Anda di halaman 1dari 15

PAUL: Pencipta Agama Kristian - http://www.darulkautsar.netarticle.php?

ArticleID=343

Oleh: Siti Sakinah bt Mohd Khirrudin


PENDAHULUAN
Tidak lengkap rasanya agama Kristian jika kita tidak mengenali Paul dengan lebih
dekat. Setiap perbincangan mengenai agama Kristian disentuh pasti Paul juga
akan dikaitkan. Siapakah Paul sebenarnya?.
Para penyelidik berpendapat bahawa Paul merupakan orang yang memainkan
peranan penting dalam mencorakkan agama Kristian. Sumber yang ada dalam
agama Kristian sekarang ini dicipta oleh Paul sendiri. Segala peraturan yang
terdapat di dalamnya seperti prinsip- prinsip, dasar agama dan upacara- upacara
adalah ditetapkan oleh Paul juga. Bahkan dia yang bertanggungjawab dalam
menggubal pegangan penganut- penganut agama tersebut. Dengan kata lain,
agama Kristian yang ada sekarang ini adalah hasil ciptaan Paul, bukan seperti
yang diwahyukan Allah s.w.t kepada Nabi Isa a.s untuk disampaikan kepada
umatnya. Di sini sama-sama kita mengkaji dan mengenali Paul dengan lebih
terperinci.

LATAR BELAKANG PAUL


Asal usul Paul.
Nama Paul asalnya Saul, setelah dia memeluk agama Kristian namanya ditukar
kepada Paul. Paul seorang yang berbangsa Yahudi. Lahir di Tarsus ibukota Cicillia,
Asia Minor. Ayahnya seorang saudagar Yahudi romawi yang bernama Kissai dari
suku Benyamin. Ibunya juga berketurunan Romawi.
Pendidikan Paul.
Pada peringkat awal pendidikannya, Paul dihantar untuk mempelajari dan
mendalami agama Yahudi di Jerusalem serta dididik menjadi Rabbi. Setelah tamat
pengajian, dia kembali ke Tarsus lalu bekerja sebagai pembantu ayahnya di
samping mengajar hukum agama Yahudi kepada bangsanya.
Selain daripada pendidikan Taurat yang dianuti dengan fanatik serta mempunyai
pengetahuan yang tinggi terhadapnya, dia juga mahir dalam bidang pendidikan
ala Romawi serta pendidikan dan pengajaran falsafsah Yunani. Dia sendiri
penganut fahaman aliran Farisi (Farusyin) yaitu golongan yang sangat anti
terhadap ajaran Nabi Isa a.s.

PAUL DAN AGAMA KRISTIAN


Penentangan Paul terhadap agama Kristian.
Sewaktu agama Kristian yang dibawa oleh Nabi Isa a.s sedang meningkat
pengaruhnya, Paul telah dipanggil ke Juresalem untuk membantu membanteras

agama tersebut. Tugas yang diserahkan kepadanya itu dilaksanakan dengan


bersungguh-sungguh. Akibatnya banyak pengikut Nabi Isa menjadi mangsa
kekejaman dan kerakusannya.
Walau bagaimanapun, agama Nabi Isa tetap berkembang sehingga tidak dapat
dibendung malahan ia semakin tersebar dengan luasnya. Oleh yang demikian,
jelas bagi kita Paul adalah seorang penentang yang paling kejam dan keras
terhadap ajaran dan pengikut- pengikut Nabi Isa. Berbagai- bagai usaha
dilakukan semata-mata untuk menjatuhkan agama yang dibawa Nabi Isa a.s.

Paul memeluk agama Kristian.


Menurut keterangan yang lalu, Paul sangat tegas dalam usahanya untuk
menghancurkan agama Kristian. Namun begitu, Paul yang berkobar- kobar
hendak meruntuhkan agama Kristian itu tiba- tiba mendakwa memeluk agama
tersebut di samping menyatakan dia sebagai utusan rasul. Apakah muslihatnya?.
Ada yang menceritakan ketika Nabi Isa tidak ada lagi di Palestin, Paul telah diberi
tugas menangkap serta membasmi pengikut Nabi Isa yang lari ke Damsyik.
Semasa dalam perjalanan ke sana, di pertengahan jalan tiba- tiba Paul
menyatakan yang dia telah bertaubat. Dia menerangkan bahawa satu peristiwa
aneh telah berlaku pada dirinya. Dia ternampak akan cahaya dari langit yang
terang di sekelilingnya. Ketika itu dia jadi gementar lalu terdengar satu suara
berkata kepadanya: Wahai Saul kenapa engkau menganiayai aku, engkau lawan
murid- muridku sebenarnya akulah yang kau aniayai! Lalu Paul menyahut:
siapakah engkau ini ya tuhan? Maka terdengar oleh Paul suara sabdaan tuhan
itu: Akulah Yesus yang engkau aniayai itu. Sukarlah bagimu sekarang ini
menghindari dosa. Selepas peristiwa itu dia segera kembali dari Damsyik
dengan sedar dan bertaubat.
Pada mulanya orang-orang Kristian tidak dapat menerima dan mempercayainya.
Tetapi oleh kerana kepandaian dan kebijaksanaan dia bergaul serta berbicara
dengan mereka, lama- kelamaan mereka dapat juga menerimanya.
Dalam Al-Kitab berlaku percanggahan tentang peristiwa aneh yang terjadi atas
diri Paul. Sebagaimana yang diriwayatkan dalam kisah rasul- rasul didapati
bercanggah di antara satu sama lain. Buktinya, dalam kisah rasul- rasul fasal 9
menerangkan bahawa orang yang bersama- sama Paul turut mendengar suara
dari langit itu, manakala dalam fasal 22 ada menyebut bahawa mereka tidak
mendengar suara tersebut cuma melihat cahayanya sahaja.
Selain itu, satu perkara lagi yang tidak munasabah langsung tentang panggilan
tuhan terhadap diri Isa. Bagaimana Paul boleh memanggil diri Isa tuhan
secara spontan setelah suara itu memperkenalkan dirinya sebagai Isa, padahal
sebelum itu Paul amat memusuhi Isa a.s. Bahkan perjalanan yang sedang
dilakukannya itu pun tidak lain hanya untuk menangkap pengikut- pengikut Isa di
Damsyik.
Banyak para pengkaji berpendapat permusuhan Paul terhadap agama Kristian

