Anda di halaman 1dari 25

KANDUNGAN

NO
1

PERKARA

MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN
1.1 Latar Belakang AirAsia Berhad

1.2 Latar Belakang Penerbangan Tambang Murah

(LCC)
2.0 ANALISIS
2.1 Strategi Michael Porters Five Forces

2.2 Analisis Dalaman


2.2.1

Kekuatan AirAsia

2.2.2

Kelemahan AirAsia

14

2.3 Analisis Luaran


2.3.1

Peluang AirAsia

15

2.3.2

Ancaman AirAsia

16

2.4 Daya Tahan AirAsia


- Mampukah AirAsia mengekalkan kedudukan

18

sebagai Pemimpin Pasaran dalam industri


3

Penerbangan Tambang Murah di Asia Tenggara?


3.0 CADANGAN
3.1 Menjalin Usahasama

20
21

3.2 Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan

4
5
6

3.3 Kumpulan Sasaran


4.0 KESIMPULAN
5.0 RUJUKAN
6.0 LAMPIRAN

22
23
24
25

1.0 PENGENALAN

1.1 Latar Belakang AirAsia Berhad


AirAsia Berhad , Malaysia adalah syarikat penerbangan tambang murah, tanpa
frill dan tanpa tiket yang pertama di Asia. Mereka memperkenalkan banyak insentif
untuk menggalakkan lebih ramai pengguna untuk menggunakan perkhidmatan
penerbangan. Ia ditubuhkan pada 12 Disember 2001, apabila syarikat pemegangnya iaitu
Tune Air Sdn Bhd telah membeli 99.25% ekuiti (51.68 juta syer) AirAsia dari DRB
Hicom. Ibu pejabat utama AirAsia Berhad terletak di Main Terminal Building, Kuala
Lumpur International Airport.
Dengan slogan Kini Semua Orang Boleh Terbang adalah bersesuaian dengan segmen
pasaran pihakAirAsia Berhad yang menumpukan kepada kumpulan sasaran pengguna
yang berpendapatan sederhana dan rendah. AirAsia Berhad yang diteraju oleh Ybhg.
Dato' Pahamin A. Rajab sebagai Pengerusi dan Pengarah ,Tony Fernandes sebagai Ketua
Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah ,Encik Kamarudin Meranun dan Encik Aziz
Bakar sebagai Pengarah serta Conor McCarthy sebagai Director. Selain diterajui oleh
pemimpin yang berkaliber, AirAsia turut mempunyai seramai 1601 orang pekerja (seperti
pada 31 December 2004). Selain itu mereka kini mampu berbangga kerana telah
mencatatkan lebih 13 000 000 orang pelanggan pada tahun ini (10 Ogos 2005) dan
menjangkakan jumlah ini akan meningkat dari tahun ke tahun. Pada waktu ini deatina
AirAsia adalah di Malaysia dan 5 buah negara lain iaitu di Thailand, Indonesia,
Singapura, Macau (China) serta Filipina.
Rajah 1.1-1: Logo AirAsia Berhad

Sumber: http://www.airasia.com/news.php?f=aboutus/press&p=20050927

Dengan menngunakan slogan Kini Semua Orang Boleh Terbang adalah bersesuaian
dengan segmen pasaran pihak AirAsia Berhad yang menumpukan kepada kumpulan
sasaran pengguna yang berpendapatan sederhana dan rendah. Falsafah AirAsia Berhad
yang tertumpu kepada tambang rendah adalah untuk menjadikan setiap perjalanan udara
sebagai satu yang mampu diterima oleh semua pengguna. Selain itu matlamat AirAsia
juga adalah untuk memberikan perjalanan yang mudah, selesa dan menyeronokan bagi
semua penumpang.
Pada waktu ini AirAsia mempunyai 23 buah pesawat Boeing 737-300 (seperti pada 31
Julai 2005) yang menawarkan 148 kerusi. Dengan menggunakan hampir 70 peratus
kapasiti kapal terbang dan bercadang untuk meningkatkan penggunaan kapasiti kepada
80 peratus sebagai langkah untuk mendapatkan sujcaj bahan bakar akibat daripada
kenaikan harga bahan bakar.
Kini AirAsia telah melangkah satu tapak ke hadapan dengan melancarkan penempahan
tiket kapalterbang melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Penggunaan cara ini adalah
yang pertama digunakan bagi industri penerbangan di dunia dan ini adalah sesuatu yang
membanggakan. Selain penggunaan sistem pesanan ringkas, pengguna boleh menempah
tiket kapalterbang secara online dan panggilan telefon.

1.2 Latarbelakang Penerbangan Tambang Murah


Industri penerbangan secara umumnya terbahagi kepada dua jenis iaitu
penerbangan

perkhidmatan

penuh

dan

penerbangan

tambang

murah.

Konsep

penerbangan tambang murah ini diperkenlkan oleh Pacific Southwest Airline di United
State pada tahun 1949 apabila syarikat penerbangan ini melancarkan penerbangan
pertama pada tahun tersebut Kini Pacific Southwest Airline merupakan salah satu
syarikat penerbangan tambang murah yang berjaya diperingkat antarabangsa.

