ini diaplikasikan apabila beberapa
orang murid diminta berlakon dengan mengujarkan dialog mana-mana watak yang terdapat
dalam teks cerita yang diberikan dengan sebutan yang jelas, intonasi yang betul berserta
bahasa badan yang kreatif. Aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk memberikan persediaan
berlakon menerusi pembinaan watak dan dialog. Teknik lakonan menerusi aktiviti yang
dijalankan ini juga mempunyai rasional pemilihannya.
Pertama, teknik lakonan merupakan salah satu daripada pengisian yang terkandung
dalam aspek Seni Bahasa yang berkaitan langsung dengan aspek kebahasaan, keindahan dan
kehalusan dalam Bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Melalui
pembelajaran aspek ini, murid dapat menghasilkan dan mempersembahkan karya kreatif
pelbagai genre secara lisan dan bertulis melalui variasi teknik yang menarik. Aspek seni bahasa
juga menzahirkan pembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur yang menekankan
persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan secara terancang. Unsur keseronokan wujud
melalui pembelajaran yang santai, menarik, menghibur, bermakna dan memikat yang dapat
membantu memperkukuh pemahaman dan mendorong murid untuk belajar (Bahagian
Pembangunan Kurikulum, 2013).
Selaras dengan itu, satu daripada aktiviti P&P secara didik hibur yang dapat menarik
minat murid dan membantu murid lebih berketrampilan serta menghayati kandungan seni
bahasa itu sendiri ialah menerusi pengaplikasian teknik lakonan selain daripada nyanyian,
bercerita dan berpuisi (Azizul Rahman, 2009). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010),
lakonan didefinisikan sebagai cara berlakon atau cara melakonkan sesuatu peranan. Jadi,
pemilihan teknik lakonan ini dilihat mampu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

26

menyeronokkan kerana di sekolah, berlakon merupakan salah satu aktiviti yang sangat
digemari oleh murid-murid kerana dijalankan dalam situasi bermain dan santai. Namun, dalam
masa yang sama, murid juga mempelajari kemahiran berbahasa dengan lebih baik menerusi
peranan yang dilakonkan.
Rasional ini juga sejajar dengan pernyataan yang dikemukakan oleh Nadzeri
(2009), bahawa aktiviti lakonan dalam proses P&P dapat membantu meningkatkan kemahiran
murid untuk berbahasa dengan baik. Hal ini demikian kerana lakonan merupakan aktiviti yang
melibatkan pergerakan tubuh badan atau segala bentuk perlakuan yang meliputi segala
kegiatan hidup manusia. Ia dilakukan oleh watak-watak tertentu sebagai mencerminkan
keadaan sebenar, atau meniru cara dan bentuk kegiatan-kegiatan yang berlaku dalam hidup
masyarakat. Banyak kebaikan yang diperoleh daripada aktiviti lakonan termasuklah membantu
murid-murid bertutur dengan gaya, suara, intonasi, nada dan sebutan yang betul, dapat
menggunakan bahasa dalam situasi dan konteks tertentu dengan cara yang betul serta
mengikis perasaan rendah diri, malu dan pelbagai sifat negatif lain kepada sifat positif seperti
yakin, tegas dan sebagainya.
Hal ini juga selari dengan pendapat yang dinyatakan oleh Abdul Ghani, Abdul
Rahman, dan Abdul Rashid (2007) yang mengungkapkan bahawa pelaksanaan teknik lakonan
ialah salah satu langkah yang sesuai digunakan dalam proses P&P di dalam kelas kerana
mempunyai kekuatan yang dapat menarik perhatian murid dalam menyertai aktiviti
pembelajaran malahan merupakan perancangan pengajaran yang membantu mencapai
sesuatu objektif. Perkara ini diperkukuh oleh Coombs yang diterjemahkan Siti Aisyah (1999)
yang menyatakan bahawa pembelajaran adalah lebih berkesan sekiranya pelajar dilibatkan
dalam hal-hal yang berlaku dalam bilik darjah dan pelaksanaan aktiviti lakonan adalah satu
teknik P&P aktif yang dianggap wajar digunakan kerana dapat memberikan pengalaman
langsung kepada pelajar di dalam bilik darjah.
Selain itu, teknik dan aktiviti lakonan juga dipilih dalam langkah P&P ini kerana
aktiviti yang dijalankan ini melibatkan kesemua murid secara aktif dalam P&P. Meskipun, hanya
beberapa murid yang berpeluang untuk melakonkan dialog watak-watak, namun kesemua
murid akan sentiasa berada dalam keadaan sedia sekiranya diminta oleh guru. Bahkan,
daripada maklum balas yang diberikan oleh guru terhadap murid yang berlakon, murid-murid
yang lain turut memperoleh pengetahuan yang sama tentang aspek maklum balas yang
dinyatakan oleh guru. Dengan ini, semua murid memperoleh peluang belajar bersama-sama.
Malahan, aktiviti yang dijalankan ini juga memberikan pengalaman pembelajaran
yang baharu kepada murid berbanding pembelajaran konvesional yang biasa diajar di sekolah.
Menerusi pengaplikasian teknik dengan aktiviti yang dijalankan ini, ianya dapat membantu
meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran bahasa Melayu itu sendiri sehingga

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

27

mencapai tahap menjadikan subjek bahasa Melayu sebagai subjek yang paling dinantikan di
sekolah.
Teknik lakonan berpandukan teks ini sengaja dipilih untuk membantu murid
membina watak menerusi dialog sebagai persediaan untuk aktiviti seterusnya dalam langkah
P&P berikutnya. Dari sini, murid akan diberikan lebih pendedahan tentang aspek persembahan
yang dinilai, iaitu dari segi sebutan yang jelas, intonasi yang betul dan menggunakan bahasa
badan yang kreatif. Di samping itu, murid juga akan mempelajari beberapa kemahiran dalam
masa yang sama, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur dan kemahiran membaca. Hal ini
kerana semasa murid berlakon mengujarkan dialog watak yang terdapat dalam teks cerita,
murid akan terlebih dahulu membaca teks tersebut sebelum bertutur untuk mengujarkan dialog
tersebut. Hal ini juga menunjukkan berlakunya penggabungjalinan kemahiran bahasa dalam
sesi P&P yang membantu murid menguasai kemahiran bahasa dengan lebih berkesan.
Berikutnya, dalam langkah ketiga P&P, teknik yang dipilih dalam pengajaran ialah teknik
Teater Bercerita, iaitu terdapat seorang anggota kumpulan yang berperanan sebagai pencerita
sementara yang lain sebagai pelakon. Pencerita akan bertugas menyampaikan cerita
sementara para pelakon beraksi berdialog mengikut watak masing-masing. Dalam aktiviti yang
dijalankan ini, teks cerita dalam bentuk dialog telah disediakan oleh guru. Namun, setiap
kumpulan diberikan kebebasan untuk mengubahsuai mahupun menambah watak-watak yang
lain mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.
Teknik dan aktiviti ini juga dipilih berdasarkan rasional tertentu. Pertama,