itulah yang mendesaknya memeluk agama tersebut. Dengan demikian sangat


mudah baginya untuk memerangi agama Kristian dengan senjatanya yang baru
yaitu meruntuhkan agama tersebut dari dalam dengan merosakan, merubah
dasar- dasar dan akidah agama itu.

Penyebaran agama Kristian.


Ekoran daripada peristiwa yang di atas, Paul dengan terbuka mengaku bahawa
dirinya menjadi rasul Isa. Ini menyebabkan Paul menganggap taraf kerasulan
yang dikurniakan kepadanya sama dengan taraf rasul- rasul utama yang lain.
Paul sebenarnya tidak pernah berguru dengan Nabi Isa dan tidak pernah
mendengar pengajaran dari baginda sendiri. Walhal Paul tidak pernah sekalipun
berjumpa atau melihat baginda. Tetapi dia mendakwa dirinya rasul, segala
pengajarannya dikatakan daripada wahyu tuhan Isa.
Paul menyebarkan agama Kristian bukan sahaja di Palestin tetapi di beberapa
buah negeri yang jauh seperti Antiogia dan lain- lain, bahkan sampai ke Roma.
Setelah banyak orang mula mempercayainya, Paul mengambil kesempatan ini
dengan memasukan perubahan- perubahan ke dalam agama Kristian. Di
antaranya: dia mengatakan bahawa Isa Al- Masih itu bukan manusia biasa tetapi
beliau anak tuhan yang telah dilahirkan oleh seorang wanita yang suci. Kelahiran
beliau juga untuk menebus dosa Nabi Adam dan Hawa serta semua
keturunannya. Pelbagai lagi perubahan yang dilakukan Paul dalam agama
Kristian.
Seperti yang diketahui, Paul mempunyai pengetahuan yang luas dalam
kebudayaan dan falsafah Yunani. Dengan demikian dalam diri Paul terkumpul 2
pengaruh yaitu Yahudi dan Yunani. Selain itu, Paul mempunyai kepintaran dalam
membentuk suatu agama agar dapat diterima oleh semua bangsa, sedangkan
agama Kristian yang dibawa oleh Nabi Isa hanya untuk bangsa Yahudi sahaja.
Manakala Paul memindahkannya kepada seluruh bangsa. Bagi menarik orang
Yahudi dan bukan Yahudi pada ajaran baru itu, Paul telah mengadunkan beberapa
ajaran Yahudi dan falsafah Yunani ke dalamnya. Setelah itu berduyun- duyun
orang barat yang bukan bangsa Yahudi memeluk agama Kristian namun orang
timur pula menjauhkan diri daripadanya. Hal ini diakui sendiri oleh Paul dalam
risalah epada muridnya Timotius. (Timotius 1:15)
Oleh sebab itu agama Kristian yang dibentuk Paul bertukar daripada agama timur
kepada agama barat sehingga pusat agama itu sendiri terletak di sebelah
barat,iaitu Rom, padahal ia muncul di timur,iaitu Jerusalem.
Dalam erti kata yang lain, Paul pandai menggunakan serampang mata sematamata untuk menarik semua bangsa manusia kepada ajarannya. Pelbagai
pendekatan digunakan olehnya. Ditegaskan bahawa Paul memasukkan beberapa
ajaran Yahudi untuk menarik bangsa Yahudi ke dalam agamanya, mengambil
falsafah Yunani untuk menarik orang Yunani dan mengumumkan bahawa Isa
adalah penyelamat, pembebas dan lain-lain untuk menarik penganut ajaran
Mithras dan Cybele. Tidak cukup dengan itu, Paul juga berusaha menarik
perhatian golongan terpelajar dengan meminjam idea- idea dan pemikiran ahli

falsafah Yunani, terutama daripada Philo. Resapan falsafah Philo dalam pemikiran
Paul dapat dilihat melalui istilah-istilah keagamaan yang sering digunakan
sehingga sekarag kini seperti anak sulung tuhan, pengantara tuhan dan manusia,
bayang- bayang tuhan dan sebagainya.
Dengan demikian jelas bagi kita Paul merupakan sumber penting agama Kristian
yang ada sekarang, walaupun agama ini disebut sebagai ajaran Isa tetapi
hakikatnya ia sudah diubah oleh Paul. Dia yang bertanggungjawab mencorak dan
mengubah agama ini.

