Anda di halaman 1dari 3

PENGURUSAN-PROJEK SEMINAR APRIASIASI SASTERA

Anda sebagai pengarah Projek Seminar Apriasiasi Sastera Prauniversiti Peringkat


Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar bertanggungjawab menguruskan projek
yang perlu anda lakukan untuk memastikan kelancaran program tersebut.

Projek Seminar Apriasiasi Sastera Prauniversiti Peringkat Sekolah Menengah


Kebangsaan Sungai Besar bertujuan menetapkan matlamat dan objektif yang ingin
dicapai.Antaranya, untuk menghidupkan lagi penghayatan yang berkaitan dengan karya
sastera dalam kalangan para pelajar prauniversiti. Selain itu, Projek Apriasiasi Sastera
diadakan bagi memastikan minat ramai pelajar prauniversiti di Sekolah Menengah
Kebangsaan Sungai Besar menceburi diri dalam bidang sastera seperti menyertai
pertandingan pantun , mencipta sajak, puisi dan sebagainya yang berkaitan dengan bidang
sastera. Disamping itu, program seminar satera ini juga bertujuan untuk mengcungkil bakatbakat yang terpendam dalam kalangan para pelajar prauniversiti di Sekolah Menengah
Kebangsaan Sungai Besar berkaitan dengan bidang sastera. Oleh hal yang demikian, Seminar
Apriasiasi Sastera tentunya dapat melahirkan ramai pelajar yang kreatif dan inovatif dalam
pelbagai bidang sastera.
Antara langkah yang perlu saya lakukan untuk menguruskan Projek Seminar
Apriasiasi Sastera yang pertama ialah perancangan . Berdasarkan perancangan ini saya telah
menetapkan beberapa matlamat dan objektif bagi memastikan projek Seminar Apriasiasi
Sastera ini berjalan dengan baik dan lancar. Projek Seminar Apriasiasi Sastera ini telah
melatih diri saya dan rakan-rakan untuk menguruskan projek dengan baik. Disamping itu,
projek ini telah membimbing saya untuk menjadi seorang pengurus yang mahir, cekap dan
mampu bersaing antara satu sama lain. Seterusnya, projek Seminar Apriasiasi Sastera ini
memastikan ramai generasi baru di sekolah ini yang mahir dan berkebolehan dalam bidang
sastera. Perancangan yang telah dilakukan oleh saya dapat memudahkan saya untuk
mengendalikan projek ini.
Pengarah Projek Seminar Apriasiasi Satera yang dikendalikan oleh saya memerlukan
pengorganisasian bagi menguruskan proses penyusunan dan mengagihkan sumber manusia
dengan baik agar matlamat organisasi yang telah ditetapkan tercapai dengan lengkap dan
berkesan. Bagi menjayakan projek ini saya membuat pengurusan sumber yang baik. Oleh hal
yang demikian, saya juga telah menentukan aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan bagi
mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetepkan. Contohnya, pengurusan guru,
pengurusan dalam bidang kewangan, dan mengatur tempat yang akan diadakan acara.
Selain itu, saya juga telah menguruskan pengagihan aktiviti. Aktiviti penyelarasan
yang telah dikelompokan mengikut objektif dan matlamat yang telah ditetapkan. Aktiviti
penyelarasan kerja diadakan bagi menyelaraskan tugas agar tidak bertindih dengan tugas
yang telah diberikan. Ini bermakna sebarang tindakan dan keputusan yang telah dibuat dan
dilaksanakan oleh Pengurus Projek Seminar Apriasiasi Sastera agar saling melengkapi demi
mencapai matlamat organisasi. Contohnya, saya telah menetapkan tugas pembentukan ahli

