Ilmu dakwah
Ilmu dakwah adalah ilmu yang berisi metode dan bimbingan untuk menarik orang
lain untuk memeluk, mengikuti, menyetujui atau menerapkan ideologi, agama,
pendapat atau pekerjaan tertentu. Orang yang menyampaikan propaganda disebut
pengkhotbah sedangkan objek propaganda yang disebut madu. Setiap Muslim
yang menjalankan fungsi dakwah Islam adalah dai.
Jelajahinternet.com
Fiqhud-dakwah
Ilmu yang memahami aspek hukum dan prosedur yang berkaitan dengan
propaganda, sehingga pendeta tidak hanya untuk memahami kebenaran tentang
Islam, tetapi mereka juga didukung oleh kemampuan yang baik dalam memberikan
Menit al Islamiyah.
Dakwah fardiah
Dakwah Fardiah merupakan metode propaganda membuat satu orang ke orang lain
(satu orang) atau orang dalam jumlah kecil dan terbatas. Propaganda Fardiah
biasanya terjadi tanpa persiapan dan diatur secara tertib. Kategori ini termasuk
Dakwah ammah
Dakwah ammah adalah semacam propaganda yang dilakukan oleh seseorang
dengan media yang lisan yang ditujukan kepada orang banyak dengan maksud
untuk mempengaruhi embed mereka. Media yang digunakan biasanya dalam
bentuk wacana (pidato). Ammah ini Dakwah jika materi pelajaran, ada orang-orang
dan tidak ada yang dilakukan oleh organisasi tertentu yang dakwah.
Dakwah bil-lisan
Dakwah jenis ini adalah penyampaian informasi atau propaganda pesan melalui
lisan (ceramah atau komunikasi langsung antara subyek dan obyek dakwah).
Semacam ini propaganda akan efektif bila: disampaikan berkaitan dengan hari
ibadah seperti khutbah Jumat, atau khutbah hari raya, disajikan sebuah studi pada
ibadah praktis, konteks layanan diprogram, disampaikan dengan metode dialog
dengan penonton.
Dakwah bil-Haal
Dakwah bil al-ini adalah propaganda yang menempatkan tindakan nyata. Hal ini
bertujuan agar penerima dakwah (al-Madulah) mengikuti jejak dan Preachers
(pengkhotbah). Dakwah jenis ini memiliki pengaruh yang besar pada propaganda
penerima sendiri.
Dakwah bit-tadwin
Memasuki usia global saat ini, pola bit dalam-tadwin dakwah (dakwah melalui
tulisan) baik dengan menerbitkan buku, majalah, internet, koran, dan tulisan-tulisan
yang mengandung pesan propaganda sangat penting dan efektif.
Dakwah bil hikmah
Dakwah bil hikmah menyampaikan propaganda dengan cara yang bijak, yang
mendekati sedemikian rupa bahwa objek propaganda mampu melaksanakan
propaganda mereka sendiri, ada pemaksaan, tekanan atau konflik. Dengan kata lain
propaganda bi al-hikmah merupakan suatu metode pendekatan komunikasi dakwah
yang dilakukan atas dasar persuasif.
Dalam kitab al-Hikmah fi ad-Dakwah ilallah Maha oleh Said bin Ali bin al-Qathani
Wahif dijelaskan pemahaman yang lebih jelas dari al-Hikmah, antara lain Menurut
bahasa:
1. Adil, ilmu, sabar, kenabian, Al-Quran dan Injil
2. Memperbaiki (membuat manjadi lebih baik atau pas) dan terhindar dari
kerusakan
3. Ungkapan untuk mengetahui sesuatu yang utama dengan ilmu yang
utama
4. Obyek kebenaran (al-haq) yang didapat melalui ilmu dan akal
5. Pengetahuan atau marifat.
Dikutip dari: https://id.wikipedia.org/wiki/Dakwah
Menurut istilah Syari:
1. Valid dalam perkataan dan perbuatan, mengetahui yang benar dan
mengamalkannya, wara dalam dinullah, meletakkan sesuatu pada
tempatnya dan menjawab dengan tegas dan tepat.
Menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran adalah satu risalah agung dan tugas yang mulia dan
suci. Risalah ini bermula semenjak Allah s.w.t. mencipta manusia, makhluk yang paling mulia di atas muka bumi,
merekalah para nabi dan rasul semenjak nabi Adam a.s. diciptakan sehinggalah nabi Muhammad s.a.w. iaitu nabi dan
rasul yang terakhir, ianya berterusan hinggalah ke akhir zaman. Allah s.w.t. telah mengutuskan seorang rasul untuk
setiap umat yang telah tersesat, terpesong dan menjauhi manhaj-Nya. Para nabi dan rasul bertugas untuk memimpin
dan mengingati manusia ke arah jalan yang lurus dan menyeru mereka kepada-Nya.
Allah s.w.t. telah mengutuskan nabi Musa a.s. kepada Firaun yang angkuh dengan mengaku bahawa dialah Tuhan.
Begitu juga Allah s.w.t. mengutus nabi Nuh a.s. kepada kaumnya yang sesat dan mensyirikkan Allah dengan
menyembah patung yang tidak berkuasa untuk memberi sebarang manfaat atau mudharat. nabi Lut a.s. diutuskan
kepada kaumnya yang menyimpang dan mempunyai kelakuan yang amat memalukan iaitu hubungan seks sejenis
(homoseks). Kemudian diutuskan pula nabi Hud a.s. kepada kaum Ad dan nabi Saleh kepada kaum Tsamud, untuk
memperbetulkan mereka. Manakala nabi Muhammad s.a.w. pula diutuskan kepada seluruh umat manusia bagi
mencapai kebaikan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat.