Antara ciri-ciri penerbangan tambang murah adalah adalah kebiasaannya syarikat


penerbangan hanya menggunakan satu atau dua jenis kapalterbang yang mana
kebiasaannya adalah dari jenis A320 atau Boeing 737. Selain itu setiap kali penerbangan,
pengguna adalah bebas untuk memilih kedudukan tempat. Ini adalah bertujuan untuk
menggalakan penumpang tiba awal di dalam kapal terbang.
Selain itu penerbangan adalah kerap dan singkat. Ini bertujuan untuk mengurangkan kos
mendarat di terminal, manakala tujuan penerbangan melakukan penerbangan yang
singkat adalah kerana untuk mengurangkan kos bahan bakar. Setiap tenaga kerja
penerbangan tambang murah biasanya bertanggungjawab terhadab banyak tugas. Ini
kerana penerbangan tambang murah menjalankan sistem kepelbagaian tugas.
Penerbangan tambang murah juga tidak menyediakan makanan dan minuman percuma.
Sekiranya para penumpang inginkan minuman ataupun makanan, caj tambahan akan
dikenakan. Akhir sekali tiket penerbangan tambang murang adalah jaun lebih rendah
daripada penerbagan perkhidmatan penuh kerana biasanya harga tiket penerbangan
tambang rendah adalah empat kali ganda daripada harga tiket penerbangan
perhkhidmatan penuh disebabkan penerbangan tambang murah dapat meminimumkan
kos mereka.

2.0 ANALISIS
Sejak penubuhan AirAsia Berhad sehingga kini AirAsia telah banyak menerima
anugerah. Antara yang menarik perhatian kumpulan kami adalah Anugerah Kepimpinan
Pasaran Anugerah Pencapaian Syarikat Penerbangan 2005 oleh Majalah Pengangkutan
Utara Dunia. Oleh itu kami tujuan kajian kami ini adalah untuk mengetahui kemampuan
AirAsia untuk mengekalkan kedudukan sebagai Pemimpin Pasaran dalam industri
penerbangan Murah di Asia Tenggara.

2.1 Strategi Michael Porters Five Forces


2.1.1 Persaingan Antara Pesaing-Pesaing Dalam Industri Penerbangan Tambang
Murah (Low Cost Cariers, Lccs)(Rivalry Among Competing Firms)
Persaingan antara pesaing-pesaing dalam industri penerbangan adalah hebat. Asia
Tenggara mempunyai banyak LCCs berpotensi yang beroperasi di rantau ini. Jiran negara
kita, Singapura yang hanya mempunyai empat million penduduk dengan keluasan yang
hampir sama dengan negeri Melaka di Malaysia telahpun memiliki tiga buah LCCs
memandangkan Malaysia yang mempunyai keluasan yang berjumlah 329,757 kilometer
persegi hanya memiliki sebuah LCC sahaja iaitu Air Asia.

Persaingan utama bagi Air Asia adalah dari Singapura. Tiga buah LCCs yang terdapat di
Singapura adalah Tiger Airways, Valuair, dan Jetstar Asia. Perlu diingatkan di sini
bahawa Valuair dan Jetstar Asia telah bergabung di bawah nama Orange Star pada bulan
Julai 2005. Pengabungan ini telah meningkatkan ancaman terhadap Air Asia kerana
Orange Star yang terdiri daripada dua buah penerbangan yang hebat akan berkongsi
bersama-sama segala input (modal, sumber manusia, teknologi dan sebagainya) dan akan
memberikan perkhidmatan yang lebih baik serta akan mempunyai persembahan yang

hebat pada masa akan datang. Lantarannya akan menggugatkan kedudukan Air Asia
sebagai pemimpin harga (cost leadership) di rantau Asia Tenggara.
Menurut CEO Air Asia, Tony Fernandes dalam temuganya oleh wartawan akhbar Guang
Ming Daily, beliau mengatakan bahawa MAS yang menurunkan harga tiket kapal terbang
yang berharap dapat meningkatkan saham pasarannya dalam industri penerbangan telah
meninggalkan kesan persaingan yang lebih sengit kepada Air Asia dalam usahanya untuk
bersaing dengan penerbangan yang lain khususnya penerbangan LCCs dari Singapura.
Walaupun MAS dan Air Asia bukan tergolong dalam industri penerbangan yang sama,
tetapi tindakan MAS adalah satu impak tersirat terhadap Air Asia.

2.1.2 Potensi Kemasukan Pesaing Baru (Potential Entry Of New Competitors)


Potensi bagi kemasukan pesaing baru adalah rendah dalam industri penerbangan
LCCs. Ini adalah disebabkan oleh halangan untuk masuk adalah tinggi(high barriers to
entry) sementara halangan untuk keluar adalah rendah(low barriers to exit). Banyak
syarikat penerbangan telah tidak dapat mempertahan perniagaan di industri penerbangan
dan telah meninggalkan industri ini. Sebagai contohnya Southeast Airlines di Largo,
Florida yang mula beroperasi sejak tahun 1992 telah henti beroperasi pada Disember
2004. Alasan peninggalan Southeast Airlines adalah harga minyak dan persaingan yang
terlalu hebat.
Risiko yang perlu ditanggung oleh industri pernerbangan adalah sangat tinggi. Modal
permulaan (initial capital layout) bagi penerbangan adalah tinggi.