PERANAN PAUL DALAM AGAMA KRISTIAN


Paul nabi palsu
Telah diterangkan dalam keterangan yang lalu, Paul tidak pernah langsung
bertemu dengan Nabi Isa a.s apalagi berguru dengan beliau. Paul cuma sempat
berjumpa dengan para pengikut dan anak murid baginda sahaja. Walau
bagaimanapun mereka tidak percaya kepada Paul yang mendakwa dirinya
sebagai utusan rasul.
Semasa Nabi Isa hidup di dunia sebagai Nabi Allah, baginda berpesan kepada
umatnya suatu pesanan penting bahawa akan datang beberapa Mesias (utusan)
palsu dan nabi- nabi palsu selepas ketiadaan beliau, perkataan dan pesanan Nabi
Isa itu terdapat di dalam Al- Kitab. (Markus 13:5- 2, markus 13 :21)
Menurut pesanan dan kata- kata Nabi Isa itu jelaslah bahawa mereka- mereka itu
telah pun muncul dan salah seorangnya adalah Paul. Dia yang mengaku
kononnya bertemu cahaya di langit dan menerima wahyu dari Isa. Walhal dia
sebenarnya mahu mengambil kesempatan terhadap agama Kristian dan
merubahnya.
Tepatlah apa yang dikatakan Nabi Isa katanya: Waspadalah supaya jangan ada
orang yang menyesatkan kamu! Sebab banyak orang datang dengan memakai
namaku dan berkata akulah mesias serta mereka menyesatkan banyak orang.
(Matius 24:4-5)
Ramalan Nabi Isa ini tepat dan terbukti sekarang, bahawa ada yang mengaku
rasul diutuskan oleh Isa dengan mendapat bimbingan roh kudus serta mengajar
dogma yang bertentangan dengan ajaran Isa.
Konsep ajaran Paul.
Sebagaimana yang kita ketahui ajaran Nabi Isa adalah lanjutan daripada syariat
Nabi Musa. Di peringkat awal kemunculan Nabi Isa pengikut- pengikutnya hanya
berpegang pada syariat agama yang dibawa oleh nabi- nabi sebelumnya kerana
kedatangan Isa bukan membawa syariat baru bagi menggantikan syariat lama,
malahan ia hanya menyeru umat Bani Israil pada toleransi, penyucian dan zuhud.
Tetapi agama itu telah diubah oleh Paul menjadi satu agama baru. Paul
memainkan peranan yang besar dalam membentuk prinsip- prinsip, dasar- dasar
dan dogma yang terdapat dalam agama Kristian sekarang ini. Hukum- hukum

baru yang diwujudkan antaranya termasuklah menghadkan perbuatan haram


kepada 4 jenis sahaja yaitu zina, memakan haiwan yang dicekik, memakan darah
dan memakan haiwan yang disembelih atas nama berhala. Selain itu, banyak lagi
hukum yang haram dihalalkan Paul. Hukum wajib berkhatan yang dipusakai
daripada syariat Nabi Ibrahim juga dihapuskan atas alasan amalan tersebut boleh
menyebabkan orang bukan Yahudi enggan memeluk agama Kristian.
Wajarkah agama diubah berdasarkan alasan ini, dimanakah kekuatan agama
tersebut sehingga terpaksa diubah untuk menarik minat manusia. Inilah agama
yang dicipta manusia tidak sempurna seperti yang Allah wahyukan sempurna
segalanya.
Saripati ajaran yang dibentuk oleh Paul adalah seperti berikut:
1) Agama Kristian adalah untuk semua bangsa bukan untuk Bani Israil sahaja,
padahal Nabi Isa diutuskan Allah hanya untuk Bani Israil.
2) Konsep ketuhanan.
Menurut Paul tuhan mempunyai tiga peribadi: tuhan bapa, tuhan anak dan roh
kudus. Perbincangan tentang ketuhanan dalam agama Kristian sampai sekarang
belum selesai, semakin dibincangkan semakin keliru dan tidak mendapat kata
putus.
3) Inkarnasi.
Menurut Paul Isa telah melakukan inkarnasi di bumi melalui benih Daud. Dengan
demikian, Paul telah menegaskan bahawa Isa adalah anak Yusuf dan Maryam
sebagaimana salasilah yang ditulis dalam Matius. (Matius 1: 1- 16)
4) Dosa warisan.
Pada pandangan Paul manusia sepatutnya hidup kekal di syurga tetapi kerana
dosa Adam dan Hawalah semua Manusia berada di bumi. Dengan itu semua
manusia yang lahir ke dunia menanggung bebanan dosa yang dilakukan oleh
mereka berdua. Lalu Isa dianggap sebagai penebus bagi dosa tersebut.
5) Penyaliban dan penebusan.
Menurut Paul lagi, Nabi Isa menyerahkan dirinya untuk dikorbankan sehingga
disalib bagi menebus dosa manusia yang diwarisi oleh Nabi Adam. Setiap harus
beriman dengan penyaliban dan penebusan dosa agar memperolehi kehidupan
yang kekal dan kembali pada hari kiamat.
6) Konsep kebangkitan.
Isa bangkit semula dari alam kubur selepas tiga hari dikebumikan. Beliau terus
naik ke langit serta duduk di kanan bapanya untuk memerintah manusia. Semua
orang mesti mempercayai bahawa Nabi Isa bangkit dan hidup kekal supaya
mereka juga akan beroleh kehidupan yang kekal.
7) Tuhan Yesus.
Paul menegaskan dengan yakin bahawa Nabi Isa adalah tuhan. Dengan adanya
dasar ini, maka lahirlah prinsip triniti yang menetapkan tuhan itu terdiri daripada
tiga peribadi, Allah bapa, Allah anak dan roh kudus.