Tugas utama para nabi dan rasul adalah menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Mereka telah
menghadapi pelbagai rintangan, halangan dan penganiayaan daripada musuh-musuh yang membencinya, malahan
mereka turut diseksa semasa menyampaikan risalah agung ini. Walaubagaimanapun, mereka tetap tabah dan sabar
dalam menghadapinya dengan berjihad untuk melaksanakan tugas dakwah agar diterima oleh umat manusia. Begitu
juga dengan para pendakwah pada masa kini, tugas berdakwah adalah penting dalam usaha membangunkan ummah
yang seimbang dan berkualiti.
Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulum al-Din, telah menyatakan beberapa langkah yang perlu diikuti oleh para
pendakwah dalam melaksanakan usaha dakwahnya, antaranya:
1. Memberitahu dan menasihatkan masyarakat supaya menjauhi perkara yang mungkar. Terdapat sesetengah golongan
yang tidak menyedari bahawa apa yang dilakukan itu adalah perkara yang mungkar. Oleh itu, pendakwah perlu
memberitahu dan menasihati mereka agar menjauhi dan meninggalkan perbuatan tersebut.
2. Memberi peringatan, nasihat dan pengajaran atau balasan yang akan diterima sekiranya masih elakukan
kemungkaran.
3. Memberi peringatan tentang nikmat Allah yang tidak ternilai dan terbilang dan wajib bersyukur di atas nikmat yang
dikurniakan.
4. Memberi peringatan terhadap pengajaran umat terdahulu. Satu persoalan yang sering ditimbulkan, adakah usaha
menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran merupakan tugas setiap mereka yang bergelar muslim atau hanya tugas
pendakwah semata-mata? Hukum menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah fardhu kifayah,
walaubagaimanapun setiap muslim harus memikul tanggungjawab ini secara bersama sepertimana hadis Rasulullah
s.a.w. yang bermaksud:
Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia mencegahnya dengan tangannya (kuasa), jika ia tidak mampu
maka hendaklahlah ia mencegah dengan lisannya, jika ia tidak mampu hendaklah ia mencegah dengan hatinya. Dan
yang demikian itulah selemah-lemah iman. (riwayat Muslim).
Hadis ini ditujukan kepada setiap umat Islam. Ini bermakna setiap umat Islam itu mampu untuk melaksanakan
tanggungjawab ini dan ia merupakan tugas asasi bagi pendakwah mengikut kemampuan dan tanggungjawabnya.
Menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran merupakan salah satu sifat yang baik antara sifat-sifat seorang
Muslim.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong kepada setengah yang lain;
mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang.
Ibn Taimiyah pernah berkata, Setiap manusia di atas muka bumi ini hendaklah menyeru kepada kebaikan dan
melarang kemungkaran. Ia patut melakukannya walaupun terhadap dirinya sendiri dengan cara yang baik atau
sebaliknya.
Ibn al-Arabi al-Maliki pula berkata, Menyeru kepada kebaikan dan melarang kemungkaran merupakan asas agama
dan salah satu daripada tiang agama yang ditegakkan oleh umat Islam dan khalifah Tuhan sekelian alam. Ini
merupakan tujuan utama Allah s.w.t. mengutuskan para nabi dan fardhu atas seluruh manusia sama ada berdua atau
bersendirian mengikut kemampuannya.
mengajak, menyeru, menjemput, memanggil kepada sesuatu perkara sepertimana yang terdapat
dalam Firman Allah:Ertinya: dan Allah menyeru kepada negara kesejahteraan.
Manakala orang yang menyampaikan dakwah disebut sebagai PENDAKWAH atau PENDUKUNG
DAKWAH.
Dari erti perkataan dakwah dari segi bahasa tersebut memperlihatkan bahawa dakwah merupakan
satu perkara yang memerlukan satu usaha atau kesungguhan sama ada secara amali atau teori bagi
mencapai objektif yang digariskan, justeru itu di dalamnya terdapat tuntutan jihad dan amal.
Dari Segi Istilah
Banyak definisi dakwah dari sudut istilah telah diberikan oleh para Uamak Islam, antaranya:Ibn.
Taimiyah: Dakwah kepada Allah ialah menyeru manusia agar beriman dengan Allah serta beriman
dengan apa yang telah dibawa oleh para Rasul-Nya dengan membenarkan apa yang telah diberitakan
oleh mereka dan taat kepada perintah mereka.
Abul AlaAl-Mawdudi: Dakwah adalah panggilan Ilahi dan Rasul mengajak manusia memiliki nilai-nilai
suci dan agong. Dakwah adalah menghidupkan manusia, iaitu menghidupkan pancaindera, daya
pemerhatian, daya rasa, daya ciptanya, menghidupkan dhamir, hati nurani dan bashirah.
Menghidupkan manusia yang seimbang dari segi ilmu, iman dan amal. Ibadah, ikhtiar dan doa.
Definisi dakwah dapat disimpulkan:
Dakwah ialah menyeru manusia supaya taat dan beriman kepada Allah dan Rasul. Dakwah ialah
mengajak manusia mengamalkan nilai-nilai yang dibawa oleh Islam bagi menghidup dan
menyeimbangkan manusia. Dakwah adalah usaha mengingati fitrah manusia dan seruan kepada
pembebasan manusia dari ilah-ilah palsu dan kuasa tirani. Dakwah ialah usaha-usaha pembaikan dan
pembangunan masyarakat yang berkesinabungan.
Kewajipan Berdakwah
Dakwah merupakan kewajipan yang dipertanggungjawabkan untuk umat islam seluruhnya tanpa
kecuali mengikut kemampuan dan keupayaan masing-masing seperti Firman Allah yang bermaksud:
Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, supaya kamu menyuruh kepada
kebaikan dan melarang dari kejahatan
Ayat di atas menerangkan dua perkara, iaitu tentang kebaikan umat Islam(Khaira Ummatin) dan
kebaikan umat Islam itu terletak kepada tugasnya menyuruh dan mengajak manusia berbuat kebaikan
dan mencegah dari kemungkaran. Menurut Imam Al-Qurtubi, Allah telah menjadikan amar makruf nahi
mungkar sebagai garis pemisah di antara orang beriman dengan orang munafik. Ia merupakan ciri
orang beriman yang paling istimewa yang membezakannya dengan golongan munafik. Apabila umat
Islam melalaikan tanggungjawab berdakwah maka Allah akan mengharamkan kedudukannya sebagai
Khaira Ummatin(sebaik-baik umat), kerana Allah memberikan status umat mulia ke atas umat Islam
kerana perlaksanan terhadap tanggungjawab dakwah.