Selain itu, polisi

kerajaan juga merupakan salah satu faktor menghalang pesaing dari memasuki industri
penerbangan. Tambahan pula, teknologi mengetahui-bagaimana (technology know-how)
yang rumit dalam industri penerbangan juga menghalang kemasukan pesaing baru dari
memasuki industri penerbangan.

2.1.3 Potensi Perkhidmatan Ganti (Potential Development Of Substitute Services)


Potensi

perkhidmatan

ganti

adalah

tinggi

di

Semenanjung

Malaysia.

Perkhidmatan ganti bagi penerbangan AirAsia adalah kereta, teksi, bas dan kereta api.
Kos melepas yang wujud bagi penumpang adalah keselesaan, masa dan harga.
Keselesaan di dalam bas dan kereta api memberikan kesan terhadap perkhidmatan
AirAsia. Keluasan antara tempat duduk yang sempit di dalam pesawat AirAsia
meninggalkan pengalaman yang tidak seronok serta tidak puas hati di kalangan
penumpang AirAsia. Perkhidmatan bas dan kereta api di Semenanjung Malaysia semakin
hari semakin bertambah baik. Kualiti perkhidmatan bas dan kereta api yang semakin
meningkat telah menjadi pemangkin yang hebat kepada AirAsia dalam menghalangnya
daripada mendapatkan saham pasarannya di Semenanjung Malaysia.
Dari segi antarabangsa pula, potensi perkhidmatan ganti adalah rendah memandangkan
hanya terdapat perkapalan sahaja sebagai perkhidmatan ganti. Perkhidmatan perkapalan
memerlukan masa yang panjang untuk sampai ke destinasi dan tambang bukannya
murah. Justeru itu, penerbangan antarabangsa mempunyai permintaan yang tinggi
sedangkan globalisasi luas melanda.

2.1.4 Kuasa Penawaran Oleh Pembekal (Bargaining Power Of Suppliers)


Kuasa penawaran oleh pembekal adalah tinggi memandangkan hanya terdapat
dua pembekal kapal terbang di pasaran sahaja iaitu Boeing dan Airbus. Kedua-dua
pembekal ini berkuasa monopoli dalam menentukan harga pesawat memandangkan
syarikat penerbangan tidak mempunyai kuasa tawar-menawar yang tinggi.
Walau bagaimanapun, kedua-dua Boeing dan Airbus berlumba-lumba dalam penetapan
harga dan kualiti untuk memperolehi saham pasaran mereka. Selepas kejadian 911,
Boeing menjadi lemah dalam menghasilkan pesawat. Airbus yang menawarkan harga

yang lebih menarik dengan teknikal spesifikasi yang baik telah menjadi dominan di
industri penerbangan.
Air Asia tidak ketinggalan untuk melepaskan peluang ini dan telah mengadakan kontrak
dengan Airbus pada bulan Disember,2004 untuk membekalkannya 40 buah pesawat yang
berjumlah US$5.2 billion dan Air Asia akan memperolehi diskaun lagi daripada pihak
Airbus dengan pembelian tersebut. Dalam keadaan ini, dapat dilihat Air Asia telah
menjalinkan hubungan mesra dengan Airbus dan ia berjaya menguruskan kuasa pembekal
dengan baik.

2.1.5 Kuasa Penawaran Oleh Pengguna (Bargaining Power Of Customers)


Dari segi antarabangsa, kuasa penawaran oleh pengguna adalah rendah. Dalam
perhubungan antara AirAsia dengan pelanggannya, AirAsia dikatakan mempunyai kuasa
monopoli dalam menentukan harga tiket penerbangan. Pengguna tidak mempunyai kuasa
tawar-menawar yang tinggi disebabkan pilihan mereka adalah terhad. Harga yang
ditawarkan oleh AirAsia senang menarik penumpang dari kelas pertengahan dan ke
bawah dan bagi mereka yang ingin berjimat-cermat dalam kos perbelanjaan serta bagi
budget travelers.
Dari segi lokasi Semenanjung Malaysia pula, kuasa penawaran pengguna dalam
penerbangan domestik adalah tinggi disebabkan pengguna senang untuk menggantikan
AirAsia dengan perkhidmatan yang lain seperti bas dan kereta api.
AirAsia harus berhati-hati dalam menguruskan pelanggannya dari domestik dan juga
antarabangsa.

