Anda di halaman 1dari 12

EDU 3105

1.0 PENGENALAN
Pada zaman yang serba canggih ini, media pengajaran semakin rancak diterapkan
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan.
Penggunaan audio dan video telah dikenali sebagai salah satu saluran komunikasi dan
menjadi asas kepada bidang teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Justeru,
seseorang guru mendapat faedah dan kemudahan kerana media pengajaran menjadi
cabang dalam membantu guru meningkatkan minat dan kefahaman murid-murid terhadap
pembelajaran.
Seperti yang kita ketahui, media dalam pengajaran merupakan alatan yang
menyalurkan mesej pengirim kepada penerima mesej sehingga mendorong dan merangsang
pemikiran, perasaan, minat dan perhatian penerima. Justeru, seorang guru hendaklah
bersikap kreatif dan kritis dalam menyesuaikan media pengajaran mereka dengan
rancangan pengajaran yang ingin diajarkan. Cara ini

bukan sahaja merangsang minat

murid-murid untuk belajar, malah guru akan berpuas hati kerana hasil pembelajarannya
sudah tercapai.
Sementara itu, suatu set pengajaran yang baik tidak akan lengkap sekirannya tiada
perancangan yang rapi dan tersusun. Oleh itu, guru boleh mengaplikasikan Model ASSURE
dengan menggunakan media pengajaran dalam pelajaran. Model ASSURE pula terdiri
daripada enam langkah, iaitu analisis pelajar, menyatakan objektif, memilih kaedah, media
dan bahan, menggunakan media dan bahan, memerlukan penyertaan pelajar dan menilai
dan mengulangkaji.
Secara kesimpulannya, semua pihak hendaklah mengembleng usaha terutama guru
dalam mendidik anak bangsa dengan menggunakan media pengajaran yang kreatif dan
sesuai agar dapat melahirkan modal insan yang berketrampilan seiring dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

EDU 3105
2.0 KONSEP DAN FUNGSI MEDIA
Pada zaman globalisasi ini, penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran
semakin meluas dan media merupakan salah satu saluran komunikasi dalam pembelajaran.
Manakala mesej pengajaran yang disampaikan pula menarik dan sedikit sebanyak dapat
meransang pemikiran, perasaan, minat dan perhatian murid-murid. Justeru, guru-guru yang
berdedikasi perlu mengambil inisiatif menganalisis murid-murid dengan menggunakan
kaedah seperti teknik pemerhatian dan borang anekdot agar pengajaran dan pembelajaran
dapat disampaikan secara berkesan.
Menurut Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Wan
Kamarudin Wan Hasan (2009) dalam bukunya Teknologi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran, menyatakan bahawa media merupakan sesuatu saluran komunikasi yang
membawa maklumat. Hal ini bermaksud maklumat daripada penyampai akan diterima oleh
penerima melalui saluran komunikasi. Antara contoh-contoh media ialah radio, televisyen,
rakaman audio, gambar foto, slaid, bahan-bahan bercetak dan komputer. Dengan adanya
kepelbagaian media, penguasaan murid terhadap isi pelajaran akan lebih terjamin. Hal ini
kerana murid-murid akan berlumba-lumba mengikut sesi pengajaran dan pembelajaran yang
menarik.
Selain

itu,

media

juga

dapat

dikategorikan

sebagai

alatan

yang

mampu

menyampaikan mesej pengajaran yang jelas kepada murid-murid. Kelebihan alatan seperti
video, pita rakaman, bahan-bahan bercetak dan komputer merupakan suatu bentuk saluran
komunikasi yang membolehkan murid-murid berinteraksi bersama guru.
Selain itu, terdapat beberapa fungsi yang menyokong media sebagai saluran
komunikasi pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah media dapat membantu guru
menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan tepat dan berkesan. Hal ini
dapat dilihat apabila guru mengambil langkah pertama mengenal pasti objektif pengajaran
yang sesuai, sebelum memilih media pengajaran yang sesuai untuk dipersembahkan.
2