teknik ini

sesuai diaplikasikan dengan bahan pembelajaran yang digunakan dalam P&P yang dirancang,
iaitu teks prosa bertajuk, Bersatu Teguh, Bercerai Roboh. Hal ini kerana teks tersebut
merupakan teks prosa dalam bentuk dialog yang sesuai untuk diaplikasikan dalam teknik teater
bercerita. Dalam aktiviti ini, apabila pencerita menyebut nama watak murid yang telah
ditentukan, watak tersebut akan keluar untuk melakonkan aksi seperti yang dibacakan dalam
cerita dan keluar apabila selesai melakonkan situasi yang dibaca oleh pencerita. Semua watak
akan melakonkan watak secara spontan tanpa skrip.
Teks cerita yang diberikan hanyalah sebagai persediaan kepada murid untuk
mengetahui peranan masing-masing untuk dibaca dan dihayati. Setiap watak bebas
melakonkan aksi, namun masih terikat dengan jalan cerita asal. Menurut Azman Wan Chik
(1981), teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik. Justeru,
kesesuaian antara teknik pengajaran dengan penggunaan bahan pembelajaran berupaya
menjadikan penyampaian pengajaran lebih berkesan dan menarik. Kamaruddin Husin dan Siti
Hajar Abdul Aziz, (1997) juga memperihalkan perkara ini dengan mengatakan bahawa
sesebuah pengajaran yang berkesan memerlukan gabungan beberapa komponen yang
berkaitan seperti pendekatan, kaedah, teknik dengan bahan pembelajaran yang bersesuaian.

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

28

Selain itu, teknik dan aktiviti yang dipilih ini juga menjurus kepada strategi berpusatkan
murid yang menjadi tren utama dalam inovasi kurikulum seluruh dunia. Strategi ini melibatkan
murid secara aktif dalam sesuatu aktiviti P&P yang dijalankan (Noriati, 2009). Aktiviti yang
dijalankan mengikut strategi pemusatan murid berupaya menjadikan murid lebih memberikan
fokus dalam proses pembelajaran. Hal ini demikian kerana pembelajaran menggunakan teknik
teater bercerita ini merupakan pelaksanaan strategi berpusatkan murid yang melibatkan
kesemua murid dalam aktiviti P&P. Menerusi aktiviti yang dijalankan, semua murid diberikan
peluang dan ruang yang sama di dalam bilik darjah untuk membuat persembahan secara
berkumpulan. Setiap murid akan merasai pengalaman pembelajaran yang sama. Malahan,
daripada aktiviti yang dijalankan juga, murid-murid dapat belajar sesuatu dengan membina
pengetahuan mereka sendiri melalui aktiviti yang dilakukan kerana melibatkan pembelajaran
secara konstruktif. Perkara ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.
Teknik dan aktiviti dalam langkah ketiga ini juga dipilih kerana P&P yang dijalankan
bersifat pembelajaran koperatif. Noriati (2009) menjelaskan bahawa pembelajaran secara
koperatif yang dipelopori oleh Slavin (2005) adalah merupakan pembelajaran aktif yang
berupaya mengubah suatu situasi pembelajaran yang pasif kepada suatu yang dinamis serta
berpusatkan murid. Hal ini kerana aktiviti yang dijalankan murid adalah secara berkumpulan
yang pastinya menggalakkan interaksi bersemuka, kebergantungan positif, penglibatan
seimbang dan akauntabiliti setiap anggota kumpulan untuk menghasilkan sebuah persembahan
yang terbaik. Di sini, kita dapat lihat bahawa semua murid mempunyai hak dan peluang yang
sama untuk belajar

dalam

suasana pembelajaran

yang

koperatif

disamping dapat

menggalakkan penyertaan aktif murid dalam aktiviti pembelajaran.


Selari dengan itu juga, teknik teater bercerita yang dilaksanakan menerusi aktiviti dalam
bilik darjah juga dipilih kerana teknik ini bukan sahaja dapat meningkatkan penglibatan semua
murid dalam P&P, bahkan dapat meningkatkan kemahiran berfikir, menambahkan keyakinan
diri, menggalakkan murid menghasilkan idea dan memberikan pendapat, menggalakkan murid
membina ilmu dan mewujudkan suasana kerjasama dalam kalangan murid (Shahabuddin,
Rohizani & Mohd Zahir, 2007). Perkara ini jelas terbukti kerana pelaksaan aktiviti dengan teknik
teater bercerita sememangnya dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid kerana murid perlu
menggunakan daya fikir untuk membuat persembahan terbaik menerusi aksi yang dilakonkan
dengan dialog yang diujarkan. Daripada keupayaan daya berfikir jugalah, murid dapat
melahirkan idea menerusi pendapat tertentu dalam tugasan yang diberikan guru. Kemahiran
berfikir inilah yang menjadi salah satu ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk
berupaya bersaing bukan sekadar di dalam bilik darjah, bahkan pada peringkat global seperti
mana yang diaspirasikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015
sejajar dengan hasrat FPK.

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

29

Di samping itu, pemilihan pelaksanaan teknik dan aktiviti teater bercerita ini juga atas
faktor memenuhi gaya pembelajaran murid-murid yang pelbagai. Berdasarkan Model
Kecerdasan Pelbagai Gardner (1993), aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan bahan
sastera yang melibatkan teknik yang sesuai dapat memenuhi kepelbagaian gaya pembelajaran
murid-murid. Misalnya, menerusi aktiviti dan teknik yang dipilih, beberapa kecerdasan murid
dapat dipenuhi dan dipertingkatkan seperti kecerdasan linguistik menerusi ujaran dialog dalam
lakonan, kecerdasan visual yang melibatkan lakonan dalam teknik yang dipilih, kecerdasan
kinestetik yang melibatkan teknik yang dipilih yang mengandungi gerak kreatif, kecerdasan
interpesonal menerusi aktiviti perbincangan dan interaksi dengan rakan sebaya, dan juga
kecerdasan emosi.
Pelaksanaan P&P menggunakan teknik Teater Bercerita juga mempunyai objketifobjektifnya tertentu yang turut menjadi rasional pemilihan teknik ini dalam P&P yang dirancang.
Antaranya, dapat melatih murid-murid dengan kemahiran mendengar, bertutur, pemahaman
dan mengarang. Hal ini kerana menerusi pelaksanaan aktiviti ini, murid dididik untuk menguasai
kecekapan berbahasa yang disertai dengan pergerakan tubuh badan. Paling penting, objektif
awal yang ditetapkan sebelum P&P dapat tercapai dengan baik menerusi pelaksanaan aktiviti
daripada teknik yang dipilih ini, iaitu murid dapat mengujarkan dialog tentang teks cerita
Bersatu Teguh, Bercerai Roboh dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul
menggunakan bahasa badan yang kreatif melalui lakonan. Teknik teater bercerita sendiri
memuatkan kesemua elemen dari segi sebutan, intonasi dan juga penggunaan bahasa badan.