2.2 Analisis Dalaman


2.2.1 Kekuatan Dalaman
2.2.1.1 Peningkatan Keuntungan
Pada waktu ini secara umumnya prestasi AirAsia Berhad adalah dalam keadaan
yang membanggakan kerana mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM125.47 juta
dalam tahun kewangan berakhir 30 Jun lalu, melonjak 116 peratus berbanding RM58.071
juta yang dicatatkan tahun kewangan sebelumnya. Keuntungna bersih mereka
mencatatkan peningkatan sebanyak 127 peratus kepada RM111.635 juta kepada
RM49.067 hasil daripada pendapatan berjumlah RM66.25 juta yang meningkat sebanyak
69 peratus daripada RM392.69 juta pada tahun sebelumnya juta.
Ketika ini sedang hangat diperkatakan tentang isu kenaikan harga bahan api. Terdapat
beberapa syarikat penerbangan yang terjejas akibat daripada isu ini contohnya Malaysia
Airline System dan AirAsia tidak terkecuali. Kos bahan bakar jet merupakan 43 peratus
daripada kos keseluruhan AsiaAsia. Walaubagaimana pun menurut CEO AirAsia, isu ini
adalah satu rahmat bagi mereka kerana mereka berpendapat bahawa ia akan menjejaskan
pesaing dan menjauhkan penggiat baru daripada memasuki pasaran penerbangan
tambang murah. Menurut sumber Bernama bertarikh 23 Ogos 2005, Ketua Pegawai
Eksekutifnya menyatakan bahawa Kami masih tersenyum. Kami belum mengalami
kerugian wang lagi, jadi kami berharap untuk meneruskan trendnya.

Rajah 2.2.1.1-1: Peningkatan Keuntungan AirAsia Berhad

RM Juta

Peningkatan Keuntungan Bersih


AirAsia Berhad
120
100
80
60
40
20
0

111.635

49.067

2004

2005
Tahun

Sumber:http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/Ekonomi/20050826223949/Ar
ticle/Laba AirAsia melonjak 116 peratus-Oleh Suffian A Bakar

2.2.1.2 Kemalangan Sifar


Dalam Tempoh operasi AirAsia, kadar kemalangan adalah sifar dimana tiada
sebarang kes mengenai kemalangan. Dengan ini nama baik AirAsia adalah sentiasa
dijaga. Kemalangan berlaku yang melibatkan syarikat penerbangan Lion Air di lapangan
terbang Adi Sumarmo, Indonesia pada 1 Disember telah mengorbankan sekurangkurangnya 31 nyawa dan 61 mengalami kecederaan akibat daripada hujan lebat yang
mengganggu aktiviti pendaratan. Kemalangan yang berlaku akan menyebabkan nama
baik syarikat tercemar dan keyakinan pengguna terhadap syarikat juga akan terjejas.
Seperti yang diketahui umum AirAsia beroperasi menggunakan satu jenis pesawat iaitu
Boeing 737-300. Pesawat komersial ini menjadi pilihan AirAsia kerana kecekapan
penggunaan dan kelebihannya membantu mengurangkan kos. Dengan menggunakan satu

10

jenis pesawat, AirAsia dapat memastikan penumpuan yang teliti dan penyelenggaraan
yang cekap sentiasa diberi keutamaan. Selain itu AirAsia menjalankan line check
sewaktu transit, night-stop dan A check dijalankan setiap bulan. Penyelenggaraan
hangar C dan D check pula dikendalikan selama 10 hingga 21 hari setiap tahun.
Menurut maklumat yang kami perolehi, seluruh bahagian pesawat akan dibuka dan
diperiksa dengan penuh teliti. Tambahan pula Line checks AirAsia dijalankan oleh krew
penyelenggaraan kami yang terlatih dan pemeriksaan hangar dijalankan oleh ST Aero
iaitu salah satu syarikat terkemuka di dunia. Semua ini adalah merupakan kaedah
pencegahan yang diambil oleh pihak AirAsia Berhad ubtuk mengelak daripada
berlakunya kemalangan pada masa akan datang.

2.2.1.3 Keluasan Pasaran


Dalam mengekalkan kedudukannya sebagai syarikat penerbangan berkos rendah
di Asia Tenggara, AirAsia telah memperluaskan destinasi penerbangannya. Sebelum ini,
AirAsia hanya lebih tertumpu kepada industri domestic. Namun, AirAsia telah
menunjukkan keupayaannya dalam memperluaskan industri tersebut keluar negara seperti
Asia Tenggara dan Asia Timur. Kini, AirAsia telah mempelopori perkhidmatannya di
dalam negara dan mempunyai destinasi-destinasi penerbangannya di luar negara seperti,
China, Macau, Filipina, Thailand, Indonesia, Laos, Kemboja dan Singapura. Berbanding
dengan syarikat penerbangan yang berteraskan kos rendah lain dari luar negara
contohnya Lion Air dari Indonesia, AirAsia mempunyai bilangan destinasi yang lebih
banyak. Begitu juga dengan syarikat penerbangan berkos rendah dari Thailand seperti
Nok Airway dan PBair yang hanya menawarkan perkhidmatan dalam kawasan negara
Thai sahaja. Namun, syarikat penerbangan dari Singapura iaitu Tiger Airway juga
mempunyai bilangan destinasi penerbangan yang hampir sama dengan dengan AirAsia.
Malah ia juga telah mempunyai destinasi Selatan Asia iaitu India. Ini merupakan satu
cabaran bagi AirAsia dalam menghadapi persaingan.

