Anda di halaman 1dari 1

SK KAMPUNG BALAN

D/A Pejabat Pendidikan Daerah Dalat


96300 DALAT
SARAWAK
Tel: 084-863505
E-mel: skkgbalan3503@gmail.com

Ruj. Kami

: JPS(W)YBE3503(KUR)153/06/06/01/Jld.3

Tarikh

: 30 September 2016

(33)
KEPADA,
........................................
Kg. Balan, Dalat.
Tuan,
PROGRAM KAYUHAN AMAL CSR MASJID DARUL HIDAYAH, BINTULU & INSTITUT
TAHFIZ BINTULU DENGAN KERJASAMA MASJID AN-NUR KAMPUNG BALAN, DALAT
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Tuan / puan adalah dijemput untuk menyertai program seperti yang tersebut
berdasarkan perincian yang berikut:
Tarikh:
Sabtu, 1 Oktober 2016
Masa:
10:00 pagi
Tempat:
Masjid An Nur, Kampung Balan
2.
Untuk makluman, Panitia Pendidikan Islam dan Persatuan Ibu Bapa dan
Komuniti (PIBK) SK Kampung Balan turut menyertai program ini sebagai Program
Pasca UPSR murid-murid Tahun 6.
3.

Aturcara bagi program ini adalah seperti perincian berikut:


MASA
PERKARA
6.00 pagi
Minum pagi
6.30 pagi
Senaman ringan
7.00 pagi
Peserta berbasikal bertolak dari Mukah ke Masjid An-Nur Kampung Balan
10.30 pagi
* Penduduk kampung menyambut ketibaan peserta berbasikal dari
Mukah.
* Sesi suai kenal peserta berbasikal dengan penduduk kampong.
* Minum pagi
* Kerja amal membersihkan perkarangan masjid dan menanam bunga di
persekitaran masjid. (sila bawa penyodok dan anak pokok bunga)
* Tazkirah pendek disampaikan oleh Ustaz Hussein.
* Penerangan tentang Institut Tahfiz Bintulu
* Penyerahan sumbangan wang kepada individu yang melanjutkan
Pelajaran daripada Masjid An-Nur Kampung Balan.
12.30 tengah hari * Solat Zohor berjemaah
* Makan tengah hari
1.30 tengah hari
Peserta berbasikal bergerak ke Pekan Dalat.
2.30 petang
Peserta berbasikal bergerak balik ke Mukah.
5.30 petang
Peserta berbasikal tiba di Hotel King Inn Mukah.
4.
Di atas kerjasama dan perhatian pihak tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan
didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian. Terima Kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut
.
(ROZIAH NASAR)
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN (D),
SK KAMPUNG BALAN, DALAT.

perintah,

Anda mungkin juga menyukai