Kesemua ajaran-ajaran di atas ini adalah yang ditunjukkan oleh Paul, dia yang
bertanggungjawab terhadap semua itu. Segala ajaran- ajaran tersebut adalah
bohong belaka. Sebagaimana yang telah dikatakan Paul dalam surat kepada
jemaah di Roma seperti berikut: Tetapi jika kebenaran Allah oleh dustaku
semakin melimpah bagi kemuliaanNya, mengapa aku masih dihakimi lagi orang
berdosa? (Roma 3:7)
Jelaslah sekarang Paul sebenarnya seorang pendusta. Dia sendiri yang membuat
pengakuan sedemikian.

PERBEZAAN AJARAN NABI ISA DAN PAUL


Sebelum kita akhiri perbincangan ini, kita perhatikan beberapa perbezaan yang
jelas antara ajaran Paul dan ajaran Nabi Isa. Sebagai contoh:
1) Isa menyangkal dirinya tuhan yang Maha Esa, (Matius 7: 21-22). Sedangkan
Paul menganggap bahawa Isa adalah tuhan, (Korintus 1: 1-9)
2) Isa menganjurkan taubat nasuha untuk mendapat keampunan tuhan atas dosa
yang dilakukan oleh manusia, sedangkan Paul menggantungkan keampunan dosa
manusia kepada penyaliban Isa.
3) Isa tetap mengakui keunggulan hukum Taurat dan penguat kuasaannya di
kalangan pengikut- pengikutnya. (Matius 5: 17- 18). Sedangkan Paul mengajar
bahawa hukum Taurat tidak dipakai lagi selepas penyaliban Isa untuk menebus
dosa manusia. (Rom 7 : 4-6). Bahkan digantikan dengan iman terhadap
penyaliban itu sendiri.(Rom 3: 21- 28)
4) Isa tidak pernah membicarakan dosa warisan, sedangkan Paul mengajar
mengenai dosa warisan. (Rom 5 : 12)
5) Isa mengajar Injil dikalangan orang Yahudi sahaja. (Matius 10: 5-6). Manakala
Paul memperluaskannya kepada orang- orang bukan Yahudi. (Kisah rasul- rasul
14 : 46)
6) Isa mewajibkan amalan berkhatan sebagai meneruskan hukum Nabi Ibrahim.
Sedangkan Paul tidak mewajibkannya.. (Rom 3 :30)

Penutup
Pada bahagian penutup ini ingin disimpulkan bahawa Paul memeluk agama
Kristian adalah untuk memerangi agama tersebut, dia ingin menghancurkan
agama Kristian dari dalam dengan merosakan prinsip- prinsip dan dasar- dasar
agama itu. Dia memasuki agama ini pada lahirnya untuk menjadi penganutnya
yang secara lahir sebagai senjata penikam.
Perbuatan seperti ini banyak terjadi dalam sejarah agama- agama. Dalam Islam
pun berlaku perbuatan yang serupa itu, yaitu Abdullah bin Saba. Seorang Yahudi
yang menampakkan dirinya sebagai seorang Islam padahal kafir dalam hatinya.
Dia melakukan pemberontakan dan merosakan fikiran umat Islam di waktu itu.
Tetapi hasutan Abdullah bin Saba tidak dapat tersebar dengan baik seperti Paul
kerana Allah telah menyebut di dalam kitab suciNya Al- Quran bahawa agama
Islam akan dipelihara dan dijaga olehNya.

Dengan itu lain halnya dengan Injil Isa a.s yang telah hilang di dalam pergolakan
kerana tidak ada yang melindungi agama Kristian dari pukulan- pukulan yang
kejam yang ditujukan kepadanya oleh musuh- musuh dari luar dan dalam. Dari
itu runtuhlah agama Isa a.s dan berdirilah sekarang ini agama Paul.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

St. Paul Si Hawari

St. Paul, oleh El Greco

Hawari kepada orang bukan Yahudi, Santo,Martyr

Lahir

sekitar 10
Tarsus

Meninggal

sekitar 67
Rome semasa Penindasan Nero

Dikanunkan

sebelum penjemaahan

Tempat

Gereja Saint Paul di luar tembok

keramat

Hari perayaan

25 Januari (Pemelukkan Paul)

*10 Februari (Perayaan bangkai kapal St Paul di


Malta)
*29 Jun (Perayaan Saint Peter dan Paul)
*18 November (Perayaan didedikasi kepada
gereja Saint Peter dan Paul)

sunting

Saint Paul sedang menulis surat-surat

Pemelukkan Saint Paul, oleh Jean Fouquet.

Bab Kisan, di mana Paul melarikan diri daripada Damsyik

Saint Paul, pada relik gading Byzantine, kurun ke-6 atau awal ke-7 (Muse de Cluny)

Pemelukkan menuju ke Damsyik, oleh Caravaggio.