11

2.2.1.4 Pesawat Penerbangan


Sebelum ini AirAsia hanya memiliki sebanyak 23 buah pesawat yang beroperasi
iaitu jenis Boeing 737- 300. Menurut petikan di akhbar Berita Harian Bertarikh 26 Ogos
2005 , Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia berkata bahawa berkata, keuntungan bersih
lebih rendah berbanding unjuran sebelum ini sebanyak RM160 juta disebabkan oleh
peningkatan harga bahan api dan juga disebabkan oleh bilangan pesawat yang terhad
Oleh itu AirAsia telah menempah beberapa kapal terbang dan menurutnya lagi pada
Disember tahun ini, angkatan pesawat baru Airbus A320 dijangka tiba, yang secara
perlahan akan menggantikan pesawat B737 bagi operasi domestik. Tujuh daripada Airbus
A320 dijadual tiba tahun depan
Tindakan membeli pesawat tersebut adalah berdasarkan keyakinannya terhadap masa
hadapan industri tersebut. Langkah ini menunjukkan bahawa AirAsia berupaya menjana
lebih banyak keuntungan dan berupaya untuk bersaing dengan syarikat penerbangan lain
yang berteraskan kos rendah. Tambahan lagi, penambahan pesawat baru membolehkan
AirAsia untuk meningkatkan mutu perkhidmatannya dengan menawarkan lebih banyak
destinasi penerbangan.

2.2.1.5 Kekuatan Anugerah Pencapaian


AirAsia telah mendapat pengiktirafan apabila CEO AirAsia Bhd Group Tony
Fernandes telah memenangi anugerah kepimpinan ( Regional & Low Cost Leadership
Award) di Airline Business Strategy Award 2005.Menurut editor Airline Business, Kevin
O Toole, kemenangan itu menunjukkan bahawa Tony bukan sahaja berjaya kepada
AirAsia, malah beliau juga merupakan pelopor yang membuktikan kejayaan konsep
penerbangan berkos rendah di Asia yang sebelum ini kurang mendapat perhatian. Ini
menunjukkan bahawa AirAsia berupaya untuk menjana lebih banyak strategi untuk
meningkatkan keupayaan syarikatnya untuk bersaing.

12

Antara anugerah lain yang diterima oleh AirAsia termasuk Developing Airline of the year
2003 daripada Airfinance journal, Asia Pacific Airline of the Year 2003, daripada Centre
of Asia Pacific Aviation (CAPA), Market Leadership Award,2005 Airline Achievement
Awards daripada Air Transport World Megazine. Triple A Regional Award of Best Airline
IPO for 2004 daripada The Asset Megazine, dan anugerah-anugerah yang lain.
Sumber: (http://www.airasia.com/english.php?f=aboutus&p=awards)

2.2.1.6 Kerjasama Dengan Syarikat Penerbangan Lain


AirAsia Bhd Group juga telah mengadakan kerjasama dengan syarikat
penerbangan lain di luar negara. Antara syarikat penerbangan luar negara yang
bekerjasama dengan AirAsia Bhd Group ialah daripada Awair Airline Indonesia dan Thai
AirAsia dari Thailand. Dalam kerjasama ini AirAsia Bhd Group mempunyai kuasa
sepenuhnya dalam pentadbiran syarikat tersebut.

2.2.1.7 Peningkatan Bilangan Penumpang


Bilangan pengguna AirAsia menunjukkan peningkatan yang positif dimana pada
Ogos 2004, AirAsia mencatatkan bilangan penumpang sebanyak 463,016 orang.
Manakala pada bulan Ogos tahun 2005 pula, AirAsia mencatat sebanyak 591,974
penumpang iaitu peningkatan sebanyak 27.9% daripada tahun sebelumnya. Bilangan ini
adalah termasuk penumpang daripada syarikat kerjasama AirAsia, iaitu Thai AirAsia dan
Awair Airline.

13

Rajah 2.2.1.7-1: Peningkatan Bilangan Penumpang AirAsia Berhad Pada Tahun 2005

Peningkatan Bilangan Penumpang


AirAsia Berhad

Bilangan Penumpang

700000
591974

600000
463016

500000
400000
300000
200000
100000
0

Ogos 2004

Ogos 2005

Tahun
Sumber: http://www.airasia.com

2.2.2 Kelemahan Dalaman


Antara kelemahan yang terdapat dalam syarikat AirAsia ialah dari segi
perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna. Perkhidmatan yang selalu menjadi
masalah kepada AirAsia penerbangan yang tidak mengikut jadual yang ditetapkan.
Keadaan

ini

menyebabkan

ketidakpuashatian

penumpang

yang

menggunakan

perkhidmatan penerbangan AirAsia. Disebabkan oleh kelemahan dalam perkara tersebut,


AirAsia telah kehilangan ramai pelanggan yang mementingkan ketepatan masa. Namun
demi

mengurangkan

menyelesaikan

kecacatan

masalah

tersebut.

tersebut.