EDU 3105
Sebagai contoh, guru ingin mengajar tajuk buah-buahan tempatan kepada murid-murid.
Guru boleh mengkaji terlebih dahulu pengalaman sedia ada murid-murid. Seterusnya, guru
boleh menyediakan kad-kad imbasan untuk kegunaan murid-murid. Suara guru pula boleh
dirakam terlebih dahulu dan audio tersebut akan dimainkan seiring dengan tukaran kad
imbasan. Kaedah ini bukan sahaja memperjelaskan penyampaikan mesej kepada muridmurid, malah guru dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan murid-murid dengan
berkesan. Selain itu, guru juga dapat mengenalpasti murid-murid yang aktif dan pasif, cara
ini menyenangkan guru untuk memberi latihan pengukuhan kepada murid-murid yang lemah.
Selain itu, media juga berfungsi membantu guru mempelbagaikan bentuk pengajaran
dan melibatkan pelbagai pancaindera. Guru boleh mengambil inisiatif dengan melibatkan
semua pancaindera murid-murid, seperti Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Media
pengajaran yang mementingkan saluran komunikasi membolehkan guru merancang jenisjenis bahan yang sesuai. Contohnya, guru boleh menggunakan tayangan video pada set
induksi memastikan segala pancaindera murid-murid tertumpu pada video tersebut. Dengan
cara ini, guru boleh mengaju soalan dan berinteraksi dengan murid-murid mengenai isi
kandungan video tersebut. Murid-murid bukan sahaja dapat memahami isi pengajaran guru
dengan jelas, malah iklim bilik darjah juga akan menjadi lebih menarik.
Sementara itu, media yang berfungsi sebagai saluran komunikasi ini dapat
merangsang minat murid-murid supaya menumpukan perhatian pada pelajaran. Guru boleh
mengambil inisiatif dengan menghasilkan slaid yang menarik dan interaktif semasa sesi
pengajaran. Guru hendaklah mengambil kira latar belakang murid dan mengetahui sifat
kanak-kanak yang menyukai sesuatu yang berwarna-warni dan beranimasi. Contohnya, guru
memaparkan cerita kanak-kanak menggunakan sedutan video Sang Kancil dan Sang
Buaya. Guru boleh meminta murid-murid menghayati terlebih dahulu sedutan video yang
ditayangkan. Selepas itu, guru meminta murid-murid melakonkan semula watak-watak
tersebut dengan bantuan audio yang telah dirakam terlebih dahulu. Apabila sesi lakonan
tamat, guru boleh merangsang murid-murid untuk mengeluarkan nilai-nilai berdasarkan
3

EDU 3105
cerita kanak-kanak tersebut. Justeru, nilai-nilai kerjasama dan kasih sayang bukan sahaja
dapat disemai pada jiwa murid-murid, malah guru dapat meningkatkan mutu pengajarannya
menjadi lebih bermakna.
Di samping itu, media juga berfungsi membantu menjimatkan masa pengajaran.
Pada masa kini, perkembangan dan kemudahan multimedia dapat melahirkan pelbagai
bahan ciptaan media yang boleh menarik perhatian murid-murid. Seseorang guru mungkin
tidak mampu menyampaikan maklumat kepada murid-murid pada satu interaksi di bilik
darjah kerana kekangan masa. Jadi, media boleh menjadi pengganti guru agar proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar tanpa halangan. Malah, guru dapat menambah
aktiviti pengayaan dan pemulihan kepada murid-murid. Sebagai contoh, guru hendak
memupuk semangat patriotik dalam kalangan murid-murid, guru boleh memaparkan sedutan
filem Bukit Kepong atau memperdengarkan kepada murid-murid audio mengenai faktafakta semasa pihak komunis menakluki Tanah Melayu. Dengan cara ini, murid-murid dapat
mendalami

watak

tokoh-tokoh

yang

memperjuangkan

mengurangkan tenaga guru untuk bercerita secara panjang lebar.

kemerdekaan,

sekaligus

EDU 3105
3.0 RANCANGAN SET MEDIA PENGAJARAN
Seperti yang kita ketahui, reka bentuk pengajaran bilik darjah melibatkan tugas guru
dalam merancang, memilih dan menilai media pengajaran. Oleh hal yang demikian, guru
hendaklah mengaplikasikan model yang sesuai agar dapat menghasilkan sesi pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan.
Terdapat suatu reka bentuk pengajaran yang dapat membantu guru merancang
penggunaan media yang berkesan, iaitu Model ASSURE. Model ASSURE ini memberi fokus
kepada guru untuk merancang pengajaran dan pembelajaran sebenar dalam bilik darjah.
Selain itu, Model ASSURE ini terdiri daripada enam peringkat, iaitu A (Analisa Pelajar), S
(Nyatakan objektif atau hasil pembelajaran), S (Memilih kaedah, media dan bahan), U
(Menggunakan media dan bahan sumber), R (Memerlukan penyertaan pelajar), E (Menilai
dan mengulangkaji).
RANCANGAN SET MEDIA PENGAJARAN
Mata Pelajaran