4.0

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

RUMUSAN

30

Penerapan Ilmu sastera pada abad ke-21 merupakan satu bentuk ilmu yang penting dan
relevan pada zaman ini. Hal ini demikian kerana kemajuan sesebuah negara tidak hanya
berasaskan ukuran pembangunan jasmaniah, sains, dan teknologi tetapi perlu mengambil kira
aspek-aspek kemanusiaan dan kerohanian. Seperti mana yang dihasratkan FPK dalam
membangunkan potensi murid secara seimbang dan menyeluruh, begitu jugalah kewajaran
sastera dalam pengisian kurikulum di sekolah yang mempunyai matlamat yang sama.
Namun demikian, penerapan sastera dalam pengajaran bahasa pada abad ke-21 perlu
dirancang dan dilaksanakan dengan berkesan. Maka, sebagai penggerak kurikulum, guru perlu
memainkan peranan secara berkesan untuk menghadapi cabaran arus globalisasi dalam dunia
pendidikan. Proses P&P tidak akan membawa kepada keberkesanan dan peningkatan kualiti
pendidikan seperti yang dihasrat dalam PPPM (2013-2025) sekiranya guru tidak komited
meningkatkan profesionalisme diri sebaga seorang guru.
Untuk mencapai keberkesanan P&P dan meningkatkan kualiti profesionalisme diri, maka
guru perlu bersiap sedia dengan ilmu pengetahuan dan mempelbagaikan strategi, kaedah,
teknik pengajaran menerusi aktiviti yang dijalankan bagi menjadikan suasana kelas lebih
menarik seterusnya dapat menghasilkan P&P yang berkesan. Perancangan P&P perlu
dilaksanakan dengan teliti untuk memastikan keberkesan P&P seperti mana yang dikatakan
oleh Abdullah Hassan (1987) bahwa kegagalan dalam merancang dan menentukan corak
pengajaran bahasa Melayu menyebabkan isi pelajaran gagal disampaikan secara berkesan.
Hal ini kerana pengajaran adalah satu proses penyampaian ilmu pengetahuan,
maklumat dan kemahiran kepada murid. Berkesan pula adalah sesuatu yang memberikan
impak. Justeru, pengajaran yang berkesan dapatlah dijelaskan sebagai satu pengajaran yang
berupaya mencapai hasil pembelajaran dan objektif yang telah dirancang atau setidak-tidaknya
memberikan kefahaman kepada murid-murid.
Untuk itu, seseorang guru itu haruslah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan
dengan perancangan P&P yang lebih kreatif untuk menjadikan aktiviti P&P menjadi lebih
bermakna dalam mendorong proses P&P menjadi lebih sempurna. Kesannya bukan sahaja
meningkatkan kualiti dan mutu pengajaran guru bahkan juga dapat meningkatkan kualiti
pembelajaran murid menerusi aktiviti P&P yang dirancang terperinci dengan teknik pengajaran
yang membantu peningkatan kualiti ini. Dalam hasrat PPPM (2013-2025) sendiri menekankan
dimensi kualiti yang merentasi kesebelas anjakan yang digariskan yang jelas menunjukkan
aspirasi ke arah pendidikan yang berkualiti.

5.0

PENULISAN REFLEKTIF

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

31

Pada 6 julai 2015 yang lalu, soalan tugasan kerja kursus Genre Kesusasteraan Melayu dalam
Bahasa Melayu telah saya terima. Tugasan ini merupakan satu daripada tugasan yang wajib
dilaksanakan untuk melengkapkan keperluan pada semester ini. Sewaktu penerangan kerja
kursus ini diberikan, saya mendapat fahaman yang jelas terhadap skop tugasan dan mula
mendapat gambaran awal mengenai tugasan yang akan dilaksanakan. Malahan, saya berasa
teruja untuk menyiapkan tugasan ini kerana tertarik dengan kehendak tugasan yang diberikan.
Kursus ini sendiri merupakan kursus yang membolehkan saya sebagai bakal guru bahasa
Melayu mengetahui sastera dalam pengisian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah dari
segi pendekatan pemahaman teks sastera, teknik dan aktiviti P&P sastera serta segala
pengetahuan dan pemahaman kursus yang dapat digunakan untuk diaplikasikan dalam
pengajaran bahasa di sekolah.
Menerusi pengetahuan dan pemahaman yang diperoleh daripada pelaksanaan tugasan
ini dan kursusnya sendiri, sememangnya kemampuan bahan sastera dalam merealisasikan
hasrat FPK yang bermatlamat untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, emosi, rohani dan jasmani tidak dapat dinafikan. Kepentingannya dalam mengukuhkan
pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah seperti yang
dinyatakan oleh Amanah, Khairuddin dan Wan Zaliha (2014) menunjukkan dengan jelas akan
kemampuan sastera untuk mengisi ruang dalam peningkatan kualiti P&P bahasa Melayu.
Dimensi kualiti inilah yang ditekankan dalam PPPM (2013-2025) bagi memenuhi aspirasi sistem
pendidikan negara.
Bahan-bahan

sastera

sememangnya

mempunyai

kelebihan

dan

kewajaran

penggunaannya dalam pendidikan seperti mana yang dinyatakan oleh Naffi Mat (2005),
bahawa bahan sastera dapat membantu proses belajar dan mengajar bahasa Melayu. Dalam
penulisan ini, kemampuan bahan sastera untuk membantu pengajaran bahasa ini dispesifikkan
kemampuannya khusus dalam membina jati diri, mencungkil bakat kreatif dan mengembangkan
pemikiran kritis dalam kalangan murid.
Naffi Mat (2006) pernah mengemukakan pernyataan berkaitan pembinaan jati diri murid
menerusi kemampuan penggunaan bahan sastera dalam pengajaran dengan mengatakan
penggunaan bahan sastera mampu melahirkan generasi yang memiliki jati diri yang tinggi. Jati
diri dapat didefinisikan sebagai sifat atau ciri yang unik dan istimewa (dari segi adat, bahasa,
budaya, agama dan sebagainya) yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang
individu, sesuatu bangsa dan sebagainya atau disebut juga sebagai identiti (Kamus Dewan
2010).
Pembinaan jati diri murid terhasil menerusi peluang yang diberikan kepada murid untuk
menikmati suatu hasil karya sastera yang lahir dari cetusan pemikiran, sikap dan nilai sesuatu

