Anda di halaman 1dari 1

Pengenalan

Menurut Syed Abu Bakar (1997), pendidikan pemulihan adalah untuk kanak-kanak
yang tidak kelihatan cacat tetapi mengalami kesulitan memperoleh kemahiran asas
membaca,menulis dan mengira. Di Malaysia pada tahun 70-an, beberapa
kebimbangan telah disuarakan oleh beberapa pihak berkenaan dengan
permasalahan yang melibatkan kelemahan dalammenguasai kemahiran 3M ini.
Kebanyakan murid yang mengalami masalah ini banyak ketinggalan dari segi
akademik disebabkan gagal mengikuti pelajaran yang diajar di dalamkelas arus
perdana. Pada kebiasaannya murid-murid pemulihan ini tidak jauh berbeza dengan
murid-murid lain tetapi bila dari aspek pendidikan seperti pencapaian mereka bila
membaca,menulis serta mengira perbezaannya amat ketara sekali. Ada beberapa
pendapat yang mengatakan murid-murid ini boleh diketegorikan sebagai mundur
atau murid lembam (academic defisit)
Beberapa faktor boleh dikaitkan terjadi murid-murid lembam ini seperti intelektual,
persekitaran serta disebabkan beberapa penyakit kritikal dan lain-lain. Ciri-ciri yang
boleh kita lihat dalam diri budak pemulihan atau lembam ialah pada tahap mereka
sekarang iaitu pada umur 8 tahun mereka masih gagal dalam menguasai hurufhuruf dan menyebut suku kata padahal ada kajian yang pernah dibuat pada usia
murid 8 tahun, murid sudah boleh membaca ayat-ayat mudah. Penampilan muridmurid pemulihan ini juga boleh dibezakan seperti keadaan baju sekolah yang comot
dan tidak kemas. Manakala hasil tulisan murid-murid sukar untuk difahami dan ada
juga yang mengalami masalah untuk mengenal huruf dan susah untuk menyebut
dan membaca,. Ini dapat di buktikanmelalui ujian diagnostik yang dijalankan
kepada murid-murid ini. Pelbagai inisiatif yang boleh diambil oleh orang di sekeliling
bagi mengatasi serta membantu mereka untuk menguasai kemahiran membaca.
Oleh itu masyarakat tidak harus mempertikaikan mereka yang tergolong diantara
murid pemulihan atau lembam ini. Kemahiran anak-anak pada kebiasaannya adalah
berbeza-beza mengikut kanak-kanak itu sendiri. Jika mereka tidak cenderung dalam
bidang pendidikan, mungkin terdapat kemahiran lain yang boleh dicungkil dalam
diri murid ini

Anda mungkin juga menyukai