Tanggungjawab berdakwah diletakkan ke atas setiap muslim sama ada lelaki atau perempuan, baligh,
berakal, sama ada ulamak atau tidak, tetapi peranan ulamak lebih ditekankan dalam memperincikan
ajaran agama kerana pengetahuan mereka yang luas. Ia boleh dilakukan sama ada secara
perseorangan sepertimana Hadis Nabi yang bermaksud:Maka hendaklah yang telah menyaksikan
antara kaum memyampaikan ilmu kepada orang yang tidak hadir (Hadis Riwayat Bukhari; Kitab
Sahih Bukhairy)
Dan juga boleh dilakukan berorganisasi terutama apabila terdapat aspek-aspek kerja dakwah yang
tidak dapat dilakukan secara individu sepertimana Firman Allah yang bermaksud:Hendaklah ada
diantara kamu umat yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh membuat kebaikan dan
mencegah dari kemungkaran, mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. (Ali Imran;
104)
Bagaimanapun, terdapat pendapat yang menyatakan wajib ke atas setiap umat Islam berdakwah,
tetapi ia menjadi fardu kifayah iaitu tanggungjwab yang tertanggung kepada orang orang yang tertentu
yang mempunyai syarat-syarat keahlian dalam sesuatu bidang yang tertentu yang memerlukan
syarat-syarat tersebut yang tidak ada pihak lain menyempurnakannya.
Bagaimanapun, hukum fardu kifayah ini tidak bermaksud umat Islam yang lain harus berpeluk tubuh
sekiranya kemungkaran terus berlaku dalam masyarakat. Fardu kifayah bemaksud, sekiranya
masyarakat tersebut sudah meninggalkan kemungkaran dan membuta kebaikan, tetapi jika sekiranya
masyarakat masih lagi melakukan kemungkaran, maka setiap muslim wajib memikul tanggungjawab
tersebut atau memberi sokongan kepada pendakwah. Setiap orang wajib menambah kekuatan dan
memberi Sokonngan kepada para pendakwah, meramaikan bilangan mereka sehingga mereka
menjadi kuat, hebat, dan mempunyai pengaruh yang cukup untuk mencegah kemaksiatan.
Ciri-Ciri Pendakwah
Pendakwah mempunyai kedudukan yang sangat penting sekali dalam agama. Allah berfirman bahawa
dakwah itu adalah sebaik-baik perkataan:Siapakah yang terlebih baik perkataannya dari orang yang
menyeru kepada Allah serta beramal salih seraya berkata saya seorang muslim (Fushilat; 33)
Pendakwah merupakan golongan yang mewarisi peranan para Nabi dan Rasul yang menyampaikan
ajaran agama kepada setiap manusia dan menyeru manusia kepada Allah. Justeru itu, mereka sudah
semestinya lebih wajar dari orang lain dalam menghiasi diri mereka dengan akhlak Islam seperti
mempunyai sifat benar, amanah, pemaaf, lemah-lembut, tawadu, memudahkan, mulia dan pemurah.
Di samping itu, mereka harus menjauhkan diri dari sifat-sifat bohong, munafik, pemarah, sombong,
megah, bakhil dan kedekut. Pendakwah yang beramal dengan akhlak islami ini akan membawa
pengaruh yang sangat besar dalam perubahan yang dikehendaki dan mendapat penghormatan yang
tinggi dalam masyarakat.
Abul Ala Al-Mawdudi telah mernggariskan sifat-sifat yang perlu ada kepada para pendakwah.
Pertama, pendakwah harus mempertingkatkan kualiti dirinya sehingga ia betul-betul taat kepada Allah
dan Rasul, serta tunduk kepada apa yang dibawa oleh Rasul. Ia harus terlebih dahulu memerangi
musuh dalam dirinya melalui jihad nafs sebelum berhadapan dengan musuh-musuh lain. Kedua,
seorang pendakwah harus berpegang teguh dengan prinsip yang dipoegangnya dan matlamat
perjuangan, mengajak orang yang diseru dengan cara yang lembut, tidak kasar atau bermusuhan,
tidak menghina mereka, tidak menanamkan rasa kebencian tetapi tanamkan rasa kasih sayang,
persaudaraan dan perikemanusiaan.
Di samping sifat-sifat tertentu yang perlu ada kepada pendakwah, setiap pendakwah juga perlu
mempunyai persiapan-persiapan dalam menjalankan tugasnya agar perjuangannya memperolehi
kejayaan. Beberapa persiapan yang perlu ada bagi seorang pendakwah ialah menguasai ilmu
pengetahuan yang luas terutama dalam bidang agama, memahami kandungan al-Quran, halal-haram,
memahami hakikat dunia, tipu dayanya dan sebagainya. Pendakwah juga harus mempunyai
keimanan yang kuat bagi menghadapi pelbagai cabaran dan halangan dalam berdakwah. Selain itu,
seoarang pendakwah perlu mempunyai sifat sabar seperti teliti, tidak tergopoh gapah dalam semua
tindakan, mempunyai tekad yang kuat, tidak bersifat pesimis atau berputus asa, pendirian yang teguh
dan selalu memelihara keseimbangan antara akal dan emosi, di mana akal akan tetap mengawal
emosi, bukan sebaliknya. Persiapan yang lain ialah mesti mempunyai sifat sedia memberi pertolongan
dan bersedia berkorban masa, tenaga, fikiran, dan harta. Mereka juga perlu, mempunyai perasaan
cinta kepada perjuangan dan memiliki semangat yang tinggi dalam mencapai tujuan serta
menyediakan diri untuk terus bekerja terus menerus, secara teratur dan berkesinabungan.