: Bahasa Melayu

Tajuk

: Bencana Alam

Kelas

: 4 Cerdik (15 lelaki, 20 perempuan)

Hasil Pembelajaran : 2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar,
ditonton, dibaca atau difahami.
2.1 Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan
intonasi yang baik dan jelas.
Aras 2 (i) Bercerita berdasarkan bahan yang telah dibaca dan peristiwa
yang dialami menggunakan pelbagai jenis ayat.

EDU 3105
MODEL ASSURE
A - Analisa Pelajar (Analyze Learners)
Bagi langkah pertama dalam Model ASSURE iaitu menganalisis pelajar, terdapat
beberapa perkara yang boleh dianalisis oleh guru terhadap pelajar. Sebagai seorang guru,
saya akan mengenal pasti ciri-ciri umum pada murid-murid seperti jantina, umur, bakat, gaya
pembelajaran, budaya dan taraf ekonomi. Justeru, saya menggunakan kaedah pemerhatian,
kaedah soal jawab dan menggunakan borang anekdot untuk mengkaji tahap pencapaian
murid-murid di dalam kelas. Kaedah ini menyenangkan saya untuk merancang objektif
pengajaran agar isi pelajaran dapat dicapai dengan berkesan di dalam bilik darjah.
Kelas Tahun Empat Cerdik mempunyai bilangan murid seramai 35 orang, iaitu 15
orang murid lelaki dan 20 orang murid perempuan. Murid-murid ini berumur 10 tahun. Ibu
bapa murid-murid ini rata-ratanya mempunyai pekerjaan yang tersendiri Antara pekerjaan
yang telah dikenal pasti seperti petani, pesawah dan peruncit. Justeru, budaya murid-murid
lebih kepada budaya ketimuran, riang dan menghormati ibu bapa. Manakala taraf ekonomi
mereka juga sederhana dan menghormati ibu bapa.
Selain itu, saya akan mengambil inisiatif mengadakan sesi soal jawab bersama
murid-murid untuk menguji pengalaman sedia ada mereka mengenai alam sekitar.
Contohnya, murid-murid akan disoal mengenai contoh-contoh bencana alam yang pernah
berlaku dan natijahnya kepada manusia. Sementara itu, saya boleh menguji pengetahuan
am murid-murid dengan penggunaan media bercetak seperti poster Bencana Alam.
Kesannya, murid-murid akan berfikir, berinteraksi dan bertindak balas secara emosi apabila
melihat poster tersebut. Murid-murid juga akan berinteraksi dan memberikan pandangan
antara satu sama lain cara-cara untuk menangani kemusnahan alam sekitar.

EDU 3105
S - Menyatakan Objektif (State Objective)
Langkah kedua dalam Model Assure ini memerlukan objektif dinyatakan secara
khusus untuk menentukan jenis bahan multimedia

yang ingin digunakan. Justeru, saya

hendaklah mengenalpasti kebolehan kognitif dan prestasi murid-murid agar dapat


menentukan bahan multimedia yang ingin digunakan.
Sebelum memulakan sesi pengajaran, saya telah merujuk sukatan pelajaran, saya
telah menggunakan aras utama, iaitu bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang
didengar, ditonton, dibaca atau difahami. Manakala aras sampingan saya ialah bercerita
menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. Justeru, saya
memfokuskan aras sampingan dan menggunakan Aras 2 (i) bercerita berdasarkan bahan
yang telah dibaca dan peristiwa yang dialami menggunakan pelbagai jenis ayat, sebagai
panduan.
S - Memilih Kaedah, Media dan Bahan (Select Methods, Media dan Materials)
Bagi tajuk Bencana Alam, saya akan memulakan sesi pengajaran, set induksi dengan
memaparkan media bukan cetak, media tayang iaitu tayangan mengenai video bencana
alam yang pernah berlaku di dunia. Antara contoh bencana alam seperti banjir, gempa bumi,
tsunami dan gunung berapi meletus. Tayangan ini membolehkan murid-murid menumpukan
perhatian dan menghayati nilai-nilai murni yang terkandung di dalam video tersebut.
Setelah itu, kaedah yang dapat dijalankan ialah kaedah simulasi. Pada set
pengajaran yang kedua, beberapa orang murid akan dipanggil ke depan dan melakonkan
semula adegan-adegan semasa bencana alam berlaku. Sebagai contoh, watak A akan
menjerit meminta tolong kerana terperangkap di bawah timbunan batu, dan watak B dan C
akan melakonkan watak sebagai ahli bomba dan menyelamatkan mangsa yang
terperangkap. Saya juga akan menyediakan skrip dan audio seperti bunyi-bunyian dan
muzik latar dan dimainkan seiring dengan pergerakan watak. Setelah sesi lakonan tamat,
saya akan menggunakan kaedah sumbangsaran dan mengutarakan soalan kepada murid7

