Anda di halaman 1dari 4

SK LKTP

TENGGAROH 1 MERSING
JOHOR

Tajuk :
Program Cepat Membaca

Tarikh
Masa
Hari
Tempat

:
:
:
:

Mac hingga September


!!.30 hingga 12.30 tengahari
Isnin & Selasa
Prasekolah Seri Impian
SK LKTP Tenggaroh 1, Mersing
Johor.

PROGRAM AKADEMIK PRASEKOLAH


Tajuk : Program cepat membaca
Tarikh : Mac hingga September
Masa : 11.30 hingga 12.30 tengahari
Tempat : Kelas Prasekolah Seri Impian
SK LKTP Tenggaroh 1

Rasional.
Program ini bertujuan untuk memberi lebih pendedahan secara
terperinci tentang bunyi dan bentuk huruf seterusnya dapat membaca
suku kata, perkataan dan ayat mudah.
Matlamat.
1. Memberi bimbingan berterusan kepada pelajar lemah dan kurang
mengenal huruf.
2. Menaik dan meningkatkan minat pelajar untuk mengenal huruf
dan membaca.
3. Meninggalkan kesan yang mendalam. Supaya pelajar dapat
mengingati setiap apa yang diajar.
Objektif.
1. Program ini diharapkan dapat membolehkan pelajar dapat
membaca sebelum masuk ke Tahun 1.
2. Mendorong pelajar untuk berusaha dengan lebih gigih lagi untuk
membaca.
3. Menarik perhatian pelajar untuk membaca.
Kumpulan Sasaran.

Pelajar yang belum mengenal huruf dan pelajar yang tidak dapat
membaca suku kata.

Perlaksanaan.
Program dijalankan selama 1 jam selepas waktu pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. :Cara dijalankan :
1. Mengecam huruf dan bunyi.

Huruf di bentuk dengan plastisin

Huruf ditullis di atas pasir

Huruf dicat di atas kertas lukisan

Huruf dibentuk dengan tali dan lidi.

Huruf dibentuk dengan tubuh badan.

2. Mengecam bentuk huruf kecil dan besar.:

Pilih huruf kecil didalam sebuah kotak yang dicampur


dengan huruf besar. ( sebaliknya )

Menulis huruf besar/kecil yang disebut oleh guru.

3. Membunyikan huruf vokal :

Lagu pak mamat ada kebun

4. Mengecam dan membunyikan huruf konsonan.


5. Menyebut suku kata hasil gabungan huruf konsonan dan
vokal.
6. Mencantum dua suku kata terbuka ( vkv )
Cth: bu + ku buku
7. Membaca suku kata terbuka ( vkv )

Cth : ibu ( guna kad cantuman )


8. Membaca suku kata tertutup ( kvk )
Cth : bas, pen, jam ( permainan huruf yang dicantum )
9. Membaca dua suku kata.
a) ( kv + kvk ) cth : pokok
b) ( kvk + kv ) cth : lampu
c) ( kvk + kvk ) cth : pensel
10.

Latih tubi membaca

Rumusan.
Diharapkan program ini dapat membantu pelajar yang amat lemah
dalam perkembangan Bahasa dan Komunikasi yang amat penting
untuk meneruskan pengajaran dan pembelaj aran di Tahun Satu 2017
nanti.

Anda mungkin juga menyukai