Methodologi Dakwah
Pada dasarnya dakwah mestilah dilakukan tanpa kekerasan kerana Islam tidak membolehkan
kekerasan atau paksaan dalam agama seperti Firman Allah:Tiada paksaan dalam beragama(masuk
Islam). Sesungguhnya sudah nyata petunjuk dari kesesatan(Al-Baqarah; 256)
Menurut al-Mawdudi, paksaan akan melahirkan nifaq dan munafiq kerana dakwah adalah mengajak
dengan kesedaran. Namun demikian, terkadang diperlukan kekerasan untuk menjaga kemuliaaan
agama atau untuk memelihara masyarakat, negara dan sebagainya. Sebagaimana yang ditegaskan
oleh Rasulullah:Barang siapa di antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah ia mengubahnya
dengan tangannya. Jika ia tidak sangggup dengan lidahnya. Jika ia tidak sanggup, maka dengan
hatinya dan ini adalah iman yang paling lemah. (Hadis Sahih Muslim)
Dakwah yang hendak dilakukan hendaklah mengikut metodologi yang diikuti oleh para Nabi dan
Rasul, disamping menyesuaikannya dengan perubahan zaman dan persekitaran, mengikut apa yang
terbaik untuk zaman dan masyarakat tersebut. Dakwah boleh disampaikan secara lisan, tulisan atau
memanfaatkan dari perkembangan teknologi maklumat yang wujud pada masa kini. Secara dasarnya,
al-Quran telah memperjelaskan tiga cara dakwah yang efektif, seperti Firman Allah yang bermaksud:
Serulah kepada jalan tuhan kamu dengan cara hikmah, nasihat yang baik dan berdebatlah dengan
mereka dengan cara yang baik. (Al-Nahl; 125)
Ahli tafsir tela menghuraikan maksud tiga cara tersebut:
Hikmah
Iaitu keterangan yang jitu dan tepat yang dapat meyakinkan dan menghilangkan keraguan, dengan
memasukkan roh tauhid dengan akidah iman, dalil-dalil dan keterangan-keterangan yang jelas
sehingga meyakinkan akal. Termasuk dalam hikmah ialah dengan menggunakan susunan kata-kata
yang biasa dan senang diterima akal dan bukannya menggunakan kata-kata yang tidak difahami atau
sukar difahami oleh penerima dakwah sepertimana yang dilakukan oleh Rasullullah SAW.
Nasihat Yang Baik(Mauizah Hasanah)
Iaitu huraianhuraian yang memberi petunjuk dan nasihat yang dapat menyedarkan dan membuka
pintu hati untuk mentaati semua pertunjuk Islam. Huraian-huraian ini dilakukan dengan jelas dan
tanpa menyakitkan hati orang lain. Metode ini ditujukan kepada orang-orang yang menerima dan
sudah komited dengan prinsip dan fikrah Islam. Mereka tidak memerlukan kecuali nasihat untuk
mengingatkan, memperlembutkan hati, dan menjernihkan segala kekeruhan yang wujud.
Berdialog Dengan Cara Yang Baik
Iaitu memberi hujah atau bukti-bukti yang dapat menolak sanggahan dan pendapat lawan. Menurut
Amin Ahsan Ishlahi, metode mujadalah hasanah adalah metode yang diizinkan oleh al-Quran, iaitu
dengan pendakwah memberi penjelasan kepada pihak lawan dengan menggunakan prinsip-prinsip
dan kesimpulan logik agar dapat agar mereka dapat merenungkannya, menerima kebenaran atau
tidak menentang seruan dakwah lagi.
Cara Berdakwah
Telah kami jelaskan di dalam pendahuluan bahawa tugas dakwah bererti melaksanakan tugas yang
besar di bumi ini menegakkan agama Allah di bumi iaitu dengan menegakkan negara Islam di seluruh
dunia yang berteraskan khilafah Islamiyyah,. Kita perlu berusaha mendapatkan sebuah negara baru
Islam untuk penyebaran agama Allah di muka bumi ini.
Sehingga tidak ada fitnah dan jadilah agama semuanya untuk Allah (Surah Al-Baqarah; 193)
Telah dijelaskan juga bahawa binaan yang besar ini memerlukan contoh teladan yang baik dalam
setiap peringkat pembangunan dari setiap individu, keluarga, masyarakat muslim, kerajaan islam,
negara islam dan khilafah Islmamiyyah. Di sini terdapat perbezaan di antara menegakkan kerajaan
Islam yang lemah di dalam kelompok negara Islam yang asas lemah, yang tidak ada satu jalinan yang
kukuh di antara kerajaankerajaan dengan menegakkan negara Islam di seluruh dunia yang kuat dan
bersepadu berdasarkan asas yang kukuh dan jitu. Satu perkara yang perlu diperhatikan ialah bahawa
kita tidak boleh menbangunkan manusia dengan cara yang mudah yang tersedia untuk dimajukan
tetapi kita perlu bersihkan segala ranjau dan halangan untuk pembangunan manusia.
Allah tidak akan mengubah apa pada kaum itu sehingga mereka itu sendiri mengubah apa yang ada
Kesimpulan
Dari perbincangan di atas dapat difahami bahawa dakwah merupakan satu kewajipan yang perlu
dipikul oleh setiap muslim bagi menyeru manusia ke arah kebenaran dan hidayat. Dakwah yang
hendak dilakukan hendaklah mengikut metologi yang ditunjukkan oleh para Nabi dan Rasul, panduan
al-Quran dan Hadis Nabi atau dakwah yang hendak dijalankan mencapai matlamatnya. Di samping
itu, dakwah tidak hanya terhad kepada seruan secara lisan, tetapi juga harus menggunakan media
yang luas dan terkini asalkan tidak bercanggah dengan ajaran islam. Golongan pendakwah yang
menyeru manusia ke arah kebenaran haruslah terlebih dahulu mempraktikkan akhlak islam dan
mempunyai sifat-sifat yang ditunjukkan. Pendakwah akan terus berhadapan dengan pelbagai tribulasi
dalam usahanya untuk menyampaikan kebenaran kerana ia merupakan satu sunnah perjuangan.