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

32

bangsa. Menurut Muhammad Salleh (2008), karya-karya sastera bukan sahaja menjadi
dokumen budaya tetapi menjadi sumber khazanah ilmu yang berguna untuk pembinaan jati diri
bangsa. Aspek budaya, masyarakat, dan manusia yang ditatap menerusi karya sastera akan
menggerakkan murid untuk mengenal jati dirinya. Sama ada karya tradisional atau karya
moden ia membawa pengaruh tertentu berkaitan suatu zaman. Pendek kata, bahan sastera
merupakan satu khazanah penting yang merakamkan jati diri, budaya dan pemikiran bangsa.
Sebagai contohnya, bahan sastera yang digunakan oleh guru adalah bahan pengajaran
yang mengandungi segala pengetahuan berkaitan jati diri sesuatu bangsa merangkumi adat,
bahasa, budaya, agama dan sebagainya yang menjadi identiti sesuatu bangsa. Menerusi
bahan sastera yang dipelajari, murid akan dapat mengetahui dan memahami segala unsur yang
menjadi identiti bangsanya, ini membolehkan murid lebih mengenali identiti bangsanya. Apabila
identiti bangsanya sendiri dapat dikenal, maka murid juga dapat mengenal dan seterusnya
membina jati dirinya daripada yang dipelajarinya dalam bahan sastera.
Menurut Maisarah Saidin dan Latifah Abdul Majid (2012) dalam jurnal bertajuk,
Pembentukan Jati Diri Kanak-Kanak Melalui bahan Bacaan Bahasa Malaysia, nilai murni
merupakan salah satu elemen yang penting dalam pembentukan akhlak dan jati diri kanakkanak. Hal ini terbukti berdasarkan penjelasan Sufean(1989) yang menyatakan bahawa
perlakuan yang baik dapat dipupuk melalui nilai murni. Oleh yang demikian, sekiranya
seseorang individu itu diterapkan dengan nilai murni seperti hormat-menghormati, jujur dan
amanah, secara tidak langsung akhlak yang mulia dapat dibentuk. Sufean juga menyokong
bahawa pembinaan jati diri mempunyai kaitan rapat dengan akhlak seseorang. Tanpa akhlak
mulia, jati diri tidak dapat dibentuk dengan baik. Ini kerana, akhlak memberi pengaruh dan
kesan yang besar pada tindak tanduk serta gerak langkah seseorang.
Salah satu cara yang boleh meninggalkan impak dan pengaruh positif dalam pembinaan
jati diri kanak-kanak ialah menerusi bahan bacaan. Perkara ini dinyatakan dalam kajian
Rohaida (1998) bahawa bahan bacaan sebenarnya mampu memberi pengaruh dalam
pendidikan akhlak dan jati diri kanak-kanak. Hal ini kerana sesebuah bahan bacaan tersebut
pastinya mempunyai elemen nilai murni yang dapat memberi kesan positif kepada akhlak dan
jati diri individu. Perkara ini diperakui lagi oleh Khairusy Syakirin (2007) yang mengatakan
bahawa pembentukan jati diri kanak-kanak dapat dikenal pasti berdasarkan elemen nilai murni
kerana nilai tersebut merupakan elemen terpenting dalam melahirkan kanak-kanak yang
berbudi pekerti mulia.
Berdasarkan pengaruh bahan bacaan dalam membentuk jati diri ini, dapatlah dikaitkan
dengan kemampuan bahan sastera untuk membina jati diri murid menerusi nilai-nilai murni
yang terdapat dalam sesebuah bahan sastera. Sebagai satu bahan bacaan, bahan sastera

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

33

yang mengambil kira aspek-aspek kemanusiaan dan kerohanian juga penuh dengan penerapan
nilai-nilai murni yang mampu membina jati diri murid. Sebagai contohnya, teks cerita , Bersatu
Teguh, Bercerai Roboh

yang dipilih dalam bahagian analisis dan aplikasi tugasan ini

mempunyai penerapan nilai murni yang dapat membantu pembinaan jati diri murid-murid.
Pembinaan jati diri ini berlaku apabila murid mendapat pendedahan nilai murni melalui cerita
tersebut menerusi penggunaannya oleh watak dalam cerita yang membantu murid untuk
memahami dengan jelas konsep sesuatu nilai tersebut.
Ini seterusnya mewujudkan kefahaman yang mendalam terhadap nilai-nilai murni
tersebut yang membawa kepada pengaplikasian nilai murni tersebut

ke dalam kehidupan

mereka. Misalnya, nilai berkerjasama yang terdapat dalam teks cerita tersebut dapat dijadikan
motivasi dan inspirasi kepada murid untuk mencapai dan melakukan sesuatu yang baik yang
membawa kepada kejayaan sesuatu perkara seperti mana yang didedahkan dalam teks cerita
tersebut.
Perkara ini menunjukkan bahawa nilai murni yang didedahkan dalam sesuatu bahan
bacaan memberikan kesan yang positif pada diri murid-murid kerana kanak-kanak
sememangnya cenderung ke arah peniruan tingkah laku. Pernyataan ini selari dengan
pernyataan yang dikemukakan oleh Halimah (1992) bahawa contoh-contoh baik seperti nilai
murni yang diutarakankepada kanak-kanak melalui bahan bacaan dapat membantu kanakkanak membentuk satu kod etika kelakuan hidup yang baik melalui proses peniruan daripada
bahan bacaan.
Selain daripada kandungan nilai murni dalam bahan sastera yang dapat membina jati
diri murid sekolah rendah, penggunaan bahasa dalam bahan sastera juga menyumbang ke
arah pembinaan jati diri murid. Seperti mana penerapan nilai murni yang memberikan kesan
dan pengaruh terhadap akhlak dan jati diri murid, penggunaan bahasa dalam sesuatu bahan
sastera juga memberikan kesan kepada pembentukan akhlak dan jati murid. Sebagai
contohnya, kandungan bahasa dengan penggunaan laras bahasa yang kurang baik berupaya
memberikan pendedahan dan kesan perkembangan pembentukan akhlak dan jati murid.
Hal ini kerana sastera seperti mana yang diperincikan oleh Hashim Awang (1985)
adalah sebagai hasil ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Menurutnya, hasil sastera
disebarkan melalui bahasa manakala bahasa mampu memancarkan keindahan yang
terkandung dalam karya sastera. Bagi Ali Ahmad (1994),

karya sastera terkandung di

dalamnya nilai-nilai estetika atau keindahan manakala bahasa sastera lahir bersama-sama
pembinaan rasa, cita-cita, imaginasi kehidupan, dan fikiran dan sesuatu karya sastera tidak
dapat lari dari membawa bersamanya unsur nilai yang ada perkaitan dengan keagamaan,
kebudayaan, dan kemasyarakatan. Dalam konteks ini, kandungan bahasa yang terdapat dalam

