Anda di halaman 1dari 2

SubApps Game

Apa itu SubApps Game?


Sebuah permainan yang menyerupai permainan ular tangga. Namun SubApps
Game telah diubahsuai dengan memasukkan unsur ilmiah khususnya dalam tajuk
operasi penolakan. Permainan ini boleh dimainkan oleh 2-4 orang murid. Permainan
ini banyak menfokuskan soalan penolakan yang harus dijawab oleh setiap murid
apabila sampai ke beberapa petak yang dipilih.
Tujuan?
Permainan ini bertujuan menimbulkan rasa minat murid terhadap matematik
berasaskan permainan matematik yang dicipta. Ianya juga membantu pengukuhan
murid dari segi kemahiran dalam menolak nombor. Selain itu, permainan ini
memberikan motivasi kepada murid agar sentiasa mengulangi apa yang telah diajar
supaya kefahaman mereka dapat diaplikasi untuk apa jua aktiviti sebagai contoh
melalui permainan ini. Selain itu, tujuan permainan ini juga mengajar murid untuk
sama-sama mengenal erti kekalahan dan kemenangan, belajar bersama dan sabar
menunggu giliran serta belajar menyelesaikan masalah supaya dapat mara ke
hadapan dan menjadi peserta pertama sampai ke petak tamat.

Peraturan permainan?
1) Permainan ini dimainkan oleh 2-4 orang murid.
2) Tentukan Giliran. Pemain akan membaling dadu untuk menentukan urutan
giliran bermain mengikut angka dadu yang paling tinggi.
3) Baling dadu. Jika giliran sudah disusun, maka pemain pertama perlulah
membaling dadu untuk mendapatkan angka. Angka yang diperoleh adalah
sebagai angka petak yang perlu dimajukan.
Sebagai contoh, jika angka pada dadu menunjukkan 3 maka, pemain
hanya boleh menggerakkan 3 petak dari petak permulaan. Begitu juga
langkah yang perlu diikuti oleh pemain lain.
4) Petak Ajaib dan Kad Misteri. Petak ajaib ialah petak yang mempunyai
pelbagai jenis emoji yang memberikan petanda bahawa pemain perlu
menjawab soalan pada Kad Misteri yang disediakan. Jika pemain tidak dapat
menjawab soalan maka pemain perlu undur 3 langkah sebagai denda.
5) Petak bertali. Jika pemain berada pada petak bertali, pemain boleh lompat ke
petak yang lebih tinggi bergantung kepada sambungan tali.
6) Berhenti tepat pada petak tamat. Pemain pertama yang mencapai petak
tamat akan menang. Namun, jika pemain membaling dadu tetapi angka yang
diperoleh adalah lebih besar untuk berhenti ke petak tamat, maka pemain
perlu undur seiring dengan angka.

Anda mungkin juga menyukai