Paulus ialah tokoh penting dalam agama Kristian. Nama asalnya ialah 'Saul' ,
merupakan hawari bagi agama Kristian walaupun tidak pernah berguru secara langsung dengan
Jesus. Paul atau Paulus adalah gelarannya.
Michael H. Hart dalam dalam buku 100 Orang Yang Paling Berpengaruh Dalam
Sejarah meletakkan Paulus di tempat ke-6 selepasNabi Muhammad dan Jesus/Nabi Isa.[1]

Biodata[sunting | sunting sumber]


Paulus adalah seorang Yahudi yang lahir di Tarsus iaitu di tanah Kilikia, berguru pula
dengan Gamaliel. Gamaliel ialah seorang fakih yang dihormati disegenap kaumnya dan ia adalah
dari seorang kaum Farisi (Pharisees). Paulus sendiri menyatakan dirinya berketurunan Rom.
Paulus dikatakan mati pada 64 m yakni di zaman Kaisar/Maharaja Nero . ( []Kisah Rasul-Rasul]]
22;2-3 ; 5:43 ; 22: 28 ; 7 : 55 ). Tarsus terletak di Istanbul /Constantinople ,Turki kini.
Riwayat hidup Paulus diceritakan dengan panjang lebar dalam Kisah Rasul-Rasul. Isi Kitab
Rasul-Rasul ini menceritakan segala ajaran dan kisah yang berhubungan dengan Paulus dan
hal-hal ajaib yang telah dikerjakannya.
Sarjana Kristian menyatakan Kisah Rasul-Rasul ini dikarang oleh Lukas iaitu seorang pengikut
Paulus. Lukas adalah tabib yang disayangi oleh Paulus. Injil Lukas telas ditulis oleh Lukas, jadi
oleh itu maka tidak hairanlah jika pengikut Paulus memuji -muji Paulus dalam tulisannya. [2]

Paulus memasukkan ajaran Philo[sunting | sunting sumber]


Paulus telah menyelitkan dan memasukkan fahaman dan ungkapan baru ke dalam
institusi gereja. Antaranya ialah 'Anak sulung Tuhan , Pengantara antara Tuhan dan manusia ,
Gembala yang baik, Bayang-bayang Tuhan, Roti kehidupan , Yang suci , Kurnia Tuhan kepada
manusia selaku penebusan dosanya , Imam Besar, Tuhan yang kedua , Pemberi air hidup yang
kekal , Yang duduk di sebelah kanan Tuhan , Tuhan satu yang bersifat tiga, Yang anak itulah
yang kedua daripada tiga-tiga yang suci.
Semua ungkapan baru ini amatlah nyaman dan aneh didengar tetapi ramai tidak memahaminya .
Philo merupakan ahli falsafah yang hidup 100 tahun lebih awal daripada penulis-penulis Injil.
Paulus dikatakan adalah murid Philo dan juga Plato serta bukan murid Jesus kerana tidak pernah
berguru dengannya. [3].

Ajaran Paulus menjadi sumber Ajaran Jesus[sunting | sunting


sumber]
Paulus dikatakan telah banyak menulis dan mengutus surat kepada pelbagai pihak. 14 suratsurat Paulus kemudiannya telah ditetapkan sebagai kanon . 2 kitab iaitu Injil Lukas dan Kisah
Rasul-Rasul juga telah diiktiraf sebagai kanon. Oleh itu maka lengkaplah ajaran-ajaran yang
bersumberkan dari Paulus itu menjadi sebahagian ajaran-ajaran rasmi agama Kristian yang
didakwa oleh Paulus sebagai ajaran-ajaran Jesus.

Paulus menyelewengkan ajaran Jesus[sunting | sunting sumber]


Ketika di zaman Jesus, Paulus adalah seorang yang amat memusuhi agama yang diajarkan oleh
Jesus dan juga para pengikutnya. Dia tidak pernah berguru kepada Jesus sendiri tetapi
kemudian setelah ketiadaan Jesus tiba-tiba dia mengaku telah bertaubat iaitu setelah peristiwa
pemelukkan, dan mengaku pula menjadi rasul Jesus. Dalam kejadian itu, Paulus mendakwa
telah berjumpa dengan Jesus di pertengahan jalan ke Damsyik (iaitu ketika sedang memburu
pengikut Nasrani) lalu bertaubat dan dilantik sebagai rasul. Damsyik ialah ibu negara Syria kini.

Menurut Paulus dia terjatuh dari tungganganya akibat disapa oleh Jesus yang bertanya mengapa
dia selalu menyakiti umat Nasrani.
Setelah kejadian itu, dia mengaku bertaubat. Dia melaporkan kejadian yang dialaminya kepada
murid-murid Jesus sebelum diterima menjadi ahli, tetapi disingkirkan kemudian akibat tuduhan
menyeleweng lalu memulakan gerakannya sendiri.
Bagi orang Kristian hari ini, Paulus diakui sebagai rasul Jesus yang dipenuhi Roh Kudus. Empat
belas surat keterangannya dimasukkan kedalam golongan kitab-kitab Perjanjian Baru yang
dianggap sebagai kanon dan kitab suci.
Ramai pengakaji mendakwa Paulus bertindak sebagai penyeludup ke dalam agama Nasrani dan
mengaku menjadi pengikut Jesus untuk menyelewengkan Kristian dari dalam, mengubah isi dan
bentuk ajaran Kristian yang asli. Pengkaji mendakwa dasar-dasar Kristian sekarang adalah hasil
buatan Paulus , bukan ajaran Jesus.
St Barnabas dalam Injil Barnabas mendakwa Paulus termasuk dari golongan yang sesat . Dia
melihat ramai orang yang mengajarkan pengajaran yang mengkafirkan, mengatakan Al
Masih sebagai anak Tuhan, menghapuskan selama-lamanya amalan bersunat yang
diperintahkan oleh Allah dan menghalalkan semua daging yang najis. (Barnabas Pendahuluan 19 ; pasal 222:1-6).