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

34

bahan sastera bukan lagi sekadar sebagai alat komunikasi sosial, tetapi sebagai alat
membentuk, membina, merakamkan, menyampaikan dan memperkasakan fikiran, budaya dan
tamadun bangsa.
Menurut Jeniri (2008), penggunaan sesuatu bahasa dalam bahan bacaan terutamanya
bahasa kebangsaan berperanan penting dalam memupuk semangat kecintaan terhadap
Negara. Melalui bahasa kebangsaan, semangat nasionalisme dan patriotisme dapat disemai
dan dipupuk. Hasilnya, jati diri seseorang dapat dibentuk secara semula jadi melalui
penggunaan bahasa kebangsaan. Dalam konteks kemampuan bahan sastera dalam membina
jati diri murid dalam kalangan murid sekolah rendah ini juga terbukti menerusi penggunaan
bahasa kebangsaan yang mewujudkan satu identiti kebangsaan dan kebersamaan bahasa
yang dapat memupuk rasa patriotik terhadap negara. Hal ini berlaku apabila semua murid tanpa
mengira kaum dan bangsa akan menggunakan bahan sastera yang sama dengan bahasa
yang sama apabila belajar sastera dalam pengajaran bahasa Melayu. Ini seterusnya
mewujudkan satu identiti nasional seperti mana yang menjadi salah satu aspirasi keberhasilan
murid dalam pelaksanaan PPPM (2013-2025).
Dalam aspirasi PPPM (2013-2025), aspek pemupukan jati diri kebangsaan adalah satu
daripada ciri yang ingin dibentuk kepada pelajar melalui sistem pendidikan negara. Pemupukan
jati diri kebangsaan ini bertujuan untuk merangsang perasaan kebersamaan dan kesetiaan
kepada negara. Selain ini, ia juga bertujuan untuk membangkitkan kesedaran dalam kalangan
golongan muda bagi membentuk satu kesatuan sebagai bangsa Malaysia yang memiliki sifat
kebersamaan kebangsaan yang serupa. Pemupukan jati diri kebangsaan yang ingin dibentuk
dalam PPPM ini juga bersepadu dengan ideologi negara dalam Rukun Negara untuk membina
rakyat Malaysia yang bersatu padu (Teo Kok Seong, 2013).
Sebagaimana pemupukan jati diri kebangsaan dihasratkan dalam aspirasi pendidikan
negara, maka pelaksanaan ke arah pemupukannya dimulakan daripada peranan guru sebagai
penggerak utama aspirasi. Dalam pengajaran bahasa, bahan sastera yang digunakan haruslah
yang berupaya memupuk jati diri murid menerusi pemilihan bahan yang sesuai bagi
meningkatkan kualiti murid menerusi kualiti pendidikan. Hal ini demikian kerana PPPM (20132025) merupakan pelan yang digagaskan untuk melahirkan modal insan berkualiti tinggi yang
mampu menyumbang ke arah pembangunan sejagat yang bukan sahaja memiliki pencapaian
akademik yang membanggakan dan kemahiran yang pelbagai, namun penuh dengan nilai-nilai
positif serta jati diri yang tinggi. Dari sini, dapat diperihalkan bahawa kemampuan bahan sastera
dalam membina jati diri murid tidak dapat disangkal sebagai satu daripada keberhasilan murid
yang ingin dilahirkan yang berkaitan aspirasi kualiti modal insan dalam pendidikan negara.

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

35

Seterusnya, kemampuan bahan sastera dalam mencungkil bakat kreatif dalam kalangan
murid sekolah rendah juga adalah satu daripada kewajaran bahan sastera dalam pengisian
kurikulum. Penggunaan bahan sastera sememangnya mampu mencungkil bakat kreatif murid.
Jika diperhatikan,murid sekolah mempunyai banyak idea kreatif untuk diterjemahkan. Namun,
bakat yang ada dikatakan terbatas disebabkan mereka tidak mengetahui saluran yang betul
atau tiada peluang mengetengahkan idea terpendam.
Namun, menerusi penggunaan bahan sastera yang diaplikasi dengan teknik dan aktiviti
yang betul dalam proses P&P, murid dapat mengembangkan idea kreatifnya yang
menyerlahkan sisi bakat kreatifnya. Sebagai contohnya, apabila guru menggunakan bahan
sastera menerusi aktiviti lakonan di dalam bilik darjah, bakat-bakat kreatif dalam diri murid
dapat diserlahkan. Bakat-bakat tersebut dapat dilihat dari segi persembahan lakonan murid,
idea persembahan dan keterampilan murid semasa berlakon.
Perkara ini dapat dilihat contohnya menerusi perancangan langkah-langkah pengajaran
yang telah saya jelaskan dalam bahagian aplikasi P&P yang menggunakan bahan sastera jenis
prosa. Teknik teater bercerita dalam aktiviti lakonan digunakan dalam perancangan P&P
tersebut. Menerusi aktiviti yang dirancang, bakat kreatif murid dapat dicungkil menerusi
penggunaan bahan sastera tersebut apabila murid diminta berlakon berpandukan teks cerita
yang disediakan. Menerusi penggunaan bahan sastera ini, bukan sahaja meningkatkan
ketrampilan berbahasa murid bahkan menyerlahkan bakat kreatif murid semasa membuat
persembahan lakonan. Guru dapat melihat bagaimana murid mengekspresikan idea kreatif
mereka dalam lakonan yang dipersembahkan. Dari sini, guru dapat mencungkil bakat kreatif
murid ke arah perkembangan pada peringkat seterusnya.
Begitu juga apabila penggunaan bahan sastera seperti sajak dalam P&P, guru dapat
mengenal dan mencungkil bakat kreatif murid semasa mendeklamasikan sajak atau
menghasilkan sajak. Dari sini, guru dapat melihat bakat-bakat terpendam murid. Dalam P&P
biasa tanpa penggunaan bahan sastera, guru sukar mengenal bakat kreatif murid sama ada
mempunyai potensi menjadi penyajak yang baik atau penulis sajak yang cemerlang. Namun,
menerusi medium yang betul, bukan sekadar guru dapat mengenal pasti murid yang berbakat
kreatif, bahkan murid-murid sendiri akan mempunyai kesedaran terhadap bakat kreatif mereka
dan berpeluang menonjolkan bakat kreatif yang dimiliki.
Justeru, guru berpeluang mencungkil bakat kreatif murid dan dapat berpeluang
mengembangkan bakat kreatif murid tersebut di luar bilik darjah. Bakat kreatif murid dapat
diperluaskan di luar bilik darjah dengan penyertaan aktiviti-aktiviti luar seperti kelab kreatif atau
sebagainya yang bertujuan untuk mengembangkan bakat kreatif murid. Kebiasaannya, murid
yang menonjol dalam bidang kreatif sehingga membawa nama sekolah ke pertandingan luar

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

36

adalah murid yang dikenal dan dicungkil bakatnya dalam bilik darjah. Murid-murid ini kemudian
dilatih dan dibimbing sehingga dapat memaksimumkan bakat kreatif masing-masing.
Bahan-bahan sastera sememangnya dapat mencungkil bakat murid apabila murid
bukan sekadar menggunakannya dalam aktiviti di dalam bilik darjah, bahkan murid juga
berpeluang menghasilkan karya kreatif seperti sajak, pantun, lirik lagu, seloka, teks cerita dan
hasil sastera yang lain yang secara tidak langsung melatih mereka untuk mengekspresikan
bakat yang ada dan mencungkil bakat terpendam dalam diri dalam penulisan karya sastera.
Apabila murid sendiri dapat menghasikan karya kreatif sendiri, ia dapat menjurus kepada
pengembangan potensi diri yang dapat ditingkatkan dalam lapangan yang lebih luas. Di sinilah
terletaknya peranan guru untuk mencungkil serta mengembangkan bakat kreatif murid secara
optimum.
Bakat kreatif murid sebenarnya sukar dicungkil dalam P&P biasa melainkan terdapat
teknik dan aktiviti tertentu yang mengarah kepada pencungkilan bakat murid. Penggunaan
bahan sastera adalah satu medium yang mampu mencungkil bakat kreatif murid kerana
mengandungi pelbagai kandungan yang menjurus kepada perkembangan potensi murid secara
keseluruhannya. Adalah menjadi tanggungjawab pendidik dalam pendidikan untuk membangun
dan membina potensi murid dalam empat domain utama, iaitu jasmani,emosi, rohani, dan
intelektual seperti yang dihasratkan dalam FPK.
Menurut Abd. Rahim (1999), FPK menekankan usaha untuk melahirkan lebih ramai lagi
individu yang kreatif dan inovatif dengan tujuan untuk membangunkan negara. Dalam PPPM
(2013 2025) juga terkandung kepentingan unsur kreatif dalam membangunkan potensi
individu secara holistik untuk menghasilkan individu yang seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani selaras dengan hasrat FPK. Oleh itu, melihatkan kemampuan bahan
sastera dalam mencungkil bakat kreatif murid, maka tidak dapat dinafikan kenyataannya
bahawa penerapan sastera dalam pengisian kurikulum di sekolah membantu melahirkan murid
yang kreatif sesuai dengan aspirasi sistem pendidikan negara.
Kemampuan bahan sastera selain daripada membina jati diri dan mencungkil bakat
kreatif murid, bahan sastera juga mampu mengembangkan pemikiran kritis dalam kalangan
murid sekolah rendah. Perkara ini bertepatan dengan pernyataan yang dikemukakan oleh
Napie Mat (2006) bahawa penggunaan bahan sastera yang penuh dengan ilmu pengetahuan
dan keindahan dari segi persembahan dan bahasanya bukan sahaja dapat memperkaya para
pelajar dengan ilmu pengetahuan tentang hal-hal kemasyarakatan dan kebudayaan, tetapi juga
dapat menolong mengembangkan daya pemikiran pelajar ke tahap yang kritis dan analitis.

