Anda di halaman 1dari 7

Tatacara Solat Gerhana malam ini, insha Allah.

1) Solat dua rakaat - 4 Kali Ruku'.


2) Membaca surah al-Fatihah dan surah yang panjang seperti al-Baqarah. Jika tidak, bacalah
surah paling panjang yang kita hafal.
3) Melakukan ruku yang panjang
4) Bangun dari ruku dan membaca al-Fatihah serta surah yang pendek sedikit daripada surah
sebelumnya
5) Melakukan ruku yang panjang tetapi pendek sedikit daripada ruku sebelumnya
6) Melakukan sujud yang panjang
7) Duduk antara dua sujud
8) Sujud dengan sujud yang panjang
9) Melakukan rakaat kedua seperti rakaat pertama
10) Solat ini boleh dilakukan secara bersendirian mahupun berjemaah
11) Selepas solat, sunat untuk imam memberi nasihat dan amaran, serta menyeru makmum
membanyakkan doa, istighfar dan amal soleh yang lain.
Sunnah lain ketika gerhana:
1) Sedekah
2) Berdoa
3) Takbir (Allahuakbar)
4) Mengingati kebesaran dan takut azab Allah
Dalil-dalil berkaitan:
Solat gerhana
Daripada 'Aisyah radiallahu 'anha, beliau berkata: Gerhana matahari telah berlaku di zaman
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.


Lalu baginda mendirikan solat bersama orang ramai.

Baginda berdiri dan memanjangkan berdirinya. Kemudian ruku' dan memanjang ruku'nya.

Kemudian berdiri dan memanjangkan berdirinya tetapi lebih pendek daripada berdiri yang
pertama. Kemudian baginda ruku' dan memanjangkan ruku'nya tetapi lebih pendek daripada
ruku' yang pertama.

Kemudian baginda sujud dan memanjangkan sujudnya. Kemudian baginda melakukan


perkara yang sama dalam rakaat kedua sebagaimana dalam rakaat pertama.



Kemduian, baginda selesai solat ketika gerhana telah pun tamat. Kemudian baginda
berkhutbah, baginda memuji Allah lalu berkata:



Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda daripada tanda-tanda Allah. Ia tidak
gerhana kerana kematian atau kehidupan seseorang.


.
Apabila kalian melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, dirikanlah solat, dan
bersedekahlah.
:



Kemudian baginda berkata: Wahai umat Muhammad. Demi Allah! Tiada yang lebih cemburu
daripada Allah apabila ada hambanya lelaki atau perempuan yang berzina. Wahai umat
Muhammad. Demi Allah! Jika kalian tahu apa yang aku tahu, kalian akan sedikit ketawa dan
banyak menangis.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Kusuf, hadis no: 1044]
Kefahaman karut
Al-Mughirah bin Syu'bah radiallahu 'anhu berkata: Matahari telah gerhana di zaman
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pada hari meninggalnya Ibrahim (anak lelaki baginda)
.
Orang ramai berkata: Gerhana matahari berlaku kerana kematian Ibrahim.


"

Lalu Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan tidak
gerhana kerana kematian atau kehidupan seseorang. Apabila kalian melihatnya, solatlah dan
berdoalah kepada Allah.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Kusuf, hadis no: 1043]
Gerhana adalah amaran Allah
Abu Bakrah radiallahu 'anhu berkata: Rasululla sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:




Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda daripada tanda-tanda Allah. Ia tidak
gerhana kerana kematian seseorang. Tetapi Allah mahu menimbulkan rasa takut pada hambahambaNya.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Kusuf, hadis no: 1048].
Al-Kahfi Services.

Firman Allah dalam ayat 38 40 surah Yaasiin; maksudnya: Dan lagi dalil yang terang untuk
mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta
mereka berada dalam gelap-gelita; Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia
kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha
Kuasa, lagi Maha Mengetahui; Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa
peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya
(berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.(Dengan ketentuan yang demikian),
matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang;
kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing
Kejadian gerhana bulan mengajak kita untuk menambahkan lagi keimanan tentang kehebatan
dan kekuasaan Allah Subhanahu Wataala sebagai Pentadbir seluruh alam, segala peredaran
cakerawala, bumi, bulan, matahari dan seumpamanya. Peredaran bulan dan matahari yang
teratur setiap hari secara berganti-ganti, matahari beredar di waktu siang, manakala bulan
beredar di waktu malam adalah atas kudrat dan iradat Allah Subhanahu Wataala jua. Ia
mempunyai hikmat dan tujuan tersendiri antaranya bagi tujuan membolehkan manusia untuk
bekerja pada siang hari dengan mudah dan pada malam hari pula dapat berehat dan
bermunajat kepada Allah dengan tenang.
Pergerakan matahari dan bulan yang teratur dan tetap juga dapat digunakan oleh manusia
untuk dijadikan kalendar tahunan samada berdasarkan pergerakan matahari bagi kalendar
Masihi dan mengikut peredaran bulan bagi taqwim Hijrah. Oleh itu setiap kejadian yang
berlaku termasuk gerhana bulan pada malam ini adalah untuk mengetuk hati kita agar
bersyukur dan mengingati Allah sepanjang masa dan tempat. Kita sentiasa diminta agar
berfikir tentang kejadian alam ciptaan Allah dalam mengenali sifat-sifat Allah dan juga
mengakui diri kita sebagai hamba yang serba lemah

Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum
mendirikannya : as-Solatu Jaamiah (Solat berjemaah)

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan




Ertinya : Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari




Ertinya : Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.