Artinya: Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan
bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui
tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang
mendapat petunjuk. (QS: al-Nahl: 125)
Dari hasil analisa penulis, berdasarkan ayat tersebut gagasan dakwah dapat dirumuskan sebagai
mengajak manusia ke jalan Tuhan dengan cara bijak, tegas, dan benar (hikmah), pelajaran yang baik
(manzhilah hasanah) dan bantahan yang lebih baik (mujadalah ahsan). Adapun respon manusia
terhadap ajakan ke jalan Tuhan tadi dapat diterima secara positif atau sebaliknya diterima secara
negatif.
Gagasan inipun sesuai dengan apa yang dikatakan Syaikh Ali Mahfuz, salah seorang murid Syaikh
Muhammd Abduh sebagai pencetus gagasan dan penyusunan pola ilmiah dakwah yaitu:
ArtinyaMembangkitkan kesadaran manusia diatas kebaikan dan bimbingan menyuruh berbuat yang
maruf dan mencegah dari pekerjaan yang munkar supaya mereka memperoleh keberuntungan
kebahagiaan di dunia dan akhirat .
Dapat diartikan, bahwa dakwah adalah segala aktivitas dan kegiatan yang mengajak orang untuk
berubah dari satu sisi yang mengandung nilai kehidupan yang bukan Islami, kepada nilai kehidupan
yang Islami. Aktivitas dan kegiatan tersebut dilakukan dengan mengajak, mendorong dan menyeru
manusia agar melaksanakan kebaikan dan menuruti petunjuk, menyuruh mereka berbuat kebajikan
dan melarang mereka dari perbuatan munkar, agar mendapat kebahagiaan di dunia maupun di
akhirat.
Sedangkan penegasan Hafidz Abdurahman dalam buku Diskursus Islam Politik dan Spiritual
menjelaskan bahwa dakwah bukan sekedar seruan kepada orang lain agar melakukan kebaikan
melainkan harus disertai dengan usaha untuk melakukan perubahan. Sedangkan perubahan tersebut
ada yang bersifat islahiyyah (reformatif) dan inqilabiyyah (revolusioner). Perubahan inqilabiyyah
adalah perubahan yang dimulai dari asas, yaitu perubahan akidah, sedangkan perubahan ishlahiyyah
adalah perubahan yang dimulai dari kulit, tidak sampai menyentuh asasnya.
Gagasan dakwah juga dapat dijumpai dalam kitab Ihya Ulumuddin jilid I Bab ilmu, dimana gagasan
dakwah yang menekankan pada ilmu sebagai jalan ibadah kepada Allah SWT. Mengacu pada bab ilmu
tersebut dapat dirumuskan bahwa:
Dakwah adalah membersihkan jiwa manusia dari perangai yang tercela dan membinasakan lalu,
mengajak kepada Allah dengan menunjukkan mereka kepada perangai (akhlak) yang terpuji dan
menjadikan bahagia.
Gagasan dakwah yang menekankan pada sitem organ dan menjelaskan kebenaran, kebaikan, petunjuk
ajaran, menganalisa tantangan problema kebatilan dengan berbagai pendekatan, baik, metode, dan
media agar madu (sasaran dakwah) mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat melalui
lidah seorang dai, gagasan ini dikemukakan oleh Imam al-Ghazali dalam pokok bahasan bahayabahaya lidah. Menurut Imam al-Ghazali dakwah dalam hal ini merupakan:
Menurunkan tabir rahmat Allah SWT kepada manusia, kemudian Dia membantunya dengan lidah
yang dipakai untuk menterjemahkan apa yang dikandung oleh hati dan akalnya. Dia menyingkap dari
manusia tabirnya yang dilepaskannya. Dia memfasihkan perkataannya dengan kebenaran dan
memfasihkan lisannya dengan kesyukuran dari apa yang di utamakan. Dia menganugerahkan
kepadanya ilmu yang dihasilkannya dan tutur kata yang memudahkannya.
Dari rangkaian paparan di atas, penulis mengambil suatu kesimpulan, sebagaimana yang dirumuskan
oleh Dr. H. Asep Muhiddin, MA., di dalam bukunya, Dakwah Dalam Persfektif Al-Quran, yaitu jelaslah
tergambar bahwa:
Dakwah dalam operasionalnya kegiatan dakwah adalah akumulasi dari proses transformasi dan
aktualisasi nilai-nilai keimanan yang dilakukan seorang muslim atau suatu lembaga keislaman yang
mewujudkan Islam sebagai ajaran pandangan, dan kebutuhan hidup dalam kehidupan personal dan
kolektif, melalui saluran dan media tertentu sesuai dengan ragam dakwah yang terpilih, dengan
mempertimbangkan situasi dan kondisi kebutuhan untuk menjawab tantangan dan peningkatan
kualitas kehidupan dan tolak ukur nilai-nilai Islam.
Hal ini pun sesuai dengan apa yang ditakrifkan Al-ustazbakhi al- Khauli, yang dijelaskan oleh Ghazali
Darussalam dalam bukunya Dinamika Ilmu Dakwah Islam menyebutkan bahwa dakwah adalah suatu
proses penghidupan peraturan-peraturan Islam dengan maksud memindahkan umat dari pada
sesuatu keadaan kepada keadaan lain.
Berdasarkan uraian diatas, jelaslah bahwa gagasan dakwah Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya
ulumuddin tersebut merupakan suatu proses internalisasi, difusi, institusionalisasi, dan transformasi
ajaran Islam yang melibatkan berbagai unsur untuk mewujudkan kehidupan yang hasanah, salam,
dan nur di dunia dan akhirat.