Paulus menzalimi pengikut Kristian[sunting | sunting sumber]


Paulus mulanya sangat memusuhi agama yang dibawa oleh Jesus dan pengikutnya.
Saul / Paulus menyebarkan ugutan bunuh terhadap sesiapa yang menganut agama Kristian.
Paulus mendapat surat-surat kuasa daripada Imam Besar Yahudi di negeri Damsyik . Jika
ditemui lelaki dan perempuan beragama Kristian akan diikat dan dibawa ke Jerusalem. ( Kisah
Rasul-Rasul 9:1-2)

Paulus mendakwa dirinya telah bertaubat[sunting | sunting


sumber]
Tiba-tiba Paulus mendakwa dirinya bertaubat ketika dalam perjalanan ke Damsyik yakni ketika
dia sedang hendak menangkap dan memenjara para pengikut Kristian yang semakin bertambah
ramai.
Paulus mendakwa telah berjumpa secara hakiki dengan Roh Jesus, orang Nazaret berhampiran
kota Damsyik. Di sana, Ananias seorang yang percaya kepada Jesus mencadangkan Paulus itu
dibaptiskan, menyucikan diri dan menyeru nama Jesus. ( Kisah Rasul-Rasul pasal 22: 6-21).

Paulus mengaku menjadi rasul[sunting | sunting sumber]


Setelah kejadian bertemu Jesus seperti di atas, Paulus mengakui dirinya menjadi salah seorang
dari rasul Jesus. Sedangkan Jesus sendiri tidak pernah diketahui oleh orang akan
pelantikan/pengangkatan si Paulus itu menjadi rasulnya. Hanya Paulus seendiri menyatakan
dirinya telah diangkat Jesus menjadi rasul.
Dirinya tidak kurang daripada rasul-rasul yang utama. Selepas kejadian di atas, Paulus cuba
hendak berkawan dengan murid-murid Jesus tetapi mereka takut kepadanya dan tidak percaya
Paulus adalah murid Jesus. Mereka tahu Paulus dari Tarsus itu amat bencikan Jesus dan muridmuridnya.
Tetapi St Barnabas mendekatinya dan membawa Paulus kepada murid-murid Jesus yang lain
untuk mempelajari ajaran Jesus dengan harapan Paulus itu memang bersungguh-sungguh telah
bertaubat, namun di pengakhirannya Paulus telah berselisih pendapat dengan Barnabas.
(Korintus 11:5 ; Kisah Rasul-Rasul 9: 22-27 ; 15:39 )

Paulus mendakwa Injil yang diajarnya diterima langsung


dari Jesus[sunting | sunting sumber]
Paulus sebenarnya tidak pernah berguru kepada Jesus dan tidak pernah berbicara secara
langsung dengan Jesus. Akan tetapi dia mengajar suatu Injil yang disebutnya diterima langsung
daripada Jesus. ( Galatia 1:11-120)
Paulus sendiri mendakwa Injil yang diajarnya itu tidak diterima daripada rasul-rasul dan muridmurd Jesus, tetapi diterima langsung daripada Jesus dengan perantaraan wahyu, sedangkan
Jesus pada ketika itu sudah tidak ada lagi di kalangan mereka.
Bagi orang Islam, Jesus atau Nabi Isa hanyalah seorang Nabi dan bukan Tuhan.

Injil Paulus berbeza dengan injil-injil lain [sunting | sunting


sumber]
Paulus menyatakan Injil yang dibawanya berlainan daripada Injil yang dibawa oleh guru-guru
lain. ( Galatia 1:6-9) . Paulus amat marah melihat pengikut-pengikutnya berpaling kepada Injil
lain.

Jesus pada Paulus sangat berbeza[sunting | sunting sumber]


Pada ketika itu ada guru-guru lain menceritakan riwayat Jesus yang berlainan daripada
gambaran oleh Paulus .(2 Korintus 11:4-5). Paulus menyatakan dirinya tidak terkurang sedikitpun
daripada 'rasul-rasul yang utama'. Ini bermakna Paulus rasa tercabar dan dicabar oleh guru-guru
lain yang turut mengajar tentang Injil.

Kisah Paulus taubat sangat berbeza-beza[sunting | sunting


sumber]
Drs M.E Duyverman menyatakan terdapat pertentangan nyata antara Galatia pasal 1 dan 2
dengan Kisah Rasul-Rasul. Sukar sekali menacari titik kesesuaian.[4]

Paulus dimusuhi oleh orang Yahudi[sunting | sunting sumber]


Paulus akhirnya menjadi orang yang amat dimusuhi oleh orang Yahudi dan mereka mahu
membunuhnya. ( Kisah Rasul-Rasul 9:20-25). Sewaktu Paulus di Damsyik , Di dalam rumah
sembahyang di Damsyik , Paulus menyebarkan berita bahawa Jesus itu anak Allah dan Jesus
itu Kristus. Selang beberapa hari, orang-orang Yahudi berpakat mahu membunuhnya. Tetapi
Paulus diselamatkan oleh murid-mujridnya dan dibawa ke Jerusalem.
Terjadi lagi perselisihan pendapat antara Paulus dan St Barnabas sehingga mereka berpisah.
( Kisah Rasul-Rasul 15:39). Paulus cuba berdamping dengan orang-orang kafir iaitu orang tidak
berbangsa Israel.