AirAsia

Langkah

ini

mengambil
telah

langkah

meningkatkan

untuk
kualiti

perkhidmatannya dan mengurangkan masalah penundaan penerbangan.


14

2.3 Analisis Luaran


2.3.1 Peluang Luaran
2.3.1.1 Peluang Pasaran Domestik
Peluang yang pertama terhadap AirAsia ialah pasaran yang besar daripada
pendapatan golongan sederhana dan rendah khususnya bagi penerbangan dalam negara..
Selepas AirAsia melancarkan tiket penerbangan yang murah dengan slogan Kini Semua
Orang Boleh Terbang, penerbangan dari satu destinasi ke destinasi yang lain bukan lagi
menjadi masalah besar kepada golongan ini. Tambahan lagi, sebelum perkhidmatan
penerbangan tambang murah diperkenalkan, peluang bagi golongan sederhana dan
rendah untuk menaiki kapal terbang adalah rendah. Namum, setelah AirAsia
diperkenalkan penerbangan tambang murah, AirAsia telah dapat membuka pasaran yang
luas terhadap golongan tersebut. Ini kerana taraf pendapatan penduduk Malaysia secara
umumnya adalah sederhana.Jadi perkara ini merupakan peluang yang baik bagi AirAsia.

2.3.1.2 Peluang Aktiviti Pelancongan


Selain daripada itu, kerajaan berusaha menggalakkan dalam industri pelancongan
juga merupakan peluang bagi AirAsia pada masa hadapan. Kerajaan telah menjalankan
banyak kempen pelancongan di dalam dan luar negara untuk mempromosikan industri
pelancongan negara kami seperti Tahun Melawat Malaysia dan Cuti-Cuti Malaysia.
Fokus AirAsia terhadap pasaran domestik telah memberi manfaat kepada AirAsia dimana
ia memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk melancong dengan menikmati harga
tiket penerbangan yang murah.

15

2.3.1.3 Peluang Pembinaan Terminal Tambang Murah


Peluang yang seterusnya ialah. Pembinaan terminal penerbangan tambang murah
di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ianya dijangka siap pada
bulan April tahun depan. Menurut sumber: http://besonline.rtm.net.my dalam kenyataan
Menteri Pengangkutan, Dato' Seri Chan Kong Choy berkata, projek berharga RM108 juta
yang dibina di kawasan seluas 28 000c meter itu merupakan terminal kedua terbesar
selepas KLIA. Kini projek tersebut telah 17 peratus siap, iaitu dua peratus lebih awal dari
jadual asal. Apabila beroperasi kelak, terminal itu mampu mengendalikan sehingga 10
juta penumpang dalam tempoh 5 tahun. Selain itu menurut Timbalan Perdana Menteri
Dato Seri Najib, terminal tambang murah di KLIA membolehkan syarikat-syarikat
penerbangan tambang murah mencapai kos operasi yang lebih rendah.Oleh itu,
pembinaan terminal ini telah menjadikan peluang kepada AirAsia pada masa akan datang.
akan datang.

2.3.2 Ancaman Luaran


2.3.2.1 Peningkatan Harga Minyak Mentah
Ancaman yang dihadapi oleh AirAsia sekarang ialah peningkatan harga bahan api.
Ancaman ini menjadi ancaman utama kepada AirAsia kerana ini akan menjejaskan
peluang untuk menawarkan harga tiket yang murah.

2.3.2.2 Persaingan
Ancaman yang seterusnya ialah persaingan penerbangan tambang kos rendah
yang kuat dalam rantau Asean. Di rantau Asean, terdapat sembilan buah syarikat
penerbangan utama yang menjalankan penerbangan tambang murah. Walaupun AirAsia

16

telah memenangi anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Pasifik Terbaik


pada tahun 2004, numun AirAsia untuk mempertahankan kedudukan tersebut adalah
mencabar kerana terdapat persaingan yang kuat daripada syarikat luar seperti Orenstar di
Singapura.

2.3.2.3 Produk Pengganti


Perkhidmatan yang lain seperti bas dan keretapi juga merupakan ancaman bagi
AirAsia di dalam penerbangan domestik. Walaupun menaiki kapal terbang akan menjimat
lebih masa dalam perjalanan, tetapi kelewatan yang kerap berlaku oleh kapal terbang
AirAsia akan menyebabkan ramai penumpang memilih perkhidmatan bas dan keretapi
dengan tidak banyak masalah kelewatan dengan serius. Selain itu system perhubungan
darat di Malaysia yang baik menyebabkan masalah kesesakan jalan raya dapat
dikurangkan seterusnya menyebabkan pengguna mempunyai alternatif lain .