Untuk merealisasikan gagasan tersebut, diperlukan dai yang profesional, memahami berbicara secara
aktual dengan metode yang tepat, peka terhadap segala persoalan konkrit hari ini, mempunyai
pemahaman tentang Islam dalam konteks sosial budayanya. Dengan kata lain tugas seorang dai
bukan hanya mengulang-ulang informasi tentang halal dan haram dengan cara-cara kaku dan
mengancam, melainkan tampil sebagai dinamisator dan motivator masyarakat. Tugas seorang dai
bukan hanya membimbing dan membawa umat manusia pada masalah ibadah ritual (ukhrawi),
melainkan justru harus menyentuh persoalan sosial budaya (ibadah sosial) yang dialami sehari-hari
dalam kehidupan bermasyarakat.
Kemudian untuk memahami makna konsep secara utuh, firman Allah dalam Q.S. Ali
Imran ayat 104, memuat secara lengkap dan berurutan tentang konsep dakwah yang dipaparkan oleh
Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin jilid 2 dalam uraian tentang wajibnya amar maruf nahi
munkar sebagai berikut.
B. Konsep Dakwah Menurut Imam Al-Ghazali
Mengkaji posisi konsep dakwah menurut Imam al-Ghazali merupakan bukti tegas bahwa Kitab Ihya
Ulumuddin karangannya, mengklasifir dan mensistimatisir dakwahnya sesuai dengan kebutuhan serta
urgensinya. Di dalamnya menggagas nilai- nilai yang berbeda- beda serta menampilkan pemikiranpemikirannya yang secara eksis untuk dikaji dan dikembangkan sesuai dengan perkembangan ilmu
pengetahuan dan teknologi modern saat ini dan mendatang. Hal tersebut untuk kemaslahatan hidup
pribadi manusia. Cahaya-cahaya agama dan sunah-sunah Rasulullah SAW., adalah pijakannya yang
mana seorang hamba berjalan dengan jalannya, dan orang yang bertaqwa berkendali dengan
kendalinya; sehingga akan tercapai kebahagiaan duniawi dan ukhrawi.
Terhadap ummat Islam yang telah melaksanakan tugas risalah Nabi melalui tiga macam metode yang
paling pokok diantaranya yaitu dakwah dan amar maruf serta nahi munkar, Allah memberi predikat
sebagi ummat yang berbahagia atau ummat yang menang, sesuai firman-Nya dalam Al-Quran:
Artinya: Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan,
menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar merekalah orang-orang yang
beruntung. (Q.S. Ali Imran ayat 104)
Imam al-Ghazali merumuskan unsur dakwah, yang menjelaskan bahwa pada ayat tersebut memberi
petunjuk mengenai tiga macam metode paling pokok dan yang seharusnya ditempuh oleh ummat
Islam didalam penyebaran dan pemerataan ajaran Islam agar menjadi ummat yang tergolong menang
yaitu:
1. Mengajak kepada kebaikan
2. Menyuruh kepada kebenaran
3. Melarang dari kemunkaran
Namun ketiga-tiganya harus ditempuh secara wajar dan manusia, tidak brutal dan berhati kasar,
untuk tidak menimbulkan problema baru apalagi ditinggal lari. Dalam hubungan inilah maka Allah
mengingatkan dengan firman-Nya:
Artinya:Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah Lembut terhadap mereka.
sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.
(Q.S. Ali Imran ayat 159)
Alangkah tingggi penilaian Allah terhadap ummat Islam yang selalu siap melakukan dakwahnya
dengan gelar Ahsanu qaulan artinya orang yang paling baik ucapannya. Seperti yang ditegaskan oleh
Allah SWT dalam firman-Nya Q.S. As-Sajdah ayat 33 yang berbunyi:
Artinya:Siapakah yang paling baik ucapannya daripada orang yang menyeru kepada Allah,
mengerjakan amal yang saleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah
diri. (Q.S. As-Sajdah ayat 33).
Menurut Imam al-Ghazali lebih tinggi lagi penilaian Allah SWT terhadap orang yang mampu
melaksanakan amar maruf dan nahyi munkar yaitu menyuruh orang berbuat yang benar dan
mencegah orang dari perbuatan yang munkar dengan gelar Khoiru ummatin artinya sebaik-baik
ummat yang dilahirkan. Seperti yang ditegaskan pula dalam firman Allah SWT Q.S. Ali-Imran ayat:
110 yang bunyinya:
Artinya:Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang
ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. (Q.S. Ali-Imran ayat: 110)
Allah SWT berfirman:
Artinya: Maka tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, kami selamatkan
orang-orang yang melarang dari perbuatan jahat dan kami timpakan kepada orang-orang yang zalim
siksaan yang keras, disebabkan mereka selalu berbuat fasik. (Q.S. Al-Araf ayat; 165)
Allah SWT menerangkan dalam ayat ini bahwa mereka memperoleh faedah keselamatan dengan
tindakan melarang dari perbuatan jahat dan permusuhan menurut kemampuan dengan tujuan
mengembalikan ketaatan kepada Allah. Lalu apabila tidak mau maka Allah SWT menyuruh
memeranginya.
Diriwayatkan bahwa Abu Bakar Ash-Shiddiq ra berkata dalam khutbah yang disampaikannya
Artinya:Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu; tiadalah orang yang sesat itu akan memberi
mudharat kepadamu apabila kamu Telah mendapat petunjuk. (Q.S. Al-Maidah ayat 105)
Maksudnya penulis menyimpulkan, bahwa kesesatan seseorang itu tidak akan memberi mudharat
kepada orang lain, asal telah mendapat petunjuk, tapi tidaklah berarti bahwa orang tidak disuruh
berbuat yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar.