Paulus mengaku dirinya rasul kepada orang-orang


kafir[sunting | sunting sumber]
Jesus hanya diperintah untuk mengembangkan agama Kristian kepada bangsa bani Israel yang
'sesat' ( Injil Matius 15:24, ). Jesus melarang murid-muridnya pergi mengajar kepada orangorang kafir dan janganlah kamu masuk ke negeri Samaria.( Injil Matius 10:5-6).
Ayat yang menyatakan Jesus menyuruh mengajar juga kepada bukan bangsa Israel adalah 'ayat
tambahan'.(ms 61)

Akan tetapi Paulus mengakui dirinya sebagai pengikut Jesus telah pergi mengajar kepada orangorang kafir ( Galatia 2:7-80. Bani Israel yang menganut agama Yahudi tinggalan Musa
mengamalkan amalan bersunat. Sementara orang yang tidak bersunat dianggap sebagai kafir.

Paulus menghapuskan bersunat[sunting | sunting sumber]


Amalan bersunat amat penting dan signifikan dalam agama Yahudi. St Barnabas menyatakan
Paulus telah meminda dan menghapuskan amalan bersunat untuk selama-lamanya demi untuk
menarik minat bukan yahudi terhadap Kristian. Sedangkan amalan bersunat patut dikekalkan
sebagai perjanjian yang kekal dengan Tuhan.( Kejadian 17:9-14).Sesiapa yang tidak bersunat
dianggap cuba mengubah perjanjian Tuhan. Perintah ini dilakukan oleh anak cucu Nabi
Ibrahim hingga ke hari ini. Jesus sendiri mengamalkan amalan bersunat .
Tetapi Paulus membatalkan amalan bersunat ( Galatia 5;20 , Lukas 2;21 , 1 Korintus 7:18-19).
Paulus menyatakan hal itu kepada sidang rasul-rasul di Jerusalem pada tahun 48. ( Kisah RasulRasul pasal 15). Paulus mencadangkan sunat digantikan dengan baptis dan ia kekal hingga ke
hari ini. ( Kol 2:11,12)

Paulus menghalalkan daging yang najis[sunting | sunting sumber]


St Barnabas telah menceritakan Paulus telah menghalalkan daging yang najis ( Barnabas 6).
Sebelumnya ada beberapa binatang yang najis dan tidak boleh dimakan
sepertibabi, bangkai dan lain-lain. ( Imamat pasal 11 dan Jchezkiel 4;14).
Tetapi Paulus telah menghalalkan babi , bangkai dan lain-lain ketika menghantar surat kepada
orang-orang Rom.( Rom 14:4 dan 20 , Titus:1:15, 1 Korintus 6:12)
Jadi Paulus telah menghalalkan segala sesuatu yang najis dan yang dilarang untuk dimakan
seperti dalam Perjanjian Lama. Golongan Kristian Adventis mempunyai pendapat tersendiri
dalam hal ini.

Paulus membatalkan Taurat Musa[sunting | sunting sumber]


Jesus datang bukan hendak merombak hukum Taurat tetapi bagi menyempurnakannnya.
Menurut Injl Matius 5:17-19, sesiapa yang merombak hukum Taurat akan dipandang kecil di
dalam kerajaan syurga. Tetapi Paulus menganggap hukum Taurat itu telah dibatalkan kerana
sangat lemah dan tidak berguna kepada manusia. ( Ibrani 7:18-19 ; Ibrani 8:7)
Pastor Rifai menyatakan Taurat itu terbahagi 2 :
Taurat Allah yang diucap dan ditulis Allah sendiri ( Keluaran 24:12, 31:18) . Dan Taurat
Musa yang diucapkan dan ditulis oleh Nabi Musa sendiri ( Ulang 31: 1,2 9). Taurat Allah
diletakkan dalam Peti Perjanjian/Tabut Assakinah ( Keluaran 25 : 16, 21, Ibrani 9: 2, 4).
Dan Taurat Musa diletakkan di luar peti perjanjian . ( Ulangan 31:25,26). Taurat Musa kini
sudah dihapuskan (Ibrani 10:1-6 . Taurat Allah ( 10 hukum ) itu kekal. (Matius 5 ; Mazmur
119:14, 165).

Paulus mengajarkan tentang dosa warisan[sunting | sunting


sumber]
Paulus mengajarkan bahawa semua manusia adalah berdosa iaitu dosa yang diwarisi
kepada mereka dari Adam , kerana Adam telah berdosa sebab memakan buah yang
terlarang. (surat kiriman Paulus kepada orang Rum 5:12 dan 5:18).

Tebus dosa manusia dengan darah dan pengorbanan


Jesus[sunting | sunting sumber]

Paulus mengajarkan bahawa kematian Jesus di atas kayu salib adalah untuk penebusan
dosa manusia iaitu menyucikan semua pengikutnya dari dosa warisan ( Surat Paulus kepada
Epesus 1:7, Surat Paulus kepada orang Kolosi 1:140 , Surat Paulus kepada orang Ibrani
9:28, Epesus 5:2 , Galatia 1:-4).

Paulus mengajarkan Jesus sebagai


pengantara[sunting | sunting sumber]
Paulus menyatakan jawatan Jesus adalah menjadi pengantara. ( Ibrani 8:6 ; 12:24 ).