EDU 3105
murid melalui kaedah soal jawab. Beberapa orang murid juga akan dipanggil dan
menceritakan semula situasi bencana alam yang mereka hadapi. Kaedah ini membolehkan
murid-murid bercerita dengan menggunakan ayat mereka sendiri.
Manakala bahan sumber maujud yang digunakan seperti pemancar LCD, pembesar
suara, komputer, audio yang mengandungi bunyi-bunyian dan skrip untuk lakonan. Bahan
bantu mengajar ini sedikit sebanyak memudahkan pengajaran dan penyampaian media
sebagai salah satu saluran komunikasi.
U - Menggunakan Media dan Bahan (Utilize Media dan Materials)
Di samping itu, saya akan mengadakan pratonton terlebih dahulu untuk menyemak
semula manual penggunaan, teks, audio agar bersesuaian dengan tahap murid. Selain itu,
saya akan melihat dan mendengar sendiri video dan audio agar sesuai dengan objektif
pembelajaran. Pratonton media ini perlu dilakukan agar tiada sebarang kesalahan yang
bakal berlaku semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, bahan bantu mengajar yang disediakan perlu sesuai dengan tahap muridmurid. Sebagai contoh, skrip yang disediakan perlu mengikut tahap penguasaan muridmurid. Saya harus memastikan perbendaharaan kata yang digunakan tidak terlalu kompleks.
Malah, saya harus menyediakan video yang bersesuaian, contohnya memuat turun video
peristiwa tsunami yang pernah melanda Acheh, Indonesia menggunakan enjin pencari You
Tube. Selan itu, saya juga membuat pratonton bahan untuk memastikan kejelasan suara
semasa video tersebut dimainkan.
Sebelum sesi pengajaran bermula, saya perlu menyediakan persekitaran bilik darjah
yang kondusif dan selesa kepada murid-murid. saya akan memastikan pengudaraan udara
bilik darjah berjalan lancar dan infrastruktur seperti kipas dan lampu dapat berfungsi dengan
elok. Manakala meja dan kerusi perlu disusun menghadap guru agar pengajaran dapat
disampaikan secara langsung dan murid-murid juga tidak perlu mengalih kedudukan
mereka.
8

EDU 3105
Sementara itu, murid-murid juga perlu menumpukan perhatian semasa sesi
pengajaran dijalankan. Saya akan bermula dengan set induksi yang menarik untuk
mengekalkan perhatian murid-murid. Peneguhan positif seperti memberikan pujian dan
tepukan untuk menaikkan motivasi murid-murid boleh dilakukan agar mereka berasa
dihargai.
R - Memerlukan Penyertaan Pelajar (Require Learner Participation)
Saya menggunakan media pengajaran, iaitu tayangan video dan penggunaan audio
yang menarik untuk meningkatkan respon murid-murid semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Saya akan memastikan murid-murid menghadap papan putih agar interaksi
secara langsung dapat dihasilkan. Penglibatan murid secara menyeluruh kerana murid-murid
akan menumpukan perhatian terhadap video bencana alam yang dipaparkan dan sesi
lakonan yang berlangsung.
E - Menilai dan Mengulangkaji (Evaluate and Revise)
Setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran, saya akan menilai semula
keberkesanan dan kelemahan pengajaran. Penilaian juga secara berterusan, iaitu pada
peringkat sebelum, semasa dan selepas mengajar. Oleh hal yang demikian, saya akan
menjalankan ujian bertulis untuk menguji kefahaman murid-murid mengenai tajuk bencana
alam yang telah diajar. Apabila jawapan yang ditulis oleh murid-murid betul, secara
automatiknya saya mendapat gambaran yang positif bahawa media tayang yang dipilih
bertepatan dengan hasil pembelajaran yang dikehendaki.
Saya berharap murid-murid dapat menguasai Kemahiran Mendengar dan Bertutur
dengan aplikasi media pengajaran yang sesuai. Penggunaan media tayang membolehkan
murid-murid menumpukan perhatian dan berinteraksi, sekaligus mencapai obejktif yang telah
dirancang iaitu bercerita semula berdasarkan peristiwa yang telah dialami.