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

37

Pemikiran kritis ini dikembangkan menerusi unsur-unsur yang terdapat dalam bahan
sastera tersebut. Sebagai contohnya, dalam perancangan P&P yang dibuat dalam bahagian
aplikasi, saya menggunakan teks cerita yang bertajuk Bersatu Teguh, Bercerai Roboh. Dalam
aktiviti yang dirancang tersebut, saya sebagai guru memberikan tugasan kepada murid untuk
mencari nilai atau mesej cerita tersebut sebelum perbincangan bersama dibuat. Tugasan ini
membolehkan murid berusaha mengenal pasti dan menilai mesej dalam bahan sastera
tersebut. Ini seterusnya menggalakkan murid berfikir dan mengembangkan proses pemikiran
kritis mereka.
Begitu juga apabila murid diminta memberikan pendapat tentang sesuatu perkara yang
terdapat dalam sesuatu bahan sastera. Ianya

dapat meransang murid untuk berfikir bagi

memberikan pendapat dan hujah yang kritis dan analitis dalam pelbagai situasi serta dapat
membuat tafsiran, penilaian dan rumusan yang wajar atas pelbagai bahan sastera yang sesuai
dengan tahap umur mereka.
Di sini, jelas menunjukkan sisi kemampuan penggunaan bahan sastera dalam
mengembangkan pemikiran kritis murid dan bukannya sekadar mendapatkan maklumat atau
jalan ceritanya sahaja. Hal ini selari dengan pernyataan Awang Sariyan (2003) yang
mengatakan penggunaan bahan sastera dalam pengajaran bahasa dapat melatih pelajar
membaca karya sastera dengan strategi yang tepat, bukan semata-mata untuk memenuhi
tujuan praktis seperti memperolehi maklumat tetapi untuk menganalisis teks sastera bagi
memperoleh kemungkinan makna tertentu secara simbolis atau filosifis. Menurut beliau,
penganalisisan ini dapat membentuk pelajar yang berfikir dengan kritis dan analitis apabila
dapat memberikan respons dengan baik.
Namun demikian, kemampuan bahan sastera dalam mengembangkan pemikiran kritis
murid ini hanya akan berlaku apabila guru bijak menggunakan teknik penyoalan yang betul
yang dapat mengarah murid memberikan respons yang menunjukkan perkembangan pemikiran
yang kritis. Hal ini kerana pemikiran kritis murid dapat dikesan apabila murid boleh membuat
timbang tara seperti menilai kewajaran, membanding beza atau menganalisis setiap perkara
sebelum menerimanya bulat-bulat. Perkara ini penting sebagaimana yang dinyatakan oleh
Zamri dan Nor Razah (2011) bahawa murid perlu dipandu mengaplikasikan kemahiran berfikir
kritis dalam proses pembelajaran sastera menerusi teknik penyoalan yang dirancang dengan
baik untuk merangsang murid berfikir.
Hal ini menunjukkan bahawa bahan sastera mampu mengembangkan pemikiran kritis
murid apabila guru memainkan peranan secara efisien dalam membantu proses perkembangan
tersebut. Hal ini kerana jika bahan sastera hanya sekadar digunakan untuk memberikan
pengetahuan sematamata tanpa memberikan manfaat lain kepada murid, maka bahan sastera

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

38

tersebut masih belum mampu memperlihatkan kepentingannya dalam membangunkan potensi


murid secara keseluruhannya. Dalam aspirasi PPPM (2013-2025) sendiri menekankan
kemahiran berfikir sebagai satu daripada enam keberhasilan murid yang ingin dicapai dalam
sistem pendidikan negara selain daripada pengetahuan, kemahiran memimpin, kemahiran
dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional.
Perkara ini jelas menunjukkan bahawa untuk meletakkan sebarang kemampuan sesuatu
terhadap sesuatu perkara dalam proses P&P hendaklah menerusi keberkesanan guru untuk
mengarah kemampuan tersebut dengan sebaiknya. Dalam konteks ini, sesuatu bahan sastera
yang digunakan dalam P&P akan dapat berfungsi dan berkemampuan untuk mengembangkan
proses pemikiran kritis murid apabila guru memainkan peranan dengan berkesan dalam
pengendalian proses tersebut. Hal ini kerana guru ialah ejen keberkesanan pendidikan.
Sekiranya guru tidak memainkan peranan secara berkesan, maka objektif untuk
menjadikan bahan sastera berkemampuan dalam proses mengembangkan pmikiran kritis murid
tidak akan tercapai. Situasi ini selari dengan pernyataan Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010)
bahawa walaupun sesuatu sistem pendidikan itu baik tetapi sekiranya ejen yang menyampaikan
itu tidak efektif,

maka maksud yang ingin disampaikan tidak akan tercapai matlamatnya.

Keupayaan guru mengendalikan keberkesanan pendidikan ini juga selari dengan peningkatan
kualiti guru dalam pendidikan yang sememangnya menjadi hasrat dalam pelaksanaan PPPM
(2013-2025).
Menjadi guru pada alaf ke-21 ini merupakan cabaran terbesar kepada guru untuk
merancang dan melaksanakan P&P yang dapat memenuhi matlamat sistem pendidikan negara.
Dalam konteks ini, melahirkan murid yang berbakat kreatif sahaja tidak cukup sekiranya tidak
diseimbangkan dengan kemahiran kritis. Seperti yang dinyatakan oleh Chew Fong Peng (2014),
zaman kini merupakan zaman persaingan ekonomi perindustrian yang hebat dan memerlukan
persaingan daya fikir yang bersifat kritis, inovatif, imaginatif dan kreatif. Maka, murid perlu
disediakan dengan pendidikan yang dapat mengarah keupayaan mereka bersaing pada
peringkat global seperti mana yang kualiti murid yang dicirikan dalam pelaksanaan PPPM
(2013-2025). Pelan ini turut menjelaskan bahawa salah satu matlamat utama dalam
menghasilkan sumber insan kelas pertama di Malaysia adalah dapat melahirkan pelajar dengan
kebolehan pemikiran kreatif dan kritis menerusi pendidikan berkualiti.\
Berdasarkan konteks ini juga, sememangnya bahan sastera berupaya dan mampu
mengembangkan pemikiran kritis murid dengan melihat kepada kandungan bahannya,
kesesuaian bahan dan pengendalian proses P&P yang benar-benar membantu murid
mengembangkan daya fikir yang kritis.