Sungguh aku mendengar Rasulullah SAW. bersabda:
Artinya: Tidaklah dari suatu kaum yang berbuat masiat dan dikalangan mereka ada orang yang
mampu ingkar kepada mereka, lalu ia tidak berbuat melainkan hampir-hampir Allah meratakan
mereka dengan adzab dari sisi-Nya. ( H.R. abu Dawud, At-turmudzi dan ibnu Majah)
Diriwayatkan dari Abi Tsalabah Al-Khasyani bahwa ia bertanya kepada Rasulullah SAW. tentang
tafsir firman Allah SWT:
Tiadalah orang yang sesat itu akan menimbulkan bahaya kepadamu apabila kamu mendapat
petunjuk, (Q.S. Al-Maidah ayat 105)
Maka Nabi SAW. bersabda,
Artinya:Hendaklah kamu menyuruh berbuat kebaikan dan hendaklah kamu melarang perbuatan
munkar atau hendaklah Allah SWT memberikan kekuasaanmu atasmu orang-orang yang jahat di
antara kamu kemudian orang-orang baik di antara kamu berdoa lalu tidak dikabulkan doa mereka.
( H.R. Al-Bazzar dari hadits Umar bin Al-Khaththab dan Ath-Thabrani dari hadits Abu Hurairah).
Dari uaraian diatas penulis dapat menyimpulkan bahwa dalam mensyiarkan dakwah, kesesatan orang
lain itu tidak akan memberi mudharat kepada seseorang, apabila seseorang (madu) telah mendapat
petunjuk. tapi bukan berarti bahwa seorang madu tidak disuruh berbuat yang ma'ruf dan mencegah
dari yang munkar maka kewibawaan seorang dai akan jatuh dari pandangan madu apabila madu
yang diseru kepada jalan kebaikan tetap bersikukuh untuk menjalankan kemunkaran sehingga mereka
tidak takut kepada dai.
Jadi jelaslah dalam konsep dakwahnya Imam al-Ghazali menggunakan konsep dakwah amar maruf
nahyi munkar yang merupakan bagian yang tak terpisahkan satu dari yang lainnya, meliputi segala
aspek kehidupan manusia, begitu juga sebaliknya para pendukung perbuatan munkar dan yang
menghalangi maruf akan menggunakan segala jalur kehidupan. Amar maruf nahyi munkar
merupakan sarana yang dapat dijadikan kegiatan dakwah Islamiyah. Dakwah tidak akan tumbuh dan
berkembang tanpa amar maruf nahyi munkar, sebaliknya dakwahpun bukan dakwah namanya
apabila bukan untuk Islam. Umumnya orang mengetahui bahwa Islam adalah agama yang
memerintahkan menjauhi perbuatan yang baik dan memerintahkan menjalankan perbuatan yang
buruk, karena itu Imam al-Ghazali dalam menegakkan Islam menggunakan konsep dakwah amar
maruf nahyi munkarnya yang harus didakwahkan secara benar dan baik pula. Bila tidak, maka bukan
keberhasilan yang diraih melainkan sebaliknya kerugian yang dialami.
Dalam konsep dakwahnya Imam al-Ghazali melibatkan beberapa unsur-unsur dakwah, meliputi: dai
yaitu muhtasib (Komunikator) sebagai penyampai pesan dakwah, materi dakwah sebagai pesan
dakwah yang disampaikan kepada madu yaitu muhtasab fih, madu (muhtasab alaih) sebagai
pendengar atau yang menerima pesan dakwah, dan nafsul-ihtisab yaitu media dakwah, dan metode
serta saluran dakwah yang digunakan Imam al-Ghazali dalam mencapai tujuan dakwah islamiyah.
Berikut pemaparannya:
1. Dai (Muhtasib)
Sesuai dengan namanya tugas seorang dai (muhtasib) adalah seorang komunikator sebagai
penyampai pesan dakwah (ajaran-ajaran Islam) yang disampaikan kepada madu (umat manusia).
Menurut Imam al-Ghazali, memberi petunjuk kepada orang lain adalah cabang dari memperoleh
petunjuk dan demikian pula meluruskan orang lain adalah cabang dari istiqamah.
Dari pernyataan Imam al-Ghazali diatas penulis menyimpulkan bahwa ukuran atau kadar baik
tidaknya seorang dai dapat dilihat dari perannya dalam meningkatkan kepekaan spiritualitas
kemanusiaan atau sebaliknya. Apabila seorang dai tersebut mampu mengajak madunya menuju jalan
kebaikan rahmatan lil alamin dengan merasakan keagungan sang khalik, lebih kreatif dalam
menghadapi lingkungannya, lebih jauh melihat masa depannya, maka dai tersebut telah berhasil
dalam mensyiarkan dakwah islamiyah.
Namun sebaliknya apabila dai tersebut tidak mampu mengajak madunya menuju jalan kebaikan
rahmatan lil alamin tetapi berbalik arah menuju jalan keburukan maka dai tersebut gagal dalam
mensyiarkan dakwah islamiyahnya.
Dalam kitab Ihya ulumuddin, Imam al-Ghazali mengemukakan seorang dai dalam melaksanakan
tugasnya memiliki syarat-syarat sebagai berikut:
a. Orang mukallaf muslim dan orang yang sanggup. Maka keluar dari padanya anak kecil, orang kafir
dan orang yang lemah dan masuk satu persatu rakyat walaupun tidak diijinkan dan masuk di
dalamnya orang fasiq dan budak wanita.
b. Islam, karena ia membela Islam
c. Adil, seorang dai harus bisa bersikap adil terutama dalam menyelesaikan suatu perselisihan. Dalam
menyampaikan pesan dakwah tidak berlebih-lebihan sehingga keluar dari Al-Quran dan al-Hadits
serta seorang dai dalam bertingkah laku harus sesuai, baik dalam perkatan maupun perbuatannya
tidak mengingkari apa yang telah dkatakannya yaitu menyuruh perbuatan baik yang ia tidak
melakukannya. Seperti yang ditegaskan Allah SWT dalam firman-Nya:
Artinya: Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikIan, sedang kamu melupakan diri
(kewajiban) mu sendiri. (Q.S. Al-Baqarah ayat 44)
Artinya. Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu
kerjakan. (Q.S. Ash-Shaaff ayat 3)
d. Beriman menurut Imam al-Ghazali seorang dai yang tidak beriman bukan termasuk ahli agama
karena ia telah mengingkari pokok agama dan dengan keimananlah pertolongan bagi agama.