jawatan kuasa kelab. Ahli jawatan kuasa pentas, membuat pemilihan peserta mengikut
tingkatan telah menetapkan guru penasihat untuk memberikan penerangan kepada ahli kelab,
dan saya telah melantik ahli persiapan pentas. Selain itu, saya telah melantik seorang juri dan
hakim bagi menjayakan majlis ini.Seterusnya, bagi menjalankan tanggungjawab saya sebagai
Pengarah Projek Seminar Apriasiasi Sastera Prauniversiti Peringkat Sekolah Menengah
Kebangsaan Sungai Besar saya telah membuat pembentukan struktur organisasi. Struktur
organisasi ini dibentuk bagi memudahkan pengurusan sesebuah organisasi atau projek dapat
bergerak mengikut tugasan yang telah ditetapkan. Contohnya, pembentukan struktur
oprganisasi pertama iaitu pengerusi, setiausaha, naib setiausaha, bendahari dan AJK. Oleh hal
yang demikian, pembentukan struktur organisasi ini dapat menentukan setiap tugasan yang
diberikan oleh mereka.
Tenaga kerja juga merupakan langkah yang perlu dalam pengurusan Projek Seminar
Apriasiasi Sastera bagi dapat mengendalikan ini dengan sempurna selaras dengan matlamat
dan objektif. Saya juga telah membuat spesifikasi kerja dengan membahagikan setiap tugas
yang telah ditetapkan. Contohnya, saya telah melantik seorang pengerusi yang tugasnya ialah
sebagai pengurus dan menyelenggara Projek Seminar Apriasiasi Sastera ,menyediakan
laporan tentang projek ini dan memberikan sokongan secara keseluruhan samaada dari segi
tempat dan kebenaran lain yang diperlukan. Oleh hal yang demikian, saya dapat melihat
kebolehan seseorang itu dan saya sendiri melalui pembahagian tugasan yang telah saya
tetapkan. Jelaslah, pembahagian tugas dalam struktur organisasi ini telah menyebabakan
berjayanya Projek Seminar Apriasiasi Sastera ini dengan baik dan lancar.
Kepimpinan juga merupakan satu langkah yang penting dalam menjayakan tugasan
sebagai pengurus Projek Seminar Apriasiasi Sastera prauniversiti peringkat Sekolah
Menengah Kebangsaan Sungai Besar. Dengan adanya gaya kepimpinan yang ada pada saya
ialah gaya kepimpinan demokraktik. Hai ini demikian kerana, dapat dilihat apabila saya
mampu menggalakkan pengelibatan dan penyertaan pada daripada tenaga kerja dalam
membuat keputusan. Selain itu, saya juga bekerjasama dengan tenaga lain seperti saling
bertukar pendapat dan bersikap tolak ansur. Contohnya, saya bersama rakan-rakan dan guruguru bersma-sama berganding bahu dalam menjayakan projek ini. Gaya kepimpinan
demokratik yang ada pada saya membolehkan Projek Seminar Apriasiasi Sastera ini berjalan
dengan dengan penuh teratur, berkesan dan lancar. Jelaslah, gaya kepimpinan demokratik
merupakan faktor kejayaan saya dalam menguruskan projek ini.
Langkah yang terakhir yang telah saya ambil ialah kawalan. Hal ini demikian kerana,
kawalan merupakan satu proses untuk memastikan kegiatan dan aktiviti yang dilaksanakan
dalam sesebuah organisasi terarah kepada pencapaian matlamat atau objektif sasaran yang
telah ditetapkan. Sebagai contohnya, saya memperuntukan masa selama dua minggu untuk
merancang pengurusan Projek Seminar Apriasiasi Sastera prauniversiti peringkat Sekolah
Menengah Kebangsaan Sungai Besar ini. Selain itu, saya telah mengambil beberapa langkah
pemulihan bagi mengatasi masalah sekiranya didapati ada tenaga kerja yang tidak berupaya
dalam melaksanakan tugas yang telah ditetapkan untuk mencapai matlamat dan objektif yang
ditetapkan.

Sebagai kesimpulannya, pengurusan yang efektif merupakan kunci sesebuah


organisasi dalam dalam mencapai matlamat dan objektifnya. Pada pendapat saya, dengan
adanya pengalaman dan pengetahuan dalam bidang pengurusan dapat diterapkan dalam
pelbagai bidang pada generasi akan datang . Disamping itu, saya juga berharap agar semua
pihak dapat berganding bahu dan bekerjasama dalam menjayakan majlis Projek Seminar
Apriasiasi Sastera prauniversiti peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Long Yunus ini.

Anda mungkin juga menyukai