Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim .. Tuhan yang mempunyai kebesaran,
kemuliaan dan kekuasaan. Sesungguhnya pada hari ini kami memohon hidayah bersempena dengan mesyuarat ini. Berikanlah kami kekuatan fizikal dan mental untuk membincangkan segala permasalahan dan berupaya mencapai kata sepakat untuk menghasilkan satu keputusan yang terbaik. Ya Allah .. Lindungilah kami dari segala perkara dan masalah, hindarkanlah kami dari rasa bosan, rasa putus asa, tidak bersemangat serta suka membelakangkan keputusan mesyuarat ini. Ya Allah .. Lapangkanlah dada kami, bukakanlah minda kami agar kami mampu menghasilkan idea yang bernas, supaya terhasil strategi dan pelaksanaan yang kemas serta jitu. Ya Allah .. kami jua memohon agar segala keputusan yang kami buat menjadi kebaikan kepada kami, andai tersalah, ampunkan lah kami ya Allah.