2.3.2.4 Faktor Persekitaran


Ancaman yang seterusnya ialah ancaman penganasan seperti peristiwa 11
September 2001 dan penyakit seperti SARS. Walaupun kesemua peristiwa ini telah
berlalu, tetapi ia juga mempunyai potensi untuk menjejaskan lagi industri penerbangan
pada masa akan datang. Selain itu berita terkini mengenai keadaan cuaca sekarang yang
tidak menentu menyebabkan AirAsia terpaksa berdepan dengan pelbagai ancaman.

17

2.4

Daya Tahan AirAsia

Mampukah AirAsia mengekalkan kedudukan sebagai Pemimpin Pasaran dalam industri


Penerbangan Tambang Murah di Asia Tenggara?
Bagi menjawab persoalan isu ini, kami bersetuju bahawa AirAsia mampu mengekalkan
kedudukan sebagai Pemimpin Pasaran dalam industri Penerbangan Tambang Murah di
Asia Tenggara berdasarkan analisi-analisis yang telah kami nyatakan diatas.

STRATEGI SOUTHWEST
Berdasarkan analisis bagi menjawab persolan isu yang kami uatarakan,
sebenarnya antara faktor kejayaan AirAsia adalah bermula dengan pengaplikasian strategi
yang pernah dilaksanakan oleh Southwest Airlines Co. AirAsia telah menjadikan syarikat
ini sebagai role model . Banyak strategi telah diaplikasikan dalam penerajuan AirAsia
sehinggalah AirAsia mencapai kedudukan sebagai pemimpin pasaran dalam industri
penerbangan tambang murah di Asia Tenggara.
Operasi Southwest di bawah Herb Kelleher mempunyai beberapa ciri yang
menyumbang kepada kerjayaannya. Antara beberapa strategi yang dapat kami kenalpasti
adalah yang pertama, sentiasa berupaya untuk merebut sesuatu peluang strategi seberapa
segera apabila ia muncul. Faktor-faktor utama lain adalah bentuk per pertumbuhan yang
konservatif, polisi kekangan kos dan komitmen para pekerjanya.
Kelleher juga sentiasa menentang percubaan untuk berkembang terlalu cepat.
Falsafahnya agar hanya berkembang apabila adanya sumber-sumber yang berupaya untuk
memasuki suatu lokasi baru dengan sepuluh ke dua belas penerbangan setiap hari bukan
setakat satu atau dua sahaja.
Southwest turut memberi penumpuan kepada menerbangkan ramai penumpang
pada kekerapan yang tinggi, jarak yang pendek (biasanya sejam atau kurang) dengan

18

tambang yang menarik. Namun strategi ini mula berubah apabila Southwest
memperkenalkan perjalanan yang lebih jauh tanpa henti.
Southwest berterusan menjadi syarikat penerbangan yang berkos rendah dalam
pasarannya. Kos Operasi Southwest bagi setiap batuan temapt duduk tersedia lebih
rendah dari pesaingnya. Faktor utama di dalam rekod yang mengkagumkan ini adalah
semua kapal terbang yang digunakannya adalah dari satu jenis Boeing 737 yang secara
dramiknya merendahkan kos syarikat bagi latihan, penyelenggaraan, dan inventori.

19

3.0 CADANGAN
Berdasarkan analisis-analisis yang telah dinyatakan diatas bagi menjawab
persoalan isu yang kami utarakan, di sini kami ingin memberikan beberapa cadangan
terhadap AirAsia. Cadangan ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu pihak
AirAsia dalam mengekalkan kedudukannya sebagai pemimpin pasaran dalam industri
penerbangan tambang murah di Asia Tenggara. Berikut adalah cadangan-cadangan kami;

3.1 Menjalin Usahasama


3.1.1 Malaysia Airlines System
AirAsia perlu menjalin usahasama dengan Malaysia Airline System (MAS).
Sebagai syarikat penerbangan Malaysia, AirAsia dan MAS perlu bekerjasama untuk
mengurangkan kapasiti berjadual dalam sector penerbangan domestik. Ini bertujuan
untuk mengelak lebihan kapasiti dan pembaziran sumber sepanjang tempoh
perkhidmatan rendah yang luar biasa. Sebagai contoh, sempena menyambut bulan
Ramadan yang mulia bagi umat Islam dinegara ini, permintaan penerbangan adalah
berkurangan, termasuk juga sector pelancongan kerana berpuasa sebulan. Oleh itu,
sepanjang tempuh ini, AirAsia dan MAS perlu bekerjasama untuk menjimatkan kos
masing-masing.
3.1.2 Syarikat Penerbangan Tambang Murah Lain
AirAsia juga perlu menjalin usahasama dengan syarikat penerbangan tambang
murah lain di Asia Tenggara ini. Memandangkan uasahama yang terjalin antara AirAsia
dengan Thailand dan juga Indonesia terbukti dapat meluaskan pasaran dimana berlaku
penambahan bilangan penumpang dan keuntungan semain menigkat dari semasa ke
semasa, maka usaha seperti ini boleh diteruskan. AirAsia boleh menjalin usahasama
dengan Filipina dan Singapura. Selain dapat menigkatkan bilangan penumpang, ia juga

20

dapat menambah bilanag destinasi disamping hanya melibatkan penambahan kos yang
sedikit sahaja.