Paulus mengajarkan Jesus bayangan


Tuhan[sunting | sunting sumber]
Paulus mengajarkan bahawa Jesus menjadi bayangan Tuhan dan ia terlebih dahulu dari
segala makhluk dan ia menjadikan segala sesuatu di langit dan di bumi. ( Kolose 1:15-17).

Ajaran Paulus berkembang di kalangan orang


kafir[sunting | sunting sumber]
Akhirnya ajaran Paulus berkembang di kalangan orang kafir, bukan di kalangan bangsa bani
Israel. Ini kerana Paulus telah bekerja sungguh-sungguh dan pergi jauh ke pedalaman dan
luar daerah. Paulus dikatakan telah berjalan kaki sejauh 7800 km - 9000 km. Perjalanannya
tanpa kapal terbang atau apa-apa kenderaan. [5]

Paulus menghalalkan cara demi tujuan[sunting | sunting


sumber]
Paulus membenarkan seseorang menjadi Yahudi agar akhirnya orang Yahudi itu menjadi
Kristian. Jika dia berhadapan dengan Yahudi, dia akan menjadikan dirinya seperti orang
Yahudi. Jika dia berhadapan dengan orang yang mengamalkan hukum Taurat, dia akan
berpura-pura mengamalkan hukum Taurat.. "Maka segala sesuatu halal bagiku". ( I Korintus
9: 20-22 ; 6:12 ; Rum :7). Paulus mengangap berdusta itu tidak salah jika dengan dusta itu
kebenaran Allah melimpah kepada kemuliaan.
Falsafah ini diamalkan oleh Machiavelli.

Paulus mampu melakukan perkara pelik[sunting | sunting


sumber]
Paulus dianggap rasul kerana telah melakukan perkara pelik umpama mukjizat atau
dianggap mukjizat..
Tetapi Injil Matius sendiri menyatakan ada Kristus palsu dan nabi palsu akan muncul dengan
mengadakan perbuatan dan pertunjukan yang pelik-pelik. Perkara yang pelik-pelik tidak
dapat dijadikan bukti akan kebenaran seseorang rasul. ( Injil Matius 24:24).
Perlu diingat Kisah Rasul-Rasul dikarang oleh Lukas iaitu seorang pengikut Paulus. Lukas
tidak melihat semua yang dilakukan oleh Paulus dan tidak mengikut perjalanan Paulus
sejauh 7800 km itu. Mungkin Paulus mereka-reka cerita akan kehebatannnya . Yang pasti
Lukas banyak mengunakan cerita-cerita lisan untuk tulisannya khususnya dari Paulus yang
dikutinya hingga ke penjara. [6]

Paulus setanding Abdullah bin Sabak[sunting | sunting sumber]

Zaman Nabi Muhammad juga muncul orang Yahudi berpengaruh bernama Abdullah bin
Sabak. Dia menyamar sungguh-sungguh sebagai seorang Islam yang alim. Beliau seorang
pendeta Yahudi . Beliau turut menghidupkan api perang antara Ali Abi
Talib dengan Muawiyah. Abdulah bin Sabak memihak kepada Ali , membela Ali dan kaum
kerabat Nabi Muhamad. Dengan itu ramai orang tertarik kepadanya.
Abdullah bin Sabak akhirnya mengatakan dalam ajarannya bahawa Ali Abu Talib itu Tuhan.
Menurut ajarannya , roh Allah bertempat dalam tiap-tiap Nabi. Setelah Muhamad wafat, roh
itu pindah kepada Ali Abi Talib. Kemudian pindah lagi kepada anak-anaknya yang menjadi
Imam.
Ketika Abdullah bin Sabak dan pengkutnya bertemu Ali, beliau berkata 'Engkau Tuhan',
'Engkau Dia'. Ali amat gelisah dan menghidupkan api untuk membakar mereka. Tetapi
mereka menyambut dengan 'Kini nampaklah kepada kami kebenaran bahawa dia Allah ,
kerana yang menghukum orang dengan Api hanya Allah'.
Semasa Ali menjadi Khalifah , pernah hendak menghukum mati ke atas Abdullah bin Sabak.
Terapi ramai menghalang kerana jasanya membela keluarga Nabi Muhamad. Jadi Abdullah
diasingkan ke Madain .Usaha Abdulah bin Sabak masih berterusan tapi berjaya dibendung .

Rujukan[sunting | sunting sumber]

HM Arshad Talib Lubis, Perbandingan Agama : Kristen dan Islam , Pustaka Melayu Baru,
Kuala Lumpur , 1982, hlm 369
1.

Panjat http://www.adherents.com/adh_influ.html Religious Affiliation of History's 100 Most


Influential People

2.

Panjat Dr S Van Der Linder , Tafsiran Rum , Badan penerbitan Kristian , Jakarta, 1960)

3.

Panjat Khawaja Kmaludin, BA, LLB, Mata Aliran Kekristianan, 64-65

4.

Panjat Drs M.E. Duyverman - Pembimbing ke Dalam Perjanjian Baru , Badan Penerbit
Kristian, Jakarta, 1966, hlm 87

5.

Panjat Drs M.E Duyverman, Pembimbing ke dalam Perjanjian Baru , Badan Penerbit Kristian
, Jakarta, 1965)

6.

Panjat Dr H Van Den Brick - Tafsiran Kisah Rasul-Rasul , Badan Penerbit Kristian, Jakarta,
1960, hlm 5

Anda mungkin juga menyukai