Cara & Bilangan Rakaat


Terdapat 3 cara melaksanakan solat sunat gerhana iaitu;
i.
Yang terlebih sempurna ialah dilakukan 2 rakaat dengan setiap rakaat 2 ruku
dan 2 qiyamyang dipanjangkan bacaan surah dan tasbihnya pada kedua-dua rakaat
(Kesimpulannya: jumlah ruku, qiyam dan sujud adalah sebanyak 4 kali dalam dua rakaat
solat sunat gerhana). Ini adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. bersama para
sahabatnya dan melibatkan masa yang amat panjang. Kadar panjang bacaan surah ialah surah
al-Baqarah (286 ayat) dalam qiyam pertama, sirah Aali Imran (200 ayat) dalam qiyam kedua,
surah al-Nisa (176 ayat) dalam qiyam ketiga, dan surah al-Maidah (120 ayat) dalam qiyam
keempat). Kadar panjang tasbih ialah sekadar bacaan 100 ayat dalam ruku dan sujud
pertama, sekadar bacaan 90 ayat dalam ruku dan sujud kedua, sekadar bacaan 70 ayat dalam
ruku dan sujud ketiga, dan sekadar bacaan 50 ayat dalam ruku dan sujud keempat.
ii.
Yang lebih sempurna dilakukan 2 rakaat dengan 2 kali ruku dan 2 kali qiyam,
dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat. Ini adalah cara yang sederhana
dan tidak memakan masa yang lama.
iii.
Sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ini adalah cara dan bilangan
rakaat yang paling minimum dan melibatkan tempoh yang singkat.

Huraian Cara Kedua (Sederhana Panjang)


Berikut adalah huraian cara solat gerhana dalam tempoh yang sederhana iaitu sekitar 30-40
minit berdasarkan pengalaman menunaikan solat gerhana bulan pada hari Selasa 15 Syaaban
1428 bersamaan 28 Ogos 2007 lalu. Turut dicadangkan bacaan surah-surah pilihan daripada
juzuk ke-30 yang lebih dikenali di kalangan masyarakat kita dengan ayat-ayat lazim.

(Rakaat Pertama)

1.

Takbiratul Ihram.

2.

Membaca doa iftitah.

3.

Membaca Istiazah. ()

4.

Membaca surah al-Fatihah.

5.
Membaca surah dalam qiyam pertama. Dicadangkan membaca surah surah alBaqarah (ayat 1-25) atau surah al-Alaa (19 ayat).
6.

Ruku (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih).

7.
Iktidal dan qiyam kedua, membaca surah al-Fatihah dan surah. Dicadangkan
membaca surah al-Baqarah (ayat 26-48) atau surah al-Ghaasyiyah (26 ayat).
8.

Ruku (kedua) dengan membaca tasbih (90 kali tasbih).

9.

Iktidal.

10.

Sujud (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih).

11.

Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).

12.

Sujud (kedua) dan membaca tasbih (90 kali tasbih).

13.

Berdiri ke rakaat kedua.

(Rakaat Kedua)
1.

Qiyam ketiga dan membaca surah al-Fatihah.

2.
Membaca surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 49-61) atau surah alSyams (15 ayat).
3.

Ruku (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih).

4.
Iktidal dan qiyam keempat, membaca surah al-Fatihah dan membaca
surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 62-74) atau surah al-Zalzalah (8 ayat).
5.

Ruku (keempat) dengan membaca tasbih (50 kali tasbih).

6.

Iktidal.

7.

Sujud (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih).

8.

Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).

9.

Sujud (keempat) dan membaca tasbih (50 kali tasbih).

10.

Membaca tasyahhud akhir.

11.

Memberi salam & imam bangun menyampaikan dua khutbah.

RUJUKAN
Abdul Karim Zaidan, Ensiklopedia hukum wanita dan keluarga, Kajian mendalam masalah
wanita & keluarga dalam perspektif syariat Islam. Pustaka Dini.
al-Dimyti al-Bakri, Ab Bakr bin Uthmn bin Muhammad Shatt, Hshiyat inat altlibin, 1995, Beirut: Dr al-Kutub al-Ilmiyyah, jil. 1, hlm. 448.
Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Zd al-mad fi hady Khayr al-ibd, 1994, Cet. ke-27, Beirut:
Muassasat al-Rislah, jil. 1, hlm. 450-456.
Ibn Qudmah, Muwaffaq al-Din Ab Muhammad Abd Allah bin Ahmad bin Muhammad bin
Muhammad bin Qudmah, al-Mughni, 1992, Cet. ke-2, Kaherah: Hajar li al-Tibah wa alNashr wa al-Tawzi wa al-Iln, jil. 3, hlm. 321-333.
al-Nawawi, Yahy bin Sharaf, al-Azkr, 1991, cet. ke-3, Madinah: Maktabat Dr al-Turth &
Damsyik: Dr Ibn Kathir, hlm. 291-293.
al-Nawawi, Yahy bin Sharaf, al-Majm, t.th, Jeddah: Maktabat al-Irshd, jil. 5, hlm. 50-68.
al-Shfii, Taqiy al-Din Ab Bakr bin Muhammad al-Husayni al-Husni al-Dimashqi, Kifyat
al-akhyr fi hall qhyat al-ikhtisr, 1991, Beirut: Dr al-Khayr, hlm. 151-152.

http://www.islamweb.net
http://mufti.perak.gov.my/artikel/solat/pdf
www.muis.gov.sg/websites/khutbah/gerhana2000
www.usrahalarusi.kakiblog.com/

Hasil nukilan;
Ustaz Hj. Nurazmallail bin Hj. Marni,
Pusat Pengajian Islam & Pembangunan Sosial,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Anda mungkin juga menyukai