3.2 Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan


Mengikut analisis yang kami lampirkan sebelum ini, terdapat satu sahaja
kelemahan dalaman yang dialami oleh AirAsia iaitu kualiti pekhidmatan yang kurang
memuaskan dimana berlakunya kekerapan kelewatan penerbangan daripada yang
dijadualkan. Daripada pembacaan kami, sewaktu berlaku peristiwa ini, kadangkala pihak
Airasia tidak memaklumkan kepada penumpang menyebabkan mereka risau dan merasa
tidak berpuas hati dengan situasi tersebut. Ini sedikit sebanyak menjejaskan lagi nama
baik Air Asia. Oleh itu, bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kami mencadangkan
agar AsiaAsia mengambil langkah inisiatif untuk mewujudkan semangat kerja
berpasukan dalam organisasinya. Selain dapat menjimatkan kos, ia juga telah terbukti
dapat memberikan pulangan yang

bernilai kepada syarikat dimana Southwest telah

membuktikannya terlebih dahulu.


Menurut Kolleher, dia percaya bahawa pekerja perlu diutamakan terlebih dahulu, dan
bukannya pelanggan. Southwest dikenali kerana berjaya menyediakan pekerjanya dengan
jumlah maklumat yang tidak terhingga yang membolehkan mereka memahami syarikat,
misi-misi, para pelanggan dan pesaing dengan baik. Southwest percaya bahawa
maklumat adalah kuasa. Ia adalah sumber yang membolehkan pekerja melakukan kerja
mereka dengan lebih baik dan dapat memberi pekhidmatan kepada pelanggan dengan
lebih baik. Justeru, pelanggan-pelanggan yang berurusan dengannya amat jarang menjadi
kelam kabut.
Selain itu, pekerja AirAsia juga perlu ada polisi pekerja dimana pekerja turut melihat diri
mereka sebagai peneraju dengan misinya untuk memberi peluang kepada semua orang
boleh terbang. Strategi Pengurusan Hubungan Pelanggan atau lebih dikenali dengan
CRM juga boleh diaplikasikan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan. Namun ia
berkemungkinan akan menigkatkan kos seterusnya mengurangkan hasil syrikat.
21

3.3 Kumpulan Sasaran


AirAsia telah memnyediakan perkidmatan penerbanagn tambang murah kepada
golongan berpendapatan sederhana. Di sini, kami mencadangkan agar AirAsia turut
mengsegmentasikan pasarannya kepada para pelajar sebagai kumpulan sasaran baru.
Sepertimana diketahui, AirAsia turut menghadapi ancaman pesaing perkhidmatan gantian
seperti perkidmatan bas dan kereta api dalam negara. Oleh itu, kami mencadangkan agar
memperkenalkan Kad Pelajar atau sistem ID Pelajar yang lebih menjimatkan kos,
dengan memberi harga diskaun kepada pelajar. Cara ini dapat menarik para pelajar untuk
memilih AirAsia sebagai pengangkutan utama untuk pulang ke kampung sebagai
alternatif lain selain bas dan kereta api. Ini berikutan masalah kesesakan lalu lintas dan
penigkatan kadar kemalangan jalan raya yang mengorbankan banyak nyawa dinegara ini.
Dalam hal ini, AirAsia dapat bersaing dengan mengambil peluang ini kerana AirAsia
mempunyai kelebihan dalam penjimatan masa perjalanan dan keselamatan yang lebih
terjamin disamping harga yang berpatutan.

22

4.0 KESIMPULAN

Daripada apa yang telah kami bincangkan di atas, sebagai rakyat Malaysia kami amat
berbangga dengan tahap kejayaan yang diperolehi oleh AirAsia. Keupayaan mencapai
kedudukan sebagai Pemimpin Pasaran dalam industri penerbangan tambang rendah ini
adalah hasil dari perancanagn strategi yang teratur dan teliti. Namun, semakin hari kita
sentiasa dibayangi oleh kesan arus globalisasi yang sedikit sebanyak turut mengancam
sesiapa sahaja yang menceburi bidang perniagaan umumnya dan industri penerbanagn
tambang murah khususnya. Oleh itu, langkah berjaga-jaga perlulah diambil berat oleh
AirAsia untuk terus menerajui pasaran yang cukup sengit ini. Semoga AirAsia terus
berjaya!

23

5.0 RUJUKAN

Craig Terrill & Arthur Middlebrooks, Market Leadership Strategies For Services,1999
John A. Pearce & Richard B. Robinson, Cases in Stategic Management, 4th Edition
M.M.Kostecki, University de Neuchatel, Marketing Strategies For Services, The Case of
Swissair p155-163, 1994
www.airasia.com.
www.tigerairwairs.com
www.lionair.com
www.bharian.com
www.bernama.com

24

6.0 RUJUKAN

25

Anda mungkin juga menyukai