EDU 3105
4.0 PENYEDIAAN, CARA PENGGUNAAN DAN CARA PENYIMPAAN MEDIA
Berdasarkan set media pengajaran yang telah dirancang, saya telah merancang dan
menyediakan media tayang, iaitu tayangan video dan audio. Terlebih dahulu, saya telah
merancang objektif dan hasil pembelajaran dalam set pengajaran sebelum menyediakan
media yang sesuai. Saya telah mengambil inisiatif mencari dan memuat turun video yang
sesuai menggunakan You Tube. Saya menekankan laras bahasa yang digunakan dan
grafik yang menarik sebelum memuat turun video tersebut. Selepas melakukan proses
penyuntingan menggunakan Windows Movie Maker dengan memasukkan tajuk Bencana
Alam dan beberapa perkataan yang sesuai, saya telah membuat pratonton sebelum
memaparkan semasa sesi pengajaran.
Sementara itu, saya turut melakukan kaedah yang sama dengan memuat turun audio
seperti bunyi-bunyi dan muzik latar, iaitu muzik instrumental kanak-kanak. Audio yang dipilih
ini memberikan kesan yang sesuai seiring dengan urutan lakonan yang bakal dijalankan.
Saya memilih memuat turun media daripada internet kerana kosnya murah, dan
memudahkan saya untuk membuat pencarian.
Sementara itu, saya juga mengaplikasi bahan media tayang, iaitu video dipaparkan di
hadapan kelas menggunakan skrin putih yang dipancarkan melalui pemancar LCD.
Pembesar suara dan komputer juga menjadi saluran agar tayangan video dapat dihayati
oleh murid-murid dengan berkesan.
Saya telah memasukan video mengenai Bencana Alam ke cakera padat. Selepas
itu, cakera padat tersebut telah diletakkan di dalam bekas cakera padat. Pada bahagian
hadapan bekas cakera padat tersebut telah ditampal dengan tajuk dan manual
penggunaannya. Cara ini memudahkan saya dan guru yang lain untuk menggunakan cakera
padat tersebut. Selain itu, video tersebut turut dibuat salinan dan dikepilkan di dalam fail
pengajaran. Hal ini mengelakkan salinan video tersebut hilang dan memberi faedah kepada
pihak lain pada masa yang akan datang.
10

EDU 3105
5.0 RUMUSAN
Penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan minat
dan pemahaman murid-murid terhadap pengajaran guru. Peranan penggunaan media dalam
pengajaran dan pembelajaran pada hari ini mampu memenuhi pelbagai tanggungjawab yang
digalas oleh guru. Peranan guru dalam pengajaran juga menjadi semakin efisien dan
terancang dengan adanya bantuan media pengajaran.
Manakala Model ASSURE yang diaplikasikan dalam pengajaran mendorong muridmurid untuk memberi perhatian dan berinteraksi secara langsung bersama guru. Hal ini
sedikit sebanyak meningkatkan prestasi murid-murid dalam pelajaran kerana murid-murid
dapat memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.
Secara kesimpulannya, semua pihak hendaklah mengembleng usaha terutama guru
dalam mendidik anak bangsa dengan menggunakan media pengajaran yang kreatif dan
sesuai agar dapat melahirkan modal insan yang berketrampilan seiring dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

11

EDU 3105
BIBLIOGRAFI
Dewan Bahasa Dan Pustaka (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Selangor: Dawarma
Sdn. Bhd.
Dr. Sajad Maswan, Media Pengajaran. Dimuat turun daripada http://www.sajadstudio.info
pada 10 Ogos 2011.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Wan Kamarudin Wan
Hasan (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam : Oxford
Fajar Sdn. Bhd.
Model ASSURE, dimuat turun daripada http://www.scribd.com/doc/25848277/Model-Assure
pada 9 Ogos 2011.
Media Pengajaran, dimuat turun daripada http://jamr2.brinkster.net/pendidikan/MEDIA
%20PENGAJARAN.pdf pada 9 Ogos 2011.

12

Anda mungkin juga menyukai