Maka, sesuatu P&P yang dirancang oleh guru

hendaklah yang dapat merealisasikan kemampuan bahan sastera dalam mengembangkan

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

39

pemikiran kritis murid. Hal ini kerana pemikiran kritis lahir daripada kemahiran berfikir secara
kritis yang diterapkan kepada murid melalui solan-soalan aras tinggi, aktiviti-aktiviti

yang

menggalakkan pemikiran dan penyelesaian masalah serta kaedah-kaedah pengajaran yang


boleh mendorong ke arah meningkatkan kemahiran berfikir kritis (Chew Fong Peng, 2006).
Secara keseluruhannya, setelah melalui pengalaman semasa menghasilkan tugasan ini
dan mendapat banyak pengetahuan tentang penerapan sastera dalam pengisian kurikulum,
maka dapatlah saya merumuskan bahawa sememangnya bahan sastera mampu membina jati
diri, mencungkil bakat kreatif dan mengembangkan pemikiran kritis dalam kalangan murid
sekolah rendah. Penerapan sastera ini sendiri dalam mengukuhkan pengajaran bahasa Melayu
jelas bermatlamat untuk merealisasikan perkembangan potensi murid sepenuhnya serta
mengembangkan minat mereka terhadap pembelajaran sepanjang hayat.
Maka, sebagai guru yang berkesan, perancangan P&P yang baik, rapi dan menyeluruh
untuk menjayakan pelbagai kegiatan di dalam dan di luar kelas merupakan prasyarat yang
penting dalam melaksanakan aktiviti penggunaan bahan sastera yang berkesan seperti mana
yang dinyatakan oleh Othman Puteh (1996). Untuk itu, sebagai persiapan untuk menerapkan
sastera dalam P&P bahasa Melayu, guru-guru haruslah membuat pemilihan bahan-bahan
sastera dengan bijak, iaitu relevan, sesuai dengan latar, mengikut minat serta kemampuan
murid dan wajar diperkenalkan dari peringkat yang mudah hinggalah yang agak kompleks.
Walau bagaimanapun, guru bahasa Melayu harus membuat pertimbangan untuk
memilih bahan dari pelbagai genre, kandungan, nilai dan perspektif agar dapat memberikan
pengalaman bahasa dan sastera yang baik dan mencukupi. Teknik dan aktiviti yang digunakan
untuk mengaplikasikan bahan sastera dalam pengajaran juga haruslah menarik, ada kaitan
dengan jiwa murid dan dapat meningkatkan lebih motivasi dan tumpuan murid terhadap
pelajaran (Hadijah Rahmat, 2006).
Justeru, daya kreatif guru adalah penting dalam P&P menggunakan bahan sastera.
Menurut Prettyman (1996), minat dan kesungguhan yang mendalam pada guru itu membantu
mempercepatkan

proses

penghayatan

pelajar.

Menurutnya,

guru

tidak

seharusnya

beranggapan mempelajari sastera merupakan sesuatu perkara yang mudah dan membiarkan
pelajar membaca dan faham sendiri. Guru mesti mempunyai keupayaan untuk menarik hati
pelajar dengan menyelami peristiwa yang berlaku sehingga pelajar benar-benar dapat
merasakan sesuatu peristiwa itu. Disebabkan itulah, bimbingan dan galakan daripada guru
kepada pelajar amat penting agar pelajar dapat melibatkan diri dalam aktiviti bilik darjah secara
efektif.

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

40

Setelah melalui pengalaman dan pengetahuan sepanjang melaksanakan tugasan ini,


maka, saya meneliti dari segi impaknya terhadap diri saya sebagai bakal guru bahasa Melayu.
Untuk meletakkan kedudukan penerapan sastera benar-benar berkepentingan dalam pengisian
kurikulum, maka saya akan meningkatkan kualiti diri dari segi pengetahuan, kemahiran dan
sikap yang sesuai dengan profesion yang dipegang agar dapat menjadi agen pelaksana
kurikulum yang berkesan. Pengetahuan dalam ilmu sastera sendiri harus ditingkatkan
sementara kemahiran mengendalikan P&P perlu diperkemaskan serta menunjukkan sikap
profesional sepanjang proses pengendalian P&P agar dapat menjalankan P&P dengan
berkesan demi merealisasikan aspirasi pendidikan negara di samping memenuhi sebahagian
tranformasi keguruan sebagai profesion pilihan seperti mana yang digariskan dalam anjakan
ke-4 dalam PPPM (2013-2025).
Sebagai penutup refleksi, saya semakin jelas tentang kewajaran sesuatu tugasan
diberikan kepada pelajar seperti mana tugasan kursus ini. Hal ini demikian kerana pelaksanaan
tugasan kursus sebenarnya memberikan banyak pengalaman dan pengetahuan kepada pelajar.
Contohnya, menerusi pelaksanaan tugasan ini yang banyak memberikan saya input yang
berguna tentang penerapan sastera dalam pengisian kurikulum bahasa Melayu dari segi
kewajarannya, kepentingannya, kesesuaian dan penggunaannya dalam P&P .
Ternyata tugasan seperti ini bukan sekadar memenuhi keperluan kursus semata-mata
sebaliknya lebih kepada manfaatnya terhadap profesion keguruan sendiri. Saya berharapkan
semua pengalaman dan pengetahuan baharu yang diperoleh setelah menyiapkan tugasan ini
akan dapat saya manfaatkan dalam dunia pendidikan apabila ditempatkan di sekolah kelak.
Paling penting, semoga pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh ini dapat meningkatkan
kualiti dalam profesion pilihan ini agar dapat mencapai matlamat pelaksanaan PPPM (20132025) ke arah meningkatkan standard sistem pendidikan serta memenuhi permintaan dan
keperluan landskap pendidikan pada abad ke-21 ini.

RUJUKAN

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

41

Abd. Rahim Abd. Rashid. (1999). Kemahiran Berkir Merentasi Kurikulum. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Abdul Aziz Abdul Talib. (1993). Menguji Kemahiran Bahasa: Prinsip, Teknik dan Contoh. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Ghani Abdullah, Abdul Rahman Abdul Aziz & Abdul Rashid Mohamed. (2007). Humor
Dalam Pengajaran. Selangor: PTS Professional
Abdullah Hassan. (1987). Isu-Isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Abdul Rasid Jamian & Arbaie Sujud. (2001). Integrasi Media; Pengajaran Bahasa dan Sastera.
Subang Jaya. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Selangor:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Ali Ahmad. (1994), Pengantar Pengajian Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Alimuddin Mohd Dom. (31 November 2013). Kurikulum Baharu KSSR Meningkatkan Kualiti
Pendidikan. Diperoleh pada: 7 Julai 2015. Daripada:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131231/re_06/Kurikulum-baharu-KSSRmeningkatkan-kualiti-pendidikan
Amanah Mohd. Noor, Khairuddin Mohamad & Wan Zaliha Wan Othman. (2014). Genre
Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Awang Sariyan (2003). Isu-Isu Asas Penggunaan Bahan Sastera Dalam Pengajaran Bahasa.
Dewan Bahasa. Jil 3 Bil 4 : 7 11
Azizul Rahman Abdul Rahman & Samat Buang. (2000). Kajian & Analisis: Komponen Wajib
Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Azizul Rahman Abdul Rahman. (2009). Didik Hibur Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Malaysia. Dewan Siswa (Bonus) 10: 2-3.
Azman Wan Chik. (1981). Prinsip dan Kaedah Mengajar Kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2013). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) Bahasa Malaysia KSSR. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Berman, S.(1995). Multiple Intelligences Road To A Quality Classroom. Illinois: IRI/Skylight


Training and Publishing.