e. Shaleh, apabila seorang dai tidak shaleh maka Imam al-Ghazali mengibaratkan dai tersebut seperti
kayu yang bengkok, menurutnya bagaimana ia (dai) dapat memperbaiki orang lain, dan kapan
bayangan itu lurus sedangkan kayunya bengkok dan setiap apa yang mereka sebutkan adalah
khayalan.
f. Mengetahui tempat-tempat dakwah, batas-batasnya, jalan-jalannya, dan penghalang-penghalangnya
agar ia dapat membatasi padanya, sesuai dengan batas agama.
g. Menjauhi diri dari dosa-dosa
h. Bagus budi pekerti, lemah lembut dan kasih sayang serta sabar dalam menjalankan dakwahnya.
Artinya: Barangsiapa dari kamu melihat perbuatan munkar, maka hendaklah ia ingkar dengan
tangannya, kalau tidak mampu, maka dengan lisannya lalu kalau tidak mampu, maka dengan hatinya
dan demikian itu adalah selemah-lemahnya iman. (H.R. Bukhari dan Muslim)
Jadi, menurut Imam al-Ghazali dakwah islamiyah itu tidak secara otomatis harus dikerjakan begitu
saja, tetapi harus dilihat kepentingannya, adakah kemunkaran itu terjadi ditengah masyarakat? Sejauh
mana kemunkaran itu dilakukan orang?
Setelah diketahui kemunkaran itu memang terjadi, barulah dipersiapkan konsep penanggulangannya
untuk selanjutnya ditangani dengan memperhatikan tiga alternatif tadi yaitu melalui:
a. Kekuasaan atau wewenang yang ada pada dirinya, atau dilaporkan kepada pihak yang berwenang
untuk ditangani
b. Peringatan atau nasihat yang baik dalam Al-Quran disebut mauidhoh hasanah
c. Inkar dalam hati, artinya hati kita menolak tidak setuju
Pengajaran dan nasihat dengan perkataan yang baik dengan cara tutur kata yang lemah lembut
sehingga akan terkesan di hati, menghindari sikap sinis dan kasar, serta tidak menyebut-nyebut
kesalahan atau bersikap menghakimi orang yang diajak bicara
Jadi, dapat disimpulkan penulis, bahwa sasaran utama dalam dakwah adalah kesadaran pribadi.
Dimana pendekatan dan karakteristik dari kegiatan dakwah adalah melalui cara pencerahan pikiran,
penyejukan jiwa tanpa harus menggunakan cara kekerasan dan kekuatan. Oleh sebab itu hal-hal yang
perlu diperhatikan dan diperlihatkan dalam kegiatan dakwah adalah hal-hal yang bersifat
perdamaian, persahabatan, pemaafan, pertolongan, pembebasan, dan sebagainya. Bukan hal-hal yang
bersifat kekerasan, cacian, penghinaan, hujatan, provokasi dan fitnah.
Secara umum, karakteristik dakwah Islam harus mengacu pada pesan moral universal ajaran Islam
yang mendasar dan mencerminkan nilai-nilai rahmatan li al-alamin sebagai manifestasi dari rasa
kasih sayang, keikhlasan dan tanggung jawab yang merefleksikan kemaslahatan, kemanfaatan,
kesejahteraan, dan bernilai guna bagi semua pihak seluruh makhluk. Baik untuk sesama muslim
(ukhwah islamiyah), sesama manusia (ukhwah basyariyah), sesama makhluk, dan bahkan alam sekitar
dan ekologinya. Hal ini sebagaimana diisyaratkan dalam Al-Quran surat Al-Anbiya ayat 107
Artinya. Dan tiadalah kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.
(Q.S. Al-Anbiya ayat 107)
Dengan demikian dakwah Islam, bukan hanya sebatas menyeru manusia kepada Allah SWT., banyak
hal yang tercangkup di dalamnya, termasuk bagaimana cara menerapkan Islam dalam tatanan
kehidupan, menghadapi tantangannya dan mengetahui konspirasi para musuh Islam. Hubungan
dakwah, amar maruf nahyi munkar tidak bisa dipisahkan. Di sini dapat kita lihat, bahwa pada
kenyataannya dakwah ila Allah selalu ditekankan pada terwujudnya al-maruf atau al-khayr, dan
menjadi tugas pokokseorang muslim. Dakwah yang berisikan amar maruf nahy munkar yang
digerakkan orang-orang muslim, pada praktiknya memang berhadapan dengan dakwah amar munkar
nahy maruf yang dilakukan oleh orang-orang munafik.
Secara sosiologis, al-maruf dan al-munkar menunjuk pada kenyataan bahwa kebaikan dan keburukan
itu terdapat dalam masyarakat. Umat Islam dituntut untuk mengenali kebaikan dan keburukan yang
ada dalam masyarakat, kemudian mendorong, memupuk, dan memberanikan diri kepada tindakantindakan kebaikan, dan pada waktu yang sama ia mampu mencegah, menghalangi, dan menghambat
tindakan-tindakan keburukan.
Pandangan dakwah Imam al-Ghazali dalam kitab yang sangat monumental, yaitu kitab Ihya
Ulumuddin yang telah dipaparkan diatas, jelaslah bahwa gagasan dan konsep dakwah Imam alGhazali mencangkup berbagai aspek kehidupan dimana antara akidah, akhlak, syariah, muamalah,
ibadah dan dakwah saling berkaitan erat antara satu dengan yang lainnya. Karena akidah, akhlak,
syariah, muamalah, ibadah dan dakwah dibangun beliau dengan menggunakan satu landasan yaitu
dakwah al-maruf dan al-munkar yang merupakan suatu pandangan dakwah dalam membentuk
pendapat umum (public opinion) tentang sesuatu yang baik atau yang buruk.