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

42

Burchsted, Sandra. (2003). Future studies Preparing learners for success in the 21st centre.
Diperoleh pada: 12 Julai 2015. Daripada:
http://education.jhu.edu/PD/newhorizons/future/articles/future-studies/
Bryan Coombs, Terjemahan Siti Aishah Mohd Elias, (1999). Pengajaran Cemerlang. Kuala
Lumpur : Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Chew Fong Peng. (2006). Pendidikan Kesusasteraan Melayu
Permasalahannya. Jurnal Masalah Pendidikan, 29 (1): 143-157

di

Malaysia

dan

Edward M. Anthony. 1963. Approach, Method and Technique. ELT


Esah Sulaiman (2003). Modul Pengajaran: Asas Pedagogi. Skudai, Johor Bahru: Universiti
Teknologi Malaysia.
Gardener, H (1993). Frames of Mind:The Theory of Multiple Intelligences. (2nd edition) London:
Fontana.
Gardner, H. ( 2006). Multiple Intelligences: New Horizons. London: Basic Books.
Geertz, Clifford. (1973). The interpretation of cultures, Basic Books, New York.
Gutirrez, Kris (2000) . Teaching and Learning in the 21st Century. English Journal. 7 :290
298
Hadijah Rahmat. (2006). Peranan dan Perkembangan Sastera Kanak-kanak. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa & Pustaka.
Halimah Badioze Zaman. (1992). Sastera kanak-kanak: Pembentukan pemikirandan
pemupukan nilai-nilai murni. Dewan Sastera Mei: 5-9.
Jeniri Amir. (2008). Bahasa Kebangsaan Lambang Jati Diri Bangsa. PelitaBahasa Ogos: 10-12
Kamarudin Hj. Husin. (1988). Kaedah Pengajaran Kesusasteraan. Petaling Jaya: Penerbitan
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1997). Pengajian Melayu 2. (Ketrampilan
Bahasa). Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd
Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz.( 2011). Pedagogi: Asas Pendidikan. Kuala
Lumpur: Kayazano Enterprise.
Kamus dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Kuala Lumpur:
Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Khairusy Syakirin Has-Yun Hashim. (17 September 2007). Membaca bukan budaya.Utusan
Online. Diperoleh pada: 25 Julai 2015. Daripada:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2007&dt=0917 &pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm.
Koh Boh Boon. (1994). Pengajaran Sastera dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

43

Maisarah Saidin & Latifah Abdul Majid. (2012). Pembentukan Jati Diri Kanak-Kanak Melalui
Bahan Bacaan Bahasa Malaysia. Jurnal Hadhari 4 (1) (2012) 77-102.
Mahzan Arshad. (2008). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu. Selangor: Utusan Publications.
Mana Sikana. (1988). Sastera Islam dalam Pembinaan. Bangi: Penerbit Karyawan.
Marohaini Yusoff. (2001). Landasan Pengajaran Komponen Sastera Dalam Bahasa Melayu.
Dewan Bahasa. Jil 1 Bil 6 : 20 26.
Mohd Taib Osman (1977). Pengajaran Bahasa dan Kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Haji Salleh (2004). Sastera Di Ambang Globalisasi Dlm. Ilmu Kesusasteraan
Abad Ke 21. Jelani Harun (ed). Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia
Muhammad Haji Salleh. (2008). Sastera Sebagai Ruang Bangsa: Permata Di Rumput Gilang.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nadzeri Isa. (2009). Pengajaran Kesusasteraan Melayu dan Kemahiran Berbahasa. Kuala
Lumpur : Open University Malaysia.
Nafii Mat.(2006). Keperluan Teks Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Dewan Bahasa.
Jilid 6 Bil 9. : 44 47
Nafii Mat. (2006). Teknik Mengajar Komponen Sastera. Kuala Lumpur: PTS Professional.
Noriah Taslim. (1996). Menggarapi Dunia Faedah dan Keilmuan Sastera Melalui Penstrukturan
Kurikulum dan Pemantapan Kaedah Pengajaran. Dlm. Pengajaran Sastera. Othman Puteh
(Peny.). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noriati A. Rashid. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor: Oxford
Fajar.
Othman Puteh. (2000). Pengajaran Sastera. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Prettyman, E.P. (1996). Two methods of teaching English literature and studentsattitudes
towards these methods.Dissertation abstracts, xxvi
Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(2013-2025). Diperoleh pada: 6 Julai 2015. Daripada: http://www.moe.gov.my/v/pelanpembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025
Rahman Shaari. (2001). Bimbingan Istilah Sastera. Kuala Lumpur: Utusan Publications.
Rohaida Mohamad Dhalan. (1998). Pendekatan psikologi dalam pembentukanakhlak kanakkanak Islam masa kini. Latihan Ilmiah, Fakulti Usuluddin,Akademi Islam, Universiti Malaya
Samat Buang. (1996). Pendekatan, Kaedah dan Teknik dalam Pendidikan Bahasa Melayu
Menggunakan Bahan Sastera, Dewan Bahasa, 40 (3), 205-217
Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd Zahir Ahmad. (2007). Pedagogi: Strategi dan
Teknik Mengajar dengan Berkesan. Selangor: PTS Professional.

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

44

Sufean Hussin. (1989). Pengajaran Nilai dan Kurikulum. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd
Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2010). Buku Guru dan Cabaran Semasa.
Terbitan Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Teo Kok Seong. (3 Oktober 2013). Rencana: Membentuk jati diri kebangsaan dalam PPPM.
Berita Harian Online. Diperoleh pada: 17 Julai 2015. Daripada:
http://www2.bharian.com.my/articles/MembentukjatidirikebangsaandalamPPPM/Article/
Wijaya, Putu. (2007). Pengajaran Sastra. Diperoleh pada 7 Julai 2015. Daripada:
http://putuwijaya.wordpress.com
Zahir Ahmad. (2000). Pengajian Kesusasteraan Melayu di Alaf Baru. Akademi Pengajian
Melayu: Universiti Malaya.
Zamri Mahamod & Nor Razah Lim. (2011). Kepelbagaian kaedah penyoalan lisan dalam
pengajaran guru Bahasa Melayu: Kaedah Pemerhatian. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1
(1): 51-65.

LAMPIRAN

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

45

(Teks Cerita : Bersatu Teguh, Bercerai Roboh)

TUGASAN KERJA KURSUS BMM3163

46

Anda mungkin juga menyukai